You are on page 1of 9

Malaysia adalah sebuah negara unik kerana terdiri dengan

pelbagai kaum. Ia secara tidak langsung menyebabkan


berlaku interaksi antara tamadun Melayu, Cina dan India.
Huraikan banding beza kepelbagaian tamadun di antara
tamadun Melayu, Cina dan India yang terdapat di Malaysia
dari segi sosio budaya, ekonomi dan pendidikan.

Perbandingan dari segi


Sosio budaya
Malaysia terdiri daripada lebih dari 27 juta penduduk dan
memiliki lebih kurang 200 etnik namun kumpulan terbesar adalah
Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Banjar, Iban dan lain-lain.
Kepelbagaian kaum dan bangsa ini turut melahirkan sosio budaya
masyarakat yang pelbagai. Hal ini berpunca daripada interaksi
yang berlaku di antara tamadun Melayu umumnya bersama
dengan Tamadun Cina dan India. Sosio budaya ini dapat
dikelaskan kepada 4 bahagian iaitu bangsa, bahasa, kepercayaan
dan struktur masyarakat. Seperti yang diketahui 3 bangsa utama
yang tinggal di Malaysia adalah Melayu, Cina dan India.
Manakala Kadazan, Banjar, Iban dan lain-lain tergolong sebagai
pribumi iaitu merujuk kepada penduduk asal bagi sesuatu
wilayah. Secara umumnya kepelbagaian dari sudut bangsa terjadi
melalui beberapa hubungan yang berlaku seperti hubungan
perdagangan, perkahwinan, emigrasi dan lain-lain. Sebagai
contoh bagi tamadun Cina di mana pada abad ke15 Puteri Hang
Li Po telah dikahwinkan dengan sultan Melaka ketika itu. Dari
Sudut bahasa pula, setiap etnik memiliki bahasa yang tersendiri
dan masih di pelihara sehingga kini. Manakala bahasa Melayu
pula menjadi bahasa pengantar dalam komunikasi masyarakat
Malaysia.
Aspek ketiga dari sudut kepercayaan, Pada awalnnya
masyarakat Nusantara atau lebih mudah dikenali sebagai pribumi
menganuti kepercayaan Animisme iaitu mempercayai kepada
makhluk halus atau roh-roh. Seterusnya kedatangan Tamadun
India ke Nusantara bersama ajaran Hindu-Budha membawa
perubahan kepada masyarakat ketika itu. Maka para pemerintah
Nusantara yang tertarik dengan ajaran ini dan menganuti dikenali
sebagai Raja. Hal ini mengakibatkan pembesar dan rakyat turut
menganuti ajaran tersebut dan mengamalkan kepercayaan Hindu-
Budha. Hal ini turut berlaku ketika agama Islam tersebar ke
Nusantara. Tamadun Cina pula kebanyakannya mengikuti ajaran
Confucius dan ia berkembang sehingga ke hari ini. Antara kesan
percampuran kepercayaan ini adalah wujud suatu istilah yang
dikenali sebagai adat resam sebagai contoh masyarakat melayu
pada hari ini melakukan persandingan perkahwinan. Hal ini
merupakan budaya/kepercayaan yang di bawa oleh Tamadun
India. Selain itu amalan melenggang perut turut merupakan
budaya daripada Tamadun India. Istilah baba-nyonya pula
merujuk kepada masyarakat cina yang mengamalkan budaya
melayu sehingga tercipta pakaian yang dikenali sebagai baju
kebaya yang dinovasikan daripada baju kurung wanita-wanita
melayu suatu ketika dahulu1.
Dari sudut masyarakat pula di bahagikan kepada 2 bahagian
iaitu aspek kekeluargaan dan aspek pemerintahan/struktur
masyarakat. Hari ini masyarakat Melayu di Malaysia, mereka
lebih menjurus kepada ajaran Islam. Maka kehidupan harian
mereka adalah berkaitan dengan padangan-pandangan yang ada
1
Afifah Abu Yazid (2002), Pengajian Tamadun Asia, Kuala Lumpur: PTS Publication, hlm.117
di dalam ajaran Islam. Sebagai contoh aspek kekeluargaan
mereka berteraskan kepada hak dan tanggungjawab. Budaya
Melayu menegaskan hak terhadap anak mestilah dilaksanakan
sejak anak itu dalam kandungan. Ibu bapa bertanggungjawab
memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak
merangkumi pendidikan agama dan kemahiran. Bagi si anak pula
mereka dilarang sama sekali menderhakai kedua ibu bapa
mereka.
Bagi tamadun China pula, konsep kekeluargaan banyak
merujuk kepada ajaran Confucius di mana pentingnya hubungan
kasih sayang dan hierarki kuasa. Terdapat 5 hubungan yang dititik
beratkan dalam pemahaman mereka iaitu hubungan maharaja
dengan rakyat, hubungan bapa dengan anak, hubungan abang
dengan adik, hubungan suami dengan isteri dan hubungan kawan
dengan kawan. Peranan anak pula seperti mana masyarakat
Melayu di mana anak-anak tidak boleh menderhaka kepada ibu
bapa. Konsep ketaatan kental kepada ibu bapa menyebabkan
masyarakat cina mengadakan upacara mengingati nenek moyang
yang bertujuan mengucapkan terima kasih serta menunjukkan
ketaatan kepada nenek moyang atau ibu bapa yang telah
meninggal.
Budaya India pula bertunjangkan kepada ajaran Hindu-
Budhha, Bagi mereka kekeluargaan merupakan suatu bentuk
fizikal dan kerohanian yang diperlukan dalam kehidupan. Selain
itu konsep kekeluargaan juga dianggap sebagai penerus zuriat.
Konsep hubungan darah di titik beratkan sebagaimana yang
terdapat dalam budaya kekeluargaan masyarakat cina dimana
hubungan darah lebih tertumpu kepada anggota lelaki atau anak
lelaki. Namun elemen asasnya tetap sama seperti tamadun lain.
Budaya India juga turut menitik beratkan perasaan kasih sayang
dan rasa hormat antara satu dengan yang lain. Secara
menyeluruhnya setiap tamadun amat menjaga perhubungan
kekeluargaan selain itu juga dapat diperhatikan bahawa
masyarakat memuliakan orang dewasa di mana mereka di hormati
manakala yang muda disayangi. Nilai ini menjadi amalan
masyarakat Malaysia hingga ke hari ini.
Dari sudut pemerintahan atau struktur masyarakat pula
adalah hampir sama di mana pemerintah tertinggi dikenali
sebagai Raja bagi tamadun India, Sultan bagi tamadun Melayu
dan Maharaja bagi tamadun Cina. Perbezaan hanya pada
peringkat bawahan di mana bagi tamadun Melayu terdapat 4
pembahagian sturuktur masyarakat iaitu pemerintah, pembesar,
rakyat dan terakhi adalah hamba. Bagi Tamadun India pula
mereka mengamalkan sistem Kasta di mana ia bersifat warisan.
Bermula dengan kelas yang dikenali sebagai Brahmin,
Ksatria,Vaisya dan Sudra. Pembahagian ni turut dilakukan
berdasarkan warna kulit di mana kulit berwarna dikelaskan
sebagai Sudra yang berperanan sebagai buruh atau hamba. Setiap
tingkat kelas memiliki peranan yang berbeza dan diwarisi dari
ssatu generasi ke generasi lain. Bagi Tamadun Cina pula
pembahagian adalah bersifat rasional di mana terdapat 4 kategori
kumpulan iaitu kumpulan intelektual seperti ahli fikir dan guru.
Kumpulan kedua adalah penjawat awam yang terdiri daripada
pembesar termasuk tentera yang melepasi peperikasaan yang
dijalankan oleh pihak kerajaan. Kumpulan ketiga adalah peniaga
dan terakhir adalah petani. Di Malaysia pula struktur mayarakat
adalah bersifat fleksible di mana wujud pemerintah tertinggi
dikenali sebagai sultan manakala aspek pentadbiran dilakukan
oleh orang yang berkelayan yang dipilih untuk mentadbir dan
menguruskan negara. Hal ini mungkin merupakan kombinasi
daripada ketiga-tiga tamadun iaitu tamadun Melayu, Cina dan
India2.

Ekonomi
Setiap tamadun terbahagi kepada 3 jenis sistem iaitu sistem
ekonomi sara diri, sistem ekonomi komersial dan sistem ekonomi
perdagangan. Proses interaksi antara tamadun berlaku melalui
sistem ekonomi yang ketiga iaitu melalui perdagangan. Setiap
tamadun bermula dengan aktiviti tanaman rutin atau pertanian.
Bagi Tamadun Melayu atau Alam Melayu, terdapat 2 buah
kerajaan dikenali sebagai kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim.
Kerajaan Agraria tertumpu kepada pertanian dan hasil hutan
seperti padi, damar, kapur barus, rotan dan pencelup. Manakala
Kerajaan Maritim pula merupakan kerajaan yang menjalankan
aktiviti perdagangan secara tukar barang. Tamadun Cina bermula
dengan aktiviti gandum dan sekoi secara sara diri. Kemudian ia
berkembang kepada penghasilan yang lebih banyak dengan
menggunakan alatan pertanian yang lebih moden dan efisyen.
Lebihan hasil tersebut didagangkan ke negara-negara lain seperti
kerajaan di Nusantara. Selain pertanian tamadun Cina turut
menghasilkan barangan kraf tangan seperti sutera, seni lukis,
barang seramik dan lain-lain. Sehingga kini barang-barang ini
lebih sinonim bagi masyarakat Cina di Malaysia3.

2
Afifah Abu Yazid (2002), Pengajian Tamadun Asia, Kuala Lumpur: PTS Publication, hlm.16, 130, 177,
3
Nazarudin Zainun, Nasha Rodziadi Khaq, Tarmiji Maron, Zulkifli Jaafar (2016), Kesan kebangkitan Dinasti Sung-
Yuan terhadap perkembangan kedah tua: Suatu analisi sosioekonomi, Bab 9 dlm. Hubungan politik dan
sosiobudaya china-dunia Melayu hingga kurun ke-15 masihi, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia
Bagi Tamadun India pula, Perkembangan ekonomi mereka
sama seperti tamadun-tamadun yang lain. Mereka bermula
dengan aktiviti pertanian dan penternakan. Tamadun India
memiliki pengetahuan yang luas tentang musim. Antara tanaman
utama yang dijalankan adalah barli, gandum, padi dan tebu. Barli
dan gandum merupakan makanan utama manakala padi adalah
makanan sekunder. Pada zaman Pra-Maurya aktiviti pertanian
dilakukan secara komersial dan mereka berjaya mengeluarkan
hasil pertanian yang lebih walaupun peralatan yang digunakan
dikelaskan sebagai primitif. Aktiviti perdagangan turut dilakukan
dan antara barang utama dagangan mereka seperti kain kapas,
gangsa, tembaga, emas, perak dan tembikar dari tanah liah. Setiap
aktiviti perdagangan ini dilakukan di kawasan yang strategi.
Justeru itu, Nusantara atau Alam Melayu dianggap sebagai pusat
dagangan antarabangsa ketika itu. Antara kerajaan yang terkenal
sebagai pusat perdagangan adalah Kerajaan Melaka, Acheh dan
Johor-Riau. Akibat daripada aktiviti perdagangan ini berlaku
proses perkongsian ilmu serta teknologi sebagai contoh
pembuatan gula daripada tebu merupakan teknologi daripada
tamadun Cina.
Selain itu kemahiran pertukangan logam yang dibawa
daripada India turut dipelajari oelh masyarakat tempatan sehingga
memberi manfaat terhadap ekonomi Nusantara ketika itu. Di
zaman pemerintahan British pula ekonomi Tanah Melayu adalah
bersifat kelompok kerana British mengamalkan sistem pecah dan
perintah di mana masyarakat Melayu dikhususkan untuk
pertanian dan perikanan sahaja, manakala masyarakat India
dikerah untuk bekerja diladang-ladang dan Cina pula dikerah
untuk bekerja di kawasan lombong-lombong emas dan bijih
timah. Terdapat juga masyarakat cina yang melakukan urusan
perniagaan di tanah Melayu. Pada hari ini kita dapat melihat hasil
atau manfaat daripada interaksi tersebut di mana wujud projek-
projek yang melibatkan berbagai bidang sama ada dari sudut
pertanian, penternakan, pembuatan bahkan dalam bidang
perkhidmatan turut dilakukan. Hal ini berlaku daripada
pertembungan ekonomi yang berlaku semenjak awal lagi. Secara
kesimpulannya ekonomi di Malaysia adalah hasil daripada
aktiviti perdagangan yang berlaku pada waktu dahulu, selain itu
terdapat faktor sampingan yang turut meningkatkan ekonomi
seperti emigrasi, perkahwinan dan hubungan diplomatik4.
Pendidikan
Tamadun Melayu telah menerima berbagai manfaat
pendidikan dan keilmuan daripada tamadun lain. Pendidikan
masyarakat Melayu Kebanyakan bersumberkan daripada
keilmuan tamadun-tamadun lain. Sebagai contoh Tamadun Cina
memiliki bidang ilmu yang amat luas terutama dalam bidang
penciptaan dan penemuan sains. Tamadun cina terkenal dengan 4
ciptaan agung mereka iaitu kompas, serbuk letupan, penghasilan
kertas dan percetakan. Melalui perdagangan dan hubungan
diplomatik, teknologi ini dipelajari oleh tamadun lain. Selain itu,
sistem peperiksaan mereka juga bersifat sistematik sehingga
diikuti tamadun Melayu hingga ke hari ini. Tamadun India pula
terkenal dengan ilmu hisab/matematik yang amat luas. Selain itu
ilmu perubatan turut dipelopori oleh ilmuan-ilmuan daripada
India5.
Dari sudut bahasa dan kesusasteraan. Kemasukan konsep
dan idea baru yang didukung oleh istilah dan perkataan baru dari
budaya India yang kemudiannya diserap masuk menjadi unsur
4
Afifah Abu Yazid (2002), Pengajian Tamadun Asia, Kuala Lumpur: PTS Publication, hlm.216
5
Afifah Abu Yazid (2002), Pengajian Tamadun Asia, Kuala Lumpur: PTS Publication., hlm.165
pinjaman. Hari ini kita dapat melihat sejumlah besar kata
pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan sedikit daripada bahasa
Tamil. Antara contoh istilah yang diserap menjadi bahasa Melayu
seperti perkataan bumi yang berasal daripada perkataan Sanskrit
iaitu Bhumi. (Beza/beza:Bheda, Bahasa:Bhasa, Budi: Bhudi,
Harga: Argah) dan lain-lain. Begitu juga dengan tamadun Cina.
Antara kata serapan dari bahasa Cina seperti Bakmi, me, mesua,
cincau, kueh, beang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, tauhu dan
banyak lagi.
Hari ini kita dapat melihat kesan daripada interaksi Tamadun
Melayu, Cina dan India di mana wujudnya sekolah-sekolah
pelbagai aliran seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah
jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah kebangsaan. Setiap sekolah
ini diwujudkan bagi memelihara warisan budaya dan bahasa yang
pernah wujud di Alam Melayu pada ketika dahulu. Selain itu,
pendidikan di Malaysia pada hari ini juga menitik beratkan aspek
kerohanian. Hal ini kerana setiap tamadun sama ada Tamadun
Melayu, Cina dan India memiliki kepercayaan dan fahaman
anutan yang tersendiri. Tamadun Melayu dengan ajaran Islam,
Cina dengan ajaran confunis dan India dengan ajaran Hindu.
Setiap tamadun menitik beratkan aspek kerohanian dan
kemanusian. Kepelbagaian cabang pendidikan di Malaysia
menjadikan masyarakat Malaysia begitu unik dan bersifat
menyeluruh.
1. Nazarudin Zainun, Nasha Rodziadi Khaq, Tarmiji Maron,
Zulkifli Jaafar (2016), Kesan kebangkitan Dinasti Sung-
Yuan terhadap perkembangan kedah tua: Suatu analisi
sosioekonomi, Bab 9 dlm. Hubungan politik dan
sosiobudaya china-dunia Melayu hingga kurun ke-15
masihi, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia
2. Afifah Abu Yazid (2002), Pengajian Tamadun Asia, Kuala
Lumpur: PTS Publication.
3. Tan, Yai Sua (1957), Pendidikan Cina di Malaysia: Sejarah,
politik dan gerakan perjuangan, Pulau Pinang: Penerbit
Universiti Sain Malaysia.

You might also like