You are on page 1of 22

PANDUAN GAYA

PENULISAN KERTAS
ILMIAH
1 Ogos 2015

disediakan oleh
Devadason Robert Peter & pensyarah-pensyarah
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
Pengenalan

Apabila anda menulis bahan ilmiah seperti laporan projek, laporan


penyelidikan tindakan atau artikel untuk jurnal, adalah penting sumber
bahan atau idea orang lain diperakui dengan memetik sumber anda
(cite your source) pada teks dan sumber penuhnya disenaraikan pada
bahagian Rujukan. Sekiranya anda menyalin/meniru bahan atau idea
ke dalam penulisan ilmiah anda tanpa memperakui sumber, anda
dikatakan telah memplagiat hasil orang lain dan ia dianggap suatu
kesalahan yang sangat serius dalam konteks penulisan ilmiah. Terdapat
beberapa panduan gaya penulisan standard yang digunakan dalam
penulisan kertas ilmiah. Antaranya adalah manual penerbitan American
Psychological Association (APA), manual gaya Chicago dan manual
gaya Modern Language Association (MLA). Manual gaya utama yang
digunakan dalam bidang pendidikan adalah APA. Terdapat dua
Salinan manual ini (American Psychological Association, 2010), yang kini
berada pada edisi keenam, di perpustakaan Kampus Ipoh (808.06615
PUB). Anda juga boleh memperolehi maklumat mengenai gaya APA
dari laman sesawang seperti APA (t.t.), APA Style (t.t.) dan The Purdue
OWL: APA Style (t.t.).

Cara Menulis Petikan Sumber Rujukan Di Dalam Teks (Citing Source in


Text)

Gaya APA menggunakan sistem nama keluarga pengarang-tarikh


apabila menulis petikan sumber rujukan di dalam teks. Sistem ini
membolehkan rujukan yang lengkap dapat dicari dengan mudah pada
bahagian Rujukan dalam penulisan kertas ilmiah.

1

[beberapa perenggan dan ayat]
..........
. menurut kajian Cain dan Abel (2014), kanak-kanak pra
sekolah perlu .. teks

[beberapa perenggan dan ayat]


..........

Rujukan

Cain, Z. A. & Abel, M. B. (2014). The psychology of pre- Rujukan


primary children in handling stress. Journal of Stress
Management. 16(3), 44-56.
.

Berdasarkan contoh di atas, Cain dan Abel adalah nama keluarga


dua orang pengarang yang dipetik di dalam teks. Maklumat penuh bagi
sumber yang dipetik di dalam teks perlu ditulis dalam bahagian Rujukan.
Z. A. bagi Cain dan M. B. bagi Abel adalah singkatan bagi nama penuh
mereka selain nama keluarga. Nama penuh mereka adalah Zacharia
Adam Cain dan McDonald Ben Abel. Perhatikan bahawa pada amnya
nama akhir individu dari negara barat adalah berasaskan nama
keluarga.

Menulis Petikan Sumber Rujukan Di Dalam Teks

Terdapat tiga cara utama untuk menulis petikan sumber rujukan di


dalam teks:

2
Menurut Jonah dan Mathias (2013), burung stabuti mula dikesan di hutan tropika Mirik,
Indonesia dan .

Perkataan dan digunakan apabila menghubungkan nama pengarang


di dalam ayat. Perhatikan bahawa Jonah dan Mathias adalah nama
keluarga bagi dua orang pengarang.

Burung stabuti mula dikesan di hutan tropika Mirik, Indonesia (Jonah & Mathias, 2013)
dan .

Tanda & digunakan apabila nama pengarang diletak dalam


kurungan.

Pada 2013, penyelidikan oleh Jonah dan Mathias menunjukkan bahawa, burung stabuti
mula dikesan di hutan tropika Miri, Indonesia dan .

Nama pengarang dan tarikh boleh diasingkan di dalam ayat yang


sama.

Menulis Dua Atau Lebih Petikan Sumber Rujukan Di Dalam Teks

Apabila dua atau lebih sumber rujukan dipetik di dalam teks, ia


perlu disusun mengikut susunan menaik nama pengarang pertama
pada setiap petikan.

Beberapa kajian berkaitan dengan tingkah laku ini pernah dijalankan (Boris & Spasky,
2014; David, John, & Ahmad, 2012; Zahidi, 2009).

Tanda koma bertindih digunakan untuk mengasingkan setiap sumber


petikan apabila kurungan digunakan.

3
Tiga kajian utama yang pernah dijalankan berkaitan dengan tingkah laku ini adalah
Boris dan Spasky (2014), David, John, dan Ahmad (2012), dan Zahidi (2009).

Tanda koma digunakan untuk mengasingkan setiap petikan sumber


apabila kurungan tidak digunakan.

Beberapa kajian utama yang pernah dijalankan berkaitan dengan tingkah laku ini adalah
Boris dan Spasky (2014), David, John, dan Ahmad (2012), dan Zahidi (2009, 2010,
2013).

Perhatikan bahawa Zahidi telah menulis tiga artikel berkaitan dengan


tingkah laku: pada 2009, 2010 dan 2013.

Menulis Petikan Sumber Rujukan Di Dalam Teks Mengikut Bilangan dan


Jenis Pengarang

Apabila petikan melibatkan lima atau kurang pengarang pada kali


pertama, adalah perlu kita menulis semua nama pengarang. Apabila
bilangan pengarang melebihi lima orang pada kali pertama, tuliskan
nama pengarang pertama diikuti et al. Apabila petikan melibatkan
kurang daripada tiga pengarang pada kali kedua dan seterusnya,
adalah perlu kita menulis semua nama pengarang. Apabila bilangan
pengarang melebihi dua orang pada kali kedua dan seterusnya, tuliskan
nama pengarang pertama diikuti et al. Jadual 1 merumuskan cara
menulis petikan sumber rujukan di dalam teks mengikut bilangan dan
jenis pengarang.

4
Jadual 1

Menulis Petikan Sumber Rujukan Di Dalam Teks Mengikut Bilangan dan


Jenis Pengarang

Jenis petikan Petikan Petikan Format Format


di dalam teks pertama seterusnya kurungan, kurungan,
petikan petikan
pertama seterusnya

Hasil oleh Bernard Bernard (Bernard, (Bernard,


seorang (2014) (2014) 2014) 2014)
pengarang

Hasil oleh dua Chong dan Chong dan (Chong & (Chong &
orang Josh (2013) Josh (2013) Josh 2013) Josh 2013)
pengarang

Hasil oleh tiga David, Allen, David et al. (David, Allen, (David et
orang dan Bash (2015) & Bash, 2015) al., 2015)
pengarang (2015)

Hasil oleh McDonald, McDonald (McDonald, (McDonald


empat orang Pitza, et al. (2015) Pitza, et al., 2015)
pengarang Holland, dan Holland, &
Monah Monah, 2015)
(2015)

Hasil oleh Shaun, Shaun et al. (Shaun, (Shaun et


lima orang Maun, (2014) Maun, al., 2014)
pengarang Dominado, Dominado,
Albert, dan Albert, &
Albert (2014) Albert, 2014)

Hasil oleh Jonathan et Jonathan (Jonathan et (Jonathan


enam atau al. (2014) et al. (2014) al., 2014) et al., 2014)
lebih orang
pengarang

5
Pertubuhan Kementerian KPM (2015) (Kementerian (KPM, 2015)
(mudah Pendidikan Pendidikan
dikesan Malaysia Malaysia
melalui (KPM, 2015) [KPM], 2015)
singkatannya)
sebagai
pengarang

Pertubuhan Universiti Universiti (Universiti (Universiti


(tiada Timbuktu Timbuktu Timbuktu, Timbuktu,
singkatan) (2014) (2014) 2014) 2014)
sebagai
pengarang

Apabila petikan diulangi dalam perenggan yang sama, tahun


penulisan ditulis tidak diperlu disebut walaupun petikan itu melibatkan
seorang pengarang.

Chong, David dan Raymond (2014) telah menggunakan Perenggan


modul Pembelajaran Berasaskan Masalah sebagai intervensi sama
dalam kajian mereka untuk . [Beberapa ayat lain di dalam
perenggan sama] .. Dapatan kajian Chong et al. bercanggah Perenggan
dengan dapatan pengkaji-pengkaji lain seperti .. Mona dan
Masoud (2015) mendapati bahawa modul PBM sangat sesuai sama
digunakan .. [Beberapa ayat lain di dalam perenggan sama]
Mona dan Masoud telah
Perenggan
[Perenggan baru] . Chong et al. (2014) . Begitu juga
dapatan Mona dan Masoud (2015) berlainan

Perenggan
lain

Menulis Nama Pengarang Melayu, Cina dan India

Pada amnya, nama keluarga digunakan apabila menulis petikan


sumber rujukan. Sekiranya seseorang pengarang tiada nama keluarga,
maka nama akhir perlu digunakan. Nama keluarga pengarang negara

6
barat biasanya adalah nama akhir. Misalnya nama keluarga Alan White
adalah White, dan Gayle adalah nama keluarga bagi Crystal Mary
Gale. Pengarang Cina juga memiliki nama keluarga. Chong adalah
nama keluarga bagi Chong Kah Jin dan Tan adalah nama keluarga
bagi Melisa Tan Liew Sin. Bagi pengarang Cina, biasanya nama
pertama adalah nama keluarga.

Orang Melayu dan India biasanya tiada nama keluarga. Dalam


konteks ini, menurut gaya APA, nama akhir (nama bapa) menggantikan
nama keluarga seperti Ismail untuk Zurida binti Ismail dan Mudaliar untuk
Ganesan Palaniandy a/l Swamikanu Mudaliar. Panduan oleh Univiersity
of Malaya Library (t.t.) mencadangkan supaya nama penuh digunakan
tetapi tanpa bin, binti, a/l, a/p atau gelaran yang perolehi dan bukan
diwarisi seperti Dr atau Haji.

Nama Penuh Ditulis sebagai

Abdullah bin Ali Abdullah Ali

Tan Sri Dr Ali bin Hamzah Ali Hamzah

Raja Jamaludin bin Raja Ali Raja Jamaludin Raja Ali

Dr Subramaniam a/l Asirvatham Subramaniam Asirvatham Kovilpillai


Kovilpillai

Phang Sin Nam Phang

Albert Phang Sin Nam Phang

Perhatikan bahawa Raja adalah gelaran yang diwarisi.

Anda akan melihat dua atau lebih sistem digunakan untuk nama
pengarang Melayu dan India dalam penulisan kertas ilmiah. Yang

7
penting, gaya penulisan perlulah konsisten. Dicadangkan agar Kampus
Ipoh dapat menggunakan sistem yang diasaskan oleh University of
Malaya Library (t.t.) untuk nama pengarang Melayu dan India.

Kes-Kes Khas Menyebut Tahun Di Dalam Petikan

Berikut adalah beberapa kes khas menyebut tahun di dalam


petikan yang akan anda sering temui.

Menurut Zahidi (t.t.), masalah tingkah laku

Sekiranya tiada tarikh disebut di dalam artikel, singkatan t.t. digunakan


sebagai pengganti untuk tarikh. Juga boleh gunakan n.d. yang
merupakan singkatan untuk no date.

Menurut Zahidi (dalam penerbitan), masalah tingkah laku

Artikel yang telah diterima untuk diterbit tetapi belum diterbitkan. Istillah
in press juga digunakan.

Menurut Zahidi (2010, 2011), masalah tingkah laku

Merujuk kepada dua artikel yang ditulis oleh pengarang yang sama
pada dua tahun yang berlainan.

8
Menurut Zahidi (2010b, 2010c), masalah tingkah laku

Sekurang-kurangnya tiga artikel Zahidi yang berlainan telah diterbitkan


pada tahun yang sama. Tahun 2010 dipetik, artikel b dan c adalah
berkaitan di dalam petikan ini.

Memetik Sumber Sekunder

Menurut Alim (seperti disebut dalam Zahidi, 2014, m.s. 14-15)

Perhatikan bahawa apabila memetik sumber sekunder seperti Alim,


gunakan seperti disebut dalam untuk merujuk kepada sumber asal dan
sertakan halaman-halaman berkaitan. Tidak perlu menyebut tarikh
pada sumber sekunder. Hanya Zahidi perlu disenaraikan di dalam
senarai Rujukan. Anda tidak digalakkan untuk menggunakan banyak
sumber sekunder.

Memetik Komunikasi Peribadi

Apabila memetik bahan rujukan yang tidak dapat diakses oleh


pembaca lain seperti komunikasi melalui emel, persuratan, memo dan
temubual, hasil komunikasi ini perlu ditulis di dalam teks tetapi tidak
disenaraikan dalam bahagian Rujukan.

Menurut R. P. McKenzie (komunikasi peribadi, April 1, 2015) ramai guru di sekolah


menghadapi masalah memasukkan data peribadi mereka ke dalam pangkalan data yang
disediakan oleh Jabatan Pendidikan Kota Kerian.

Berdasarkan contoh di atas, pendidik yang dihubungi adalah Robert


Peter McKenzie. Perhatikan penggunaan singkatan huruf R. dan P.
digunakan sebelum nama keluarga.

9
Memetik Sedutan Teks Terus Dari Sumber

Dua kemungkinan wujud untuk keadaan ini; sedutan teks adalah


kurang daripada 40 patah perkataan dan sedutan yang panjangnya 40
atau lebih patah perkataan.

Sedutan teks
< 40 patah
perkataan:
sila letakkan
peranan itu dijelaskan oleh McKensie et al. (2014), golongan ini
di dalam baris
sering suka bermain ditepi sungai dan oleh itu mereka semua pandai
berenang (m.s. 54), jadi . yang sama.
Gunakan
tanda
salah suatu cara untuk menjelaskan fenomena ini adalah
petikan.
golongan ini sering suka bermain di tepi sungai dan oleh itu mereka
semua pandai berenang (McKensie et al., 2014, m.s. 54). Oleh itu

Walaupun begitu, pengarang lain tidak sependapat: Sedutan teks


panjang:
Di kampong Melewar Kuala Besut, hampir 50% daripada
budak kecil tidak dapat berenang walaupun kampung Melewar letak di
terletak dekat sungai Melewar. Sungai Melewar besar dan dalam baris
dalam serta mengalir dengan deras. Hakikat ini mungkin baharu
penyebab mengapa ibubapa tidak menggalakkan semua anak
sebagai blok
mereka belajar berenang. Lagipun, beberapa kejadian budak
kecil mati lemas di sungai Melawar pernah berlaku. (Ibrahim, yang di ensot
2013, m.s. 121-124) tanpa tanda
petikan.

Menulis Sumber Rujukan Dalam Bahagian Rujukan

Istillah Rujukan biasanya digunakan di dalam kertas ilmiah apabila


semua petikan sumber yang dirujuk di dalam teks disenaraikan dengan
lengkapnya di bahagian Rujukan. Sebaliknya, semua rujukan lengkap
yang tersenarai di bahagian Rujukan sepatutnya digunakan sekurang-

10
kurangnya sekali sebagai petikan sumber di dalam teks. Tujuan senarai
rujukan ini adalah untuk membolehkan pembaca mencari sumber
lengkap bagi setiap petikan yang digunakan. Senarai rujukan perlulah
disusun mengikut sususan menaik nama keluarga pengarang pertama.
Istillah Bibliografi (sebagai istillah alternatif kepada Rujukan) biasanya
tidak digalakkan untuk digunakan dalam penulisan kertas ilmiah.
Bibliografi mengandungi bahan-bahan lain yang dibaca serta berguna
selain daripada sumber yang dipetik di dalam teks.

Menulis Nama Pengarang Dalam Bahagian Rujukan

Nama keluarga diikuti dengan huruf pertama setiap nama dalam


nama penuh. Setiap huruf pertama itu adalah huruf besar dan diikuti
tanda noktah. Seperti mana yang telah dibincangkan dalam bahagian
1.5 iaitu cara menulis nama pengarang bagi pengarang Melayu dan
India adalah berlainan sedikit.

Nama Penuh Dalam teks, ditulis Dalam bahagian


sebagai Rujukan, ditulis
sebagai

George Kent Bennett Bennett Bennett, G. K.

Halls Gregory Seashore Seashore Seashore, H. G.

Albert Gagne Wesman Wesman Wesman, A. G.

Abdullah bin Ali Abdullah Ali Abdullah Ali

Tan Sri Dr Ali bin Hamzah Ali Hamzah Ali Hamzah

Raja Jamaludin bin Raja Ali Raja Jamaludin Raja Jamaludin Raja
Raja Ali Ali

Dr Subramaniam a/l Subramaniam Subramaniam


Asirvatham Kovilpillai Asirvatham Asirvatham Kovilpillai
Kovilpillai

11
Phang Sin Nam Phang Phang, S. N.

Albert Phang Sin Nam Phang Phang, A. S. N.

Menulis Sumber Berbentuk Buku dan Bab Di Dalam Buku

Format: Pengarang, Tarikh, Tajuk Bab (jika ada), Tajuk Buku, Tempat
diterbit serta nama penerbit.

Pengarang (Tarikh) Tajuk Bab Tajuk Buku Tempat diterbit:


(jika Nama Penerbit atau
berkaitan) URL atau doi

Susunan Bennett, G. K., Seashore, H. G., & Wesman, A. G. (1972).


Manual of Differential Aptitude Test. New York: The Buku
menaik Psychological Corporation.
Gay, L. R., Mills, G. E., & Airasian, P. (2009). Correlational
research. Educational Research. Competencies for Analysis Bab di
ensotan and Applications (m.s. 194-215). Upper Saddle River, New dalam
bergantung Jersey: Pearson Education Inc. buku

Perhatikan:

Setiap rujukan disusun mengikut susunan menaik.


Ensotan bergantung digunakan bagi setiap rujukan.
Simbol & dan bukan dan digunakan untuk mengasingkan
pengarang.
Tarikh ditulis di dalam kurungan.
Huruf pertama setiap perkataan dalam tajuk buku adalah huruf
besar kecuali perkataan hubungan seperti of dan and. Ia juga
ditulis dalam bentuk italik.

12
Tajuk bab, jika ada, ditulis sebagai ayat biasa, iaitu hanya huruf
pertama perkataan pertama adalah huruf besar. Perhatikan juga
penggunaan m.s. untuk bab.

Menulis Sumber Berbentuk Buku dan Bab Di Dalam Buku Yang


Melibatkan Penyunting (Editors)

Hornet, K., Samson, H., & Yesman, Z. H. (Eds.). (1992). Manual of Similar Aptitude
Test. New York: The Psychological Corporation.
Kay, M. N., Jones, Q. E., & Noman, Q. (2009). Correlational research. Dalam J.
Quincy, & D. E. Seashore (Eds.), Educational Review. Non-competencies for
Analysis and Applications (m.s. 194-215). Upper Saddle River, New Jersey:
Pearson Education Inc.

Perhatikan:

Bagi buku, (Ed.) digunakan selepas nama pengarang terakhir.


Sekiranya lebih daripada seorang penyunting, gunakan (Eds.).
Bagi bab di dalam buku, sebelum menulis nama buku, tulis
Dalam. Nama penyunting ditulis dengan huruf pertama nama
lain di dalam nama penuh dahulu diikuti nama keluarga. (Eds.);
diletakkan pada nama akhir penyunting.

Menulis Sumber Apabila Pengarang Adalah Pertubuhan/Institusi

Kementerian Pendidikan Malaysia (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.


Dicapai daripada http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-
malaysia-2013-2025

Tulis nama pertubuhan sebagai pengarang.

13
Menulis Sumber Berbentuk Bahan Berkala Seperti Jurnal, Majalah dan
Surat Khabar

Format: Pengarang, Tarikh, Tajuk Artikel, Tajuk Bahan Berkala Serta Jilid,
Nombor isu (jika ada) serta muka surat, doi atau URL laman sesawang
(jika ada).

Pengarang (Tarikh) Tajuk Tajuk Nombor isu doi atau URL


artikel Bahan (jika ada) laman
Berkala serta muka sesawang
Serta (Jilid) surat (jika ada)

Hansen, J. A., Barnett, M., MaKinster, J. G., & Keating, T. (2004).


The impact of three-dimensional computational modelling on
student understanding of astronomy concepts: a qualitative
analysis. International Journal of Science Education, 26(13), Tiada tanda
15551575. doi:10.1080/09500690420001673766 noktah untuk
Hoban, G. F. (2007). Using slowmation to engage preservice doi atau URL.
elementary teachers in understanding science content
knowledge. Contemporary Issues in Technology and Teacher
Education, 7(2), 7591. Dicapai daripada
http://www.citejournal.org/ articles/v7i2general2.pdf
Jabbit, J. R., Cresswell, M., & Ophus, J. (2008). What we know Tidak perlu
about the impacts of Web-Quests: A review of research. The
menyebut
Educators Journal of Online Resources, 16(4), 441456.
tarikh ia
Laxter, J. H. (1989). Childrens understanding of familiar
dicapai.
astronomical events. International Journal of Science
Education, 11, 502513.
Malika Dexter Subramaniam (2015, Januari 15). Adakah TIMSS
relevan untuk Malaysia? Berita Harian, m.s. E4-E5, E7.
Rahim Abdullah Tambi Cik (2015, Februari). Adakah PISA relevan
untuk Malaysia? Dewan Siswa, m.s. 14-16, 27-28.

14
Perhatikan:

Tajuk artikel ditulis sebagai ayat biasa.


Bagi tajuk jurnal serta jilid huruf pertama setiap perkataan adalah
huruf besar kecuali perkataan hubungan seperti of dan and. Ia
juga ditulis di dalam bentuk italik.
Nombor isu (jika ada) ditulis di dalam bentuk kurungan dan tidak
berbentuk italik.
Sama ada sebut doi atau URL, bukan kedua-duanya.
Tiada noktah selepas doi atau URL.
Rujukan URL dimula dengan Dicapai daripada (Retrieved from).
Tidak perlu menyebut tarikh URL dicapai kecuali jika bahan yang
dicapai itu sentiasa berubah.

Menulis Sumber Berbentuk Prosiding

Black, A. A. (2004, April). Relationship of earth science misconceptions and conceptual


understandings with three types of spatial abilities in university non-science
majors. Kertas dibentangkan dalam Seminar National Association for Research in
Science Teaching (NARST), Vancouver, Canada.

Perhatikan penggunaan bulan seminar diadakan serta penggunaan


kertas dibentangkan dalam Seminar

Menulis Sumber Yang Tidak Diterbit Seperti Laporan Penyelidikan


Tindakan

Siti Hajar Man (2015). Kesejahtertaan subjektif, orentasi matlamat kendiri, keagamaan
dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan penyertaan sekolah di
kalangan remaja. (Laporan Penyelidikan Tindakan yang tidak diterbitkan). Institut
Pendidikan Guru, Kampus Ipoh.

Perhatikan penggunaan ayat (Laporan Penyelidikan tidak


diterbitkan)

15
Menulis Sumber Berbentuk Video

Video Education Australasia. (Pengeluar). (2005). Presentation is Vital. Job Interview


Essentials [DVD]. Boleh didapati daripada http://www.vea.com.au
Badrul Hisham Mohamad. (Pengeluar). (2004). Mathematics Year 1. Numbers 1 to 10.
Count on and count back. Memperkasa Sekolah Kebangsaan [DVD]. Malaysia:
Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Teknologi Pendidikan.

Perhatikan penggunaan (Pengeluar) dan bentuk media, iaitu, [DVD].

Menulis Sumber Yang Terdiri Daripada Bilangan Pengarang Yang Ramai

Senaraikan semua pengarang sekiranya bilangan pengarang tidak


melebihi tujuh orang. Sekiranya bilangan pengarang melebihi tujuh
orang, senaraikan nama enam pengarang yang pertama diikuti oleh
tanda dan selepas itu pengarang terakhir.

Siti Hajar Man, John Savarimuthu, Chong, K. J., Abdul Manap, Khairuddin Ali
Samsudin, Samy Rasamavi, Lim, A. L. (2015). Inovasi dalam Pedagogi. Pulau
Pinang: Sasbadi Berhad.

Membezakan Pengarang Sama Yang Menerbitkan Dua Atau Lebih


Bahan Ilmiah Pada Tahun Yang Sama

Chong, K. J. (2015a). Inovasi dalam Pedagogi. Suatu pengenalan. Pulau Pinang:


Sasbadi Berhad.
Chong, K. J. (2015b). Inovasi dalam Pedagogi. Suatu kritikan. Pulau Pinang: Sasbadi
Berhad.
Chong, K. J. (2015c). Kaedah baru mengajar inovasi. Pulau Pinang: Sasbadi Berhad.

Perhatikan penggunaan huruf a, b, dan c.

16
Cara Mempamerkan Maklumat dan Data

Jadual digunakan untuk mempamerkan data. Rajah pula


digunakan untuk mempamerkan maklumat visual seperti graf serta
gambar dan foto.

Mempamerkan Data Dengan Menggunakan Jadual

Label serta tajuk jadual perlu ditulis dalam dua baris sebelum jadual
disertakan. Jadual juga perlu diperkenalkan di dalam teks terlebih
dahulu. Perhatikan Jadual 2 yang merupakan contoh jadual yang
mudah. Hanya garis mendatar digunakan. Jadual diletak pada
bahagian kiri kertas. Tajuk jadual adalah diitalikkan dan tidak
mempunyai tanda noktah. Pada amnya, sebuah jadual hanya
menggandungi tiga garis mendatar; dua untuk tajuk dan satu pada
bahagian bawah. Garis mendatar tambahan boleh digunakan
sekiranya ia dapat menunjuk maklumat di dalam jadual dengan lebih
jelas.

17
Jadual 2

Statistik Deskriptif Bagi Pembolehubah Bersandar Setiap Kumpulan (Mudah)

Tugasan Min Std. N


Deviation

Fahaman Paper Sketch 8.52 3.494 87


Konsep Slowmation 9.01 2.852 84

Keupayaan Paper Sketch 5.72 1.523 87


Mental Slowmation 6.15 1.384 84

Paper Sketch 13.36 1.844 87


Motivasi
Slowmation 14.42 1.650 84

Perhatian: Kotak di luar Jadual 2 bukan sebahagian daripada jadual.

18
Perhatikan Jadual 3 yang lebih kompleks. Perhatikan bagaimana
garis mendatar pendek digunakan di dalam baris pertama. Perhatikan
juga bagaimana dua garis mendatar digunakan untuk menunjukkan
rumusan data bagi jadual.

Jadual 3

Statistik Deskriptif Bagi Pembolehubah Bersandar Setiap Kumpulan (Lebih Kompleks


Daripada Jadual Di Atas)

Min Bagi Tugasan (%)

Paper Sketch Slowmation N

Fahaman Konsep 4.87 (87.4) 8.52 (93.2) 87

Keupayaan Mental 7.79 (97.4) 9.01 (89.2) 84

Motivasi 6.25 (92.8) 5.72 (91.7) 87

Purata Min 6.85 (95.7) 7.81 (90.6)

Perhatian: Kotak di luar Jadual 3 bukan sebahagian daripada jadual.

Mempamerkan Maklumat Visual Dengan Menggunakan Rajah

Perhatikan Rajah 1 yang biasanya diletak pada bahagian tengah.


Label ditulis di bawah rajah. Label Rajah 1 adalah dalam bentuk italik
diakhiri dengan tanda noktah. Tajuk ditulis pada baris yang sama. Tajuk
bagi rajah adalah dalam bentuk ayat biasa. Oleh itu, hanya huruf
pertama bagi perkataan pertama adalah huruf besar dan ayat diakhiri
dengan tanda noktah.

19
Rajah 1. Penyelesaian masalah fasa-fasa bulan oleh seorang responden.
Responden telah menggunakan kedua-dua rajah dan teks untuk menunjukkan
penyelesaian.

Perhatian: Kotak di luar Rajah 1 bukan sebahagian daripada rajah.

Rumusan
Panduan ini telah dihasilkan untuk membantu penyelidik baharu
supaya cepat membiasakan diri dengan penulisan ilmiah asas gaya
APA. Manual penerbitan APA mengandungi banyak lagi contoh dan
maklumat terperinci untuk membantu anda menulis kertas ilmiah
dengan gaya yang betul dan konsisten. Selain buku American
Psychological Association (2010), anda juga boleh merujuk kepada
sumber di laman sesawang. Beberapa laman sesawang disenaraikan di
dalam bahagian Rujukan.

20
Rujukan

American Psychological Association. (2010). Publication Manual of the


American Psychological Association (6th ed.). Washington, D.C.:
Author.

APA (t.t.). Basics of APA Style Tutorial. Dicapai daripada http://apa.html

APA Style (t.t.). Dicapai daripada www.apastyle.org/

The Purdue OWL: APA Style (t.t.). Dicapai daripada


https://owl.english.purdue.edu/owl/section/2/10/

University of Malaya Library (t.t.). APA Formatting and Style Guide (6th
ed.). Kuala Lumpur: Author. Dicapai daripada
www.umlib.um.edu.my/publications/APA-Guide.pdf

Penghargaan

Pensyarah Jabatan/Unit IPGKI yang memberi komen membina.

21

You might also like