You are on page 1of 7

Riwayat Hidup Abu Hurairah R.

Sumber : Al-Sofwah

==================================================

Abu Hurairah r.a. dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah. Nama sebenar beliau
sebelum memeluk ugama Islam tidaklah diketahui dengan jelas, tetapi
pendapat yang mashyur adalah Abd Syams. Nama Islamnya adalah Abd al-
Rahman. Beliau berasal daripada qabilah al-Dusi di Yaman. Abu Hurairah r.a.
memeluk Islam pada tahun 7 Hijrah ketika Rasulullah S.A.W. berangkat
menuju ke Khaibar. Ketika itu ibunya masih belum menerima Islam malah
menghina Nabi. Abu Hurairah r.a. lalu bertemu Rasulullah S.A.W. dan meminta
baginda berdoa agar ibunya masuk Islam. Kemudian Abu Hurairah r.a.
menemui ibunya kembali, mengajaknya masuk Islam. Ternyata ibunya telah
berubah, bersedia mengucapkan dua kalimat syahadat.

Apabila pulang dari Perang Khaibar, Rasulullah S.A.W. memperluaskan Masjid


Nabawi ke arah barat dengan menambah ruang sebanyak tiga tiang lagi. Abu
Hurairah r.a. turut terlibat dalam pengubahsuaian ini. Ketika dilihatnya
Rasulullah S.A.W. turut mengangkat batu, ia meminta agar beliau
menyerahkan batu itu kepadanya. Rasulullah S.A.W. menolak seraya bersabda,
"Tiada kehidupan sebenarnya, melainkan kehidupan akhirat."

Abu Hurairah r.a. pernah tersilap menimbang makanan yang lezat sehinggakan
dia dikenakan hukuman dipukul oleh Rasulullah S.A.W. Bagaimanapun Abu
Hurairah r.a. gembira "Kerana Nabi menjanjikan akan memberi syafaat
kepada orang yang pernah merasa disakitinya secara sengaja atau tidak,"
katanya.

Begitu cintanya kepada Rasulullah S.A.W. sehingga siapa pun yang dicintai,ia
ikut mencintainya. Misalnya,ia suka mencium Hasan dan Husain, karena
melihat Rasulullah S.A.W.mencium kedua cucunya itu.

Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak
kuching. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu
Rasullullah S.A.W. dia ditanyai apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia
menunjukkan anak kuching yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar
Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah S.A.W. Semenjak itu dia lebih suka dikenali
dengan gelaran Abu Hurairah r.a..

Abu Hurairah r.a. berpindah ke Madinah untuk mengadu nasib. Di sana ia


bekerja menjadi buruh kasar bagi siapa yang memerlukannya Sering kali dia
mengikatkan batu ke perutnya, kerana menahan lapar yang amat sangat.
Malah diceritakan bahawa dia pernah berbaring berhampiran mimbar masjid
sehinggakan orang menyangka dia kurang waras. Apabila Rasullullah S.A.W.
mendengarkan perkara tersebut, baginda menemui Abu Hurairah r.a. yang
menjelaskan bahawa dia berbuat sedemikian kerana lapar, lalu Rasullullah
S.A.W. pun segera memberinya makanan.

Abu Hurairah r.a. adalah sahabat yang sangat dekat dengan Nabi S.A.W. Ia
dikenal sebagai salah seorang ahli shuffah, yaitu orang-orang miskin atau
sedang menuntut ilmu dan tinggal di halaman masjid. Beliau begitu rapat
dengan Nabi S.A.W., sehingga baginda selalu menyuruh Abu Hurairah r.a.
untuk mengumpulkan ahli shuffah, jika ada makanan yang hendak dibagikan.

Pernah pula pada suatu masa, dia duduk di pinggir jalan tempat orang
biasanya berlalu lalang sambil mengikatkan batu ke perutnya. Dilihatnya Abu
Bakar r.a melintas. Lalu dia minta dibacakan satu ayat Al-Quran. "Aku
bertanya begitu supaya dia mengajakku ikut, memberiku pekerjaan," tutur
Abu Hurairah r.a.. Tapi Abu Bakar r.a. cuma membacakan ayat, lantas berlalu.

Dilihatnya Umar ibn Khattab r.a.. "Tolong ajari aku ayat Al-Quran," kata Abu
Hurairah r.a.. Ternyata dia kecewa sekali lagi kerana Umar r.a.melakukan hal
yang sama.

Tak lama kemudian Rasullullah S.A.W. pula yang berlalu. Nabi tersenyum.
"Beliau tahu apa isi hati saya. Beliau boleh membaca raut muka saya dengan
tepat," tutur Abu Hurairah r.a..

"Ya Aba Hurairah!" panggil Nabi.

"Labbaik, ya Rasulullah!"

"Ikutlah aku!"
Beliau mengajak Abu Hurairah r.a. ke rumahnya. Di dalam rumah didapati
semangkok susu. "Dari mana datangnya susu ini?" tanya Rasulullah S.A.W..
Beliau diberitahu bahwa seseorang telah memberikan susu itu.

"Ya Aba Hurairah!"

"Labbaik, Ya Rasulullah!"

"Tolong panggilkan ahli shuffah," kata Rasullullah S.A.W. Susu tadi lalu
dibagikan kepada ahli shuffah, termasuk Abu Hurairah r.a.. Sejak itulah, Abu
Hurairah r.a. mengabdi kepada Rasullullah S.A.W. , bergabung dengan ahli
shuffah di pondok masjid.

Abu Hurairah r.a. berjaya meriwayatkan banyak hadis disebabkan beliau


sentiasa berdamping dengan Rasulullah selama 3 tahun, selepas memeluk
Islam. Ini sebagaimana yang di riwayatkan olehnya :-

Terjemahannya :-

... sesungguhnya saudara kami daripada golongan Muhajirin sibuk


dengan urusan mereka di pasar dan orang-orang Ansar pula sibuk bekerja di
ladang mereka sementara aku seorang yang miskin sentiasa bersama
Rasulullah S.A.W. 'Ala Mil'i Batni. Aku hadir di majlis yang mereka tidak
hadir dan aku hafaz pada masa mereka lupa.

(Al-Bukhari)

Pada mulanya Abu Hurairah r.a. mempunyai ingatan yang lemah lalu beliau
mengadu kepada Rasulullah. Rasulullah lalu mendoakan agar Abu Hurairah r.a.
diberkati dengan daya ingatan yang kuat lalu semenjak hari itu Abu Hurairah
dikurniakan dengan daya ingatan yang kuat yang membolehkan beliau
meriwayatkan jumlah hadis terbanyak di kalangan para sahabat.

KISAH ABU HURAIRAH R.A. MENGAWAL GUDANG ZAKAT.


Dikatakan pada satu ketika Abu Hurairah r.a. telah diamanahkan oleh
Rasulullah S.A.W. untuk menjaga gudang hasil zakat. Pada suatu malam Abu
Hurairah r.a. telah ternampak seseorang mengendap-gendap hendak mencuri,
lalu ditangkapnya. Orang itu pun hendak dibawanya berjumpa Rasulullah
S.A.W. tetapi pencuri itu merayu minta dikasihani seraya menyatakan bahawa
dia mencuri untuk menyarai keluarganya yang kelaparan.

Abu Hurairah r.a. merasa kasihan lalu melepaskan pencuri itu dengan amaran
agar tidak mengulangi perbuatannya lagi.

Keesokkan harinya perkara tersebut dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W.


Rasulullah S.A.W. tersenyum lalu bersabda bahawa pencuri itu pasti akan
kembali.

Ternyata keesokkan malamnya pencuri itu datang lagi. Sekali lagi Abu
Hurairah r.a. menangkap pencuri itu lalu hendak dibawanya berjumpa dengan
Rasulullah S.A.W. Sekali lagi, pencuri itu merayu sehinggakan Abu Hurairah
r.a. merasa kasihan lalu melepaskannya sekali lagi. Keesokkan harinya, dia
melaporkan hal tersebut kepada Rasulullah S.A.W. yang mengulangi sabdanya
bahawa pencuri itu pasti akan kembali.

Apabila pencuri itu ditangkap sekali lagi Abu Hurairah r.a. mengancam akan
membawanya berjumpa Rasulullah S.A.W. Pencuri itu merayu meminta
dibebaskan sekali lagi lagi. Apabila Abu Hurairah r.a. enggan melepaskannya,
pencuri itu menyatakan dia akan mengajar sesuatu yang baik sekiranya ia di
bebaskan. Pencuri itu menyatakan bahawa sekiranya seseorang itu membaca
ayat Kursi sebelum tidur shaitan tidak akan menggangguinya.

Abu Hurairah r.a. merasa tersentuh mendengarkan ajaran pencuri itu lalu
melepaskannya pergi. Keesokkan harinya dia melapurkan peristiwa tersebut
kepada Rasulullah S.A.W. yang bersabda, pencuri yang ditemuinya itu adalah
pembohong besar, tetapi apa yang diajarkan kepada Abu Hurairah r.a. itu
adalah perkara yang benar. Sebenarnya pencuri itu adalah shaitan yang
dilaknat.

Walaupun Abu Hurairah r.a. merupakan seorang yang papa pada mulanya, dia
telah dipinang oleh salah seorang majikannya yang kaya raya untuk putrinya,
Bisrah binti Gazwan. Ini menunjukkan betapa Islam telah mengubah
pandangan seseorang dari membedakan kelas kepada menyanjung keimanan.
Abu Hurairah r.a. dipandang mulia karena kealiman dan kesalihannya. Perilaku
islami telah memuliakannya, lebih dari kemuliaan pada masa jahiliah yang
memandang kebangsawanan dan kekayaan sebagai ukuran kemuliaan.

Sejak menikah, Abu Hurairah r.a. membagi malamnya kepada tiga bagian:
untuk membaca Al-Quran, untuk tidur dan keluarga, dan untuk mengulang-
ulang hadis. Dia dan keluarganya tetap hidup sederhana walaupun setelah
menjadi orang berada . Abu Hurairah r.a. suka bersedekah, menjamu tamu,
bahkan memberi sedekah rumahnya di Madinah untuk pembantu-
pembantunya.

Rasulullah S.A.W. pernah mengutuskan Abu Hurairah r.a. berdakwah ke


Bahrain bersama Al-Ala ibn Abdillah Al-Hadrami r.a. Dia juga pernah diutus
bersama Quddamah r.a. untuk mengutip jizyah di Bahrain, sambil membawa
surat ke Amir Al-Munzir ibn Sawa At-Tamimi.

Mungkin disebabkan oleh itu, Abu Hurairah r.a. diangkat menjadi gubernur
Bahrain ketika Umar r.a. menjadi Amirul Mukminin. Tapi pada 23 Hijrah,
Umar r.a. memecatnya kerana Abu Hurairah r.a. dituduh menyimpan wang
yang banyak sehingga 10,000 dinar. Ketika pembicaraan, Abu Hurairah r.a.
berjaya membuktikan bahawa harta itu diperolehinya dari berternak kuda
dan pemberian orang. Khalifah Umar r.a. menerima penjelasan itu dan
memaafkannya. Lalu dia diminta menerima jabatan gubernur kembali, tapi Abu
Hurairah r.a. menolak.

Penolakan itu diiringi lima alasan. "Aku takut berkata tanpa pengetahuan; aku
takut memutuskan perkara bertentangan dengan hukum (agama); aku tidak
mau didebat; aku tak mau harta benda hasil pencarianku disita; dan aku takut
nama baikku tercemar," katanya. Dia memilih untuk tinggal di Madinah,
menjadi warga biasa yang memperlihatkan kesetiaan kepada Umar, dan para
pemimpin sesudahnya.

Khalifah Umar ibn Khattab r.a. pula pernah melarang Abu Hurairah r.a.
menyampaikan hadis dan hanya membolehkan menyampaikan ayat Al-Quran.
Ini disebabkan tersebar khabar angin bahwa Abu Hurairah r.a. banyak
memetik hadis palsu. Larangan khalifah baru dibatalkan setelah Abu Hurairah
r.a. mengutarakan hadis mengenai bahaya hadis palsu.

Hadis itu bermakna,

"Barangsiapa yang berdusta padaku (Nabi S.A.W.) secara sengaja, hendaklah


mempersiapkan diri duduk dalam api neraka."

Hadis ini diriwayatkan Bukhari, Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah,
Ad-Darimi, dan Ahmad ibn Hanbal.

Apabila kediaman Amirul Mukminin Ustman ibn Affan r.a. dikepung


pemberontak, dalam peristiwa yang dikenal sebagai al-fitnatul kubra
(fitnah/bencana besar), Abu Hurairah r.a. bersama 700 orang Muhajirin dan
Anshar tampil mengawal rumah tersebut. Meski dalam keadaan siap untuk
bertempur, Khalifah Ustman ibn Affan r.a. melarang pengikut setianya itu
memerangi kaum pemberontak.

Pada masa Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib r.a. , Abu Hurairah r.a. menolak
tawaran menjadi gubernur Madinah. Ketika terjadi pertemuan antara
Khalifah Ali dan lawannya, Muawiyah ibn Abi Sufyan, ia bersikap berkecuali
dan menghindari fitnah. Setelah Muawiyah berkuasa, Abu Hurairah r.a.
dilantik menjadi gubernur Madinah setelah diusulkan oleh Marwan ibn Hakam.
Di Kota Penuh Cahaya (Al-Madinatul Munawwarah) ini pula ia mengembuskan
nafas terakhir pada 57 atau 58 H. (676-678 M.) dalam usia 78 tahun. Abu
Hurairah r.a. meninggalkan sebanyak 5,374 hadis.

Hadis Abu Hurairah r.a. yang disepakati Imam Bukhari dan Muslim berjumlah
325 hadis, oleh Bukhari sendiri sebanyak 93 hadis, dan oleh Muslim sendiri
189 hadis. Hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah r.a. juga terdapat dalam
kitab-kitab hadis lainnya.

Terdapat pula golongan yang mempertikaikan tentang kesahihan hadis-hadis


yang di sampaikan oleh Abu Hurairah r.a. seperti dari golongan orientalis
barat, Ignaz Goldizihar yang telah membuat kritikan terhadap hadis dan para
perawinya termasuk Abu Hurairah. Tuduhan beliau telah mempengaruhi
beberapa penulis Islam seperti Ahmad Amin dan Mahmud Abu Rayyuh untuk
mengkritik kedudukan Abu Hurairah sebagai perawi hadis. Tuduhan-tuduhan
ini telah disanggah oleh Mustafa al Sibai dalam al Sunnah wa Makanatuha
halaman 273-283.

Selain daripada golongan ini terdapat juga kritikan kuat daripada golongan
Syiah. Ini mungkin disebabkan Abu Hurairah r.a. merupakan penyokong
Ustman ibn Affan r.a. dan juga pernah menjadi pegawai dinasti Umayah.
Penolakannya menyandang jawatan gubernur ketika ditawarkan oleh Ali r.a.
dan ketiadaan hadis yang berisi pujian atau pengistimewaan kepada Ali dan
keluarganya mungkin merupakan sebab-sebab lain Abu Hurairah dikritik oleh
kaum Syiah.

You might also like