You are on page 1of 1

PENGGUNAAN TEKNOLOGI WEB 2.

0 DALAM PENGURUSAN
SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
GURU OLEH PEMIMPIN SEKOLAH

Khairul Syazwan Bin Zamri


ben_neuron@yahoo.com

ABSTRAK
Kertas ini membincangkan penggunaan teknologi dalam sektor pengurusan pendidikan di
sekolah. Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) murid akan lebih berorientasikan penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) yang berpusatkan murid. Anjakan ke-7 PPPM telah menyatakan secara
jelas hasrat sistem pendidikan dalam memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia. Sehubungan dengan itu, teknologi Web 2.0 dalam pendidikan
diperkenalkan selaras dengan peranannya sebagai medium penyebaran maklumat di peringkat
global. Teknologi Web 2.0 telah merevolusikan penyebaran maklumat PdP melalui interaksi
antara warga pendidik dan pemimpin sekolah secara maya. Namun begitu, pemimpin sekolah
hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk menguruskan sumber PdP dalam kalangan
guru di sekolah. Kegagalan para guru untuk melakukan perubahan melalui kaedah dan teknik
penggunaan teknologi dalam pengajaran kepada murid merupakan cabaran yang perlu
dihadapi dan ditangani dengan segera. Selain itu, guru-guru juga dilihat kurang pengetahuan,
kurang berkemahiran dan tidak berminat untuk menerokai teknologi baru yang diperkenalkan.
Melalui kertas ini, ianya akan menghuraikan peranan dan fungsi Web 2.0 kepada seluruh
warga pendidikan termasuk pemimpin, guru dan murid. Selain itu, ia juga mampu dijadikan
sebagai sumber maklumat bagi tujuan menambahbaik latihan yang diberikan kepada pemimpin
sekolah dalam Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP).

KATA KUNCI
Web 2.0, Pengurusan PdP, Pemimpin Sekolah