You are on page 1of 14

Arahan : Kertas ini mengandungi 50 soalan. Jawab semua soalan.

Tiap-tiap
soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C, dan D.
Pilih satu jawapan terbaik bagi tiap-tiap soalan.

Garisan adalah elemen yang sangat penting dalam penghasilan karya.

1 Pernyataan di atas merujuk kepada penghasilan


A arca
B lukisan
C catan
D cetakan

2 Lakaran garisan mendatar di tengah kertas ketika hendak membuat lukisan


landskap dinamakan garisan
A simetri
B horizon
C grid
D perspektif

3 Nisbah keemasan dalam lukisan bermaksud


A kaedah aplikasi warna panas
B kedudukan objek utama sebagai bahagian yang indah
C kaedah penentuan perspektif
D kaedah membina struktur bentuk tiga dimensi

4. Apakah jenis jalinan yang boleh dipindahkan ke permukaan kertas melalui teknik
gosokan?
A Jalinan sentuh
B Jalinan tampak
C Jalinan maya
D Jalinan positif

1
5 Penggunaan alat dalam gambar di atas sangat diperlukan dalam penghasilan
A lukisan
B catan
C cetakan
D arca

6 Apakah fungsi tetingkap fokus?


I Membolehkan pelukis memfokuskan objek sampingan
II Membantu membentuk tingkap atau bingkai gambar
III Membantu dan mempermudahkan pemilihan objek yang menarik
IV Memberi tumpuan kepada sesuatu objek khusus yang hendak dilukis sahaja
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

7 Antara berikut, media yang manakah merupakan media kering?


A Dakwat
B Cat emulsi
C Cat minyak
D Cat poster

2
8 Ruang tampak wujud dalam semua hasilan seni berikut, kecuali
A binaan
B cetakan
C catan
D lukisan

9 Sesebuah poster yang baik memerlukan warna yang sesuai untuk objek utama
dan latar belakang. Apakah jenis gubahan warna tersebut?
A Warna sewarna
B Warna natural
C Warna harmoni
D Warna penggenap

10 Dua tempat yang terdapatnya peninggalan lukisan purba di negara kita ialah
A Gua Tambun dan Gua Tempurung
B Gua Kelam dan Gua Niah
C Gua Tempurung dan Gua Kelam
D Gua Niah dan Gua Tambun

11 Alat atau bahan yang tidak boleh menghasilkan lukisan dalam teknik titik dan
gosok ialah
A berus
B pen teknikal
C arang
D pensel

12 Warna yang cerah dan terang dapat menimbulkan perasaan


I gembira
II sunyi
III riang
IV kecewa
A I dan II
B I dan III
C I dan IV
D II dan II

3
13 Catan awal yang dijumpai di dinding gua banyak memberikan gambaran berkisar
A pemburu dengan binatang buruan mereka
B kebudayaan yang diamalkan
C potret keluarga pemburu
D pemandangan alam sekitar

14 Siapakah yang menghasilkan lukisan di atas?


A Leonardo da Vinci
B Michelangelo
C Pablo Picasso
D Albrecht Durer

15 Variasi warna daripada terang kepada gelap dikenali sebagai


A ton warna
B warna sewarna
C warna harmoni
D kroma

4
16 Peralatan di atas sering digunakan bagi menghasilkan catan cat minyak dalam
teknik
I glazing
II impasto
III alla prima
IV pointilistic

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

17 Mengapakah cat minyak tidak boleh digunakan untuk menghasilkan catan semasa
peperiksaan?
A Teknik ini tidak diajar di sekolah
B Media ini lambat kering
C Harganya sangat mahal
D Cat minyak susah didapati

18 Reka letak adalah antara elemen penting dalam poster. Ia merujuk kepada
A penggunaan fotomontaj dalam penghasilan poster
B penyusunan tipografi, ilustrasi, dan gambar dalam gubahan poster
C kaedah tampalan potongan bahan cetak dan gambar
D penggunaan warna dan kapsyen yang kontra dengan latar belakang poster

5
19 Plat di atas adalah untuk cetakan
A planografi
B stensil
C benaman
D timbulan

20 Impasto adalah teknik catan yang menggunakan palitan warna


A tebal
B nipis
C rata
D basah

21 Teknik penggunaan warna terus dari tiub dinamakan


A teknik hard edges
B teknik alla prima
C teknik impasto
D teknik pointilistic

22 Pemilihan objek seperti dapat membantu memberikan kesan luas kepada sesuatu
ruang dalaman.
A lampu dinding
B arca dinding
C cermin dinding
D catan dinding

6
23 Antara berikut, yang manakah merupakan elemen multimedia?
I Animasi
II Audio
III Teks
IV Grafik
A I, II dan III
B I, II dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV

24 Mengapakah perlunya tumbuhan dalam seni reka landskap?


I Menghalang banjir
II Mengawal kebisingan
III Memberi teduhan
IV Sebagai penghalang angin
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

25 Asas kepada seni reka industri ialah


A teknologi melancarkan terjemahan kreativiti
B penampilan reka bentuk produk yang menarik dan berpersonaliti
C teras teknologi yang berorientasikan kreativiti dan imaginasi
D idea untuk membentuk fungsi

26 Arca yang dihasilkan dengan mengukir bongkah kayu tergolong dalam teknik
A acuan
B binaan
C luakan
D timbulan

7
27 Tugu Negara adalah sebuah arca dan dikategorikan sebagai

A arca replika
B arca timbulan
C arca estetik
D arca berfungsi

28 Bentuk arca yang digunakan sebagai aksesori dalam reka bentuk hiasan dalaman
dikategorikan sebagai
A arca estetik
B arca asemblaj
C arca binaan
D arca berfungsi

29 Melayur daun mengkuang di atas bara api bertujuan untuk


A melembutkan daun
B mewarnakan daun
C membunuh kuman
D mengeringkan daun

8
30 Teknik pembinaan arca yang boleh bergerak, berputar atau berombak dan
menggunakan kuasa kinetik ialah
A arca replika
B arca timbulan
C arca mobail
D arca asemblaj

31 Pahat, gergaji, dan tukul kayu adalah peralatan yang paling sesuai untuk membina
arca
A asemblaj
B luakan
C mobail
D binaan

32 Kunyit ditumbuk halus dan dimasukkan ke dalam air rebusan daun anyaman
adalah bertujuan
A untuk mengelakkan serangan serangga
B untuk mewarna daun secara tradisional
C untuk melunturkan klorofil dari daun
D untuk menguatkan struktur daun

Salah satu teknik pembakaran tradisional.


Dalam teknik ini, tembikar akan diletakkan di atas para dengan mulut
tembikar menghala ke arah api yang memakan masa selama 6 jam.

33 Apakah teknik pembakaran tembikar yang dinyatakan di atas?


A Pembakaran tanur raku
B Pembakaran dedah cara Pulau Tiga
C Pembakaran dedah cara Sayong
D Pembakaran tanur elektrik

9
34 Ukiran tebuk tembus sering menggunakan corak awan larat, silang atau kaligrafi.
Ukiran jenis ini selalunya diletakkan sebagai
A hiasan perahu
B hiasan tangga
C hiasan cucur atap
D hiasan bahagian atas pintu

35 Ukiran kayu bermotif flora dalam gambar di atas dihasilkan secara

A ukiran tebuk tembus bersilat


B ukiran tebuk tembus tanpa silat
C ukiran layang
D ukiran bunga timbul

36 Tujuan penggunaan sekam dalam proses membuat labu sayong adalah untuk
A menyusun labu sayong supaya tidak pecah
B memadatkan tanah liat
C menghitamkan labu sayong
D meningkatkan kepanasan api pembakaran

10
37 Apakah nama alat di atas yang digunakan untuk membelah daun pandan dan
mengkuang dalam proses anyaman?
A Jangka
B Pelurut
C penyisip
D Pisau

38 Apakah prinsip rekaan yang paling ketara kelihatan dalam ciptaan di atas?
A Imbangan
B Harmoni
C Penegasan
D Pergerakan

39 Apakah bahan yang digunakan untuk menghasilkan cetakan benaman?


A Lino
B Batu kapur
C Plat logam tahan asid
D Kepingan papan

11
40 Apakah nama alatan di atas yang digunakan untuk aplikasi dakwat cetakan?
A Sekuji
B Berus
C Alat penekan
D Penggelek

41 Penegasan digunakan untuk perkara-perkara berikut, kecuali


A fokus kepada sesuatu perkara
B menarik perhatian
C menunjukkan kematangan
D mengelakkan kebosanan

42 Apakah makna ataupun maklumat yang hendak disampaikan oleh simbol di


atas?
A Tempat ibadat
B Kecemasan
C Hospital
D Rumah kebajikan

12
43 Grafik merujuk kepada
A teknik dan media yang digunakan untuk menghasilkan catan
B proses membuat lakaran dan struktur garisan untuk perkembangan gubahan
C cara seorang pelukis meluahkan perasaannya dan juga gambaran minda
paparan imej nyata dan abstrak
D cara sesuatu fakta atau idea itu diringkas dan disalurkan secara jelas dan
berkesan

44 Seni cetakan dapat menghasilkan beberapa keping hasil cetakan yang semuanya
dianggap karya asli. Hasilan cetakan ini disebut sebagai
A edisi C salinan
B stok D karya

45 Prinsip rekaan imbangan simetri dapat diaplikasikan jika kita melukis


A sebuah wau
B sebatang pokok
C sebiji pisang
D sebuah poster keselamatan jalan raya

46 Antara berikut, yang manakah tidak mempunyai pergerakan?


A Sebuah bangku di tepi jalan raya
B Akar serabut pada sepohon pokok
C Susunan pokok-pokok bunga yang tidak sama saiz
D Sekumpulan burung yang terbang

47 Keharmonian dalam sesebuah rekaan dapat diwujudkan melalui


A ciri-ciri kesamaan dalam unsur-unsur seni reka
B kesepaduan sesuatu unsur seni reka
C pembentukan perulangan unsur seni reka
D arah susunan unsur seni reka

13
48 Untuk menimbulkan irama dan pergerakan dalam sesuatu karya, ianya dapat
dilakukan melalui
A pengulangan garisan yang seakan-akan sama
B melakar garisan secara bebas
C susunan garisan pelbagai saiz
D lorekan pelbagai garisan secara bertindih

49 Apakah kepentingan penggunaan prinsip rekaan kepelbagaian dalam sesebuah


karya seni?
A Untuk mengelakkan karya kelihatan tidak berseri
B Untuk mengelakkan kesan hambar pada karya seni
C Supaya karya kelihatan cantik
D Supaya karya kelihatan lebih berwarna-warni

50 Antara berikut, padanan warna yang manakah menunjukkan ciri-ciri harmoni?


A Putih + Hitam
B Kuning + Ungu
C Merah + Jingga
D Hijau + Kelabu

14

You might also like