You are on page 1of 2

REFLEKSI PERLAKSANAAN INTERNSHIP PROJEK 1 HARI TANPA TONG

SAMPAH (BERPASANGAN)

1. Isu / Perkara yang difokus :


- Program ini merupakan projek rintis bagi mencapai hasrat dan impian
sekolah mewujudkan zon Sekolah bebas sampah. Warga sekolah dididik
untuk menyimpah sampah dengan cara yang tersendiri sebelum dibuang
ke dalam tong sampah hitam yang akan disediakan di luar kawasan
sekolah. Sehubungan dengan itu, sekolah dapat menjadi satu tempat
yang bebas dan bersih daripada sampah-sarap. Kain rentang berkenaan
projek telah digantung di kawasan yang tampak pada penglihatan setiap
warga sekolah. Ia sebagai satu alternatif memaklumkan warga sekolah
dan ibu bapa berkenaan program yang akan dilaksanakan pada hari isnin.
2. Analisis isu / perkara yang difokus :
2.1 Kekuatan :
- Program 1 Hari Tanpa Tong Sampah menunjukkan hasil yang positif. Murid-
murid dan para guru menunjukkan kesungguhan dan kerjasama dalam
menjalankan program.
- Murid-murid membawa plastik sampah sendiri sebagai bekas membuang
sampah. Pengisian aktiviti berjalan sesuai seperti yang dirancang.
- Kawasan persekolahan bebas sampah bukan hanya menceriakan
persekitaran, mengurangkan beban kerja para pekerja am sekolah tetapi juga
membantu mencegah pembiakan nyamuk dan jangkitan penyakit seperti sakit
tangan kaki dan mulut.
2.2 Kelemahan :
- Murid-murid tahun 6 tidak berpeluang menyertai program tersebut kerana
bersiap-sedia untuk menghadapi percubaan UPSR.
3. Cadangan penambahbaikan :
- Memandangkan program ini merupakan program rintis diharapkan program
tersebut dapat terus dilaksanakan, bukan hanya pada hari isnin sahaja.

You might also like