You are on page 1of 3

Bincangkan peranan yang telah dimainkan oleh Kongres Kebangsaan India (KKI), Liga Muslim (LM) dan

British dalam perkembangan politik pemisahan di India yang membawa kepada pembentukkan Pakistan
1947.

PENDAHULUAN

o salah satu tarikh penting bg perjuangan nasionalisme di India ialah 15 ogos 1947 yang bukan shj
tarikh kemerdekaan India tetapi merupakan tarikh pembahagian India kepada dua negara yang
berdaulat. (Pakistan)
o KKI yang ditubuhkan pada 1885 telah memperjuangkan kemerdekaan India sejak ia ditubuhkan
lagi dan berikrar utk memperjuangkan kepentingan rakyat India tanpa mengira agama dan
bangsa.
o ia bertujuan untuk mengelakkan sebarang isu yg berbaur perkauman dalam kalangan masy. India
yang berbilang kaum. Namun pergerakkan nasionalisme India sememangnya tidak terlepas dari
masalah politik perkauman yang membawa kepada pembahagian India.
o para pemimpin KKI, LM dan British sememangnya memainkan peranan penting dalam
kemunculan politik perkauman dan membawa kpd pemecahan India.

KONGRES KEBANGSSAN INDIA (KKI)

o perjuangan KKI selama lebih drpd setengah abad itu telah berjaya membebaskan India daripada
belenggu penjajah Inggeris pada 1947. Namun, kejayaan ini sebenarnya tidak memberikan
kepuasan sepenuhnya kepada nasionalis dari parti Kongres.
o hal ini kerana walaupun India telah merdeka namun ia telah terpecah kepada dua bahagian.
wilayah wilayah yang majoriti penduduknya Islam disytiharkan sebagai Pakistan dan majoriti India
kekal sebagai negara India.
o pada awlanya, pembahagian India kepada dua bahagian ini ditentang keras oleh pemimin KKI
namun mereka terpaksa juga menerima kerana perkara tersebut sememangnya tidak dapat
dielakkan lagi.
o mereka sedar bahawa melengahkan lengahkan pemisahan ini hanya akan merenggangkan lagi
hubungan antara orang Hindu dengan Islam.
o dasar2 penjajahan British juga telah membawa kesedaran kpd masyarakat bahawa India adalah
negara mereka dan tertubuhnya beberapa persatuan pribumi yang memperjuangkan
kepentingan rakyat.
BRITISH

o British sememangnya telah bertindak merenggangkan hubungan diantara orang Islam dan Hindu
melalui dasar dasar mereka.
o sejak KKI memperjuangkan nasionalisme, British mengambil keputusan untuk berbaik dengan
orang Islam agar orang Islam tidak akan menyokong dan menyertai KKI. British turut
menggambarkan KKI sebagai parti orang Hindu yang memperjuangkan kepentingan orang Hindu
saja.
o pada 1905, Lord Curzon telah membahagikan Bengal kepada dua bahagian tanpa sebarang
perbincangan dengan penduduk dan pemimpin tempatan. Timur Bengal telah dicantumkan
dengan Assam yang mana majoritinya penduduk Islam. Manakala Barat Bengal pula majoritinya
penduduk Hindu.
o British menafikan bahawa pembahagian ini merupakan agenda untuk memecah belahkan orang
Islam dan Hindu. Ia adalah bertujuan demi melicinkan pentadbiran yang mempunyai hampir 80
juta orang penduduk.
o KKi melihat pemisahan ini sebagai bertujuan untuk melumpuhkan perjuangan mereka. Maka tidak
hairanlah KKI menentang dgn hebat dasar ini. Terdapat juga pemimpin KKI yang beragama Islam
turut terlibat dalam pergerakkan ini.
o majoriti penyokong dan pemimpin Kongres adalah majoriti beragama Hindu dan mereka
menggunakan simbol2 dan slogan2 agama Hindu telah digunakan oleh pemberontak, maka
perjuangan KKI ini dianggap sebagai penentangan Hindu terhadap Islam.
o 1911, KKI berjaya dlm perjuangan mencantumkan balik Bengal atas arahan raja England. Org
Hindu meraikan kejayaan perjuangan mereka yang berjaya ini manakala org Islam kecewa dan
merasakan org Hindu berjaya kerana mereka berjuang secara militan dan org Islam pula merana
dan tertindas kerana mengamalkan dasar berdiam diri dan pengasingan diri.

LIGA MUSLIM (LM)

o 1906, semasa pihak British berusaha merangkakan perlembagaan bagi India, satu rombongan
orang islam di bawah pimpinan Agha Khan telah berjumpa dengan wizurai India iaitu Lord Minto
dan memberitahu mereka bahawa mereka mahukan layanan berasingan dan mahu dianggap
sebagai satu komuniti terpisah drpd komuniti lain.
o rombongan ini telah datang tepat pada waktunya. Kerana British ketika ini mencari cari golongan
yg bersedia berkerjasama bg mengimbangkan pengaruh KKI.
o LM telah ditubuhkan pd 1906. Separuh pimpinan LM dipelopori golongan zamindar dan golongan
berpendidikan barat. Jadi mereka lebih terbuka dengan dasar yg dilakukan oleh British. Separuh
lg pemimpin LM terdiri daripada golongan ulama. Mereka menolak British kerana menganggap
British lah yg telah meruntuhkan empayar Islam (moghul) di India.
o Sejak kejatuhan Empayar Moghul, org2 Islam mengambil langkah untuk mengasingkan diri dari
perkembangan politik India. Ini antara sebab org Islam India mundur dari pelbagai sudut.
o LM sedar bahawa pengasingan diri hanya melemahkan dan merugikan org Islam sahaja. Jadi
mereka berkerjasama dengan British .
o British telah melihat LM sebagai check mate untuk mengurangkan pengaruh KKI kepada org
Islam. LM turut diberikan elektorat(perlembagaan) berasingan oleh pihak British sebagai
membezakan antara mereka dgn org Hindu. Dimana pilihanraya di kawasan tertentu hanya boleh
ditandingi dan diundi oleh org Islam sahaja.
o British turut memperkenalkan Akta India 1935 . Dibawah akta ini satu pilihanraya 1937 telah
diadakan. sebanyak 1585 kerusi dipertandingkan dan KKI telah memenangi 6 daripada 11 negeri
dipertandingkan.
o LM telah mengalami kekalahan di negeri majoritinya penduduk Islam. Ia memberi tamparan yg
hebat kepada LM dimana ia gagal menjadi parti unggul org Islam di India
o Sejak kekalahan itu, LM telah mengambil tindakan drastik dengan menggunakan sentimen
keagamaan bagi meraih sokongan daripada golongan Islam secara sepenuhnya dan menanam
kebencian kepada orang Hindu terutamnya kepada parti KKI yang dikatakan hanya menjaga
kepentingan org Hindu.

KESIMPULAN

o keadaan politik yang bergolak di India sejak 1885 telah membuktikan bahawa keadaan di India
ketika itu berada dalam keadaan yang tidak harmoni khusunya antara orang Hindu dan Muslim.
o masing2 mempunyai tujuan dan matlamat perjuangan masing2 yang akhirnya telah
membahagikan India kepada dua bahagian pada tahun 1947 iaitu Pakistan.

You might also like