You are on page 1of 2

60 TAHUN MEDERKA, BANGSA MALAYSIA TERUS PERKASA

Detik 12 malam tanggal 31 Ogos tahun 1957, turunnya bendera Union Jack diiringi dengan
laungan Merdeka!!! oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Yang Teramat Mulia
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Detik bersejarah yang tersemat kukuh dalam sanubari
setiap rakyat Tanah Melayu.

Sekalung apresiasi saya hulurkan buat saudara peneraju majlis, kombinasi panel
kehakiman berintelektual, dif-dif kehormat, seterusnya hadirin-hadirat sekalian. Salam 1
Malaysia dan salam perpaduan.

Hadirnya saya di sini untuk menyampaikan syarahan yang berbunyi 60 Tahun


Merdeka : Bangsa Malaysia Terus Perkasa.

Sidang hadirin yang dihormati,

Frasa Bangsa Malaysia merujuk kepada penyatuan kaum-kaum yang ada di Malaysia
seperti Melayu, Cina dan India, manakala terus perkasa saya takrifkan sebagai kejayaan dan
kemampuan dalam mendepani cabaran sepanjang 60 tahun kita merdeka dari aspek politik,
ekonomi dan sosial.

Hadirin sekalian, marilah sama-sama kita hayati syarahan saya melalui tiga fokus bicara yang
berbeza.

Pertama, Ilmu diperkasa, mentaliti diperkaya. Perkembangan dan pembudayaan


ilmu telah berlaku secara intensif di Malaysia. Sekolah-sekolah di seluruh negara terus
bertambah bagi memberikan peluang semaksimum mungkin untuk anak-anak Bangsa
Malaysia mendapat pendidikan yang sebaiknya. Baru-baru ini, kita berbangga apabila dua
orang kanak-kanak yang telah mengharumkan nama Malaysia dalam bidang pendidikan.
Mereka ialah Najmi Asyraf Adul Halim dan Jad Haris Sabaruddin dari Kuching telah muncul
sebagai genius Matematik Dunia.

Kedua, rakyat bersatu, perpaduan terbina. Gagasan 1 Malaysia yang menekankan


elemen perpaduan telah diperkenalkan dan menjadi buah mulut seluruh rakyat Malaysia. Dari
aspek politik, parti-parti politik yang dahulunya memperjuangkan semangat perkauman
sahaja telah bergabung untuk menjadi satu parti yang memperjuangkan semangat kenegaraan
atau nasionalisme. Inilah sebenarnya perpaduan yang ingin kita bentuk agar bangsa Malaysia
akan terus perkasa dan disegani dunia.

Ketiga, pencapaian hebat, nama Malaysia terpahat. Hari ini, bangsa Malaysia telah
melahirkan ramai insan hebat yang telah mengharumkan nama Malaysia di persada jaya.
Sempena Hari Kebangsaan 59, Cosmo telah menyenaraikan lima tokoh ataupun anak
Malaysia yang telah mengharumkan nama Malaysia. Mereka ialah Datuk Jimmy Choo,
pereka kasut yang dikenali sebagai jenama yang mewah. Datuk Lee Chong Wei, jaguh dunia
dan menduduki ranking pertama dunia selama 199 minggu berturut-turut. Yuna, penyanyi
dan penulis lirik antarabangsa. Datuk Chef Wan diiktiraf sebagai chef bertaraf dunia. Tan Sri
Michelle Yeoh sebagai pelakon antarabangsa. Usaha yang bukan sedikit dari mereka, perlu
dijadikan sebagai panduan dan tauladan. 60 tahun, bangsa kita terus hebat.

Hadirin sekalian,

Bangsa Malaysia memang mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri. Nilai-
nilai keperkasaan dan kegemilangan masih utuh mendasari bangsa Malaysia. Setelah 60
tahun merdeka, lahirlah bangsa 1 Malaysia dengan erti kata sebenarnya.

Sekian, terima kasih.

You might also like