You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN

Titik tolak kepada pembaharuan sosial dan pendidikan di India dikatakan mula

tercetus apabila munculnya idea-idea daripada falsafah Bentham yang mempunyai

penilaiannya yang tersendiri dalam menilai sesuatu penggunaan sumber secara maksima.

Idea-idea tersebut jelas diterapkan oleh pegawai-pegawai British yang berkhidmat di

India. Setelah beberapa tempoh dapat dilihat bahawa pemikiran dan idea yang dibawa

oleh Bentham itu sedikit demi sedikit membuahkan hasil. Perkembangan hasil sastera,

seni dan budaya India yang istimewa mula dieksploitasi oleh pegawai-pegawai British

demi kepentingan masing-masing. Falsafah Bentham ini berpaksikan kepada semua

perbelanjaan kerajaan di sesebuah tempat haruslah memberikan kepuasan atau

keuntungan maksima kepada semua yang ada dan dianggap membazir sekiranya terdapat

pihak tertentu yang tidak berpuas hati terhadap sesuatu pencapaian. Oleh itu, setiap

pelaburan atau nilai guna wang yang digunakan itu perlulah membawa keuntungan yang

maksima kepada semua orang dan mana-mana dasar kerajaan haruslah membawa

kepuasan maksima kepada bilangan penerima yang terbesar. Prinsip utiliti bagi mengenal

pasti peranan asas keseronokan dan kesakitan dalam kehidupan manusia telah

dikemukakan oleh Jeremy Betham pada tahun 1748 hingga 1832. Berdasarkan falsafah

Bentham ini juga, pihak pentadbir tidak memperdulikan tentang adat resam.

Selain itu, desakan daripada Reformis India juga dilihat merupakan titik tolak kepada

perubahan sosial yang berlaku di India. Desakan ini dilakukan oleh beberapa orang

pribumi India sendiri seperti Raja Ram Mohun Roy, Iswara Chandra Vidyasegar,

Dwarkanath Tagore dan Keshub Chandran Sen yang mendesak berlakunya perubahan

sistem sosial di India. Tambahan, berlaku juga desakan daripada golongan Mubaligh

Kristian yang mendesak supaya amalan-amalan yang tidak masuk akal yang diamalkan di

India dihapuskan dan diganti dengan amalan yang lebih moden dan berperikemanusiaan

1
demi menjamin kesejahteraan masyarakat India. Desakan oleh Mubaligh Kristian ini juga

dilihat berpunca daripada ketiadaan peluang yang diberikan oleh pemerintah di India agar

ajaran Kristian dapat disebarkan di India. Hal ini demikian kerana mereka menginginkan

kebebasan dalam aktiviti menyebarkan agama Kristian tersebut. Namun, Mubaligh

Kristian yang menetap di India tidak pernah berputus asa dalam mencari peluang untuk

mengembangkan ajaran agama mereka.

Piagam EIC yang diperbaharui sejak tahun 1790 telah dipengaruhi oleh mubaligh

Kristian supaya mendapat kebebasan dan kebenaran untuk menyebarkan agama Kristian

di India. Wilberforce yang merupakan salah seorang mubaligh telah melakukan pelbagai

usaha sehingga akhirnya wujud Jabatan Agama Kristian pada tahun 1813. Namun,

bantuan kewangan tidak diberikan malah aktiviti mubaligh dihadkan kepada wilayah-

wilayah di bawah pentadbiran British sahaja.

2
2.0 SUSURGALUR PEMBAHARUAN SOSIAL

Era pembaharuan sosial di India mula muncul apabila William Bentick memegan

jawatan Gabenor Jeneral di India. Beliau yang merupakan pengikut setia gurunya Betham

telah menggunakan peluang tersebut untuk melakukan pembaharuan terhadap sistem

sosial dan pendidikan di India. Menurut Percival Spear, pembaharuan yang dilakukan oleh

Bentick ini merupakan satu percubaan untuk membaratkan budaya India bermula pada

tahun 1828 sehingga 1858. Sekiranya dilihat secara telus, jelas menunjukkan bahawa

pemerintahan Bentick menunjukkan ketinggian Barat dalam menunjukkan India sebagai

satu tamadun yang tidak moden dan ketinggalan zaman. Terdapat beberapa pembaharuan

yang dilakukan oleh Bentick sewaktu pemerintahannya seiring dengan idea utilitarian

yang dibawa oleh gurunya Betham. Pengharaman adat Sutee pada tahun 1829 merupakan

antara pembaharuan dari aspek sosial yang dilakukan oleh Bentick.

Sutee merujuk kepada suatu amalan pengorbanan diri oleh wanita-wanita atau balu

yang kematian suami yang mana si isteri akan dibakar bersama mayat suami mereka.

Amalan ini dikatakan dilakukan demi menjaga maruah isteri yang sudah kematian suami.

Sutee bukanlah suatu upacara keagamaan atau amalan agama India namun merupakan

perkara yang diamalkan sejak awal lagi. Adat pembakaran balu bersama-sama suami ini

adalah untuk membuktikan ketaatsetiaan kepada suami sehingga sanggup sehidup semati.

Lazimnya, mereka dikehendaki memakai sari berwarna putih supaya dapat dikenali

sebagai wanita yang telah kematian suami. Selain itu, sarjana sejarah menyatakan bahawa

amalan ini dilaksanakan bagi menjaga hal ekonomi sesebuah keluarga. Seorang isteri yang

berkahwin dengan seorang suami yang berasal dari zamindar atau tuan tanah

berkemungkinan untuk memperoleh harta warisan suaminya. Kesannya, perkara ini akan

membangkitkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli keluarga sebelah suami kerana

mengganggap bahawa pihak keluarga lebih berhak untuk mewarisi harta yang

3
ditinggalkan oleh si mati berbanding isteri. Rentetan daripada itu, amalan ini telah

dilaksanakan secara meluas di India bagi menjamin kesepaduan komuniti setempat dan

mengelak berlaku ketidaksepakatan hingga mengakibatkan perkara yang tidak diingini

berlaku.

Lord William Bentick ingin menghapuskan adat sutee ini kerana mengganggap amalan

tersebut suatu jenayah yang besar. Pada tahun 1829, wujudnya sebuah akta iaitu akta

penghapusan adat sutee. Akta ini melarang keras perbuatan membakar wanita secara paksa

atau sukarela semasa pembakaran mayat si suami. Masyarakat India dilarang untuk terus

mengamalkan amalan ini kerana dianggap diluar perikemanusiaan dan menetapkan

hukuman penjara akan dikenakan kepada individu yang terlibat. Tindakan British telah

menimbulkan kemarahan penduduk yang beragama Hindu. Ram Mohun Roy pada tahun

1818 telah menulis rencana bahawa adat sutee ini tidak direstui oleh agama Hindu yang

mana beliau banyak menggunakan ayat-ayat yang terkandung dalam kitab Veda dan

Kanun Manu. Mungkin beliau turut merasakan bahawa amalan ini dianggap tidak baik

untuk dilaksanakan. Namun, beliau hanya mengulas dari bait-bait kitab tersebut tanpa

menunjukkan yang beliau tidak setuju amalan ini dilakukan malah tidak pernah untuk

menyarankan agar amalan ini diharamkan melalui undang-undang.

Jelas menunjukkan bahawa pembaharuan sosial ini dapat diperdebatkan sama ada

pembaharuan tersebut wajar dilakukan atau sebaliknya. Hal ini demikian kerana sesuatu

masyarakat bebas untuk mengamalkan apa sahaja amalan yang diinginkan. Namun,

sekiranya dilihat secara telus tindakan British dalam penghapuskan amalan tertentu di

India seakan-akan mereka ingin menunjukkan bahawa mereka lebih moden berbanding

masyarakat India yang dilihat kolot dan terlalu mengikut kepada adat yang ingin

dikekalkan. Hakikatnya, amalan yang dilakukan oleh masyarkat India boleh dianggap

4
sebagai suatu tindakan rasionalis dalam menjaga maruah balu-balu yang telah kematian

suami.

Amalan Thugee telah diharamkan sewaktu pemerintahan William Bentick iaitu pada

tahun 1830. Amalan Thugee ini merupakan aktiviti merompak dan membunuh di kawasan

sunyi seperti denai-denai di dalam hutan. Ianya dilakukan oleh kumpulan-kumpulan

agama yang bersenjata terhadap saudagar atau pengembara yang melalui kawasan

tersebut. Hal ini demikian kerana para pedagang terpaksa melalui jalan hutan yang sunyi

untuk meneruskan kelangsungan aktiviti dagangan mereka. Pengamal amalan Thugee ini

akan menyorok di laluan pedagang untuk melakukan rompakan dan pembunuhan.

Sebelum amalan Thugee ini dilakukan, mereka akan mendapatkan restu terlebih dahulu

kepada dewi mereka di kuil untuk mendapatkan keberkatan. Mereka akan membunuh

mangsa dengan mencekik dan memenggal kepala mereka dan kemudiannya disembahkan

kepada Dewi Kali. Pengamal amalan Thugee ini dikatakan tidak mengenali antara satu

sama lain dan bertindak menggunakan sesuatu nama sebagai kod untuk berkomunikasi.

Tambahan, dikatakan juga bahawa pengamal Thugee ini juga merupakan pegawai atasan

yang telah kehilangan kuasa pemerintahan sewaktu zaman pemerintahan Moghul.

Seterusnya, Akta Civil Disablities telah diluluskan pada tahun 1833 oleh pemerintah

British di India. Akta ini merupakan salah satu daripada titik tolak era pembaharuan sosial

di bawah pemerintah Lord William Bentick. Akta ini bertujuan untuk melindungi hak

mewarisi harta pusaka seseorang yang memeluk agama Kristian. British dilihat secara

sembunyi memberikan peluang kepada para mubaligh untuk dalam menyebarkan agama

Kristian di India. Perlindungan yang diperoleh oleh pemeluk agama Kristian ini memberi

gambaran jelas bahawa galakan diberikan kepada penganut baru agama Kristian.

5
Sebelum akta ini diluluskan awalnya individu yang keluar daripada agama asal kepada

Kristian tidak dibenarkan untuk mewarisi harta pusaka keluarga. Para mubaligh Kristian

beranggapan bahawa keadaan ini akan menjadi penghalang kepada perkembangan agama

Kristian di India. Para mubaligh di India telah mendesak supaya halangan ini dihapuskan

supaya memberi kelebihan kepada penyebaran agama mereka. Jelas menunjukkan bahawa

pembaharuan sosial yang dilakukan British ini memberi kelebihan kepada mereka malah

jika dilihat secara telus terdapat beberapa agenda tersembunyi yang dirahsiakan oleh Lord

William Bentick sewaktu era pemerintahannya di India.

3.0 SUSURGALUR PEMBAHARUAN PENDIDIKAN DI INDIA

Melalui sistem pendidikan pula pembaharuan dapat dilihat menerusi kemunculan

pendidikan barat pada tahun 1835 yang diperkenalkan oleh pemerintah British. Pada

awalnya, British telah menyokong penuh pendidikan tempatan yang dijalankan di India

kerana British ingin meluaskan kuasanya. Oleh itu, bagi mewujudkan pemerintahan British di

India, pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur telah mengambil keputusan untuk

mengekalkan pengetahuan Hindu dan Islam. Hal ini dapat dilihat apabila Warren Hastings

(1780) yang merupakan Gabenor General India pada ketika itu telah membuka Madrasah di

Calcutta, India yang bertujuan membuat kajian mengenai undang-undang Islam dan subjek

berkaitan. Suatu perkara yang boleh dibahaskan melalui tindakan tersebut ialah Gabenor

General sendiri dilihat menyokong pendidikan tempatan di India berbanding William Bentick

yang hanya dipenuhi oleh ideologi gurunya Betham yang dilihat tidak seiring dengan tujuan

utama penjajahan British di India.

Selain itu, sebuah maktab Sanksrit telah dibuka oleh seorang pegawai British iaitu

Jonathan Duncan pada tahun 1791 bagi mengajar seni, sastera, undang-undang dan agama

Hindu dalam bahasa Sanskrit. Penubuhan maktab ini bertujuan bagi menunjukkan bahawa

6
pegawai British di India pada ketika itu memihak kepada pembangunan budaya India

disamping pemeliharaan Vangmaya Sanskrit. Ianya turut dipersetujui oleh Gabenor Jeneral

Lord Cornwallis. Hal ini juga bertepatan dengan apa yang diperkatakan oleh sejarawan India

yang menyatakan bahawa pada kemunculan awal British di India, mereka sangat mengagumi

kekayaan seni, sastera dan budaya di India. Namun, perkara itu dilihat tersasar sewaktu

pemerintahan diambil alih oleh William Bentick.

Sebuah akta Pembaharuan Piagam EIC Rs 100, 000 telah diperuntukan pada tahun

1813 bagi kemajuan pendidikan dalam bahasa tempatan. Selain itu, sebanyak tiga buah

maktab Sanskrit yang mengajar seni dan sains dibuka di Calcutta, Delhi dan Agra. Calcutta

Hindu College telah diberikan oleh pihak British yang mengajar sains dan sastera barat

dalam bahasa Inggeris. Malah, pelbagai usaha yang dijalankan oleh pemerintah untuk

melakukan proses penterjemahan buku-buku sains barat ke dalam bahasa tempatan.

Namun, terdapat penentangan daripada Anglicist yang tidak suka dengan tindakan

yang dilakukan oleh pihak British. Anglicist merupakan kelompok mubaligh Kristian yang

menyokong pengenalan institusi pembelajaran barat berdasarkan kurikulum British dengan

menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Mereka mencadangkan supaya

sastera barat dan agama Kristian diajar kepada kanak-kanak India dalam bahasa Inggeris.

Golongan Anglicist ini turut mengkritik tindakan kerajaan yang menggunakan sistem

pendidikan tempatan yang berbentuk tradisional. Mereka mahukan sistem pendidikan barat

dalam bahasa Inggeris diamalkan di India. Justeru, pada tahun 1835 golongan Anglicist telah

membawa perkara ini ke majlis Gabenor General iaitu pegawai tertinggi dalam pentadbiran di

India.

Ahli undang-undang iaitu Lord Macaulay telah diminta agar mengkaji isu pendidikan

yang diutarakan oleh golongan Anglicist. Macaulay kemudiannya mengkaji isu pendidikan

7
ini dan melaporkan kepada Bentick bahawa tiada ilmu yang terdapat dalam pendidikan

tempatan India dan hasil kajian secara telus menunjukkan bahawa peruntukan kerajaan bagi

pendidikan tempatan adalah suatu pembaziran semata-mata. Dalam laporannya, beliau

menyatakan bahawa:

a single shelf of good European library was worth the whole native

literature of India and Arabia

Laporan ini beerti bahawa buku-buku dari barat yang terdapat di sebuah perpustakaan

usang dan kecil lebih berharga daripada buku-buku di India dan Arab. Hal ini demikian

kerana kebanyakan buku yang terdapat di India merupakan hasil penulisan orang-orang di

tanah Arab yang meliputi pelbagai bidang seperti agama, kesusasteraan, seni dan sains.

Keangkuhan Macaulay dapat dilihat apabila beliau sering merendah-rendahkan bahan-bahan

ilmiah dari India dan Arab.

Pengenalan pendidikan Barat di India bermula pada 7 Mac 1835 apabila Bentick

membuat keputusan untuk membiayai pendidikan Barat sahaja dan pembiayaan pendidikan

barat sahaja dan pembiayaan kerajaan bagi pendidikan dalam bahasa tempatan telah

dihentikan. Kesannya, semakin meningkat jumlah sekolah-sekolah Inggeris di buka di India.

Tambahan, pendidikan Inggeris juga dilanjutkan ke peringkat Universiti. Pada tahun 1857,

sebanyak tiga buah universiti di Bengal, Bombay dan Madras telah dibuka. Manakala, pada

tahun 1882 Universiti of Allahabad telah dibuka. Lord Dalhousie telah meneruskan dasar

pembaharuan sosial yang dimulakan oleh William Bentick yang mana beliau telah

memperkenalkan Akta Berkahwin Semula Janda pada tahun 1856. Hal demikian kerana

pengharaman Sutee telah menyebabkan peningkatan dalam bilangan janda yang terpaksa

hidup secara terasing dengan kedudukan sosial yang terhina.

8
Justeru, Iswara Chandra Vidyasegar iaitu pengetua Sanskrit College, Calcutta telah

menulis sebuah risalah pada tahun 1853 untuk menunjukkan bahawa agama Hindu

membenarkan perkahwinan semula janda. Namun, terdapat Hindu ortodoks menentang

pembaharuan-pembaharuan tersebut. Misalnya, Deb telah menubuhkan Patitoddor Sabha

untuk memberi peluang kepada mereka yang mahu kembali dari agama Kristian. Selain itu,

tidak kurang daripada 120 bantahan telah dihantar kepada British meminta agar pengharaman

itu ditarik semula.

4.0 KUPASAN ISI PERBINCANGAN

Setelah mengupas beberapa perkara yang melibatkan isu dasar pembaharuan British di

India, timbul persoalan sama ada British bertindak menamadunkan India atau dasar yang

dilakukan ini bertindak membaratkan budaya India? Hakikatnya, jika dilihat secara kasar

sememangnya apa yang dilakukan oleh British itu adalah bertujuan untuk menambahbaik

tamadun India dari aspek sosial dan juga pendidikan sedia ada. Hal ini demikian kerana

British melihat bahawa amalan yang diamalkan oleh masyarakat india adalah tidak

perikemanuasian kerana melanggar hak asasi manusia dan dianggap kolot. Namun,

pengamalan sesuatu amalan oleh masyarakat tertentu sememangnya menjadi hak

keistimewaan kepada mereka untuk melaksanakannya. Pastinya setiap perkara yang

dilakukan mempunyai sebabnye tersendiri. Contohnya, amalan Sutee diamalkan oleh

masyarakat India bertujuan untuk menjaga maruah balu-balu yang kematian suami.

Persoalan yang timbul disini ialah adakah pembaharuan ini diperlukan dalam pentadbiran

di India dan apakah niat sebenar disebalik pembaharuan ini?. Seperti yang dapat kita lihat

pembaharuan dalam aspek pendidikan misalnya jelas wujud keadaan yang tidak seimbang.

Hal ini demikian kerana pendidikan tempatan yang ditukar kepada sistem British dilihat

hanyalah alasan bagi membaratkan budaya India semata-mata. Rentetan pada tahun 1835

9
berkenaan golongan mubaligh kristian yang tidak berpuas hati dengan sistem pendidikan di

India yang mana mereka mahukan pemerintah British pada ketika itu menggunakan sistem

pendidikan barat dalam bahasa Inggeris diamalkan di India. Kesannya, segala bahan bacaan

tidak lagi dari tanah Arab tetapi hanya dibawa dari barat. Jelas dapat dikesan bahawa wujud

usaha untuk mengkristiankan masyarakat India melalui pembaharuan yang dilaksanakan.

5.0 KESIMPULAN

Jelaslah bahawa terdapat banyak pembaharuan yang dilihat berlaku di India selepas

Lord William Bentick dilantik sebagai Gabenor General pada tahun 1828. Perubahan

pembaharuan itu dapat kita lihat khususnya dalam aspek pembaharuan sosial dan sistem

pendidikan di India. Sememangnya titik tolak kepada pembaharuan sosial dan pendidikan di

India dikatakan mula tercetus apabila munculnya idea-idea daripada falsafah Bentham yang

mempunyai penilaiannya yang tersendiri dalam menilai sesuatu penggunaan sumber secara

maksima. Menurut Percival Spear, Bentick telah menggunakan polisi yang dikeluarkan oleh

gurunya untuk mentadbir India. Beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh Bentick ini

hakikatnya boleh dipuji jika niat utamanya adalah murni dan bukanlah untuk kepentingan

sesuatu. Sebenarnya, menjadi sesuatu yang sukar untuk India dalam menerima perubahan

yang dijalankan. Hal ini jelas memperlihatkan bahawa pemerintah ingin memudarkan budaya

India dan melakukan beberapa pembaharuan. Namun, hakikatnya sudah terang lagi

bersuluh bahawa pembaharuan yang dilakukan oleh British dilihat ingin membaratkan

budaya India.

10

You might also like