You are on page 1of 3

ISLAM DAN DUNIA

PENGKOMPUTERAN
Dalam Islam , ilmu sains dan teknologi adalah satu ilmu untuk
mengkaji kejadian-kejadian semula jadi ciptan Allah SWT.Ini
termasuk ilmu pengkomputeran,teknologi maklumat dan
komunikasi(ICT).
Dalam Al-Quran Allah SWT menyuruhmanusia berfikir berkenaan
kejadian-kejadian ciptaan-Nya .Tujuannya adalah untuk peningkatan
iman dan taqwa bagi seseorang ,manusia untuk menyembah
kepada-Nya.
Seterusnya ia dapat memakmurkan kehidupan manusia dan
makhluk lain di muka bumi ini.
Banyak kejadian-kejadian alam semula jadi ciptaan Allah
dibincangkan dalam al-Quran. Sebagai satu contoh,dalam ayat 1-
4,Surah Az-zaariyat diceritakan berkenaan sesuatu yang ada kaitan
dengan teori teknologi rangkaian computer tanpa wayar.
Sedia maklum,ia telah menjadi satu budaya kehidupan dalam
masyarakat moden kini untuk mencapai perkhidmatan internet.
Jelaslah bahawa Nabi Muhammad SAW dan al-Quran bukannya
satu alat ramalan masa hadapan tetapi kesemuanya adalah
kebenaran yang telah disampaikan oleh Allah SWT kepada kekasih-
Nya.
Petikan terjemahan Fi-Zilalil Quran karangan Syed Qutb ayat 1-
4,surah Az-zaariyat :-
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih
1.Demi kekuatan penabur-penabur yang menabur dengan sebaik-
baik taburan(Az-Zaariyat)
2.Dan demin kekuatan pembawa-pembawa muatan(Al-Haamilat)
3.Dan demi kekuatan yang berlari dengan selesa(Al-Jaariyat)
4.Dan demi kekuatan pembahagi-pembahagi urusan (Al-
Muqassimat)
Dalam dunia pengkomputeran,data-data di simpan dalam bentuk
yang baru iaitu big data atau data besar,data-data tidak semestinya
dalam bentuk yang berstruktur semata-mata.
AlQuran yang diturunkan juga merupakan satu simpanan data yang
padat , berstruktur dan tidak berstruktur.
Tidak berstruktur itu bermakna data-data sedia ada boleh di
huraikan,di tafsir,di kembangkan dan analisis dengan lebih terperinci
serta meluas melalui kaedah-kaedah tertentu yang sahih.
Nombor yang menjadi asas dalam ilmu sains dan teknologi
termasuk lagi ilmu pengkomputeran,teknologi maklumat dan
komunikasi banyak di bincangkan dalam al-Quran.
Ilmu matematik penting bagi dunia islam untuk mendapatakan
ketepatan dalam sesuatau ibadah yang dijalankan seperti penentuan
arah kiblat,pengiraan bilangan hari dalam sesebuah bulan bagi
penentuan sesuatu hari yang penting seperti ibadat puasa di bulan
Ramadan,pembahagian harta pusaka dan lain-lain.
Seterusnya,lahirlah ramai pakar-pakar islam dalam bidang
matematik yang mendapat inspirasi daripada al-Quran dan syariat
islam.
Antaranya yang penting adalah al-Khwarizmi.
Antara sumbangannya,beliau berjaya memperjelaskan kepentingan
nombor sifar atau 0 dalam system penomboran.
Ajaibnya nombor sifar ini ialah ia tidak mempunyai nilai tetapi
apabila ditambah di sebelah kanan kepada sebarang nombor akan
meningkatkan nilai nombor tersebut.
Begitu juga sekiranya ditambah sifar ini di sebelah kiri bagi sesuatu
nombor,nilai bagi nombor tersebut akan berkurangan(nombor
perpuluhan)
Penemuan kepentingan nombor sifar dan system penomboran oleh
al-Khwarizmi telah mencetuskan fenomena besar dalam ilmu
pengkomputeran,teknologi maklumat dan komunikasi.
Sesebuah computer menggunakan nombor binary iaitu 1 atau 0
dalam memproses data dan maklumat.
Harus diingat bahawa al-Khwarizmi bukan sahaja seorang sarjana
muslim yang pakar dalam ilmu matematik tetapi beliau juga pakar
dalam ilmu-ilmu yang lain terutama dalam memahami isi kandungan
al-Quran.
Al-Khwarizmi telah memperkenalkan formula dan teori matematik
yang dikenali sebagai aljabar atau algebra dan Algoritma atau
Alghorithm.
Teori Algebra dan Algorithm ini menjadi asas yang sangat penting
dalam penerbitan formula-formula matematik dan pengiraan.
Formula-formula ini pula digunakan untuk penyelidikan-penyelidikan
dalam pelbagai displin ilmu termasuk ilmu sains computer, teknologi
maklumat dan komunikasi.
Satu konsep penting yang diperkenalkan oleh Al-khawarizmi dan ia
digunakan dalam bidang penkumputeran,teknologi maklumat dan
komunikasi adalah konsep algoritma(algorithm).
Algoritma adalah satu kaedah penyelesian sesuatu maslah secara
terperinci,bersruktur dan langakah demi langah.
Para bijak pandai menyatakan ilmu pengatucaraan merupakan hati
bagi ilmu pengkumputeran atau teknologi maklumat kerana
daripadanya terhasil pelbagai jenis perisian yang digunakan untuk
pelbagai tujuan.Manakala,algoritma pula dikatakan sebagai hati
sesebuah pengatucaraan itu.
Kebiasaanya,bagi para pelajar sains computer dan teknologi
maklumat di semester pertama pengajian akan mengambil subjet
pengatucaraan.
Dalam subjet pengatucaraan ini,akan diajar satu bahangian
penyelesaian masalah menggunakan kaedah algoritma ini.
Seterusnya,penyelesaian masalah dalam bentuk algoritma ini akan
diterjemahkan dalam bentuk penulisan KOD atau pengatucaraan
dengan menggunakan pelbagai bahasa pengatucaraan seperti
bahasa C, C++, Pyhthon, Pasal, ABAP, Java, PHP dan lain-lain.
Begitulah serba sedikit kaitan antara Islam dengan ilmu
pengkomputeran dan maklumat teknologi.
Semoga Allah membalas jasa kesemua ilmuan Islam yang sangat
berjasa dalam ilmu sains dan teknologi untuk menerajui kehidupan
manusia dengan lebih baik.

You might also like