You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BATU

BATU 4 JALAN SULTAN AZLAN SHAH @ JALAN IPOH


51200 SENTUL
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.
NO TEL / FAKS : 03 - 62589218

RUJUKAN KAMI : SKKB / 100-1/2 / KA4 2017 Bil 01


TARIKH : 17 OGOS 2017
KEPADA

IR MOHD KAMIL BIN YAACOB


YANG DIPERTUA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SK KAMPUNG BATU KUALA LUMPUR

Tuan,
MEMOHON MENGELUARKAN PERUNTUKAN PEMBELIAN KERTAS A4
UNTUK KEGUNAAN PDPC SK KAMPUNG BATU 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Kita sedia maklum bahawa pembelajaran abad ke-21 memerlukan murid
menjalankan P&P yang berpusatkan bahan. Aktiviti seperti guru menulis di papan putih
manakala murid pula hanya menyalin nota yang diberikan oleh guru amat tidak praktikal.
Hal ini kerana langkah tersebut jelas membazirkan masa sekaligus hasil pembelajaran
yang ingin dicapai murid tidak terlaksana disebabkan kekangan masa di dalam kelas.
Justeru, penyediaan lembaran kerja dan aktiviti, bahan bantu mengajar berbentuk visual
dan bahan berkaitan P&P yang lain sangat diperlukan bagi menjadikan proses P&P
menjadi lebih menarik, cekap dan menjamin keberhasilan yang optimum.

3. Untuk pengetahuan Tuan, pihak sekolah sering mengalami masalah


menyediakan kemudahan kertas A4 guru. Hal ini kerana pihak sekolah tidak mempunyai
sumber kewangan bagi menampung pembelian kertas A4. Oleh demikian, pihak guru
telah membangkitkan masalah ini kepada pihak PIBG untuk diselesaikan. Akhirnya pada
SABTU, 11 MAC 2017 yang lalu, Mesyuarat Agung PIBG SK Kampung Batu kali ke-42
telah sebulat suara MELULUSKAN sebahagian daripada sumbangan PIBG sebanyak
RM3.00 sekeluarga diperuntukkan untuk membeli kertas A4 ini. Justeru, pihak sekolah
ingin menggunakan peruntukan yang diluluskan berkenaan untuk tujuan tersebut.
Berikut merupakan butiran mengenai pembelian kertas ini :
NAMA PEMBEKAL JENIS KERTAS HARGA SEUNIT ANGGARAN
KOS
NKS Systems Kertas A4 putih
RM8.90 RM8.90 x 25 rim
Sdn Bhd jenama Print Pro
(1 Rim) = RM 225.50
No tel - 03 - 80706337 (70gsm)
4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon pihak Tuan untuk
meluluskan peruntukan sebanyak RM230.00 bagi tujuan ini. Oleh demikian, besarlah
harapan kami sekiranya pihak Tuan meluluskan permohonan ini. Keprihatinan dan
sokongan daripada pihak Tuan berikan sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Yang benar,

______________________________
(BADARUL IHSAN BIN BHUJANG@BUYONG)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kampung Batu

You might also like