You are on page 1of 11

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN

PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR

SEJARAH DAN LATARBELAKANG ORGANISASI

Pusat Khidmat Kontraktor ditubuhkan pada 30 Jun 1981 dengan nama Pusat
Penyelarasan Khidmat Kontraktor-kontraktor Bumiputera (PUSAKABUMI)
diletakkan di bawah Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.
Pada 1 Januari 1987, namanya ditukar kepada Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)
sesuai dengan pertambahan fungsi dan bidang kuasanya. Pada 27 Oktober 1990,
PKK dipindahkan ke Kementerian Perusahaan Awam dan seterusnya pada tahun
1995, PKK menjadi sebahagian daripada Kementerian Pembangunan Usahawan.
Tugas awalnya adalah untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah yang
dihadapi oleh kontraktor-kontraktor Bumiputera.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR

Tugas dan tanggungjawab PKK seperti yang telah ditetapkan oleh Kerajaan pada
11 April 1984 terbahagi kepada empat iaitu :-
1. Pusat pendaftaran bagi semua kontraktor-kontraktor kerja di peringkat
persekutuan dan Negeri dan urusan yang berkaitan.
2. Memberi pengiktirafan Bumiputera kepada kontraktor-kontraktor yang
berkelayakan.
3. Pusat rujukan perihal kontraktor-kontraktor kerja.
4. Memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada kontraktor-kontraktor
Bumiputera yang melaksanakan kontrak tetapi terhad kepada
Jabatan/Agensi Kerajaan yang tiada mempunyai unit khasnya sendiri
untuk memberi bantuan kepada mereka.
PUSAT PENDAFTARAN KONTRAKTOR KERJA

Semua pendaftaran kontraktor kerja untuk urusan tawaran kerja adalah


dikendalikan oleh PKK (Arahan perbendaharaan 1984). Semua tender kerja yang
dikeluarkan pada atau selepas 1 hb. Januari 1998 hanya dibuka kepada
kontraktor yang berdaftar dengan PKK sahaja.
Urusan pendaftaran dengan PKK dilaksanakan dalam dua peringkat :-

Ibu Pejabat PKK

Memproses permohonan pendaftaran baru dan ehwal yang berkaitan dengannya


bagi kontraktor:-
Kerja Awam dan Bangunan
Kelas A, B, BX dan C
Kerja Elektrik
Kelas I, II dan III
Negeri

Memproses permohonan pendaftaran baru dan ehwal yang berkaitan dengannya


bagi kontraktor:-
Kerja Awam dan Bangunan
Kelas D, E, EX dan F
Kerja Elektrik
Kelas IV, V dan VI

1
PENGELASAN, HAD KEWANGAN DAN BAYARAN PENDAFTARAN

Kelas dan Fee Bagi Kontraktor Kerja Awam

Fee
Pembaharuan
Fee Pendaftaran
Kelas Fee Proses (RM) Setiap 2 Tahun
(RM)
(RM)
A 100 5000 2500
B 100 3000 1500
BX 100 1500 750
C 100 500 250
D 50 250 125
E 50 150 75
EX 50 80 40
F 50 50 25

Had Kewangan (Kos Kerja) Bagi Kontraktor Kerja Awam


(Pindaan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 14 Tahun 2002)

Had Kewangan (RM)


Kelas
A Melebihi RM 10,000,000
B RM 5,000,001 hingga RM 10,000,000
C RM 2,000,001 hingga RM 5,000,000
D RM 500,001 hingga RM 2,000,000
E RM 200,001 hingga RM 500,000
F Sehingga RM 200,000

* Terpakai bagi projek-projek yang belum diiklankan/dipelawa. Kontraktor Kelas


EX dan BX masing-masing boleh dipertimbangkan untuk melaksanakan projek-
projek Kelas E dan B.

Kelas dan Fee Bagi Kontraktor Elektrik

Fee
Pembaharuan
Fee Pendaftaran
Kelas Fee Proses (RM) Setiap 2 Tahun
(RM)
(RM)
I 100 1500 750
II 100 500 250
III 50 250 125
IV 50 150 75
V 50 80 40
VI 50 50 25

2
Had Kewangan (Kos Kerja) Bagi Kontraktor Elektrik

Had Kewangan
Kelas
(RM)
I 50,001 ke atas
II 1,000,001 ke bawah
III 500,001 ke bawah
IV 150,001 ke bawah
V 50,001 ke bawah
VI 20,001 ke bawah

LAIN-LAIN FEE

Lain-lain bayaran yang dikenakan ialah untuk urusan berikut :-


Tambahan Kepala dan Sub Kepala
- RM 30.00 bagi tiap-tiap tambahan tanpa mengikut kelas

Kenaikan Kelas Pendaftaran


- Perbezaan antara fee pendaftaran kelas baru dan kelas dahulu
* Semua bayaran hendaklah dibuat atas nama Pengarah PKK dengan berpalang
melalui salah satu dari empat cara di bawah :-
Bank Deraf
Kiriman Wang Pos
Perintah Juruwang
Wang Pos
* Satu resit rasmi akan dikeluarkan kepada syarikat sebaik sahaja pembayaran
diterima.

BIDANG KERJA
Kepala dan Sub-Kepala Untuk Pendaftaran Kontraktor Kerja Awam

Kepala
Kerja Kejuruteraan Awam
Kepala I
(Civil Engineering Works)
Kerja Bangunan
Kepala II
(Building Works)
Kerja Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Pembersihan dan
Kepala III Kejuruteraan Air
(Mechanical, Sanitary and Water Engineering Works)
Lain-lain Kerja Kejuruteraan Awam Spesialis
Kepala IV
(Other Specialist Civil Engineering Works)
Kerja Pecah Batu, Pembekalan Tanah dan Pengangkutan
Kepala V
(Quarrying Metal and Earth Supply, Cartage and Transport)
Kerja Perhutanan dan Pembangunan Tanah
Kepala VI
(Forest and Land Development)
Kepala VIII Kerja Telekomunikasi

3
(Telecommunication Works)

Kepala dan Sub-Kepala Untuk Pendaftaran Kontraktor Elektrik

Sub-Kepala
Kepala
1 Kerja-kerja pendawaian am
2 Pendawaian sistem kawalan
Pemasangan talian atas voltan rendah dan kabel bawah
3
tanah
Pemasangan kabel bawah tanah melebihi 1 KV sehingga
4
dan termasuk 11 KV
5 Pemasangan logi penjanaan sehingga dan termasuk 1 KV
6 Pemasangan logi penjanaan voltan tinggi
7 Pemasangan kabel bawah tanah yang melebihi 11 KV
Pemasangan talian atas termasuk menara penghantaran
8
6.6 KV ke atas
Kepala VII 9 Pembersihan rentas untuk 6.6 KV dan ke atas
Pemasangan kelengkapan voltan tinggi :
10 (a) hingga dan termasuk 11 KV
(b) melebihi 11 KV
11 Pemasangan lampu jalan awam
12 Pemasangan lampu lapangan terbang
Pemasangan lampu khas seperti lampu stadium dan
13
kawasan lampu limpah, lampu pentas dan sebagainya
14 Pemasangan sistem bekalan kuasa tanpa gangguan
Pemasangan sistem kejuruteraan elektrik/elektronik voltan
15 rendah tambahan seperti sistem pemasangan dan
penggerak, sistem keselamatan dan sebagainya
16 Sistem bunyi

PENDAFTARAN SYARIKAT ATAU PERNIAGAAN


Sesebuah syarikat, perniagaan, koperasi atau pertubuhan yang berminat untuk
berdaftar sebagai Kontraktor Kerja atau Kontraktor Elektrik adalah dikehendaki
terlebih dahulu diperbadankan atau didaftarkan di negara ini dengan salah satu
daripada Jabatan berikut :-

Pendaftaran Syarikat
Pendaftaran Perniagaan

Jabatan Pembangunan Koperasi

Lembaga Pertubuhan Peladang

4
KEDUDUKAN KEWANGAN SYARIKAT
Sesebuah syarikat hendaklah memiliki modal minima seperti berikut untuk layak
dipertimbangkan bagi kelas yang dipohon :

Pendaftaran Kontraktor Kerja Awam

Kelas Modal Berbayar/Modal Terkumpul Minima (RM)

A 600,001
B 400,001
BX 200,001
C 100,001
D 35,001
E 17,501
EX 7,501
F 5,001
Pendaftaran Kontraktor Kerja Elektrik
Kelas Modal Berbayar/Modal Terkumpul Minima (RM)
I 75,001
II 50,001
III 25,001
IV 7,501
V 2,501
VI 1,001
EKUITI
Hanya syarikat, perniagaan, koperasi atau pertubuhan yang mempunyai 100%
Ekuiti Tambahan (ekuiti dipegang oleh warganegara Malaysia) yang boleh
dipertimbangkan untuk pendaftaran bagi semua kelas, kepala dan sub kepala
pendaftaran.
Syarikat, perniagaan, koperasi atau pertubuhan yang mempunyai Ekuiti Asing
(bukan warganegara Malaysia) masih boleh dipertimbangkan untuk pendaftaran
tertakluk kepada syarat-syarat berikut :-

Maksima Ekuiti Asing dihadkan kepada daripada 30% modal berbayar


syarikat.

Dimana wujud Ekuiti Asing maka mestilah juga ada ekuiti Bumiputera
yang tidak kurang daripada 30% dari modal berbayar syarikat.

Pemberian kepala dan sub-kepala I, II, IV adalah tertakluk kepada Surat


Pekeliling Perbendaharaan Bil. 15 Tahun 1986 bertarikh 25 Julai 1986 dan
Pindaan bertarikh 6 Januari 1987. Syarat ini hendaklah dilekatkan sebagai
syarat khas pada sijil pendaftaran syarikat berkenaan.

5
Warganegara asing yang bekerja dengan sesebuah syarikat hendaklah
memperolehi permit kerja (work permit) daripada Jabatan Buruh Malaysia
atau Jabatan Imigresen Malaysia, dimana berkenaan.

PENGLIBATAN LEBIH DARIPADA SATU SYARIKAT


Permohonan tidak boleh diberi pertimbangan atau bagi syarikat yang sedang
berdaftar pendaftarannya akan dibatalkan sekiranya :-

Ahli Lembaga Pengarah atau Pemilik Saham memiliki saham melebihi 5%


atau RM50,000 (yang mana terkurang) di dalam mana-mana syarikat
yang telah berdaftar dengan PKK di dalam bidang kerja atau kepala kerja
yang sama.

Ahli Pengurusan Syarikat atau kakitangan yang berkelulusan Teknikal


terlibat secara aktif di dalam mana syarikat yang berdaftar dengan PKK di
bawah bidang kerja atau kepala kerja yang sama.

Perniagaan perseorangan yang berdaftar dalam kelas pendaftaran yang


rendah menubuhkan perniagaan perkongsian atau Syarikat Sendirian
Berhad/Berhad dan didaftarkan dalam kelas yang lebih tinggi maka
pendaftaran perniagaan perseorangan di kelas rendah akan dibatalkan
bagi kepala kerja yang sama yang telah diluluskan untuk syarikat
perkongsian atau Sendirian Berhad/Berhad.

SYARAT AM PENDAFTARAN

Kelulusan pendaftaran diberi berdasarkan maklumat-maklumat yang telah


disampaikan oleh syarikat.

Sebarang rayuan terhadap keputusan permohonan (lulus/tolak) hendaklah


dikemukakan kepada Pengarah PKK dalam tempoh masa 3 bulan dari
tarikh surat tawaran pendaftaran atau penolakan pendaftaran. Rayuan
yang diterima selepas tempoh masa ini tidak akan diberi pertimbangan.

Sebarang perubahan ke atas maklumat-maklumat hendaklah


dimaklumkan kepada PKK dalam masa 21 hari dari tarikh perubahan
tersebut berlaku.

PKK berhak membatalkan atau menggantung pendaftaran syarikat tanpa


apa-apa notis jika didapati syarikat gagal mengemukakan maklumat yang
dikehendaki.

Naskah asal Sijil Pendaftaran hendaklah ditunjukkan semasa dokumen


tender atau sebutharga.

Pendaftaran diluluskan untuk tempoh 2 tahun sahaja.

Syarikat hendaklah mengemukakan permohonan pembaharuan


pendaftaran tiga (3) bulan sebelum tarikh luput pendaftaran.

Permohonan pembaharuan pendaftaran yang diterima selepas tarikh luput


pendaftaran dianggap sebagai permohonan baru dan dikenakan semula
fee proses dan fee pendaftaran sepenuhnya.

6
Bagi pendaftaran kontraktor kerja Kelas BX dan ke atas syarikat perlu ada
pegawai Teknikal kecuali untuk kepala dan sub-kepala am sahaja.

Bagi pendaftaran kontraktor Elektrik Kelas I syarikat perlu ada seorang


Jurutera Elektrik dan Sijil Kontraktor Pendawai Kelas A dengan Jabatan
Jemaah Pemeriksa Elektrik.

Pendaftaran untuk kelas F adalah khas untuk syarikat/perniagaan 100%


Bumiputera.

KAWASAN OPERASI

Diseluruh Negara
o Kelas A, B, BX dan C

o Kelas D, E dan EX bertaraf Bumiputera

o Kelas F

o Kelas I, II, III dan IV

o Kelas V dan VI bertaraf Bumiputera

Di dalam Negeri Pendaftaran Sahaja

o Kelas D, E dan EX

o Kelas V dan VI

Di dalam kawasan pentadbiran daerah atau kawasan Wilayah Persekutuan


yang didaftarkan.

o Kelas F sahaja untuk kerja-kerja undi sebutharga dan 'Requisition'

PEGAWAI SYARIKAT
Pegawai syarikat yang dinyatakan dalam sijil pendaftaran adalah wakil yang
ditauliahkan untuk menandatangani semua dokumen-dokumen kontrak syarikat
dan mengambil atau memberi kuasa secara bertulis kepada kakitangan syarikat
mengambil borang tender.

SOALAN SOALAN LAZIM

Di manakah borang permohonan pendaftaran PKK boleh


diperolehi?
o Borang permohonan pendaftaran PKK boleh diperolehi di ibu
pejabat PKK di Medan Mara, Kuala Lumpur dan 14 PKK cawangan
di setiap negeri di Malaysia.

7
Di manakah borang permohonan yang telah diisi perlu dihantar?
o Bagi pendaftaran Kelas A, B, BX, C, I, II dan III, permohonan
hendaklah dikemukakan ke ibu pejabat PKK di Kuala Lumpur
manakala pendaftaran Kelas D, E, EX, F, IV, V dan VI perlu
dikemukakan ke PKK cawangan negeri di mana pemohon
menjalankan operasi perniagaannya.

Siapakah yang perlu berdaftar dengan PKK?


o Kontraktor- kontraktor yang ingin memasuki tender kerajaan perlu
berdaftar dengan PKK.
Bilakah kontraktor yang telah berdaftar dengan PKK perlu
membuat permohonan pembaharuan?
o Tempoh sahlaku pendaftaran adalah selama dua tahun.
Permohonan pembaharuan hendaklah dibuat tiga bulan sebelum
luput pendaftaran.
Adakah satu kontraktor boleh berdaftar dalam beberapa Kelas
pendaftaran?
o Kontraktor hanya dibenarkan berdaftar dalam satu kelas sahaja.

TAKRIF SYARIKAT BUMIPUTERA

Setakat ini takrif Syarikat Bumiputera oleh Majlis Kewangan Negara adalah
seperti mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7/74 sebagaimana berikut :-
'Syarikat yang majoriti (sekurang-kurangnya 51%) daripada
hakmilik saham-saham itu dipunyai oleh orang-orang
Bumiputera;
serta yang majoriti (sekurang-kurangnya 51%) daripada pekerja-
pekerja syarikat itu terdiri daripada Bumiputera;
atau Badan-badan atau syarikat-syarikat yang ditubuhkan oleh
Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan-kerajaan Negeri dan anak-
anak Syarikat Badan-badan atau Syarikat-syarikat itu yang
bertujuan menambah Bumiputera dalam bidang perdagangan dan
perusahaan seperti PERNAS, Perbadanan Kemajuan Ekonomi
Negeri dan anak-anak syarikat mereka, anak-anak syarikat MARA
dan sebagainya.

PENGIKTIRAFAN BUMIPUTERA

Syarikat yang memohon Pengiktirafan Taraf Bumiputera hendaklah memenuhi


syarat-syarat yang tercatat dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun
1974 iaitu :-
Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada Ahli Lembaga Pengarah
terdiri daripada kaum Bumiputera.
Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada Ahli Pengurusan terdiri
daripada kaum Bumiputera.
Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada hak milik saham dimiliki
oleh kaum Bumiputera.
Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada pekerja-pekerja
(perkeranian dan tapak bina) terdiri daripada kaum Bumiputera.
KONTRAKTOR-KONTRAKTOR KELAS 'F'

8
Semua kontraktor kelas F adalah bertaraf Bumiputera. Ini bermakna kontraktor
kelas F adalah kontraktor Bumiputera dan tidak perlu memohon Pengiktirafan
Taraf Bumiputera.

PROSEDUR-PROSEDUR DAN PENJENISAN TINDAKAN TATATERTIB


Jenis-jenis kesalahan yang lazim dilakukan oleh kontraktor-kontraktor yang mana
membolehkan tindakan tatatertib diambil adalah seperti berikut :-

Mengemukakan maklumat palsu;


Syarikat tidak dapat dihubungi mengikut alamat terakhir;

Gagal memaklumkan perubahan maklumat kepada PKK;

Gagal membekalkan maklumat-maklumat apabila diminta oleh PKK;

Tidak menandatangani borang tender;

Menolak tawaran undi, sebutharga dan tender atau tawaran yang telah
disetujui terima;

Menyertai tawaran kerja termasuk kerja undi, sebutharga dan pra-


kelayakan dalam masa kuatkuasa penahanan atau penggantungan;

Kerja/projek yang dijalankan tidak mengikut jadual;

Tidak menjelaskan bayaran kepada mana-mana pihak;

Kerja yang dilaksanakan tidak sempurna atau tidak mencapai mutu yang
dikehendaki;

Penglibatan Bumiputera tidak memuaskan;

Mengsubkan projek atau bertindak sebagai agen komisyen;

Pemansuhan kontrak/gagal menyiapkan kerja atau meninggalkan kerja;

Pengisytiharan muflis/bankrap;

Tidak mengendahkan akan amaran-amaran yang diberikan atau tidak


mengikut arahan.

Tindakan tatatertib yang boleh diambil terhadap pendaftaran kontraktor kerja


adalah :-

Amaran;
Penahanan daripada memasuki dan menerima tawaran Kerajaan;

Batal Taraf Bumiputera;

Turun Kelas;

Batal kepala/sub kepala

Gantung Pendaftaran

9
Batal Pendaftaran

RAYUAN

Dalam melaksanakan urusan pendaftaran dan pemberian pengiktirafan taraf


Bumiputera kepada syarikat, PKK juga mempunyai saluran dimana syarikat boleh
mengemukakan rayuan-rayuan terhadap keputusan yang dibuat sama ada di
pejabat PKK Cawangan Negeri atau pun Ibu Pejabat PKK.

Sebagaimana yang telah diputuskan bahawa semua rayuan terhadap keputusan


yang dibuat oleh PKK Cawangan Negeri atau Ibu Pejabat PKK adalah diproses
oleh Seksyen Khidmat Sokongan dan Penyelidikan, Ibu Pejabat PKK. (Tiada
sebarang rayuan diproses diperingkat negeri).

JENIS-JENIS RAYUAN

Kes-kes rayuan yang diproses oleh Seksyen Khidmat Sokongan dan Penyelidikan
adalah berkaitan hal-hal berikut :-
Permohonan Baru
Tambah Kepala
Kenaikan Kelas
Pembaharuan
Taraf Bumiputera
Kajian Semula
TINDAKAN MEMPROSES RAYUAN

Bagi kes-kes rayuan oleh syarikat ke atas keputusan yang dibuat oleh
Jawatankuasa Teknikal Pendaftaran (di Ibu Pejabat) maka ianya akan diproses
dan dibentangkan semula kepada Jawatankuasa Teknikal Pendaftaran (di Ibu
Pejabat) untuk keputusan.

Bagi kes-kes rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa


Pendaftaran PKK Cawangan Negeri, ianya akan diproses dan dikemukakan
kepada Pengarah PKK untuk keputusan.

Bagi kes-kes yang berkaitan dengan taraf Bumiputera bagi semua kelas, ianya
akan diproses dan dikemukakan kepada Pengarah PKK untuk keputusan.

ASAS PERTIMBANGAN KES RAYUAN

Rayuan yang tidak mempunyai asas adalah rayuan terhadap penolakan dasar
kepada perkara-perkara berikut :-
Modal tidak mencukupi bagi permohonan baru, tambah kepala dan naik
kelas.
Tidak mempunyai kakitangan berkompeten / teknikal bagi permohonan
baru, naik kelas dan tambahan kepala.
Tiada mempunyai 'agency right' atau surat sokongan daripada pembekal /
pengedar bagi kepala III.
Tiada mempunyai pendaftaran di Jabatan Jemaah Pemeriksaan Elektrik
atau surat kelulusan / lesen tertentu bagi kepala yang berkenaan.
Tidak mengemukakan maklumat penting dalam tempoh yang ditetapkan.
Tidak hadir temuduga tanpa alasan yang munasabah.

10
Rayuan-rayuan yang akan dipertimbangkan adalah rayuan tidak termasuk
perkara di atas.

Semua rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa Teknikal Pendaftaran dan


Jawatankuasa Pendaftaran Negeri hendaklah dikemukakan dalam masa 3 bulan
selepas keputusan dibuat. Dan selepas daripada tempoh tersebut, semua rayuan
tidak akan dilayan lagi.

Segala keputusan yang dibuat terhadap rayuan-rayuan adalah muktamad.

11

You might also like