You are on page 1of 7

Tajuk

Mengkaji Fasa Fasa Bulan Dan Waktu Terbit Dan Terbenam Bulan

Tujuan

Menentukan corak pergerakan dan fasa-fasa bulan

Latar belakang Pengetahuan .

Bulan adalah planet langit yang paling dekat dengan bumi. Hal ini demikian kerana,
jaraknya yang paling dekat tersebut, bulan yang paling mudah dilihat dengan mata kasar.
Seterusnya, bulan biasanya kelihatan pada waktu malam, namun kita tidak boleh melihat
bulan setiap malam walau pun langit bersih tanpa awan

Bahan Dan Radas:

Kamera, kertas catatan, pensel

Prosedur:

1. Pilih satu lokasi yang sesuai.

2. Buat pemerhatian tentang masa bulan terbit dan terbenam bersama dengan
kedudukannya dalam sistem koordinat altazimuth, serta bentuk fasanya.

3. Lakarkan landskap lokasi berkenaan dan tandakan kedudukan bulan terbit dan
terbenam pada lakaran itu.

4. Ulangi langkah langkah di atas setiap hari selama 2 minggu.

5. Jadualkan keputusan anda.


Pengumpulan data :

Fasa bulan yang


Tarikh Waktu Gambar sepatutnya Catatan pemerhatian
kelihatan

Cuaca: Langit cerah


Fasa bulan: Bulan hampir
purnama
20.3.2016 9.30 pm Darjah: 90-135 degrees
Bulan kelihatan pada malam
ini kerana waktu bulan
terbenam adalah 4.20 pagi

Cuaca; Langit cerah (tidak


hujan )
Fasa bulan: hampir
purnama
Darjah : 180-225 Degree
21.3.2016 9.30 pm
Bulan kelihatan malam ini
kerana cuaca cerah, tidak
dilitupi awan yang banyak
dan waktu bulan terbenam
adalah pada jam 5.10 pagi.
Bulan tidak kelihatan pada
malam ini.
Langit tidak cerah.
Sepatutnya, bulan akan
22.3.2016 9.30 pm kelihatan malam ini kerana
waktu terbitnya 6.25 petang.
Fasa bulan yang sepatutnya
kelihatan ialah bulan
purnama baru.
Cuaca: Langit cerah (tidak
hujan )
Fasa bulan : Bulan purnama
23.3.2016 9.30 pm
Darjah : 180-225 Degree
Bulan kelihatan pada malam
ini. Bulan terbit pada pukul
7.18pm.

Cuaca : Langit cerah


Fasa: Bulan purnama
24.3.2016 9.30 pm
Bulan pada malam ini
adalah bulan purnama

Cuaca: langit gelap


(mendung)
Darjah : 180-225 Degree
25.3.2016 9.30 pm Fasa bulan: Bulan purnama
Bulan tidak kelihatan pada
malam ini kerana langit
gelap.

Cuaca; Langit cerah


Fasa bulan: Purnama lama
26.3.2016 9.30 pm Darjah : 225-270 degree
Bulan kelihatan pada malam
ini.
Cuaca: mendung (hujan
sekejap-sekejap)
Fasa bulan: selepas
purnama
Darjah : 225-270 degree.
Bulan tidak kelihatan malam
27.3.2016 9.30 pm ini. Ini kerana cuaca
mendung dan melalui
maklumat yang dikumpul
bulan terbit pada 11.04
malam dan merupakan
salah satu sebab bulan tidak
kelihatan
Cuaca: mendung dan hujan.
Fasa bulan: separa lama (
tua)
Bulan tidak kelihatan malam
28.3.2016 9.30 pm
ini. Ini kerana cuaca di
Terengganu agak mendung
untuk minggu ini dan
kadang-kadang hujan.

Fasa bulan : Separa lama (


tua )
Bulan mungkin tidak
29.3.2016 9.30 pm kelihatan pada malam ini
kerana pada waktu malam
cuaca mendung dan hujan
rintik-rintik.
Cuaca: Langit mendung
Fasa bulan: separa lama
(tua)
30.3.2016 9.30 pm Bulan tidak kelihatan pada
waktu pemerhatian
disebabkan oleh cuaca

Cuaca : Cerah
Fasa bulan : Sabit lama
Bulan tidak kelihatan pada
waktu pemerhatian. Ini
31.3.2016 9.30 pm kerana melalui maklumat
yang dikumpul ,dapat
diketahui bahawa bulan
terbenam pada jam 7.o5
malam.

9.30 pm
Cuaca; Langit cerah
Fasa Bulan :Anak bulan
1.4.2016
Bulan tidak kelihatan
semasa pemerhatian kerana
bulan telah terbenam.
9.30 pm

Cuaca : cerah
Fasa bulan : sabit baru
2.4.2016
Bulan kelihatan semasa
pemerhatian dibuat.
Perbincangan

Peredaran bulan mengelilingi matahari menyebabkan bulan mempunyai fasa-fasa


yang tersendiri. Fasa bulan ialah peringkat perubahan bentuk bulan yang bercahaya
sepanjang pusingan di orbitnya mengelilingi bumi. Pemerhatian terhadap fasa-fasa bulan
dibuat daripada 20 Mac 2016 hingga 2 April 2016. Lokasi yang dipilih untuk mangadakan
kajian adalah sekitar Padang IPG Sultan Abdul Halim. Daripada kajian, 20 Mac 2012
sehingga ke 30 Mac 2012, fasa-fasa bulan adalah daripada hampir purnama, purnama,
purnama lama, separa lama (tua) dan pada 31 Mac 2012 adalah bulan sabit lama (tua) .

Namun begitu, semasa membuat pemerhatian, terdapat bulan yang tidak kelihatan
pada tarikh tersebut sedangkan sepatutnya bulan dapat dilihat. Hal ini berlaku disebabkan
oleh langit yang gelap, kehadiran awan pada malam tersebut dan juga masa terbit dan
terbenam bulan . Pada tarikh 22, 23, 25, 27, 28, 30, 31 Mac 2012 dan 1 April 2012 bulan
tidak kelihatan semasa pemerhatian dijalankan. Hal ini disebabkan oleh, langit mendung dan
juga ada di antaranya disebabkan oleh bulan belum terbit atau ada yang telah terbenam
ketika pemerhatian tersebut dijalankan.

Bulan adalah satelit yang tidak boleh memancarkan cahaya sendiri. Hal ini demikian,
cahaya yang dilihat daripada bumi merupakan cahaya yang dipantulkan oleh matahari. Dari
hari ke hari, bentuk dan ukuran cahaya bulan berubah-ubah sesuai dengan posisi bulan
terhadap matahari dan bumi. Ketika bulan bergerak mengelilingi bumi, ada bahagian bulan
yang menerima cahaya matahari dan ini menyebabkan kita di bumi terlihat bahagian bulan
yang menerima cahaya. Bahagian bulan ini yang terlihat daripada bumi sangat kecil dan
membentuk bulan sabit yang dikenali sebagai hilal awal bulan.

Fasa purnama terjadi apabila bumi berada di antara bulan dan matahari. Bahagian
bulan yang menerima cahaya matahari hampir keseluruhannya terlihat di bumi dan bulan
kelihatan seperti purnama. Setelah itu, bulan mengalami fasa purnama lama dan kemudian
sabit lama . Bulan mempunyai waktu terbit dan terbenam. Oleh itu, walaupun langit bersih
tanpa awan, kita tetap tidak boleh melihat bulan setiap malam. Sebenarnya bulan setiap hari
selalu terbit dan terbenam secara teratur namun jikalau kita melihat bulan di waktu yang
salah pada malam hari, maka kita tidak akan dapat melihat bulan di langit pada malam
tersebut.. Ini kerana setiap malam atau setiap hari bulan terbit dan terbenam pada waktunya
yang tersendiri. Contohnya, jika bulan baru muncul, kita tidak dapat melihat bulan tersebut
pada malam hari kerana terbit dan terbenam bulan baru hampir sama dengan terbit dan
terbenam matahari.
Bulan boleh kelihatan hampir setiap hari pada waktu siang. Namun, ini bergantung
pada cuaca pada hari tersebut dan sama ada matahari memancarkan cahaya yang terik
atau pun tidak. Bulan tidak kelihatan di waktu siang apabila bulan penuh, bulan baru dan
juga beberapa hari sebelum dan selepas bulan baru. Bulan juga boleh kelihatan pada
waktu malam apabila bulan memasuki fasa bulan purnama iaitu pada pertengahan bulan.
Bulan hanya tidak kelihatan pada waktu malam semasa kemunculan bulan bagi fasa bulan
baru kerana terbitnya bulan hampir sama dengan terbitnya matahari dan begitu juga
terbenam bulan hampir sama dengan terbenam matahari. Jadi, pada waktu malam setelah
bulan baru, kita tidak akan dapat melihat bulan di waktu malam. Setiap hari, bulan akan
terbit dan terbenam lewat 55 minit daripada malam sebelumnya. Jadi, bulan kelihatan pada
waktu malam pada waktu yang tertentu. Bulan juga akan kelihatan jika langit cerah dan
bersih tanpa awan.

You might also like