You are on page 1of 5

Refleksi permainan bola sepak semester 3

Bagi pelajar Pendidikan Jasmani semester 3, subjek major yang wajib dipelajari
adalah permainan bola sepak. Subjek bola sepak ini dibahagikan kepada 2 bahagian
iaitu pembelajaran teori di dalam kuliah dan amali yang akan diuji di padang. Selain itu,
para guru pelatih juga perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang
perlu dipersembahkan dan pembentangan RPH ini akan diambil penilaian oleh
pensyarah pembimbing iaitu En. Wan Mohd Din Bin Wan Mohammad. Beliau
bertanggungjawab dalam memberi pengajaran secara teori dan amali kepada kami
sekelas.

Pada 1 februari 2010, kami telah diberi tugasan oleh pensyarah untuk
melaksanakan tugasan bola sepak dan masa yang di beri adalah selama 1 bulan. Kami
diberi tugas untuk memilih salah satu kemahiran di dalam permainan bola dan
membuat satu pembelajaran mikro. Di dalam tugasan ini, kami perlu merancang
pendekatan strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dalam satu
Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Setelah membahagikan kumpulan, kumpulan
saya yang dianggotai oleh Mazlan Bin Mohamed, Habbib Emir A/L Hassan dan juga
saya sendiri telah bersepakat dan bersetuju untuk mengambil kemahiran hantaran leret.

Melalui tugasan ini, kami dapat mempelajari dengan lebih mendalam lagi
bagaimana sebagai seorang guru ingin merancang sesi pengajaran sukan yang sangat
di dunia ini. Walaupun terdapat pelbagai tugasan lain yang perlu disiapkan,kami telah
merancang masa dengan sebaiknya supaya tugasan permainan bola ini dapat
dilaksanakan dengan sempurna. Pada permulaannya kami telah berusaha
mendapatkan segala maklumat yang berkaitan dengan kemahiran hantaran leret ini
dengan menggunakan internet dan sumber rujukan dari perpustakaan. Ianya bukanlah
semudah yang disangka kerana kami perlu mendapatkan maklumat yang lebih
terperinci kerana RPH yang kami akan kami laksanakan ini dibuat khas untuk pelajar
tahun 5.
Selain itu, saya juga turut merasakan terdapat sedikit perubahan pada diri saya
berlaku beberapa perubahan dalam menyediakan keperluan untuk menjadi seorang
guru antaranya aspek penampilan, pergaulan, komunikasi dan pengurusan dengan
murid-murid. Perubahan yang dapat saya gambarkan setelah memahami dan
menghayati kepentingan tugasan kali ini ialah sentiasa teliti melakukan tugasan,
membuat perancangan rapi untuk melakukan aktiviti. Namun masih terdapat beberapa
kekurangan yang perlu diperbaiki dari pelbagai aspek tertentu dan saya perlulah
memilih bahan rujukan dan kelebihan tersebut dengan betul dan teliti bagi mengelakkan
tugasan RPH kami tidak menepati kriteria yang diinginkan oleh pensyarah supaya boleh
melahirkan pelajar yang lebih baik dan sempurna. Sudah tentu setiap perkara
mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri tetapi sedikit perubahan dan
tindakan perlu dilakukan untuk merealisasikan misi dan visi sekolah serta matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Saya dan ahli kumpulan juga ada membuat rujukan
bersama pensyarah pembimbing dan pensyarah-pensyarah di Jabatan Pendidikan
Jasmani bagi memastikan tugasan kumpulan kami sempurna dan dapat
memperbetulkan kesilapan yang ada. Ini merupakan salah satu perkara yang amat
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya ia lebih berkesan ke atas
pelajar.

Seterusnya perkara yang saya perolehi hasil dari tugasan RPH ini adalah
kesedaran emosi. Melalui RPH ini, ia banyak memberi kesedaran kepada saya supaya
berubah ke arah pemikiran yang lebih positif. Baru kini saya sendiri sebagai seorang
guru hendaklah sentiasa bersabar dan kuat dalam mengajar subjek bola sepak ini.
Disini juga saya dapat memperbaiki segala kelemahan yang terdapat di dalam diri saya
supaya dapat menjadi seorang guru pendidikan jasmani yang cemerlang. Walaupun
cuma perlu mengajar kemahiran hantaran leret sahaja, sekiranya guru tersebut tidak
dapat mengawal emosi dengan baik maka ilmu yang disampaikan tidak dapat
diturunkan dengan lebih berkesan. Oleh itu, saya telah mempelajari serba sedikit teknik
untuk memastikan emosi saya supaya lebih stabil dan segala pengajaran yang saya
berikan dapat diterima oleh pelajar.
Selain itu,di dalam membuat RPH ini juga turut mengajar saya supaya lebih
berkeyakinan dalam melakukan sesuatu tugasan. Pada mulanya saya berasa tidak
yakin saya mampu melakukan tugasan ini dengan sempurna. Setelah diberi bimbingan
dan kata-kata semangat oleh pensyarah pembimbing dan juga rakan sekumpulan, saya
berasa lebih yakin untuk memastikan tugasan bola sepak ini dapat disiapkan dengan
cemerlang. Ia juga turut mempengaruhi keyakinan saya dalam mengendalikan tugasan
mengikut masa, keterampilan, dan berkeupayaan untuk berkomunikasi dengan
masyarakat sekeliling terutamanya pelajar-pelajar.

Kepimpinan berinspirasikan RPH mengajar saya supaya menjadi seorang


pemimpin yang cemerlang dan memimpin diri ke arah matlamat yang jelas. Komunikasi
semasa melakukan sesi pengajaran mikro mengajar saya supaya pandai
berkomunikasi dan berhubung dengan orang ramai. Selain itu juga, saya dapat
menghantar maklumat dengan jelas dan meyakinkan orang ramai dengan mewujudkan
dasar keterbukaan dan telus dalam pergaulan. Ia juga mengajar saya supaya pandai
mengambil hati orang lain, mempunyai tarikan pada mata manusia.

Dalam pada itu juga, disebabkan cuti yang banyak menyebabkan kami
susah untuk mengadakan sesi diskusi dan perbincangan dalam kumpulan untuk
menyatakan masalah yang dihadapi oleh semua ahli dan cuba mencari jalan
penyelesaian. Namun Alhamdulillah, semuanya dapat kami atasi apabila kami kembali
ke institut dan dalam masa yang terhad itulah kami berbincang dan menyatakan
masalah masing-masing. Kami satu kumpulan yang terdiri daripada tiga orang sama-
sama menyumbangkan idea serta buah fikiran dalam usaha untuk mengatasi masalah
yang dihadapi.

Hal ini perlu kerana saya memerlukan sokongan ramai dalam melangsungkan
kehidupan harian. Pemangkin perubahan sesi pengajaran mikro mengajar saya supaya
memulakan hala tuju yang baru dan membawa arus perubahan dalam organisasi.
Pengurusan konflik RPH mengajar saya supaya menyelesaikan percanggahan
pendapat dan berupaya mengesan masalah yang timbul dan mengambil langkah-
langkah untuk meredakan mereka yang terlibat. Membina perhubungan sesama ahli
kumpulan mengajar saya supaya mendorong dan memupuk kepercayaan di antara satu
sama lain, rasa hormat di kalangan ahli dan berkongsi pemikiran untuk mencapai
persefahaman. Kerja berpasukan semasa melaksanakan sesi pengajaran mikro di
dalam kelas mengajar saya supaya membina visi yang dikongsi dan bekerja dengan
orang lain untuk mencapai matlamat bersama.

Kesimpulannya, saya telah mendapat lebih kefahaman, pengetahuan dan


mengaplikasi apa yang diajar oleh pensyarah dalam proses menyediakan tugasan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini. Tugasan ini dapat saya siapkan hasil
dorongan keluarga, rakan, para pensyarah dan bantuan daripada rakan sekumpulan.
Saya berharap apa yang saya sembahkan ini telah menjawab dan menepati kehendak
soalan. Yang paling utama adlah diharapkan tugasan ini dapat memuaskan hati
pensyarah pembimbing iaitu Encik Wan Mohd Din yang mengajar subjek bola sepak
untuk kelas kami. Di akhir refleksi ini juga, saya ingin memohon seribu kemaafan,
sekiranya terdapat salah silap, kekurangan dan kelemahan dalam melaksanakan
tugasan ini. Saya juga ingin mengucap terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
dalam penghasilan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sekian,
wassalam.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

..…………………………………

(CHE AZIZAN BIN CHE RAZALI)


PISMP PJ / PK / SV SEMESTER 3 2010

You might also like