You are on page 1of 23

CIRI-CIRI PERBANDARAN TAMADUN MOHENJO-DARO DAN HARAPPA

Pengenalan
Menurut Kamus Dewan, tamadun ditakrifkan sebagai kebudayaan, kemajuan, peradaban sesuatu
bangsa yang bersopan-santun dan berkemajuan. Merujuk perspektif Barat, tamadun ialah kemajuan
seimbang dari aspek kerohanian dan kebendaan ke atas individu dan masyarakat. Manakala,
menurut sarjana Islam, 'Umar 'Audah al-Khatib, tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan,
peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik,
kesenian dan seluruh kehidupan dalam sesuatu sejarah.

Secara umum, tamadun ditakrifkan sebagai sesuatu masyarakat peringkat kemajuan dalam
kehidupan manusia (merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial) melalui pembentukan
organisasi sosial, bahasa dan tulisan, agama dan kepercayaan, pengkhususan kerja, pertumbuhan
bandar serta sistem pentadbiran yang sistematik. Tamadun manusia merupakan satu proses yang
berlaku secara beransur-ansur. Perkataan "tamadun" berasal daripada perkataan Latin "citivas" yang
bermaksud kota.

Ciri-ciri
Penempatan Tetap
Penempatan tetap mula berkembang apabila perkampungan-perkampungan dengan bilangan
penduduk yang kecil mula menjalankan kegiatan pertanian, penternakan dan perdagangan. Proses
perubahan dan kemajuan ini dikenali sebagai proses perbandaran atau urbanisasi. Misalnya,
pertanian dan perdagangan merupakan kegiatan ekonomi Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa
yang utama. Bekalan air yang mencukupi dan kekayaan tanaman menyebabkan pelbagai jenis
tanaman dapat dihasilkan seperti gandum dan barli disamping betik, tembikai, dan kacang.
Kejayaan paling memberangsangkan ialah penanaman kapas. Dengan penanaman kapas, mereka
telah menjalankan perusahaan ekonomi yang melibatkan kain kapas. Selain itu, penternakan turut
dijalankan. Orang Harappa juga membela anjing, lembu dan kerbau. Unta, gajah, kuda dan keldai
digunakan sebagai alat pengangkutan terutama bagi kafilah.

Perdagangan
Perdagangan yang dijalankan juga merupakan salah satu ciri perbandaran. Apabila penduduk
menjalankan aktiviti perdagangan, penempatan tetap akan mula mengalami perkembangan. Sebagai
contoh, perdagangan merupakan ekonomi Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa yang penting.
Barangan utama yang diperdagangkan ialah kapas yang merupakan salah satu bahan eksport utama
bagi Tamadun Indus. Selain itu, terdapat bukti-bukti yang menunjukkan barang-barang keluaran
Indus telah sampai ke Mesopotamia kira-kira antara tahun 2300 dan 2000 SM. Di samping itu,
orang Barat dikatakan pernah tiba di Harappa. Kapak yang diperbuat daripada tembaga atau gangsa
dijumpai di kawasan Indus menunjukkan adanya hubungan dengan Asia Barat. Dengan kehadiran
benda-benda di kawasan Indus seperti lapis lazuli, jed, turquoise dan sebagainya membuktikan
perdagangan yang dilakukan antara Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa dengan Iran, Iraq,
Afghanistan Pertengahan Asia. Selain itu, Tamadun Indus juga mengamalkan industri kecil-kecilan
seperti menenun kain serta pertukangan tangan.
Perancangan Bandar
Salah satu ciri perbandaran lagi ialah perancangan bandar. Bandar dirancang supaya menjadi lebih
sistematik. Misalnya, bandar Harappa dan Mohenjo-Daro merupakan perancangan bandar (town
planning). Bandar Mohenjo-Daro dan Harappa boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
Bandar Benar (city proper) dan pusat benteng atau kubu (citadel) di Timur yang lebih kecil dan
tinggi. Terdapat juga sebuah citadel yang didiami oleh golongan pemerintah. Kesimpulannya,
Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa memperlihatkan perancangan bandar yang sempurna.

Pembinaan Jalanraya
Pembinaan jalanraya yang sistematik dan lurus juga merupakan satu ciri perbandaran. Jalanraya
dibina untuk menghubungkan satu kawasan dengan satu kawasan yang lain. Di kota Mohenjo-Daro
dan Harappa, jalan utama dibina berturut-turut dari Utara ke Selatan dan ke arah Timur serta Barat.
Di Kalibangan antara jalan Utara-Selatan mempunyai 7.2 meter lebar, sedangkan jalan Utara-
Selatan yang lain adalah tiga suku daripada lebarnya. Jadi, boleh dikatakan pembinaan sistem
jalanraya yang lurus dan sistematik adalah ciri perbandaran yang amat penting.

Kemudahan Maju
Bandar raya yang dilengkapi kemudahan maju adalah ciri perbandaran yang ketara. Kemudahan
yang sempurna memperlihatkan taraf hidup rakyat yang tinggi. Contohnya, Tamadun Mohenjo-
Daro dan Harappa yang memiliki kemudahan yang maju. Di pusat bandar, mereka membina rumah
kedai dan rumah tinggal. Rumah-rumah diperbuat daripada batu-bata dan beratan serta mempunyai
bilik mandi, dapur, tandas dan longkang. Bandar raya terbahagi kepada petak-petak perumabahn
berdasarkan corak checker board. Terdapat juga jelapang-jelapang, dewan orang ramai dan kedai-
kedai. Bandar raya tersebut mempunyai sistem saluran najis di bawah tanah. Dengan itu,
kemudahan yang ada pada Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa adalah agak maju.

Tumpuan Pelbagai Kegiatan


Setelah perkampungan-perkampungan berkembang menjadi sebuah bandar utama, maka bandar
tersebut akan menjadi tumpuan kegiatan ekonomi, tempat pembinaan kota, istana dan tempat
ibadat. Dari segi penduduk, Mohenjo-Daro dan Harappa mempunyai 40,000 orang penduduk.
Dewan orang ramai dibina supaya para penduduk dapat berhimpun bersama. Jelapang-jelapang dan
kedai-kedai dibina di pusat bandar Mohenjo-Daro dan Harappa menjadikan bandar setelah tumpuan
kegiatan ekonomi. Kubu-kubu Harappa menjadikan bandar sebuah tumpuan kegiatan ekonomi.
Kubu-kubu dan menara-menara turut dibina untuk melindungi bandar-bandar itu daripada serangan
musuh. Citadel di bandar pula merupakan tempat kediaman golongan paderi atau pendeta.
Kesimpulannya, Kota Mohenjo-Daro dan Harappa menjadi tempat pertemuan rakyat dan tempat
mereka untuk menjalankan aktiviti kehidupan seharian.

Penutup
Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa merupakan bandar terancang yang terawal dalam sejarah
manusia. Pembentukan bandar Mohenjo-Daro dan Harappa jelas memperlihatkan corak kehidupan
manusia yang berorganisasi dan kebijaksanaan penduduk dalam proses perbandaran.
(a) Nyatakan tentang proses pembentukan tamadun Indus. [4M]

Penduduk nomad membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus.

Sungai Indus menyediakan sumber air dan dapat menyuburkan tanah. Penduduk Indus pandai
menyesuaikan diri dengan alam sekitar. Ini menyebabkan berlaku peningkatan hasil pertanian dan
pertambahan jumlah penduduk di Indus. Ini menyebabkan perkembangan bandar iaitu bandar
Mohenjo-Daro dan Harappa.

(b) Nyatakan enam keistimewaan bandar Mohenjo-Daro dan Harappa [6M]

Keistimewaan bandar Mohenjo-daro dan Harappa ialah bandarnya terbahagi kepada bahagian
utama dan bahagian kedua. Bahagian utama ialah pusat pentadbiran.Pusat pentadbiran
menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam dan tempat menyimpan hasil pertanian.

Bahagian kedua menempatkan kawasan perumahan. Bandar Mohenjodaro dan Harappa dikelilingi
oleh tembok. Bandarnya disusun berasaskan blok segi empat.

Setiap blok dipisahkan oleh rangkaian jalan raya yang berkeadaan lurus dan bersambung. Bandar
bandar juga dihubungkan dengan sungai.

(c) Mengapakah masyarakat lembah Indus berjaya membina bandar terancang ?

Masyarakat Indus berjaya membina bandar terancang kerana memiliki kepakaran dari segi susun
atur dan pengisian bandar. Mereka menguasai ilmu geometri, kesenian dan matematik serta
kemajuan dalam ilmu pembinaan. Kejayaan mereka juga kerana pertembungan tamadun ini dengan
tamadun lain yang membolehkan pertukaran teknologi dengan tamadun lain. Ianya juga kerana
peningkatan mutu bahan binaan melalui penghasilan batu bata melalui pembakaran dengan suhu
tinggi.

Masyarakat juda dapat menyesuaikan pengaruh luar dengan keadaan tempatan.

(d) Terangkan organisasi sosial masyarakat Indus.

Terbahagi kepada dua golongan iaitu Golongan atasan yang terdiri daripada

Pendeta danPedagang. Golongan bawahan terdiri daripada petani, buruh dan hamba.

Pendeta ialah kelas atasan yang utama. Pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh terutama dalam
bidang keagamaan. Tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta.

Golongan bawahan memberikan ketaatan kepada golongan pendeta. Petani menjalankan aktiviti
pertanian dan menyerah sebahagian hasil kepada pihak berkuasa.
Buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan, membina tembok di banteng dan
membina terusan.

Jelaskan matlamat pendidikan dalam tamadun China.


Pengenalan [ 3 markah]

1. Latar belakang sistem pendidikan China

Pendidikan amat penting dalam Tamadun China. Masyarakat China sangat menghormati golongan intelektual.

Kerajaan bertanggungjawab menyediakan keperluan dan kemudahan pendidikan seperti menyediakan rumah guru,
rumah penaung yang kaya, rumah berhala dan pondok.

Terdapat ruang pemujaan Confucius di bilik darjah.

Kanak-kanak mula bersekolah semasa berumur 7 tahun.

Pelajar membawa kerusi, buku, kertas, pensel dan dakwat sendiri ke sekolah.

Terdapat sekolah menengah dan sekolah tinggi yang menyediakan pelajar untuk menghadapi peperiksaan kerajaan.

Sekolah-sekolah ini ditaja oleh kerajaan, persendirian, golongan kaya dan pegawai kerajaan.

Pada zaman Maharaja Wu Ti dalam Dinasti Han (140-87 S.M), sekolah tinggi ditubuhkan di ibu kota dan menggalakkan
penubuhan sekolah-sekolah di provinsi dan daerah.

Pada zaman Maharaja Yan Kuang dalam Dinasti Sui, sekolah dan perpustakaan imperial telah ditubuhkan.

Pada zaman Dinasti Ming, kolej golongan belia dan universiti kebangsaan telah ditubuhkan pada peringkat pusat.

Pada zaman Hsuan Tsung, Akademik Han Lian telah ditubuhkan.

Selain itu, sekolah-sekolah telah ditubuhkan secara besar-besaran.

Seterusnya sistem percetakan telah diperkenalkan.

ISI: Matlamat sistem pendidikan tamadun China [5 isi X 4 = 20 Markah ]

1. Untuk memenuhi keperluan kerajaan dan negara

Demi memberikan suatu asas yang kukuh untuk mengekalkan kuasa politik, birokrasi dan kedaulatan maharaja serta
mengekalkan keharmonian masyarakat dan taat setia rakyat terhadap raja dan negara.

Pendidikan sebenarnya tidak menggalakkan pemikiran bebas rakyat bawahan atau golongan atasan.

Sebaliknya bertujuan membendung pemikirannya supaya dapat memupuk hubungan erat rakyat dengan kerajaan,
menjamin kestabilan politik dan keharmonian masyarakat.

Fahaman Confucianisme telah menjadi asas ideologi politik dan kurikulum pendidikan China sejak Dinasti Han untuk
mewujudkan sekelompok elit (scholargentry).

Kelompok ini telah menyerap nilai-nilai moral dan etika Confuciusnisme yang akan menyokong dan memperkukuhkan
status politik Maharaja China dan kerajaannya.

2. Peperiksaan awam

Pendidikan di China mempunyai kaitan yang rapat dengan sistem peperiksaan yang diamalkan.

Tiada had umur yang ditetapkan untuk mengambil peperiksaan.

Seseorang yang lulus dalam peperiksaan awam akan menjadi pegawai dan pentadbiran dalam sistem pemerintahan di
China.

Peperiksaan dikendalikan dengan ketat.

- Mereka yang meniru dikenakan hukuman mati.


Untuk memastikan tidak berlakunya penipuan, pemeriksa akan dikurung sebelum tiba hari peperiksaan.

Mereka yang mengambil peperiksaan akan ditempatkan di dalam bilik dengan disediakan makanan.

Mereka dikurung selama 3 hari untuk menulis jawapan.

Setelah lulus, mereka akan menjadi ahli seumur hidup di Emperial Academy (organisasi intelek)

3. Untuk menegakkan hubungan dan kepentingan nilai kekeluargaan

Sifat ketaatan terhadap ibu bapa, orang tua dan penghormatan terhadap pegawaipegawai kerajaan.

Untuk memupuk nilai-nilai moral dan etika yang diperlukan oleh pihak pemerintah, maka kurikulum pendidikan adalah
berdasarkan Sembilan Buku Suci iaitu: Five classics dan The Four Books.

Five Classics ialah Shu Ching (Book of History), Shih Ching (Book of Poetry), Yi Ching (Book of changes), Li Chi (Book of
Rites) dan Chun-Chiu (Spring and Autumn Annals).

The Four Books terdiri daripada Annalests, Great Learning, Doctrine of the Mean dan Works of Mencius.

4. Untuk membezakan golongan elit (pemerintah) dan golongan massa (diperintah)

Pendidikan China dianggap sebagai kayu ukur untuk membezakan dua golongan ini.

Menurut pemikir Confuciusnisme, elit yang berpendidikan tinggi ialah Chun Tze atau manusia unggul ( the super or
man).

Oleh itu rakyat harus menghormati Chun Tze.

Pendidikan dianggap sebagai penentu peranan dan hierarki masyarakat China tradisional.

5. Untuk memilih pegawai kerajaan (birokrasi)

Sejak zaman Dinasti Han, sistem peperiksaan awam telah diwujudkan untuk memilih pegawai kerajaan.

Calon-calon yang cemerlang dalam peperiksaan akan dilantik memegang jawatan-jawatan kerajaan di ibu kota dan
wilayah.

Sistem ini dikekalkan sehingga kejatuhan Dinasti Ching pada tahun 1911.

6. Untuk menyebarkan pemikiran dan falsafah pemikir-pemikir China

- Antara pemikir China ialah Kung Fu Tze, Lao Tze dan Mo Tze.

KESIMPULAN: ( 2 Markah )

1. Matlamat pendidikan di China adalah untuk melahirkan rakyat China yang berpendidikan bagi membolehkan mereka
menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan.

2. Bahkan sistem pendidikan dapat mengubah kedudukan mereka dalam masyarakat (mobiliti sosial)

Keruntuhan tamadun soalan 1 - Jan 2017


Terangkan faktor yang membantu yang membantu penyebaran Islam di Asia Tenggara.
Disebabkan kegiatan perdagangan.
Kesediaan masyarakat Asia Tenggara menerima Islam.
Islam tersebar di Asia Tenggara melalui perkahwinan siasah dan perkahwinan biasa.
Pengislaman raja dan bangsawan menjadi ikutan rakyat.
Kerajaan Islam di Asia Tenggara berperanan menyebarkan Islam.
Kerajaan Islam menjadi pusat kebudayaan dan keintelektualan Islam.
Peranan pendakwah membantu menyebarkan Islam.
Disebabkan keistimewaan agama Islam sendiri.

Antara faktor-faktor perkembangan islam di Tanah Melayu ialah


perdagangan,perkhawinan,perluasan kuasa dan faktor politik,ajaran islam yang
mudah/ideologi islam itu sendiri,faktor kesusteraan dan peranan ahli tasawuf,sufi serta
pendakwah.
1. Perdagangan
Ramai ahli sejarah bersetuju yang agama Islam telah diperkenalkan di Nusantara melalui
perdagangan
. Peranan pedagang Islam terutama di zaman permulaan Islam di Nusantara amat penting
sekali. Para
Pedagang dari Arab, India dan Parsi telah menumpukan kegiatan
Perdagangan di rantau ini semenjak abad ke-8 atau ke-9 Iagi.

Kebanyakkan ahli sejarah barat juga berpendapat agama Islam diperkenalkan di Nusantara
melalui
perdagangan. Pendapat ini berasaskan kepada tiap-tiap pelabuhan terdapat penduduk-
penduduk yang beragama Islam. Contohnya di Melaka dan di Aceh yang merupakan pusat-
pusat perkembangan Islam di samping pusat-pusat perdagangan di Nusantara. Di pelabuhan-
pelabuhan tadi terdapat jawatan Shahbandar yang berfungsi menghubungkan sultan-sultan
yang memerintah dengan pedagang-pedagang yang berdagang, sama ada dari dalam atau
luar negeri.
Melaka telah menjadi sebuah negara Islam hasil daripada kegiatan perdagangan . Setelah
Melaka menjadi negara Islam, kegiatan dakwah diperluaskan pula ke Jawa dan Brunei
melalui cara yang sama. Akhirnya kedua-dua negara itu mengikut langkah Melaka.

Brunai telah menerima agama Islam melalui perhubungan yang rapat dengan pedagang-
pedagang Islam.
Pedagang-pedagang Jawa yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Melaka telah
kembali menyebarkan agama Islam di daerah masing-masing. Begitu juga peranan yang
dimainkan oleh Aceh setelah jatuhnya Kerajaan Melaka pada tahun 1511 Masehi.
Kemewahan yang dimiliki oleh saudagar-saudagar Islam telah menarik hati penduduk
tempatan termasuk pihak pemerintah sendiri. Mereka suka dan tertarik hati kepada
saudagar Islam kerana kemakmurannya bergantung kepada Perdagangan yang dibawa oleh
saudagar tersebut

Melaka juga menjadi pusat pengajaran Islam di Nusantara. Ini dapat dibuktikan dari
Melakalah Islam berkembang ke Pulau Iawa. Ahli-ahli perniagaan Jawa beramai-ramai
datang ke Melaka dan di samping menjalankan perniagaan. ada di antaranya menerima
Islam. Sekembalinya mereka ke Jawa, saudagar-saudagar tadi berusaha memperkenalkan
Islam di Jawa. Akhirnya atas usaha saudagar-saudagar tadi, Islam telah berkembang di Jawa.
Lantaran itu ramai yang berpendapat Jawa diislamkan oleh Melaka.

Teori bagaimana Islam disebarkan ke alam Melayu telah dikemukakan oleh beberapa orang
sarjana Barat. Teori yang tertua sekali menyatakan bahawa agama Islam disiarkan ke alam
Melayu melalui saluran Perdagangan seperti yang telah dikemukakan oleh Tom Pires pada
tahun 1515. Teori ini menyatakan bahawa proses islamisasi di kepulauan Melayu dilakukan
secara aman oleh pedagang-pedaganyang tinggal di beberapa tempat dan berkahwin dengan
wanita-wanita setempat. N. Krom berpegang kepada pendapat yang sama dan beliau
menekankan tentang persamaan di antara proses islamisasi dengan proses penyebaran
agama Hindu di alam Melayu sebelum kedatangan agama Islam. Beliau juga berpendapat
bahawa penyebaran agama Islam itu dilakukan oleh pedagang-pedagang Islam. Y.H. Kern
juga berpegang kepada teori yang sama dan menambah bahawa, apabila peniaga-peniaga
yang kaya telah berkahwin dengan keluarga pemerintah setempat, sedikit demi sedikit
mereka dapat menguasai politik negeri berkenaan.
Menurut catatan China pula,pedagang-pedagang Islam sudah ada di kawasan perairan
Melayu semenjak pertengahan abad ke-7 lagi. Pedagang-pedagang Islam dipercayai telah
mendirikan koloni-koloni mereka di perairan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera
untuk menjalankan kegiatan perdagangan. Selain menjadiperdagangan, saudagar-saudagar
tersebut juga menjalankan kegiatan dakwah di kawasan-kawasan yang disinggahi. Ada di
antara mereka yang tidak menjalankan kegiatan dakwah tetapi telah memberikan
kemudahan kepada golongan pendakwah yang berkhidmat secara langsung dengan
mengizinkan pendakwah menaiki kapal-kapal mereka bagi menyebarkan dakwah dari satu
pelabuhan ke pelabuhan yang lain. Dengan cara ini Islam dengan cepat tersebar di
Nusantara.

2. Perkahwinan

Perkahwinan merupakan faktor utama dalam perkembangan Islam di Nusantara. Ramai


saudagar-saudagar luar, sama ada dari Arab atau India yang beragama Islam telah berkahwin
dengan wanita-wanita tempatan atau puteri-puteri raja. Antara saudagar-saudagar terdapat
yang menjadi hartawan. Melalui hadiah-hadiah dan pengaruh, mereka dapat
berkahwindengan puteri-puteri tempatan.

Sesetengahnya mempunyai hubungan yang rapat dengan pembesar-pembesar tempatan.


Dengan kekayaan yang ada, mereka berjaya mempengaruhi wanita-wanita tempatan untuk
dijadikan isteri. Malahan, ada saudagar-saudagar yang dapat berkahwin dengan puteri-
puteri dari kalangan anak pembesar terutamanya di zaman Melaka. Perhubungan keluarga
teIah memudahkan para pedagang Islam berdakwah secara terus dengan kaum kerabat
mereka sendiri.

Selepas perkahwinan, saudagar-saudagar tadi memperkembangkan agama Islam pada


isterinya, keluanga isterinya dan seterusnya pada masyarakat tempatan amnya. Proses yang
sama akan berlaku yang berakhir dengan seluruh keluarga diraja tersebut memeluk agama
Islam. Sudah menjadi tabiat masyarkat Melayu akan mengikut apa yang dilakukan oleh raja-
raja dan golongan bangsawan, jadi bila raja-raja dan pembesar-pembesar menerima Islam,
amat mudah dan cepat Islam berkembang di kalangan rakyat bawahan.

Agama Islam juga tersebar melalui perkahwinan antara raja sesebuah negara dengan puteri
raja dari negara yang lain. Proses ini biasanya dipanggiI perkahwinan siasah. Langkah ini
turut membantu penyebaran Islam ke sesebuah negara. Umpamanya perkahwinan Puteri
Pasai dengan Megat Iskandar Syah menyebabkan Islam tersebar ke Melaka.
Putera Parameswara yang beristerikan dengan puteri Sultan Pasai yang beragama Islam
telah ditauladani oleh pengikut-pengikut dan rakyatnya kerana hendak mendapat limpah
kurnia daripada pemerintah dan daripada pergaulan hidup bermasyarakat.

Sebagaimana yang diketahui Melaka mempunyai tanah jajahan takluk yang luas. Melaka
berfungsi sebagai pusat perkembangan agama Islam memain peranan utama
mengembangkan Islam di tanah-tanah jajahan takluknya seperti ke Siak, Inderagiri, Rokan,
Pahang, Perak dan lain-lain. Pada lazimnya
Penkahwinan sering dilakukan di antara putera-puteri Melaka dengan putera-puteri tanah-
tanah jajahan tadi. Jadi, putera-puteri Melaka yang beragama Islam bila berkahwin dengan
putera-puteri lain sudah pastilah akan memeluk agama Islam terlebih dahulu. Dengan
pemelukan Islam oleh raja-raja tempatan tadi dengan mudah Islam berkembang di kalangan
rakyat bawahan.Schrieke juga turut menekankan bahawa perkahwinan peniaga Islam yang
kaya dengan keluarga diraja setempat telah menjadi faktor utama dalam penyebaran Islam
ke seluruh alam Melayu. Walau bagaimanapun, sukar untuk menunjukkan bukti tentang
pengislaman yang dilakukan secara besar-besaran di sesuatu daerah tertentu. Hubungan
perkahwinan selalunya membawa pengislaman bagi jumlah yang kecil sahaja.

Faktor ekonomi dan sosial menjadi pendorong yang besar ke arah kepesatan
berkembangnya agama Islam di kawasan ini. Brunei telah menerima agama Islam melalui
perhubungan yang rapat dengan pedagang-pedagang Islam. Pedagang-pedagang Jawa yang
mempunyai hubungan yang rapat dengan Melaka telah kembali menyebarkan agama Islam
di daerah masing-masing. Begitu juga peranan yang dimainkan oleh Aceh setelah jatuhnya
Kerajaan Melaka pada tahun 1511 Masehi. Kemewahan yang dimiliki oleh saudagar-
saudagar Islam telah menarik hati penduduk tempatan termasuk pihak pemerintah sendiri.
Mereka ini suka dan tertarik hati kepada saudagar Islam kerana kemakmurannya bergantung
kepada perdagangan yang dibawa oleh saudagar tersebut. Mereka kahwinkan puteri-puteri
bangsawan dan puteri-puteri orang besar mereka untuk mengekalkan saudagar-saudagar
tersebut di tempat itu dan untuk mendapatkan faedah ekonomi. Dengan cara
perkahwinanini maka keluarga-keluarga yang terlibat dalam
Perkahwinan itu dengan sendirinya memeluk agama Islam

3. Perluasan kuasa dan faktor politik


Dua buah negara yang memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam melalui usaha
penaklukan ialah Melaka (pada abad ke-15) dan Acheh (pada abad ke-16 dan 17). Di zaman
keagungannya, Melaka telah menakluki banyak daerah dari negeri di Semenanjung dan juga
Sumatera seperti Pahang, Kedah, Siak, Rokan dan lain-lain Iagi. Melalui penaklukan ini, Islam
telah disebarkan ke negeri-negeri tersebut. Kebiasaannya, raja di sesebuah negeri yang
ditawan tidak sukar diislamkan kerana secara sukarela mereka menerima Islam sebagai satu
Iangkah untuk mendapatkan layanan yang baik dari pemerintah negeri yang menawannya.
Pengislaman raja sesebuah negeri biasanya diikuti oleh rakyat. Ini sudah tentu
menambahkan bilangan orang yang menganut agama Islam. Di zaman kekuatan Melaka dan
Acheh dahulu, melalui naungan yang diberikan terhadap tanah-tanah jajahannya, ia telah
menyelamatkan negeri-negeri tersebut dari jatuh ke tangan kuasa-kuasa Kristian.

Sarjana Barat, Van Leur mengemukakan teorinya yang mengatakan bahawa proses
islamisasi di kepulauan Melayu disokong oleh situasi politik dan juga motif politik. Melaka
dikatakan menganut agama Islam kerana bermaksud mendapat sokongan pedagang-
pedagang Islam. Hal yang sama juga dikatakan dilakukan oleh kerajaan-kerajaan di pesisir
kepulauan Indonesia. Negeri-negeri itu menganut agama Islam untuk mengelak dari
pengaruh kerajaan Majapahit. Kerajaan-kerajaan Islam yang baru, menuntut sokongan orang
Islam untuk mempertahankan kerajaan mereka yang bercorak Islam. Kerajaan--kerajaan ini
mengharapkan pertumbuhan aktiviti perdagangan dengan sokongan dari pedagang-
pedagang Islam. Van Leur cuba menumpukan faktor-faktor politik dan ekonomi yang
menjadi dorongan kuat untuk kerajaan Melayu menganut agama Islam.

4. Ajaran Islam yang mudah/Ideologi Islam itu sendiri


Faktor yang dikira penting disamping ikutan dan kepatuhan kepada raja mereka, orang
Melayu secara beramai-ramai dan suka hati memeluk Islam adalah disebabkan keelokkan
ajaran serta keadilan sejagat yang menghapuskan sistem kasta dalam umat manusia yang
dibawa oleh Islam. Keadilan dan kebebasan yang tidak membezakan warna kulit dan darah
keturunan, menarik minat mereka dalam menghapuskan jurang pemisah dalam serata
masyarakat ketika itu.

Islam menekankan cara pergaulan yang baik, cara berpakaian, makan dan sebagainya.
Dengan perkataan lain, ajaran Islam menganjurkan kebersihan dari kesucian jasmani dan
rohani. Ia dianggap sebahagian daripada iman.

Sebelum agama Islam bertapak dan berkembang di Nusantara, penduduk-penduduknya


menganut agama Hindu atau mempercayai fahaman animisme yang diwarisi dari datuk
nenek mereka.

Tetapi kerana aspek ajaran Islam itu Iebih baik dan mudah, menyebabkan agama tersebut
akhirnya dapat mengatasi perkembangan agama Hindu.

Faktor kesederhanaan, kesucian dan keluhuran agama Islam itu sendiri yang bertunjangkan
kepada ketuhanan yang tunggal dan penyamaan taraf antara sesama Islam, tidak
sebagaimana agama Hindu yang dianuti oleh penganut-penganut Melayu sebelum itu yang
bertuhankan kepada berhala dan dewa.

Agama Islam dianggap agama yang rasional dan praktikal, mudah difahami dan konsepnya
sesuai dengan corak dan sistem hidup orang-orang Melayu. Islam telah melahirkan nilai-nilai
murni seperti hidup bantu-membantu, bersifat adil, jujur dan sebagainya. Semuanya ini
menjadi tarikan kepada orang-orang Melayu untuk menerima Islam. Akhirnya agama Hindu
ditolak secara keseluruhannya oleh masyarakat Melayu

Wertheims juga rnenunjukkan bagaimana idea persamaan dan harga diri bagi setiap insan
dalam masyarakat Islam telah rnenjadi daya penarik yang utama kepada penduduk di
kepulauan Melayu daripada sistem kasta Hindu yang diamalkan selama ini dalam kehidupan
mereka seharian. Sesungguhnya konsep Islam tentang persamaan telah mendapat sambutan
yang rneluas di kalangan rakyat jelata di daerah-daerah yang didatangi oleh pedagang Islam
atau daerah-daerah yang dikuasai oleh kerajaan-kerajaan Hindu. Dengan kata
lain,pengislaman yang berlaku di daerah ini adalah disebabkan oleh semangat ideologi Islam
itu sendiri.

5. Faktor kesusasteraan

Kesusasteraan juga telah menjadi saluran penting kepada penyebaran Islam di Asia
Tenggara. Dengan kedatangan Islam, masyarakat Nusantara telah menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa perhubungan utama. Dengan adanya satu bahasa, kegiatan
menyebarkan Islam menjadi lebih mudah dan lancar. Kedatangan Islam juga telah
memperkenalkan tulisan Jawi. Hasil-hasil sastera Melayu ditulis dalam tulisan Jawi. Hal ini
memudahkan para ulama dan pendakwah mengajar tentang ilmu yang berkaitan dengan
Islam kerana mereka dapat menguasai tulisan Jawi. Di zaman keagungan Melaka dan Acheh,
bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan mereka. Pelbagai
bentuk sastera Arab seperti syair dan gurindam telah mempengaruhi bahasa Melayu.
Hasilnya sastera-sastera Islam telah dikembangkan melalui bahasa Melayu dan ini sudah
tentu dapat mengembangkan lagi fahaman orang-orang Melayu terhadap ajaran Islam.

Di samping ajaran agama Islam, terdapat hasil-hasil sastera Islam berdasarkan kepada
cerita-cerita nabi, perwira-perwira Islam dan lain-lain disebarkan oleh bijak pandai Islam
ketika itu. Jadi pengaruh agama Islam tersiar dengan meluas di Nusantara dan berjaya
dijadikan satu pegangan yang teguh dan kuat sehingga mengkagumkan mubaligh-mubaligh
Kristian yang gagal menjalankan usaha-usaha mereka di Nusantana.

Beberapa tokoh karyawan dan ulama Iuar serta tempatan telah menghasilkan karya-karya
yang berunsur Islam sama ada dalam bentuk asli ataupun terjemahan dan saduran.
Sebahagian besar daripada karya tersebut seperti Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Raja
Khandak, Hikayat Amir Hamzah dan sebagainya begitu diminati oleh orang-onang Melayu.
Karya-karya ini mengandungi pelbagai unsur yang boleh mendekatkan kefahaman
pembacanya kepada ajaran Islam itu sendiri. Bidang kesusasteraan
Islam begitu pesat berkembang di Acheh sehingga melahirkan ramai tokoh sastera seperti
Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri yang berhasil mengarang pelbagai jenis kitab agama.
Kitab-kitab ini kemudiannya disebarkan ke seluruh jajahan takluk dan hal ini sudah tentu
membantu penyebaran Islam ke Nusantana.
6. Peranan ahli tasawuf, sufi dan pendakwah

Pengembang-pengembang agama pula sungguhpun mereka bukannya orang yang mula-


mula sekali membawa masuk agama Islam ke Melaka, tetapi kedatangan mereka
kemudiannya telah memesatkan penyebaran itu bersama dengan ajaran-ajarannya sekali.
Islam tiada berkehendakkan pengorbanan yang besar dari penganut-penganutnya yang baru
memeluk agama Islam. Walau bagaimanapun, hingga kurun yang keempat belas,
penyebaran agama Islam telah disekat oleh Majapahit, negara Hindu yang terakhir dan
terbesar sekali di Tenggara Asia. Dengan berpecahnya Majapahit, Islam telah mulai tersebar
semula dengan cepatnya.

Bukti-bukti juga menunjukkan yang Muawiyah bin Abu Sufyan (661-680M.), iaitu Khalifah
pertama Kerajaan Bani Umayyah, telah pernah menghubungi Ratu Sima di Jawa pada tahun
674M. Tetapi baru pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz (717-720M), usaha-usaha dakwah
Islamiah menampakkan hasil apabila beliau berjaya mengislamkan Srindravarman, Raja
Srivijaya di Jambi pada tahun 718M.

Kegiatan penyebaran Islam dikembangkan oleh ahli-ahli tasawuf dan sufi yang merupakan
ulama Islam yang kuat beramal. Kedua-dua golongan ini telah menunjukkan teladan yang
baik tentang Islam itu sendiri. Mereka berpakaian bersih, bersopan santun dan bertatatertib
sehingga tingkah laku dan tutur kata mereka mempesonakan orang ramai. Di zaman Melaka,
golongan ini juga diberi penghormatan yang tinggi oleh pemerintah kerana bijak dalam tutur
kata. Nasihatnya didengar oleh sultan dan para pembesar. Di zaman kesultanan Acheh,
golongan tasawuf telah diberi peranan penting dalam pentadbiran. Semasa pemerintahan
Sultan lskandar Muda, seramai 22 orang ulama (ahli tasawuf ) telah menganggotai BaIai
Gadang yang menjadi pusat bagi membincangkan masalah pentadbiran negara dan masalah
agama. Antara mereka termasuklah Hamzah Fansuri dan Nuruddin aI-Raniri. Mereka telah
memberi sumbangan yang besar kepada Acheh dalam kegiatannya sebagai pusat
penyebaran Islam di Asia Tenggara.

1 / 2017
Terangkan sumbangan tamadun China dalam bidang seni bina kepada peradaban dunia.
[8m] F1 Tembok Besar China
H1a dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking
H1b pembinaan dimulakan oleh Maharaja Shih Huang Ti dalam Dinasti Chin
H1c panjangnya 5000 km, lebar 4.5 hingga 9 meter dan tingginya 7.5 meter
H1d bertujuan untuk menghalang serangan orang-orang Hun
H1e semasa Dinasti Ming, tembok tersebut disambung sehingga 6400 km panjang
H1f menggunakan tenaga melebihi 30000 orang
F2 tembok batu
H2a memperlihatkan kemajuan dalam membuat tembok-tembok
H2b di bandar-bandar purba China seperti Changan, Anyang, Peking dan Loyang dibina
dengan rekaan yang mempunyai tembok batu
H2c di bandar lain tembok dibuat daripada tanah liat dan batu bata
H2d setiap tembok mempunyai pintu gerbang H2e pintu gerbang yang dikelilingi oleh oarit
besar dan menara
H2f semua ciptaan seni bina tersebut unuk tujuan keselamatan dan menghalang ancaman
pihak musuh
F3 kediaman Maharaja H3a kawasan dalam tembok menempatkan istana Maharaja
H3b sebuah istana yang masih kekal ialah Kota Larangan
H3c Kota Larangan mempunyai banyak dewan dan taman
H3d dewan berfungsi sebagai balai penghadapan dan tempat hukuman, keraian dan
perjumpaan
F4 kuil dan pagoda
H4a kuil yang besar terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi tempat
tinggal, ruang tetamu dan pusat pemujaan
H4b pagoda berbentuk meninggi hingga 15 tingkat
H4c biasanya pagoda mempunyai bentuk oktagon atau segi empat sama H4d bentuknya
tidak tetap bagi semua binaan dan tempat [mana-mana 8 x 1m = 8m]

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Tamadun China mempunyai reka bentuk seni bina yang agak berlainan daripada tamadun
lain. Salah satu seni bina yang telah dihasilkan ialah Tembok Besar China.
Tembok ini dibina sejak zaman Dinasti Chou dan telah diteruskan oleh dinasti berikutnya.
Tembok ini dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking. Sementara itu bandar-bandar
China purba seeperti Changan, Anyang, Peking dan Loyang juga dibina dengan rekaan yang
mempunyai tembok batu.

Tembok-tembok di kawasan bandar lain pula dibuat daripada tanah liat dan batu bata.
Malahan di kampung-kampung juga terdapat tembok biarpun dibina daripada tanah lumpur.

Setiap tembok ini terdapat pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara.
Kawasan di dalam tembok ini menempatkan kediaman maharaja. Salah sebuah istana
maharaja yang masih kekal sehingga kini ialah Kota Larangan.

Istana ini mempunyai banyak dewan dan taman. Dewan ini berfungsi sebagai balai
penghadapan serta tempat hukuman, keraian dan perjumpaan. Sebuah lagi binaan penting
di China ialah kuil dan pagoda.

Kuil-kuil ini terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal,
ruang tetamu, dan pusat pemujaan. Namun demikian, bentuk ini hanyalah untuk kuil yang
besar, pagoda pula berbentuk meninggi sehingga 15 tingkat. Biasanya, pagoda mempunyai
bentuk oktagon atau segi empat sama. Walau bagaimanapun, bentuk ini tidak tetep bagi
semua binaan dan tempat. Dalam tamadun China, terdapat pelbagai jenis pintu gerbang,
tembok dan jambatan.

https://prezi.com/-ker6qnwlzzx/pencapaian-tamadun-china-dalam-
bidang-sains-dan-teknologi/

Saolan 1 / 2016
Terangkan sumbangan Tamadun Hwang Ho dalam bidang pertanian. [9 markah]
F1 pembinaan terusan untuk mengairi tanaman
F2 teknologi pembajakan
F3 penciptaan cangkul
F4 penciptaan sabit
F5 penggunaan batas untuk penanaman
F6 alatan pertanian dibuat daripada besi
F7 kalendar untuk menentukan musim menanam
F8 penciptaan tenggala untuk membuat batas
F9 terusan dibina untuk mengelakkan banjir
F10 kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu/kereta kuda/kereta sorong
beroda
F11 penyisir tanah
F12 sistem penanaman secara bergilir untuk menjaga kesuburan tanah F13 kawasan bukit
diteres untuk pertanian

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Bidang Astronomi
Di zaman awal pemerintahan dinasti Zhou (kurun ke-11 sehingga ke-3SM), orang Cina telah
mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet.
Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan
penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, tepat dan berterusan sepanjang lebih
daripada 2,000 tahun. Sistem kalendar Cina juga adalah salah satu sistem yang paling awal,
maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di dunia ini.
Bidang Matematik
Orang Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik. Penggunaan sempoa
(abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue,
walaupun alat itu tidak digunakan secara meluas sehingga masa yang lebih lewat. Kebanyakan
matematik Cina terkandung dalam karya agong jiuzhang suanshu (Sembilan Bab Matematik)
oleh Zhang Cang (kurun ke-2SM). Di dalam buku ini terdapat misalnya catatan mengenai
kuantiti negatif. Ahli matematik Cina juga mengenai pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem
perpuluhan. Kesemua kemajuan dalam bidang matematik ini kekal digunakan sehingga masa
kini.
Sempoa (Abacus)
Bidang Perubatan
Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik yin dan yang dan
juga teori lima elemen. Teori yin dan yang mengatakan bahawa keseimbangan secara harmoni
kedua-dua kuasa yin dan yang akan mempengaruhi kesihatan badan manusia. Apabila kadar
yin dan yang dalam badan manusia kurang seimbang, kesakitan berlaku. Dalam badan manusia
kadar yin dan yang boleh dikawal dan ini merupakan tumpuan paling utama dalam perubatan
Cina tradisional. Teori lima elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada
dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti hati, jantung, limpa, paru-paru dan ginjal adalah
secocok dengan lima elemen dalam alam semesta. Misalnya, paru-paru dianggap mempunyai
kualiti kayu yang boleh dinyala oleh api. Oleh itu seseorang yang menghadapi gangguan paru-
paru mudah menjadi marah. Berdasarkan dua teori ini doktor Cina tradisional mengambil berat
tentang kepentingan melaraskan semula keseimbangan harmoni badan seseorang pesakit.

Yinyang
Satu lagi bentuk teori penting ialah teonjing (saluran) dan luo (kolateral) yang merupakan asas
bagi rawatan terapeutik seperti akupuntur dan moxishustion (membakar daun moxa).
Mengikut teori ini, organ dalaman, tangan dan kaki badan manusia adalah berkaitan dan
dihubungkan oleh saluran di mana darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Apabilaywg atau luo
tersekat, darah dan qi tidak dapat mengalir lancar dan ini akan menyebabkan kesakitan.
Dengan ini memastikan darah dan qi mengalir lancar merupakan asas dan langkah pertama
untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.
Akupuntur dan moxihustion sangat penting dalam perubatan Cina tradisional. Berdasarkan
teori jing dan luo, akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan atau mencucuk jarum logam
yang telah disteril, yang panjangnya antara 3 sehingga 24 cm ke dalam kulit dan tisu di bawah
kulit. Salah satu tujuannya adalah untuk menstimulasikan titik tertentu pada saluran jing dan
luo supaya gangguan peredaran darah atau qi dapat dibetulkan. Pengamalan akupuntur telah
bermula sejak kira-kira 2,500SM atau lebih awal dan adalah benar-benar sifat Cina dari sudut
perubatan. Dalam rawatan moxibustion, daun moxa (Artemisia chinensis) dibubuh pada titik
tertentu pada permukaan kulit lalu dibakar.
Jingluo

Bidang Optik
Dalam bidang optik, saintis Cina awal telah memberi perhatian kepada penyongsangan
(inversion) imej yang dihasilkan oleh kamera lubangjarum (pin- hole camera), dan begitu juga
pelbagai imej yang dihasilkan oleh kanta cekung (concave- lens). Mereka juga memahami
prinsip fokus.

Bidang Alkimia
Ahli alkimia Cina dalam usaha mereka mencari satu cara yang dapat membuat manusia hidup
selama-lamanya telah menghasilkan sejenis "eliksir kehidupan" (elixir of life). "Eliksir
kehidupan" ini mengandungi bahan-bahan seperti merkuri, plumbum dan arsenik. Bahan-
bahan tersebut kebanyakan adalah bersifat toksik dan ahli alkimia sedar akan sifat ini. Dalam
bidang perubatan moden, penggunaan bahan beracun adalah biasa. Walaupun tujuan utama
adalah untuk mengkaji hasil yang dapat memanjangkan usia manusia, uji kaji ahli alkimia Cina
dalam mencampur pelbagai bahan, termasuk bahan beracun, telah menyebabkan ciptaan lain
yang berguna.

Teknologi China

4 Penciptaan Agung
Antara pencapaian teknologi Cina purba, yang paling berguna dan berpengaruh dan segi
sumbangan terhadap perkembangan teknologi serta tamadun dunia ialah empat penciptaan
agung iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas.
Mengenai teknik membuat kertas, ia telah dicipta oleh Cai Lun dengan bahan-bahannya
menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi membuat kertas ini
kemudiannya telah dibawa dan diperkenalkan ke dunia Barat melalui Jalan Sutera Lama (The
Old Silk Road) dan tiba di Eropah pada kira-kira kurun ke-13.
Teknologi teknik pencetakan (printing) telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti
Tang (618-906). Antara buku bercetak yang paling awal dan masih wujud sehingga kini ialah
fingangjing (Kitab Sutra Diamond) versi Cina yang bertarikh 11 Mei 868 yang kini disimpan dan
dipelihara di Muzium British di England. Buku ini dianggap mewakili hasil daripada pengalaman
lama orang Cina dalam teknik percetakan blok (block-printing). Pada tahun 1045, Bi Sheng
mencipta teknik percetakan bergerak (mobile-type printing) dan mula menggunakannya secara
umum. Penciptaan Bi Sheng adalah 400 tahun lebih awal daripada penciptaan yang sama di
dunia Barat yang hanya berlaku pada kurun ke-15.
Bahan letupan (gunpowder) pula telah dicipta oleh ahli-ahli alkimia Daois yang menemui
formulanya dalam uji kaji mencampur saltpetre dengan sulfur dan karbon. Menjelang kurun
ke-7, orang Cina sudah pun menggunakan bahan letupan untuk membuat bunga api. Bahan
letupan mulai digunakan dalam bidang militari pada tahun 906 oleh ketua tentera Tang (618-
906). Ilmu bahan letupan dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara Arab pada kurun ke-13
dan seterusnya dan situ diperkenalkan ke negara Eropah.
Kompas juga merupakan salah satu dari empat penciptaan agung dalam tamadun Cina yang
memberikan sumbangan bermakna kepada tamadun dunia sehingga masa kini. Semasa dinasti
Han (206SM - 220SM) sifat-sifat magnet sudah diketahui di negara China. Antara kurun
pertama dengan kurun ke-6, orang Cina sudah pun menemui pengetahuan tentang gejala
kemagnetan aruhan (induced magnetism), dan menjelang kurun ke-8 dan ke-9, ilmu
pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) dikuasai. Berdasarkan ilmu
pengetahuan ini, orang Cina telah menghasilkan kompas, yang pada mulanya untuk digunakan
di kapal.

You might also like