You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

HARI KELUARGA KELAB GURU DAN


KAKITANGAN
SK CHENDERAWASIH
1. PENGENALAN

Hari Keluarga Kelab Guru dan Kakitangan SKCH merupakan salah satu aktiviti kelab bagi
mengeratkan silaturahim dan hubungan sesama ahli. Ini kerana silaturahim yang baik
antara ahli adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti
seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan
dinamik. Penganjuran Hari Keluarga ini juga merupakan salah satu wadah untuk
menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua ahli. Aktiviti-aktiviti yang akan
dijalankan semasa Hari Keluarga ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform
semangat kerjasama dan muhibbah antara warga sekolah.

2. OBJEKTIF

2.1 Memberikan ruang kepada warga SKCH untuk melakukan aktiviti bersama
antara ahli.

2.2 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan


silaturahim di antara warga SKCH.

2.3 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-


nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

2.4 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga


SKCH sekaligus dapat mewujudkan ikatan sepasukan yang kuat.

4. PERINCIAN PROGRAM

4.1 Tarikh : 30 Sept. 1 Oktober 2017


4.2 Tempat : Suria Cherating Resort
4.3 Anggaran Bil Peserta : 35 orang

5. PESERTA

5.1 Semua warga SKCH.


6. AHLI JAWATANKUASA

Ketua Program: En. Amri Bin Zakaria

Setiausaha: En. Muhamad Luqman Bin Saharuddin

Bendahari: Cik Wan Rosilah Bt. Wan Kadir

AJK Penginapan dan makanan: Pn. Nur Aqilah bt. Alin

AJK aktiviti dan sukaneka: Cik Hamelatul Hamilah bt.


Siti Nurdina Mardhiah

7. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA BAYARAN (RM)


1. BILIK HOTEL
9 X RM148.00 1332.00
2 X RM176.00 352.00
1 X RM208.00 208.00

2. MAKAN MALAM
DEWASA
RM35.00 X 30 1050.00

KANAK-KANAK
RM25.00 X 8 200
JUMLAH 3142.00

SUMBER KEWANGAN

1. TABUNG KGKT

10. PENUTUP

Dengan terlaksananya Hari Keluarga ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan
silaturahim dan muhi[[[[[[[[[[[[bah di kalangan warga SKCH, di samping dapat
mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan dalam warga SKCH
sekaligus dapat menjadi sebuah pasukan yang kuat dan bersatu padu.

You might also like