You are on page 1of 1

Sejarah Perkembangan Semantik dalam Kajian Bahasa Melayu di Malaysia

Prof. Dr Tengku Sepora Binti Tengku Mahadi

Dr Ilangko A/L Subramaniam

Nur Liyana Binti Zulkffle

Abstrak

Kertas kerja ini akan menelusuri sejarah perkembangan semantik dalam pengkajian bersumberkan
bahasa Melayu di Malaysia. Permulaan ilmu semantik di Malaysia bermula lebih lewat berbanding ilmu-
ilmu nahu lain rentetan daripada kepincangan pendapat sarjana-sarjana ilmu di Eropah mengenai akar
bidang semantik. Kepincangan pendapat mengenai ilmu makna ini sebenarnya berada dalam bidang
linguistik ataupun dalam bidang falsafah telah memberi suatu impak besar pada dunia kajian bahasa di
seluruh dunia. Selepas diputuskan bahawa ilmu kajian makna merupakan bidang semantik, barulah dapat
dilihat perkembangan kajian dalam bidang semantik di seluruh dunia. Perkara ini juga telah memberi impak
kepada permulaan perkembangan semantik di Malaysia yang bermula lewat pada tahun 60-an. Hal ini
kerana, secara umumnya masyarakat secara alamiahnya telah memahami bahasa yang dituturkan bukan
sahaja setakat urutan perkataan yang boleh memberi makna selapis sahaja. Bahasa pada masyarakat
Melayu, bermaksud paparan tingkah laku dan jiwa penuturnya di samping mencerminkan akal budi
penuturnya. Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan memerikan (x) kemunculan dan perkembangan ilmu
semantik di Malaysia secara amnya.

Kata Kunci : Perbandingan, korpus, Imbuhan, Semantik, Teori Relevans

You might also like