Professional Documents
Culture Documents
1. Bahasa Melayu merupakan bahasa perantara negara ini sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka pada abad ke-15.
2. Bahasa Melayu digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi seperti mesyuarat, surat-menyurat,
perundangan dan kehakiman di negeri-negeri MelayuTidak Bersekutu, Jabatan Polis dan
sebagainya sebelum Perang Dunia Kedua.
3. Proses pemilihan dan penetapan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah melalui
kesepakatan dan tolak ansur dalam kalangan kesemua kaum di negara ini.
4. Perkara 152 Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan bagi negara. Bahasa Melayu mestilah
digunakan untuk maksud-maksud rasmi. Namun, bahasa selain bahasa Melayu tidak dilarang
untuk digunakan.
5. Peruntukan Perkara 150 (6A) dengan jelas menyatakan bahawa walaupun dalam keadaan
darurat, hal-hal yang berhubung dengan bahasa melayu adalah dilindungi oleh perlembagaan.
6. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 juga memperuntukan bahasa Melayu sebagai satu-satunya
bahasa rasmi tunggal.
7. Ianya menjadi medium penyatuan bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum serta
lambang jati diri dan identiti nasional.
1
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
AGAMA
1. Perkara 3 agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, tetapi agama lain boleh dianuti
secara aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan.
2. Perkara 3 (2) Raja atau Sultan ialah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing. Yang
di-Pertuan Agong akan bertindak sebagai Ketua Agama Islam bagi Pulau Pinang, Melaka,
Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Labuan, Kuala Lumpur) bagi
mewakili Raja-Raja.
3. Bahagian I, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memaktubkan agama Islam sebagai
agama bagi Persekutuan, tetapi agama lain boleh dianuti secara aman dan harmoni.
4. Majlis Agama Islam ditubuhkan di setiap negeri berdasarkan undang-undang negeri.
Majlis Agama Islam berperanan untuk menasihati Raja mengenai hal ehwal agama Islam.
5. Perkara 11(4) memberi kuasa kepada undang-undang negeri dan undang-undang
Persekutuan untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau
kepercayaan agama lain tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada orang Islam.
6. Perkara 12(2) memperuntukan kuasa kepada Persekutuan atau sesuatu negeri untuk
menubuhkan atau menyenggara Institusi Islam serta membiayai perbelanjaan dalam
mengadakan atau membantu ajaran Islam seperti;
a. perwarisan (berwasiat atau tidak berwasiat)
b. munakahat (pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah dll )
c. wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat
d. adat istiadat Melayu
e. zakat fitrah dan baitulmal
f. masjid atau tempat solat awam
g. mengadakan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam terhadap
rukun Islam (kecuali perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan)
h. keanggotaan, susunan dan tatacara Mahkamah Syariah
i. mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan dalam kalangan penganut
agama Islam.
2
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
KEWARGANEGARAAN,
1. Hak kewarganegaraan diperolehi secara;
3
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Antara syarat untuk warganegara asing yang berumur 1 tahun ke atas untuk menjadi warganegara malaysia
ialah;
individu tersebut telah menetap di persekutuan malaysia 10 daripada 12 tahun sebelum tarikh
permohonan
berniat menjadi pemastautin tetap persekutuan malaysia
tingkah laku baik
berpengetahuan dalam bahasa melayu
Diberi kepada penduduk Singapura,Sabah ,Sarawak yang anggotai Persekutuan Malaysia pada
16.9.1963
4
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
HAK ASASI
1) Istilah "kebebasan Asasi" diguna pakai dalam Perlembagaan merujuk hak asasi yang diberikan
pada rakyat. Bahagian II, perkara 5 hingga 13 dalam Perlembagaan Persekutuan, Peruntukkan
9 hak asasi :
5
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
6
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
pemberian biasiswa
bantuan dan keistimewaan pelajaran;
latihan atau kemudahan khas Lain-lain
7
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
KONTRAK SOSIAL
1. Maksudnya Bentuk permuafakatan yang ulung antara rakyat dan pemimpin bagi 3 kaum utama iaitu
(Melayu,Cina dan India) yang mewakili parti UMNO,MIC dan MCA yang dimeterai menerusi
Perlembagaan Persekutuan.
Melalui permuafakatan sosial, penggantian beri-memberi (quid pro quo) berlaku antara orang
Melayu dan orang bukan Melayu.
Orang Melayu sedia ubah tanah asal tumpah darah keturunan mereka menjadi tanah perkongsian
bersama cina dan india.
Orang Melayu setuju berikan hak kewarganegaraan berdasarkan prinsip JUS SOLI kepada orang
bukan Melayu.
Sebagai balasan, Cina & India setuju unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan persekutuan
termaktub iaitu :
-kedudukan istimewa orang melayu
-kedudukan agama islam
-bahasa melayu
-kedudukan Raja-Raja Melayu dikekalkan dalam perlembagaan
2. Tanpa kontrak sosial,Tanah Melayu tak mungkin berjaya capai kemerdekaan pada tahun 1957 kerana-
pihak British jadikan permuafakatan tersebut sebagai prasyarat kemerdekaan.
3. Kontrak sosial- asas yang jadikan Malaysia sebuah negara merdeka di bawah sistem pemerintahan
Demokrasi Berparlimen Raja Berpelembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan
4. Selain menjadi anak kunci kepada perpaduan antara kaum seperti termaktub dalam perlembagaan