You are on page 1of 2

RUU355: Topeng politik Hadi Awang

Isu topeng atau talam dua muka sudah menjadi resmi kehidupan politik di negara kita yang tercinta
ini. Isu yang membangkitkan kronologi persembahan peribadi samada dalam baik terselit buruknya,
atau dalam buruk terselit baiknya. Lumpur resmi politik ini turut terpalit kepada presiden Pas, Tuan
Guru Haji Hadi Awang, dimana nama beliau semakin hangat di pertuturkan di bibir badut-badut
politik Malaysia. Isu yang dimulakan dengan kesungguhan beliau dalam memperjuangkan RUU 355
sehingga mendapat cemuhan daripada bekas rakan pembangkang kerana beliau digambarkan
seakan bekerjasama dengan UMNO bagi mendapatkan kejayaan matlamat peribadi beliau. UMNO
pula pada tafsiran penulis seakan sengaja bermurah hati ingin berjuang bersama-sama menegakkan
RUU 355, bukanlah bertujuan untuk mendapatkan sokongan PAS, tetapi lebih kepada ingin
memupuk satu unsur negatif atau perpecahan dalam pembangkang. Entah la belalang, siapa
sebenarnya yang betul, siapa yang salah. Langkah Haji Hadi yang lebih berdiam diri daripada
membalas spekulasi terhadap beliau mendapat banyak cemuhan daripada ramai ahli pembangkang
termasuk ahli pas sendiri yang jelas keliru dengan permasalahan yang timbul. Ramai yang
membandingkan kepimpinan beliau yang jauh terpesong daripada pemerintahan asal Pas dibawah
kepimpinan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz. Kepimpinan yang memupuk perjuangan bersama musuh
ketat iaitu UMNO menggunakan nama agama sebagai alasan, jelas menunjukkan bahawa Haji Hadi
merupakan seorang tokoh politik yang telah berjaya menyertai geng Topeng dalam baik terselit
buruknya. Pandangan ini sebenarnya adalah tafsiran penulis berasaskan pandangan sekutu-sekutu
penulis yang telah berpaling tadah daripada kepimpinan Haji Hadi. Namun, bagaimana pula dengan
topeng yang dalam buruk terselit baiknya, seorang agamawan yang telah terbukti di peringkat
antarabangsa, sanggupkah menggadai agama bagi mencapai matlamat dunia. Bahkan cemuhan yang
diterima kerana seakan mendapat bantuan musuh bagi menegakkan hukum Agama yang
terdahulunya ditentang oleh musuh. Entah la belalang, penulis tidak menyokong sesiapa, tetapi
penulis menyokong hukum Agama, yang jelas sebagai tanggungjawab penulis. Entah la, sekutu-
sekutu penulis pun mungkin dua kali lima teruknya, dulu dan kini solat tetap tak kemana,hal dunia
dibuka luas, hal agama dipejamkan mata. Astargfirullah.

Pok Mudo Roni Tanjung

You might also like