You are on page 1of 18

JENIS PEKERJAAN MENGIKUT SEKTOR EKONOMI

SEKTOR UTAMA

MELIBATKAN PENGELUARAN SECARA LANGSUNG DARIPADA ALAM SEMULAJADI


TANPA MENGUBAHSUAI BENTUK BARANG
MELIBATKAN:
PERTANIAN,PENTERNAKAN,PERIKANAN,PERHUTANAN,PERLOMBONGAN & KUARI

CONTOH PEKERJAAN :

PELOMBONG,PETANI,PENTERNAK,PELADANG,NELAYAN ,PEMBALAK

SEKTOR KEDUA

KEGIATAN MEMPROSES BAHAN MENTAH MENJADI BARANG SIAP ATAU BARANG


SEPARUH SIAP
TERDIRI DARIPADA PERKILANGAN DAN PEMBINAAN

CONTOH PEKERJAAN :

OPERATOR PENGELUARAN,JURUTERA,BURUH BINAAN

SEKTOR KETIGA

SEKTOR PERKHIDMATAN
CONTOH PEKERJAAN : DOKTOR,JURURAWAT,GURU,POLIS ,TENTERA

FAKTOR 2 YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PEKERJAAN


1) Upah - lumayan
2) Suasana tempat kerja -selesa
3) Faedah sampingan - bonus,subsidi makanan,kemudahan perubatan
4) Minat- kecenderungan terhadap sesuatu pekerjaan
5) Pengaruh keluarga - cenderung memilih pekerjaan yang diceburi oleh ahli keluarganya
6) Pengalaman dan kemahiran -pengalaman lepas mempengaruhi pemilihan pekerjaan
7) Jarak - dekat
8) Prospek-peluang kenaikan pangkat
9) Kelayakan akademik - memilih pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan akademik
10) Keadaan ekonomi semasa -ekonomi meleset-pekerjaan terhad,ekonomi stabil=pekerjaan
banyak
JENIS PENDAPATAN INDIVIDU
JENIS PENDAPATAN INDIVIDU

1. Pendapatan individu -ialah jumlah pendapatan yang diterima oleh seseorang individu

dalam suatu tempoh masa tertentu

2. Terbahagi kepada : Upah,sewa,faedah ,untung dan bayaran pindahan

3. Rumus : Pendapatan individu = Upah + sewa+ faedah +untung+ bayaran pindahan

A) UPAH Ganjaran kepada Buruh yang menyumbangkan tenaga fizikal atau mental

a) Upah nominal (upah wang ) upah yang dinyatakan dalam wang semasa

B) FAEDAH

C) UNTUNG

D) DIVIDEN pulangan wang kepada individu yang membuat pelaburan dalam unit

amanah saham dan syer

E) SEWA- ganjaran kepada pemilik harta apabila hartanya disewakan kepada orang lain

F) BAYARAN PINDAHAN pendapatan yang diterima oleh individu yang tidak

memberi sumbangan pengeluaran . Contoh : pencen,biasiswa,bantuan kewangan

,duit saku,subsidi
LATIHAN : Andai kadar upah sehari seorang buruh ialah RM30 dan jika buruh

bekerja 20 hari dalam tempoh sebulan ,berapa upah nominal bagi buruh ?

________________

b) Upah benar ialah jumlah barangan yang dapat dibeli oleh upah wang

Rumus : Upah wang

Harga Purata barang

LATIHAN 1:

TAHUN UPAH WANG HARGA HARGA HARGA UPAH


BARANG X BARANG Y PURATA BENAR
1985 1200 1.00 2.00
1990 1500 1.20 2.30
1995 1800 1.50 2.80
2000 2100 1.90 3.50

LATIHAN 2:

Upah wang Encik Ali ialah RM1000 sebulan. Beliau bercadang untuk membeli tiga barang
seperti berikut : Barang X= RM10, Barang Y =RM5, Barang Z= RM15.

Hitungkan upah benar Encik Ali ?_______________________________

B) FAEDAH - ganjaran kepada pemilik modal wang

Rumus : Jumlah simpanan X kadar faedah X tempoh simpanan

LATIHAN 1:

Encik Bakar mempunyai RM5 000 yang disimpan dalam akaun simpanan tetap dengan
BSN untuk tempoh 3 bulan. Berapakah jumlah faedah yang akan diterima oleh Encik
Bakar jika kadar faedah bank ini ialah 4 % setahun ?

LATIHAN 2:

Cik Lily menyimpan RM5000 di RHB untuk tempoh setahun.Kadar faedah yang ditawarkan ialah
9 % setahun ? ____________________________
c) UNTUNG Ganjaran kepada usahawan yang menanggung risiko dalam mengurus perniagaan

Rumus : Untung = Jumlah hasil Jumlah Kos

LATIHAN 1 :

Jumlah hasil sebuah firma perkilangan ialah RM10 000 dan kos firma ini terdiri daripada kos
bahan mentah RM3500,kos buruh RM1 600,kos bahan api RM2 000, dan bayaran sewa RM1
500.Hitungkan Keuntungan firma ? _______________________

LATIHAN 2:

Pak Daud memiliki ladag ternakan ayam dan beliau menternak 5000 ekor ayam diladangnya.Kos
pengeluaran untuk seekor ayam ialah RM1.90.Beliau menjual ayam berkenaan pada harga
RM3.50 seekor? Berapakah keuntungan ?_____________

SUMBER(PUNCA) PENDAPATAN INDIVIDU

A) BEKERJA SENDIRI mempunyai modal dan sanggup menerima risiko


Contoh peniaga, professional seperti doktor,peguam,petani
B) BEKERJA DENGAN ORANG LAIN menerima gaji daripada pihak majikan .
bekerja dengan sektor swasta atau kerajaan
C) PUNCA PENDAPATAN LAIN termasuklah pencen jika bersara, sewa jika
memiliki harta, faedah jika mempunyai simpanan bank dan dividen jika memiliki
saham

LATIHAN :

PEKERJAAN PERATUS
PESARA 5

KAKITANGAN KERAJAAN 10

BEKERJA DIKILANG BAJU 30

MENGUSAHAKAN TANAH SENDIRI 50

JURUJUAL DI PASARAYA 2

PENIAGA 3

Berdasarkan kajian di atas,berapa peratus kah penduduk bandar itu bekerja dengan orang lain ?
PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU

Pendapatann individu dan penggunaan pendapatan individu.

Pendapatan boleh guna.

pendapatan boleh guna boleh digunakan untuk:


a)perbelanjaan barang dan perkhidmatan.
b)tabungan.

Rumus Yd = C + S

Yd = pendapatan boleh guna.


C = perbelanjaan penggunaan.
S = tabungan.

Definisi PBg : Pendapatan bersih yang boleh digunakan untuk membeli


barang dan perkhidmatan setelah ditolak potongan wajib

Komponen potongan terdiri dari CPP, KWSP, PERKESO, ZAKAT.

CUKAI PENDAPATAN PERSEORANGAN


Sumbangan wajib individu kepada kerajaan yang melebihi satu tahap
yang ditetapkan

KWSP, PERKESO
Caruman pekerja dalam bentuk kewangan kepada satu badan untuk
kegunaan masa depan

ZAKAT
Sumbangan wajib individu Islam kepada satu badan yang ditetapkan
selepas cukup haul dan nisabnya.

Secara rumus
PBg = PI CPP KWSP Perkeso Zakat
Sebab Potongan Dibuat

CUKAI PENDAPATAN PERSEORANGAN

Membiayai perbelanjaan awam


Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan

KWSP, PERKESO

Kegunaan masa depan - hari tua

Menambah modal untuk membeli rumah, komputer

ZAKAT

Tuntutan agama Satu daripada Rukun Islam

Agihan sebahagian kekayaan kepada orang miskin

______________________________________________________

Pelepasan Jumlah

Pelepasan diri dan tanggungan... RM 8 000


.........................................................RM 3 000 (Isteri)
.........................................................RM 5 000 (Cacat)
Anak
-------------------------------- RM 800 (tiada had)
........................................................ RM 5 000 (cacat)

Rawatan Ibu Bapa ...................... . RM 5 000

Rawatan Penyakit Serius ........... RM 5 000


Peralatan Sokongan .................... . RM 5 000

Premium Anuiti............................ RM 5 000

Pembelian Buku............................ RM 500

PENGIRAAN PENDAPATAN BOLEH GUNA


Kaedah Mengira Cukai Pendapatan Perseorangan

Encik Abu ialah seorang doktor yang menerima pendapatan bulanan


sebanyak RM 3 000. Isterinya tidak bekerja dan mempunyai 5 orang
anak. Dia juga membayar zakat sebanyak RM 200.
Kirakan cukai yang perlu dibayarnya?

Butiran

Pelepasan diri :........ RM 8 000


Isteri : .......................RM 3 000
Anak : ........................RM 800
KWSP : .....................11%(Pekerja) 12%(Majikan)

Pendapatan bercukai (RM)____________ Kadar(%)


Atas yang pertama 2 500 .....................................0
Atas yang berikut 2 500 .......................................1
Atas yang pertama 5 000
Atas yang berikut 15 000 ....................................3
Atas yang pertama 20 000
Atas yang berikut 15 000.................................... 7
Atas yang pertama 35 000
Atas yang berikut 15 000 ..................................13

_____Butiran __________________Jumlah (RM)

Pendapatan Tahunan ..............................................RM 36 000


Pelepasan
Diri............................................................ RM 8 000
Isteri .........................................................RM 3 000
Anak .........................................................RM 4 000

Caruman KWSP ........................................................RM 3 960

Pendapatan Bercukai ...............................................RM 17 040

Atas yang pertama 2 500 X 0% ...............RM 0


Atas yang berikut 2 500 X 1% .................RM 25.00
Atas yang berikut 12 040 X 3% ...............RM 361.20

Jumlah cukai ..............................................RM 386.20

Tolak Zakat ...............................................RM 200.00

Cukai Yang Dibayar ......................RM 186.20

PENDAPATAN BOLEH GUNA

PBg = PI CPP KWSP Z


= RM 36 000 186.20 3960 200
= RM 31 653.38

PENGGUNAAN PENDAPATAN BOLEH GUNA

KEPERLUAN DAN KEHENDAK

Keperluan asas Barang yang diperlukan oleh individu untuk terus


hidup
Contoh : Makanan, Pakaian, Rumah
Kehendak lain Barang yang dapat meningkatkan keselesaan individu
Contoh : Kereta, Telefon Bimbit

BELANJAWAN PERIBADI

Definisi : Anggaran hasil pendapatan dan perbelanjaan individu dalam


satu jangka masa tertentu
Asas penyediaan belanjawan peribadi : Merancang perbelanjaan dan
mengelak pembaziran berasaskan pendapatan mereka.

Komponen Perbelanjaan meliputi :

BARANG TAHAN LAMA


Barang yang mempunyai jangka hayat penggunaan yang lama. Banyak
melibatkan barang kehendak. Contoh : Television, Kereta, Rumah

BARANG MUDAH ROSAK (TIDAK TAHAN LAMA)

Barang yang mempunyai jangka hayat penggunaan yang lama. Banyak


melibatkan barang keperluan. Contoh : Makanan, Pakaian, Akhbar

PERKHIDMATAN

Barang yang tidak boleh dipegang tetapi boleh dinikmati.


Contoh : Gunting Rambut, Perubatan, Pendidikan

KEPENTINGAN BELANJAWAN PERIBADI


Merancang supaya perbelanjaan tidak melebihi pendapatan
Mengelakkan pembaziran dalam perbelanjaan harian individu
Menyimpan sebahagian wang untuk tujuan kecemasan
Menyimpan sebahagian daripada pendapatan wang untuk tujuan
tabungan
Memastikan individu mempunyai pengurusan wang yang baik dan
cekap

Butiran___________________Jumlah (RM)

PENDAPATAN
Gaji dan Elaun ......................................................1 000.00
Sewa .........................................................................200.00

Jumlah ..................................................................1 200.00

POTONGAN WAJIB
KWSP.................................................. 100.00
Cukai Pendapatan............................... 20.00_______________

Jumlah .................................................120.00_______________

JENIS PERBELANJAAN
Makanan ..............................................300.00
Telefon Talian Tetap ............................30.00
Air ............................................................10.00
Telefon Bimbit .......................................40.00
Pakaian ...................................................50.00
Pinjaman Kenderaan ..........................300.00
Pinjaman Perumahan......................... 200.00_______________

Jumlah ...................................................930.00_______________

Jumlah Perbelanjaan .........................1 050.00_______________

Baki ...................................................................................150.00
Tabungan di bank ...........................................................100.00
Baki di tangan ..................................................................50.00

________________________________________________________

PENYEDIAAN BELANJAWAN PERIBADI

KENALPASTI PUNCA PENDAPATAN DAN POTONGAN WAJIB


Emolumen, pendapatan produktif, bayaran pindahan

SENARAIKAN SEMUA JENIS PERBELANJAAN YANG DILAKUKAN


Barang Tahan Lama, Mudah rosak, Perkhidmatan

SENARAIKAN BARANGAN MENGIKUT KEUTAMAAN


Keperluan dan kehendak

SEIMBANGKAN PERBELANJAAN DENGAN PENDAPATAN


i) Lebihan ii) Seimbang iii) Defisit

________________________________________________________

TABUNGAN, PINJAMAN DAN PELABURAN

DEFINISI TABUNGAN
Sejumlah atau sebahagian daripada pendapatan yang tidak digunakan

KONSEP TABUNGAN
Menangguhkan perbelanjaan sekarang untuk kegunaan masa depan.
Tabungan untuk pelbagai tujuan.
TUJUAN TABUNGAN

TUJUAN AWASAN
Menghadapi sakit, kecemasan, kematian, bencana

MEMBELI BARANG TAHAN LAMA


Individu yang ingin membeli barang yang mahal
Pembelian tunai yang lebih menguntungkan

TUJUAN PELABURAN
Menggunakan tabungan untuk pelaburan membeli mesin, bangunan
dsb
Pinjaman tidak membebankan pengeluar

JAMINAN MASA DEPAN


Kegunaan masa tua, susah dsb
Melanjutkan pelajaran
Membiayai diri (perkahwinan)

TUJUAN LAIN
Orang Islam : Menunaikan fardhu haji ke Makkah
Melancong ke destinasi tertentu

MENDAPATKAN FAEDAH ATAU DIVIDEN


Tabungan boleh menambahkan lagi punca kewangan seseorang
individu

________________________________________________________

DEFINISI PINJAMAN

Sejumlah wang yang diterima daripada punca kewangan tertentu dan


perlu dibayar semula pokok(prinsipal) berserta dengan faedahnya

Konsep pinjaman : Pinjaman merupakan aktiviti sebalik aktiviti


tabungan.Pinjaman ialah aktiviti menggunakan lebih banyak barang
kini dan menangguhkan pada masa depan
TUJUAN PINJAMAN

PERBELANJAAN KECEMASAN
Menampung kekurangan masa kini akibat masalah kecemasan
Pinjaman daripada keluarga

MENIKMATI BARANG PADA MASA KINI


Pembelian barang berharga seperti rumah boleh dibuat masa kini
Menambah modal perniagaan dan meningkatkan produktiviti

MEMULAKAN PERNIAGAAN
Modal merupakan elemen utama dalam memulakan perniagaan
Menampung kekurangan perbelanjaan suatu perniagaan

MENAMBAH MODAL
Menambah keperluan modal dalam perniagaan

MELANJUTKAN PELAJARAN
Melanjutkan perbelanjaan di peringkat lebih tinggi
Kos pengajian yang semakin meningkat

________________________________________________________

DEFINISI PELABURAN

Sejumlah wang yang digunakan untuk membeli barang dan


perkhidmatan untuk menghasilkan lebih banyak barang dan
perkhidmatan

Pembelian barang tahan lama untuk memperoleh keuntungan pada


masa akan datang

Pembelian saham atau unit amanah tidak dikira sebagai pelaburan


lebih berbentuk tabungan

TUJUAN PELABURAN

MENDAPATKAN KEUNTUNGAN
Pulangan kepada pelaburan ialah keuntungan
Pulangan pelaburan tidak tetap seperti tabungan

MENGGANTI BARANG MODAL


Barang modal akan menjadi haus dan mengalami susut nilai
Penggantian akan meningkatkan daya produktiviti

MENJANA EKONOMI
Konsep pengganda Setiap unit wang menggandakan pulangan
Kemajuan ekonomi boleh dinikmati kesan daripada pelaburan

JENIS / BENTUK PELABURAN


-Stok dan Inventori
-Mesin dan Jentera
-Bangunan
-Pembinaan

Sub Topik : Pendapatan Individu

1. Pada tahun 1998, upah wang Cik Rokiah ialah RM1 500 dan harga purata barang
ialah RM5. Pada tahun 1999, upah wang Cik Rokiah meningkat kepada RM1 650 dan
harga purata barang bertambah kepada RM6.
a) Hitung upah benar Cik Rokiah pada tahun 1998 dan 1999.
b) Hitung peratus perubahan upah benar Cik Rokiah pada tahun 1999.

2. Encik John mempunyai wang sebanyak RM5 000. En John mula menyimpan
wangnya dalam akaun simpanan tetap Oriental bank Berhad pada 1 Mei 1998 dan
berakhir pada 30 Jun 1999. Jika jumlah faedah yang diterima oleh Encik John 6%
setahun. Hitung jumlah faedah yang diterima oleh En John pada 30 Jun 1999.

3. Jumlah hasil Syarikat Cemerlang Berhad pada tahun 1999 ialah RM60 000 dan kos
firma ini pada tahun tersebut terdiri daripada kos bahan mentah RM15 000, kos buruh
RM12 000, kos bahan api RM10 000 dan bayaran sewa RM5 000. Hitung keuntungan
firma ini.

4. Puan Aminah ialah seorang pegawai kerajaan. Gaji bulanan beliau ialah RM2 500.
Puan Aminah juga menerima elaun khidmat awam sebanyak RM300 dan elaun
perumahan sebanyak RM100 sebulan. Pada tahun 1999, puan Aminah dibayar bonus
sebulan daripada gajinya dan juga menerima sewa sebanyak RM500 serta faedah
sebanyak RM700. Berapakah jumlah upah yang diterima oleh puan Aminah pada tahun
1999?
5. En Jaya mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja dan empat orang anak. Anak
sulungnya yang berumur 25 tahun dan bekerja di sebuah kilang. Tiga orang anaknya
yang lain masih bersekolah. Pendapatan tahunan En Jaya ialah RM35 000. Daripada
jumlah pendapatan itu, 11% dicarumkan kepada KWSP dan RM2 900 untuk bayaran
premium insurans nyawa. En Jaya juga membayar kos perubatan ibubapa sebanyak
RM1 800 dan kos perubatan anak sebanyak RM1 300. Hitung
a) Caruman En Jaya kepada KWSP untuk setahun.
b) Jumlah pelepasan cukai En Jaya.

6. En Salmi mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja dan empat orang anak yang
masih bersekolah. Pendapatan tahunan En Salmi ialah RM32 000. Daripada jumlah
pendapatan itu, 11% dicarumkan kepada KWSP , RM1 200 untuk bayaran premium
insurans nyawa, PERKESO sebanyak RM80 dan bayaran zakat RM100. En Salmi juga
membayar kos rawatan ibunya sebanyak RM2 400. Hitung
a) Jumlah caruman kepada KWSP untuk setahun
b) Jumlah pelepasan cukai

Sub Topik : Pendapatan Boleh Guna

1. Dalam masa setahun, jumlah pendapatan yang diterima oleh individu ialah RM20
000. Daripada jumlah pendapatan ini, beliau membayar RM300 untuk cukai
pendapatan, mencarum RM2 200 untuk zakat dan RM800 untuk PERKESO. Hitung
pendapatan boleh guna.

2. Dalam masa setahun, pendapatan seorang individu terdiri daripada gaji RM15 000,
faedah RM2 000, sewa RM1 000, untung RM1 500 dan bayaran pindahan RM2 500.
Daripada jumlah pendapatan ini, beliau mencarum RM1 720 kepada KWSP, RM400
untuk cukai pendapatan, RM200 untuk zakat dan RM600 untuk PERKESO. Hitung
pendapatan boleh guna individu tersebut.

Sub Topik : Tabungan

1. Pendapatan boleh guna dan perbelanjaan penggunaan setahun En. Muthu ialah
RM15 000 dan RM12 000 masing-masing. Berapakah tabungan En. Muthu?

2. Gaji bulanan En. Zamri ialah RM2 000. Setiap bulan beliau juga mencarum KWSP
sebanyak RM220, cukai pendapatan RM150 serta perbelanjaan penggunaan RM1 500.
Hitung tabungan En. Zamri.

You might also like