You are on page 1of 2

Pengesahan minit mesyuarat

Ada perubahan ejaan dan kehadiran tertinggal. Encik Jani, Saidin dan Zulkifli tertinggal.

Diterima oleh : En Jani

Disokong oleh : Saidin bin Abdullah

PENYATA KEWANGAN

Di tangguhkan dan dibentangkan ke mesyuarat akan datang kerana Bendahari kesuntukan masa untuk
menyediakan dan mengedarkan penyata kewangan

Tak dapat RM10 000 tak lulus.

Puncanya ialah borang perincian tahunan persatuan tidak diserahkan.

Jalan penyelesaian buat surat rayuan kepada Pusat Komuniti DBKL. tindakan SU

Takde pengesahan dan membentangkan penyata kewangan.

TAKLIMAT DAN AGIHAN BIDANG KERJA SUKANEKA RAKYAT

1. Telah bentangkan kertas kerja pada ____________


2. Jemput Ketua Pemuda Amin bin Ahmad untuk jelaskan perincian bidang tugas.
3. Akan diadakan pada 17 September 2017
4. Perbincangan diadakan dalam kalangan biro ambil pendapat daripada pengerusi.
5. Aktiviti berpaksikan keluarga dan mesej kasih sayang
6. Melibatkan pelbagai lapisan umur.
7. Ada peruntukan makanan tengahari tidak mahu ada protokol makanan.
8. Berusaha untuk dapatkan hamper dan peruntukan daripada DS Johari. Bersetuju gunakan
RM1500 untuk membuat hamper bersama-sama. Akan dimaklumkan dalam whatapps rasmi.
9. Akan berusaha untuk sediakan cabutan bertuah.

HAL-HAL LAIN

1. Encik isa isu lori sampah tak boleh parking/ dah hubung dbkl/ dah pacak besi dan rantai/ jadi
tak boleh parking sesuka hati.
2. Dinding pagar pecah telah dibina semula cuma belum dicat sahaja.
3. Bilik tuisyen dah keluarkan barangan dalam tu. Terpaksa mengeluarkan barangan dengan cara
yang lebih tegas. Peruntukan RM100 untuk membersihkan dan keluarkan barangan ( 4 orang x
RM25) . Telah dibersihkan dan dicat semula dengan warna putih. Pengajian Islam diadakan oleh
Ustaz Radzi dan seorang guru lain. Tiada bayaran dikenakan untuk mengadakan kelas agama dan
pelajaran tingkatan 1 hingga 5.
4. Dataran telah diselesaikan. Telah dipasang soket/suis kawalan dalam bilik tuisyen.Paip air sudah
dikunci.
5. Mesin air tanpa permit- air telah dipotong. Ada pembaziran air. Isu telah diselesaikan.
6. Isu basikal- basikal dan makin kurang di laluan lobi. DBKL belum keluarkan dana untuk baiki
lampu. Lepas raya akan dapat diselesaikan sepenuhnya.
7. Isu motorsikal parking di lobi - Notis untuk motor berwarna kepada motorsikal yang degil. Motor
yang degil kita usung motor ke tempat lain.
8. Tempat parking OKU akan diselesaikan dengan meletakkan kon-kon di kawasan parkir OKU.
9. Isu sampah letak kat di tangga dah selesai, Pengerusi tegur 9 buah rumah untuk menegur
sikap tidak baik ini.
10. Isu Kucing dalam masa terdekat, DBKL akan buat operasi Kucing. Tidak boleh bela haiwan
peliharaan. Mohon pastikan kucing yang berharga dijaga dengan baik. Takut dilupuskan.
11. Cik Ton penghuni tangga mengganggu ketenteraman awam. Dapat aduan orang lain dan harap
boleh diselesaikan. Pengerusi telah bertindak dengan menegur secara berhadapan dengan
mereka.
12. Norhayati Najib Razak Club (NGO) nak buat program disini. Lantik saya untuk jadi penyelaras
program di PPBA. Nak buat kelas memasak nasi ayam Hainan 24 September 2017. Hadir
peserta seramai 30 orang. Tiada bayaran dikenakan kepada PPBA untuk anjurkan. Pengerusi
bersetuju untuk adakan. Boleh adakan di Teratak Bersatu.
13. Ustaz Radzi Setuju diadakan program NRC. Libatkan golongan isteri-isteri untuk menimba ilmu.
14. En Jani surau akan adakan ibadah korban pada 1 Sept 2017, ada 10 ekor lembu akan
dikorbankan pada hari raya. Mula 9.30 pagi. Cuba diselesaikan secepatnya untuk memberi
laluan kepada solat jumaat.
15. NRC perlukan 30 orang pemuda yang ada motor untuk join program NRC. Harap persetujuan AJK
untuk memberi kebenaran berkaitan hal ini.
16. En Jamil NRC nak masukkan slot dalam Sukaneka Rakyat / hantar badut dan gunting rambut
percuma. / Teratak bersatu dapat pujian daripada Datuk Azizul ( SU Pusat Komuniti) . Mohon
dirasmikan teratak Bersatu dan memberikan jamuan kepada orang-orang yang melaksanakan
projek.
17. En Asmawi Cadangkan baju khas untuk sukaneka. Pengerusi tunggu sumbangan daripada
pihak luar yang dipohon. Jika ada lebihan akan diusahakan.
18. En Saberi Selasa ( Pembinaan tambahan dataran integriti) cuba untuk laksanakan fire drill
untuk latihan semasa menghadapi kebakaran.

UCAPAN PENUTUPAN

1. Ada cctv bagi lif baru / bangunan sudah dicat dengan baik dan cantik/ mohon dapat dipelihara
dengan baik/ tegur mereka yang melakukan vandalisme.
2. Ucapan terima kasih atas kehadiran/ Mohon maaf atas ketelanjuran kata/doakan kesihatan
untuk memudahkan urusan kerja/syabas atas kerjasama yang diberikan.
3. Jika tidak hadir mesyuarat mesti dimaklumkan kepada SU dan Pengerusi. Mohon patuhi 3 kali
kehadiran tanpa maklum,nama akan dikeluarkan daripada sidang AJK.
4. Tangguh pada 11.40 malam.

You might also like