You are on page 1of 13

PENGENALAN

Secara umumnya masyarakat tempatan di India sebelum kedatangan kuasa barat

mengamalkan sistem ekonomi sara diri. Sistem ini melibatkan kegiatan pertanian sebagai

asas ekonomi untuk keperluan keluarga di samping kegiatan ekonomi lain seperti menangkap

ikan, memungut hasil hutan, perlombongan serta perdagangan secara kecil - kecilan. Namun,

ini tidak bermakna kegiatan ekonomi di India hanya tertumpu kepada kegiatan sara diri

semata - mata.Hal ini demikian kerana, India juga telah mempunyai industri - industri sendiri

yang membawa keuntungan kepada ekonomi India sebelum kedatangan British lagi.

Hal ini dapat dibuktikan dengan kewujudan industri - industri yang diusahakan oleh

orang tempatan itu sendiri seperti kapas, sutera, nila, candu, teh dan juga gula.Sebagai contoh

yang boleh dilihat pada zaman kegemilangan kerajaan Moghul, kegiatan industri kapas telah

dijalankan dan memberi keuntungan kepada ekonomi negara.Industri ini diusahakan dengan

menggunakan kaedah penanaman tradisional sahaja tetapi mampu melalui pasaran

antarabangsa.Buktinya, sebelum tahun 1757, peniaga Inggeris sendiri telah bersaing untuk

membeli barangan buatan India, terutamanya kain kapas kerana harganya yang berpatutan

dan kualitinya yang tinggi untuk pasaran Eropah.1Hal ini sudah semestinya membawa

keuntungan kepada ekonomi India.Oleh itu jelaslah bahawa keadaan ekonomi India berada

dalam keadaan yang stabil dan baik sebelum adanya kuasa campurtangan yang kedua iaitu

kuasa barat.

Perubahan ekonomi India bermula semenjak berlaku kekalahan semasa perang

Plassey yang dibawah kepimpinan Raja Bengal, Nawab Sirajadaulah dalam menentang East

India Company (EIC).Pada tahun 1757, keadaan ekonomi India mula merosot kerana

Inggeris telah campurtangan dalam ekonomi India.Justeru itu, jelas menunjukkan bahawa

1
Romesh Chunder Dutt, The Economic History Of India :From the Rise of the British Power in 1757 to the
Accession of Queen Victoria in 1837, (1960), New Delhi, ms 246.
penglibatan pihak British dalam ekonomi India menjadi punca kepada kemerosotan ekonomi

India. Walaupun British telah memperkenalkan ekonomi moden di India namun keadaan

ekonomi India tetap merosot. Pihak British sebenarnya dengan sengaja melumpuhkan

ekonomi India melalui dasar - dasar yang dilaksanakan.Pengenalan dasar -dasar tersebut

hanyalah sebenarnya mahu melumpuhkan industri - industri yang diusahakan oleh orang

tempatan secara berperingkat.2

Penulis berpendapat bahawa ekonomi moden yang diperkenalkan oleh British

sebenarnya bukan bertujuan untuk kepentingan India tetapi untuk kepentingan pihak mereka

sendiri.

Dasar - Dasar Ekonomi Yang Diperkenalkan Oleh British.

British telah memperkenalkan sistem ekonomi Laissez Faire atau dikenali sebagai

Dasar Ekonomi Bebas.Ia adalah merupakan salah satu ekonomi yang diperkenalkan oleh

British. Sistem ini ditubuhkan atas alasan untuk memajukan sistem ekonomi di India.Idea ini

telah dikemukakan oleh Adam Smith pada 1776. Sistem ini merupakan satu dasar ekonomi

yang memberikan kebebasan kepada semua negara untuk mengeskport dan memasarkan

barangan mereka tanpa had ke seluruh negara. Oleh hal yang demikian, India terpaksa

bersaing dengan negara lain dalam memasarkan barangan tempatannya. Antara negara yang

menjadi pesaing terhebat India adalah Britain.Ini menjadi punca mengapa barangan tempatan

kurang mendapat sambutan kerana lambakan barangan luar yang lebih murah dan

berteknologi tinggi.Sebagai contoh industri kapas asli di India terpaksa bersaing dengan

kapas sintetik keluaran Britain yang lebih murah.

Menurut British, sistem yang diperkenalkan ini memberi kebebasan yang sepenuhnya

dalam perdagangan tanpa ada sebarang campur tangan daripada pihak kerajaan.

2
Ibid, ms 249.
Walaubagaimana pun, tindakan British tidak selari dengan apa yang dikatakan kerana

kerajaan British telah campur tangan dalam sistem ini dengan mengenakan sistem cukai yang

tinggi terhadap barangan buatan India yang masuk ke Britain, namun barangan Britain yang

masuk ke India tidak dikenakan cukai yang tinggi. Hal ini jelas menunjukkan bertapa tidak

adilnya sistem yang dilaksanakan oleh British.Akibatnya dari kesan cukai yang tinggi,

barangan keluaran India yang dijual tidak mendapat pulangan hasil yang lumayan kepada

penduduk India.Selain itu, sistem Laissez Faire ini juga turut menyebabkan industri di India

terdedah kepada risiko harga bahan mentah dan komuditi yang tidak menentu.Ini kerana

sistem pasaran ini berpusat di barat.Oleh hal yang demikian, kesan yang dihadapi oleh rakyat

sangat teruk ekoran pertanian komersial yang sangat bergantung kepada pasaran

dunia.Perkara ini memberikan tekanan yang sangat hebat kepada rakyat khususnya.

Sikap British yang menguasai ekonomi India telah membawa kesan yang buruk

kepada India kerana tindakan British yang mengaut hasil keuntungan di India tanpa

melakukakan sebarang kemajuan untuk India.Pihak mereka, hanya mengaut keuntungan dan

membiarkan India berada dalam keadaan yang tidak maju seterusnya menyebabkan

kehidupan pribumi India terus merosot.

Seterusnya, British telah melakukan pembaharuan di India menerusi Dasar

Pertanian.Pada tahun 1770, EIC telah mengalami kerugian yang sangat besar.Melalui

peristiwa itu, Lord Cornwallis telah dilantik sebagai Gabenor Jeneral India pada tahun 1786

bagi memulihkan ekonomi EIC.Rentetan itu, Lord Cornwallis telah memperkenalkan Sistem

Zamindar pada tahun 1970.Sistem ini telah diperkenalkan di Bengal pada awalnya.

Kemudian diperluaskan kepada kawasan - kawasan lain. Permulaan British dalam menguasai

ekonomi India bermula di Bengal, seterusnya Bengal menguasai seluruh India melalui

perancangan British.Perlaksanaan Sistem Zamindar melalui dasar pertanian dasar pertanian

dikatakan merupakan salah satu rancangan British untuk memulihkan ekonomi EIC.Oleh itu
sudah pastinya sistem ini adalah untuk kepentingan ekonomi EIC dan bukannya untuk

kepentingan ekonomi di India.

Zamindar bermaksudtuan tanah. Ia merujuk kepada tuan tanah yang telah ditugaskan

untuk mengutip cukai dan ianya terdiri daripada pegawai - pegawai Moghul. Berdasarkan

Sistem Zamindar, tuan tanah telah diberikan hak milik tanah dan berhak untuk memajakkan

tanah kepada petani. Walaubagaimana pun, mereka ini dikenakan cukai tahunan. Pada tahun

1790, kadar cukai tahunan adalah sebanyak 11:89 merujuk kepada 11 peratus merupakan hak

tuan tanah seterusnya 89 peratus diserahkan kepada pihak British. Cukai ini harus dipatuhi

oleh tuan tanah selama 10 tahun. Disini, adalah dapat dilihat kelicikan, berat sebelah dan

sangat menguntungkan pihak British. Akhirnya kadar penetapan selama 10 tahun tersebut

telah ditukarkan kepada Permanent Settlement yang bermaksud Penyelesaian Tetap bagi

situasi pada tahun 1772 sehingga 1792.3 Tindakan British dianggap sebagai dorongan kepada

zamindar untuk memajukan sektor pertanian serta ekonomi India kerana dengan 11 peratus

sahaja hasil pertanian akan menyebabkan zamindar berusaha untuk meningkatkan hasil

pertanian bagi mendapat lebih banyak keuntungan. Walaubagaimana pun, ianya tidak terjadi

seperti yang diharapkan oleh pihak British. Hal ini demikian kerana, sikap tuan tanah yang

tidak mempedulikan mengenai kesuburan tanah walaupun kadar sewa yang dikenakan kepada

golongan petani adalah tinggi. Selain itu, sistem pengairan juga terbiar dan tidak digunakan

dalam kemajuan pertanian.Disamping itu, kemunculan Sistem Absentee Landlord dan orang

tengah yang mengekploitasi keadaan ketika itu menyebakan golongan petani terbeban dengan

sewa tanah dan pembayaran cukai yang tinggi.

Golongan petani pula menghadapi masalah sewaan tanah yang tinggi dan juga kadar

cukai yang tinggi. Mereka juga menghadapi masalah cukai tanah yang tinggi kerana tuan

tanah meningkatkan kadar cukai. Hal ini kerana, tiada akta yang menghalang tuan tanah

3
Siba Prasad Nanda, Economic and Social History of Modern India, (1999), New Delhi, ms 24.
meningkatkan cukai tanah mereka. Ini telah membuka peluang yang luas kepada tuan tanah

untuk memeras petani untuk kepentingan golongan tuan tanah. Ekoran itu, petani hidup

melarat dan terbeban dengan hutang selain kekurangan makanan kerana hasil pertanian tidak

mencukupi untuk menampung kehidupan mereka kerana tuntutan pembayaran cukai tersebut.

Masalah ini telah menyebabkan berlakunya kebuluran yang teruk dia India .4Jelaslah bahawa

sebenarnya British ingin melumpuhkan sistem ekonomi India.

Tindakan tuan tanah yang tidak mahu melabur semula untuk kesuburan tanah adalah

disebabkan oleh sikap mereka yang tidak mahu membazirkan wang dan sebaliknya mahu

menjana dan menyimpan lebih banyak wang. Tuan tanah beranggapan tindakan ini telah

menggalakkan petani membuat pinjaman dengan mereka untuk mengusahakan

pertanian.Namun, petani tidak lagi meneruskan aktiviti pertanian dan menyebabkan terdapat

banyak kawasan tanah pertanian yang telah terbiar. Keadaan ini telah memberi kesan kepada

tuan tanah kerana tuan tanah perlu membayar cukai tertentu pada kadar cukai yang

ditetapkan. Jika tuan tanah gagal untuk membayar sewa tanah merka akan kehilangan tanah

serta tanah tersebut akan dilelong. Ini dikenali sebagai Sistem Sun Set Law. Terdapat juga

tuan tanah yang menyewa tanah sendiri kerana mereka telah kehilangan hak terhadap tanah

mereka itu.5Setelah 20 tahun Permanent Settlement dilaksanakan di Bengal, begitu banyak

tanah yang telah betukar hak milik.Sistem Zamindar jelas menunjukkan bahawa British mahu

menguasai ekonomi di India terutama sekali tanah. Hasil daripada sistem ini hanya British

yang mendapat keuntungan sebaliknya tuan tanah dan petani yang rugi. Sistem Zamindar ini

yang kononnya mahu memajukan ekonomi India namun sebaliknya merupakan muslihat

British untuk melumpuhkan lagi sistem ekonomi India.

4
Romesh Chunder Dutt, The Economic History Of India :From the Rise of the British Power in 1757 to the
Accession of Queen Victoria in 1837, ms 67.
5
Siba Prasad Nanda, Economic and Social History of Modern India, ms 25.
Pada 1812, satu lagi pembaharuan dalam dasar pertanian telah dilaksanakan oleh

British di Madras dan diperluaskan di Bombay pada 1816.Akibat dari kegagalan Sistem

Zamindar, maka Sistem Ryowatri telah dilaksanakan. Sistem Ryowatri telah mengiktiraf

petani sebagai tuan tanah, Ini adalah sebagai langkah untuk membuatkan petani lebih

berusaha gigih untuk memajukan sistem pertanian.6Pada awalnya sisem ini dilihat agak

berjaya kerana diawal perlaksanaannya keadaan ekonomi India meningkat.Namun sistem ini

tidak kekal lama kerana para petani tidak lagi mahu untuk mengusahakan tanah pertanian.

Walaupun pada waktu itu dilihat bahawa sistem cukai lebih sistematik kerana terus

dikendalikan tanpa orang tengah, tetapi ianya dilihat sama seperti sistem zamindar kerana

sistem ini juga tidak mampu memaju dan mengembangkan ekonomi India seperti ynag

diharapkan.Hal ini disebabkan matlamat asal Sistem Rryotwari untuk kepentingan rakyat

iaitu petani miskin telah tersasar dengan memberi keuntungan kepada pihak tertentu.Jika

dilihat secara kasarnya sememangnya petani tidak perlu lagi menyewa tanah kerana telah

diberikan tanah merupakan sesuatu yang baik. Namun, kadar pembayaran cukai yang tetap

menyebabkan petani tertekan kerana banyak hasil pertanian terpaksa dilaburkan untuk

membayar cukai.7Kemudahan untuk pertanian juga tidak dibangunkan untuk para petani

dalam kegiatan pertanian mereka.Petani juga terpaksa membayar cukai yang ditetapkan

kepada pihak British walaupun berlakunya bencana alam.Sikap British yang mementingkan

diri dan tidak mengendahkan keadaan yang dihadapi oleh para petani menyebabkan para

petani berhutang dengan ceti bagi membantu mereka.Oleh hal yang demikan pihak ceti dan

saudagar gemar menghulurkan pinjaman. Jika petani gagal membayar pinjaman maka tanah

mereka akan dirampas. Oleh itu terdapat segelintir petani yang memilih untuk menyerahkan

terus tanah untuk diusahakan kepada orang lain

6
Romesh Chunder Dutt, The Economic History Of India : From the Rise of the British Power in 1757 to the
Accession of Queen Victoria in 1837, ms 115.
7
Ibid, ms 121.
Perlaksanaan Sistem Ryowatri itu selari dengan perlaksanaan Dasar Pertanian

Komersial.Para pelabur menyambut baik dasar ini kerana mereka boleh membuka estet - estet

di India.Tanah yang digunakan oleh mereka merupakan tanah yang dibeli daripada

petani.Namun terdapat juga tanah hasil rampasan daripada petani.Pertanian komersial seperti

kapas dan nila hanyalah untuk tujuan eksport sahaja.Hal ini demikian kerana, barangan

tersebut mempunyai pasaran yang baik di Eropah.Perkara yang paling jelas mengenai

perlaksanaan ini adalah untuk kepentingan ekonomi British semata - mata.Ini kerana British

telah mengawal semua pertanian komersial untuk keuntungannnya.8Harga dan permintaan

terhadap barangan eksport adalah tidak stabil dan bergantung kepada situasi semasa.

Tindakan British yang memperkenalkan ekonomi moden di India dengan alasan untuk

memajukan India hanyalah sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Perlaksanaan dasar -

dasar yang diperkenalkan hanyalah untuk kepentingan pihak mereka sahaja.Selain itu, pihak

British juga turut melaksanakan dasar diskriminasi terhadap India.Menerusi dasar ini, jelas

menunjukkan sikap British yang berat sebelah terhadap sektor perdagangan India di

Bengal.Pihak British hanyalah memfokuskan kepada keuntungan mereka sahaja tanpa

mempedulikan sektor perkilangan India yang menjadi asas kepada pengeluaran

barangan.Sikap diskriminasi British ini dapat dilihat menerusi cukai tinggi yang dikenakan

oleh mereka terhadap pedagang India.Walaubagaimana pun, barangan dari negara barat tidak

dikenakan sebarang cukai atau bayaran.Hal ini jelas menunjukkan sejauhmana kebenaran

usaha British untuk memajukan ekonomi India.British mahu melumpuhkan ekonomi India

yng sudah sememangnya merosot.Oleh kerana tindakan British yang tidak

berperikemanusiaan itu, pada 1831, seramai 117 orang saudagar kapas dan sutera telah

membuat rayuan kepada raja England untuk mengurangkan kadar cukai. Walaubagaimana

pun, rayuan tersebut tidak diendahkan.Rayuan tersebut bukan sahaja dibuat oleh para

8
Siba Prasad Nanda, Economic and Social History of Modern India, ms 25.
pedagang namun turut juga dibuat oleh kerajaan India.Namun perkara itu merupakan sesuatu

yang sia - sia.Hal ini sememangnya telah merugikan ekonomi India dan memberikan

keuntungan yang banyak kepada British.

Disamping itu juga, pada pertengahan abad ke 19, England telah berhenti mengimport

sutera dan kapas dari India kerana England sendiri telah mengeluarkan barangan yang sama

dari negaranya.Oleh hal yang demikian, pasaran England telah dibanjiri oleh barangan negara

tersebut sendiri menyebabkan India tidak dapat memasarkan barangannya.Untuk dipasarkan

di India juga tidak boleh kerana barangan England sudah pun memenuhi pasaran

India.Keadaan ini menunjukkan India sebagai sebuah negara yang teraniaya dan tertindas.

British juga telah memperkenalkan dasar Drain of Wealth di India ekoran daripada,

kekayaan negara itu dengan pelbagai jenis barangan mentah.Dasar ini bertujuan untuk

mengeksploitasi hasil negara India dengan menyalurkan kekayaaan India kepada British.India

telah dijadikan sebagai sumber pendapatan British untuk membiayai ekonomi dan

perbelanjaan British sahaja.Ini dapat dilihat bahawa British telah menggunakan hasil

keuntungan ekonomi India untuk membayar gaji dan dividen kepada pemegang saham

EIC.Selain itu, keuntungan yang diperoleh juga turut digunakan untuk menampung

perbelanjaan ketenteraan dalam menghadapi pemberontakan penduduk tempatan.

Kejayaan perlaksanaan dasar ini telah menandakan berlakunya tekanan dalam

ekonomi India menyebabkan ekonomi India terus merosot.Hasil kekayaan India telah disalur

keluar dan pendapatan daripada hasil industri India telah digunakan untuk tujuan

pembangunan dan perbelanjaan British atau EIC semata - mata tanpa menghiraukan keadaan

ekonomi dan keadaan negara India itu sendiri. Menurut Romesh Dutt, satu per empat

daripada hasil pendapatan tahunan India telah disalurkan ke England. Hasil pendapatan yang

selebihnya juga tidak digunakan untuk kepentingan India sebaliknya digunakan untuk
kepentingan British.Tindakan ini menyebabkan pengaliran keluar wang India.Pengaliran

keluar wang ini juga telah menyebabkan ekonomi di India lumpuh kerana tidak berlaku

keseimbangan dalam pengaliran keluar masuk wang.9Sebaliknya hanya berlaku pengaliran

keluar wang untuk tujuan pembangunan British, bukan ekonomi India.Pada abad ke 19,

berlakunya kejatuhan matawang Rupee India akibat daripada tindakan British ini akibat

pengaliran keluar wang yang membebankan India.Ringkasnya perlaksanaan dasar ini adalah

satu langkah agar dapat mengaburi mata pribumi supaya British dapat membawa keluar

segala hasil pendapatan dan sumber yang terdapat di India dengan mudah tanpa menyalurkan

walau sedikit perbelanjaan bagi pembangunan India.

Jika dilihat mengenai pembaharuan yang dilaksanakan oleh British, jelaslah

menunjukkan bahawa tujuan sebenar British disamping niat mereka untuk melumpuhkan

ekonomi India.Walaubagaimana pun, menurut Barringtone Moore, kemerosotan ekonomi

India adalah berpunca daripada sikap pribumi India yang tidak terlibat secara aktif dalam

bidang pertanian. Tambah Moore, pihak British tidak pernah merancang untuk melumpuhkan

ekonomi India sebaliknya kedatangan British dan dasar - dasar yang dilaksanakan telah

membawa satu perubahan yang besar dalam sektor pembangunan ekonomi India. Kedatangan

pihak British dikatakan telah membawa satu perubahan kepada sektor perindustrian

India.Contohnya perlaksanaan Dasar Industrilisasi.Perubahan yang dibawa oleh British ini

dikatakan sebagai langkah yang diambil oleh pihak British untuk membantu dalam

memodenkan lagi industri - industri di India dan bahan mentah digunakan sebaik

mungkin.Sebelum kedatangan British kegiatan insdustri tekstil giat dijalankan di Kashmir

dan perusahaan logam di Bombay dan Poona.Setelah kedatangan British, British telah

membuat satu inovasi baharu dengan mendirikan 50 buah kilang untuk tujuan

9
Sumit Sarkar, Modern India 1885-1947, ( 1989), London, ms 27.
perindustrian.Kilang tersebut didirikan oleh pemodal British dan diselenggara oleh orang

Parsi.10

Moore mendakwa British telah membekalkan kemudahan - kemudahan bagi

pertumbuhan ekonomi India.11Oleh itu, adalah tidak wajar untuk menyatakan bahawa

tindakan British merupakan punca kepada kemerosotan ekonomi India.Selain itu, British juga

telah memperkenalkan sistem tali air yang bertujuan untuk tanaman komersial.Manakala

telegraf dan perbankan pula untuk memudahkan sistem perhubungan para pedagang. Selain

itu, kemudahan yang dibawa oleh British dapat dilihat melalui pembukaan arang batu yang

telah mendorong kepada pembinaan jalan kereta api bagi memudahkan penghantaran bahan

mentah ke tapak pengumpulan.12

Penyediaan infrastruktur yang dilakukan oleh British ini adalah untuk menggalakkan

pengeluaran sumber ekonomi.13Sememangnya perkara itu merupakan sesuatu yang

positif.Namun, harus diketahui bahawa pembangunan tersebut dilakukan selepas industri -

industri tempatan telah dilumpuhkan. Tujuan dasar perindustrian tersebeut adalah sebenarnya

langkah British untuk tidak menggalakkan perkembangan industri India kerana British ingin

mengeskploitasi dan menjadikan India sebagai pembekal bahan mentah seperti emas, besi

dan arang atu kepada Industri Great Britain. Oleh itu dasar yang dilaksanakan ini dilihat

sebagai untuk menghalang ekonomi India untuk terus berkembang. British juga mendapat

keuntungan melalui eksport barangan industri ke Eropah kerana harga yang murah dan kadar

cukai yang dikenakan kepada para pedagang India tinggi.

Kemasukkan mesin - mesin dari luar negara untuk kemajuan ekonomi telah memberi

satu tamparan yang hebat kepada industri tempatan yang hanya bergantung kepada tenaga

10
Siba Prasad Nanda, Economic and Social History of Modern India, ms 29.
11
M.D Morris, et.al, The Indian Economy in Nineteenth Century : a Symposium, (1969), New Delhi, ms 9.
12
Neil Charlesworth, British Rule and Indian Economy 1800-1914, ( 1982), London, ms 34.
13
Siba Prasad Nanda, Economic and Social History of Modern India, ms 29.
manusia. Hal ini menurut D.R Gadgil menyatakan pengahapusan industri India adalah

berpunca daripada kemunduran teknologi India yang tidak mampu bersaing dengan teknologi

moden Inggeris. Walaubagaimana pun, jika dilihat secara teliti sekiranya British benar -

benar ingin memajukan India mengapa tidak sahaja dipindahkan teknolgi dari England ke

India?Sebaliknya menggantikan barangan buatan Indiadengan Britain dan membiarkan

industri India terus merosot. Dalam erti kata lain, British sememangnya tidak berminat untuk

memajukan industri India dan India terus diheret ke lembah kemerosotan.Contohnya, seluruh

perindustrian di Bengal hampir dimiliki oleh orang asing dan industri melebur lumpuh kerana

pengimportan besi waja dari Britain telah masuk ke pasaran India.14Keadaan ini telah

menyebabkan berlakunya kemerosotan ekonomi di India.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, tindakan British yang memperkenalkan pembaharuan dalam ekonomi

moden sememangnya telah membawa suatu perubahan dalam ekonomi India. Walaupun

British menyatakan tujuan tindakan mereka hanya untuk memajukan ekonomi India, namun

kesan daripada tindakan itu hanyalah membawa kepada kemerosotan yang berterusan dalam

ekonomi India.Hal ini demikian kerana kepelbagaian dasar sistem ekonomi yang dilakukan

oleh British sebenarnya bukan untuk membantu memajukan ekonomi India sebaliknya

melumpuhkan lagi ekonominya dengan memberi fokus kepada pertumbuhan dan kepentingan

ekonomi British.Segala keuntungan yang dieksplotasi oleh British di India menyebabkan

masyarakat India hidup dalam kemiskinan.

Oleh itu, jelaslah mengapa ekonomi India tidak berkembang walaupun British telah

menjalankan pelbagai dasar terhadap negara tersebut.Kedatangan British sebenarnya telah

14
M.Mufakharul Islam, Bengal Agriculture 1920-1946: A Quantity of Study, (1978), ms 30.
memusnahkan pembangunan serta ekonomi yang sedia ada di India sebelum British

mengeksploitasi segala ekonomi yang ada untuk kepentingan pihak mereka sendiri.
BIBLIOGRAFI

Chandar Bipan. 1979. National and Colonism In Modern India.Orient Logman.New Delhi.

Charlesworth Neil. 1982. British Rule and The Indian Economy. Macmillan.London

Dutt Romesh Chunder. 1960. The Economic History Of India : From the Rise of the British

Power in 1757 to the Accession of Queen Victoria in 1837. New Delhi.

M.Mufakharul Islam.1978. Bengal Agriculture 1920-1946: A Quantity of Study.Cambridge

University Press. London.

Morris M.D. et.al. 1969. The Indian Economy in the Nineteenth Century: a Symposium.

Indian Economic and Social History Association, New Delhi.

Nanda Siba Prasad. 1999. Economic and Social History of Modern India.Anmol

Publications.New Delhi.

Sarkar Sumit. 1989. Modern India 1885-1974.Macmillan. London.

You might also like