You are on page 1of 11

LAPORAN REFLEKTIF PERKHEMAHAN BINA INSAN GURU

Perkhemahan Bina Insan Guru (BIG) untuk pelajar Program Diploma Perguruan
Lepasan Ijazah (PDPLI) ambilan Julai 2016 telah diadakan pada 8 oktober 2017
sehingga 12 oktober 2017 bertempat di Teluk Gorek Campsite, Mersing selama 4hari
3 malam dan 1 hari di Sekolah Taman Universiti 4 (SKTU4) Seramai 40 orang pelajar
telah menyertai perkhemahan ini. Tujuan utama BIG ini dilaksanakan adalah untuk
memenuhi kehendak kursus PDPLI semester akhir, selain bertujuan untuk
menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan,
berusaha bersungguh sungguh dalam merancang, melaksana, dan memimpin
program, mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi dan
rohani, sentiasa mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri dan penampilan
diri yang kemas, menyempurnakan semua tugasan yang diberi dalam masa yang
ditetapkan, dan melalui BIG ini kami lebih bersemangat untuk menjadi guru kelak.

Ahad, 8 Oktober 2017

Khidmat Bakti di SKTU4

Pada hari pertama, kami ke SKTU4, untuk enjalankan khidmat bakti di sekolah
tersebut. Apabila kami sampai ke sekolah itu, kami disambut mesra oleh Guru Besar
dan GPK KoKu. Guru Besar menyampaikan ucapan yang sangat positif dan
kemudiannya kami menjalankan sesi soal jawab bersama guru cemerlang kaunseling
di sekolah itu, dan seterusnya kami menjalankan program khidmat bakti seperti
menyusun buku, mengecat, membuat mural dan sebagainya.

ANALISIS SWOT

STRENGHT WEAKNESSES

Mendengar ucapan yang amat positif Masa yang diperuntukan tidak


daripada Guru Besar, perkara ini mencukupi.
membuatkan saya lebih teruja untuk
Banyak kumpulan tidak dapat
menjadi guru.
menyelesaikan tugasan yang
Sesi soal jawab bersama guru diberikan semasa khidmat bakti.
kaunseling memberi pengetahuan
Peralatan yang diberikan tidak
kepada kami bagaimana
mencukupi.
menyelesaikan masalah yang
berlaku di kelas atau di sekolah. Cat yang diberikan kepada kami
adalah cat lama, dan agak sukar
Sesi khidmat bakti memberi kami
untuk dicat pada dinding.
peluang untuk berbakti di SKTU4.
Dinding yang kami cat, sudah
saya dapat berkenalan dengan
mempunyai warna, jadi agak sukar
guru-guru SKTU4.
untuk dicat dengan warna lain, jadi
Saya dan kumpulan saya kami perlu mengecat beberapa
berkerjasama mengecat stor sukan. lapisan.

Amalan tolong menolong dapat


diamalkan.

OPPORTUNITIES THREATS

Peluang untuk beramah mesra Cuaca yang buruk menyebabkan


dengan guru dan kakitangan di projek membuat mural tidak dapat
SKTU4. disiapkan.

Peluang untuk menabur bakti di Cuaca yang panas menyebabkan


SKTU4. projek bercucuk tanam sukar untuk
dilaksanakan.
Kami diberi tugas untuk mengecat
stor sukan, jadi kami tidak terdedah Cat yang tidak mencukupi
kepada cuaca yang buruk. menyebabkan kerja mengecat
tergendala.

Pada pendapat saya, program ini amat bagus untuk dilaksanakan, kerana ia memberi
peluang kepada bakal guru merasai situasi di sekolah kelak. Beberapa perkara yang
perlu di ubah seperti melihat ramalan kaji cuaca sebelum melakukan projek luar, ini
kerana projek mural rosak dan tidak dapat disiapkan kerana hujan.

Isnin, 9 Oktober 2017


Majlis Perasmian Pembukaan

Majlis perasmian pembukaan ini dirasmikan oleh Dr Mazlan Bin Aris pada hari
pertama kami di Teluk Gorek Campsite. Walaupun perkara ini berlaku secara serta
merta tetapi hasil daripada kerjasama semua pihak dan peserta, kami dapat
menjalankan majlis ini dengan lancar sekali.

Memasang khemah di tapak perkhemahan

Pada waktu petang, kami diarahkan untuk memasang khemah di tapak


perkhemahan. Kami di bei kepada beberapa kumpulan khemah, satu khemah akan di
huni oleh 3 hingga 4 orang pelajar. Semasa memasang khemah semua murid
bekerjasama, hal ini sangat bagus untuk memupuk semangat kerja kumpulan
diantara murid. Terdapat beberapa khemah yang rosak atau alat yang tidak
mencukupi, hal ini perlu diberi perhatian oleh smeua pelajar, semasa memgemas
khemah pastikan semua alatan cukup.

Mengikat rakit

sebahagian daripada pelajar PDPLI adalah ahli Kadet Remaja Sekolah (KRS),
jadinya, kami mempunyai pengalaman mengikat rakit dan berakit di laut, tetapi bagi
sebqahagian lagi pelajar, mereka tidak mempunyai pengalaman mengikat rakit dan
berakit di laut.

ANALISIS SWOT

STRENGHT WEAKNESSES

Pelajar diberi kepada 3 kumpulan Aktiviti ini dijalankan pada waktu


rakit, mengikut kesesuaian seperti malam, kami hanya berbekalkan
ketinggian, berat badan dan bebrapa batang lampu sahaja.
kemahiran dan pengalaman berakit.
Aktiviti ini dijalankan pada waktu
Peralatan diberikan mencukupi agi malam, pelajar-pelajar sudah berasa
setiap kumpulan. penat dan kurang bermaya.

OPPORTUNITIES THREATS
Pelajar yang berpengalaman Ada beberapa PVC yang digunakan
membantu pelajar yang tidak untuk membuat rakit retak.
berpengalaman.
Semasa mengikat rakit, terdapat
Semua pelajar bekerjasama. banyak semut api ditanah
menyebabkan kami perlu
Kumpulan kami mempunyai pelajar
mengangkat rakit dan bertukar
yang mahir membuat ikatan pada
tempat.
rakit.

Rakit yang kumpulan kami hasilkan


lebih kukuh berbanding kumpulan
lain.

Secara keseluruhannya, aktiviti mengikat rakit ini berjalan dengan lancar sekali.
Pembahagian kumpulan diberi dengan bagus sekali, pada pendapat saya, aktiviti
mengikat rakit ini perlu dijalankan di tempqat yang lebih sesuai dan lebih terang.

Selasa, 10 Oktober 2017

Malaysia cergas

Aktiviti Malaysia cergas ini diadakan pada hari ketiga dan keempat semsa BIG ini
berlangsung. Selepas solat dubuh berjemaah, kami berkumpul di tempat yang luas
untuk menjalankan aktiviti ini.

Kekuatan aktiviti ini adalah menguatkan otot pelajar sebelum menjalankan aktiviti
yang lebih berat. Gerakan gerakan yang dilakukan oleh jurulatih juga senang diikut
oleh pelajar. Muzik yang dimainkan semasa membuat senaman ini menjadikan
pelajar lebih seronok. Jurulatih juga memastikan pergerakan yang dibuat oleh pelajar
adalah betul bgi mengelakkan kesakitan otot.

Kekurangan aktiviti ini adalah, jurulatih perlu berdiri di tempat yang lebih tinggi
agar semua pelajar dapat melihat pergerakaan jurulatih dengan lebih jelas.

Aktiviti Keyakinan Air


Selepas aktiviti Malaysia Cergas, kami menjamu sarapan pagi selepas itu kami
menjalani aktiviti keyakinan air. Kami dibahagikan kepada 2 orang 1 kumpulan. Kami
diajar beberapa teknik berenang dan kemudian kami diuji oleh pensyarah.

ANALISIS SWOT

STRENGHT WEAKNESSES

Kami diberi pasangan untuk Ketika saya diuji oleh pensyarah


melakukan aktiviti ini. untuk teknik menyelam, saya tidak
boleh menyelam.
Kamidiajar oleh jurulatih yang sangat
bagus.

Kami diberikan jaket keselematan


pada waktu permulaan.

Kami diajar dengan teknik ansur


maju, iaitu dari senang kepada
susah.

OPPORTUNITIES THREATS

Pasangan saya membantu saya Ketika melakukan aktiviti air ini saya
ketika sedang belajar berenang tidak memakai kasut air, jadi saya
terpijak dasar laut yang agak tajam.

Kesimpulannya, saya amat menyukai aktiviti ini, saya dahulu tidak pandai
berenang tetapi setelah menjalani aktiviti ini, saya kini boleh berenang.

Aktiviti merakit

Saya adalah ahli KRS, jadi saya mempunyai pengalaman mengikat rakit dan
mendayung rakit. Selepas aktiviti keyakinan air, kami mengambil rakit dan mengepam
pelampung dan kemudiannya mengangkatnya turun ke gigi laut.

Sebelum merakit, kami duduk diatas pasir dalam kedudukan diatas rakit
kemudian diajar teknik mandayung dari jurulatih dan kemudian duduk diatas rakit lalu
mendayang ke arah yang diarahkan.
Kekuatan aktiviti ini adalah pelajar dapat belajar teknik mendayung dengan betul.
Pelajar dapat meningkatkan kerjasama dalam kumpulan dan meningkatkan
keseragaman ketika menjalankan aktiviti kumpulan, tolong menolong juga dapat
diserapkan dalam diri pelajar. Apabila sudah berada di tengah laut, kami bermain di
laut. Ada yang terjun dengan pelbagai gaya dan ada yang mengambil gambar.

Pada pendapat saya aktiviti ini tidak ada kekurangan, semua pelajar berasa
seronok dan gembira, tetapi terdapat beberapa yang perlu di beri perhatian iaitu
ketika mengemas atau membasuh alatan. Tempat untuk mengeringkan alatan seperti
tali, pvc dan jaket keselamatan tidak sesuai kerana kawasan pantai yang berpasir.

Secara keseluruhannya, saya amat menyukai aktiviti merakit ini.

Aktiviti kembara

Selepas aktiviti merakit, mengemas peralatan, solat, rehat dan makan, kami
menjalani satu lagi aktiviti iaitu aktiviti kembara. Kami dibawa oleh pensyarah berjalan
disekitar perkampungan Teluk Gorek, pantai dan kemudian ke hutan. Sepanjang
perjalanan ini, kami diberi tahu tentang flora dan fauna yang kami nampak.

Aktiviti ini amat mencabar bagi saya, kerana ini merupakan pertama kali saya
mengikuti kembara seperti ini.

Kelebihan aktiviti ini adalah mempertingkatkan daya ketahanan seseorang, dan


meningkatkan keberanian diri.

Kekuatan aktiviti ini adalah, semasa kami kembara dihutan, kami menggunakan
tali yang telah diikat. Kedua, cuaca yang sangat baik menyebabkan perjalanan lancar
tanpa sebarang masalah.

Peluang yang terdapat dalam aktiviti ini adalah, dapat memupuk semangat tolong
menolong antara satu sama lain. Sepanjang aktiviti ini, saya dibantu oleh rakan rakan
ketika ingin mendaki bukit yang sukar untuk didaki ataupun curam, disini saya dapat
melihat semangat setia kawan yang cukup tinggi,

Kelemahan yang ada pada aktiviti ini adalah, ketika pensyarah menerangkan
tentang flora dan fauna yang kami jumpa sepanjang perjalanan, hanya orang yang
berada dihadapan sahaja yang mendengar tentang perkara itu, manakala yang
berada dibelakang ketinggalan. Kedua adalah, semasa melalui hutan, jalanannya
agak merbahaya, kami berjalan berbaris, bukannya didalam kumpulan.
Penambahbaikan yang dapat dilakukan adalah dengan membahagikana pelajar
kepad kumpulan kecil, dimana seorang pensyarah mengetuai ekspedisi ini dan
pensyarah terbabit menerangkan tentang flora dan fauna yang dijumpai sepanjang
perjalanan, selain daripada itu, keselamatan kesemua pelajar juga dapat dijaga
dengan skop yang kecil, dan jika apa apa yang tidak diduga terjadi ketika aktiviti ini
dijalankan, pertolongan lebih mudah diberikan.

Keseluruhannya, saya amat teruja dan gembira apabila saya dapat menamatkan
ekspedisi ini. Hal ini telah menjadi sejarah dalam hidup saya.

Pemakanan sihat

Slot pemakanan sihat ini diadakan pada waktu malam, selepas selesai solat
isyak. Kami semua berada dalam keadaan yang penat tetapi, kaedah penyampaian
yang agak santai digunakan oleh Pn Halida ketika menyampaikan slot ini, beliau
menggunakan kaedah kuiz untuk membangkitkan minat kami untuk mendegar
ceramah pemakanan sihat beliau.

Rabu , 11 Oktober 2017

Aktiviti abseiling

Aktiviti abseiling ini dijalankan pada hari ketiga, pada awal pagi ribut kecil dan
hujan telah melanda Teluk Gorek ini, menyebabkan bukit agak licin.

Sebelum melakukan aktiviti ini, pensyarah telah memberitahu cara ataupun


teknik yang perlu digunakan. Ciri-ciri keselamatan juga telah diberitahu agar
semuanya selamat sampai ke bawah. Sebelum mendaki bukit menuju ke puncak,
pelajar perlu memakai alatan untuk melakukan aktiviti ini, seperti sarung tangan, topi
keselamatan, figure of eight dan lain lain.

Saya amat suka akan aktiviti ini, aktiviti ini bukan sahaja menguji daya ketahanan
fizikal, tetapi mental dan kuga kekentalan jiwa. Ini merupakan aktiviti lasak, jadi aspek
keselamatan amat dititiberatkan.

Pada pendapat saya, kekuatan aktiviti ini adalah aspek keselamatan amat
diutamakan, semua kelengkapan disediakan dengan baik sekali. Jalan yang
digunakan untuk ke puncak juga telah diapang tali agar mudah dilalui oleh pelajar.
Tiada kekurangan yang saya dapati dalam aktiviti ini. Tetapi beberapa ancaman
yang terdapat sebelum, semasa dan selepas aktiviti ini dijalankan iaitu sebelum
aktiviti dijalankan cuaca hujan menyebabkan jalan menuju ke puncak agak licin,
kedua, bukit yang kami gunakan untuk melakukan aktiviti ini adalah trak baru, jadi
masih banyak pokok pokok yang menghalang laluan pelajar ketika turun ke tanah.

Kesimpulan bagi aktiviti ini, rata-rata pelajar amat menyukainya, tetapi beberapa
orang pelajar menangis kerana ketakutan dan ada yang rebah ketika sudah turun
dibawah.

Etiket sosial

Aktiviti etiket sosial dijalankan pada waktu petang. Kami diberi arahan untuk
membuat tentatif Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung serta jawatan kuasa
yang terlibat dalam majlis terbabit. Kesemua pelajar PDPLI ada pengalaman
menguruskan majlis, kami menyertai Event Management Organization, jadinya
perkara ini tidak begitu susah kepada kami.

Kekuatan aktiviti ini adalah, mencungkil daya kraetiviti dan kritis pelajar.

Kelemahan aktiviti ini pula, pada pendapat saya adalah objektifnya tidak begitu
jelas, ini kerana apabila kamu membentangkan hasil, tiada komen atau pembetulan
yang dibuat selepas itu, adakah objektifnya untuk menulis tentatif atau menulis
tentatif dengan betul. Kelemahan kedua adalah, setiap kumpulan diberi tajuk yang
sama, hal ini menjadikan pembentangan hasil kumpulan suram dan pelajar tidak
begitu minat untuk mendengar.

Penambahbaikan bagu aktiviti ini adalah, pertama, pensyarah perlu mengajar


cara menulis tentatif dengan betul. Kedua bagi tajuk yang berlainan bagi setiap
kumpulan, ketiga nyatakan samaada tentatif yang dihasilkan bagus atau tidak.

Pengucapan awam

Pengucapan awam adalah aktiviti terakhir kami sebelum mengemas dan pulang
ke IPGKTI, setiap kumpulan harus embuat refleksi terhadap aktiviti yang telah
dijalankan, kemudian becakap dihadapan khalayak ramai.
Pada pendapat saya, waktu yang digunakan untuk melaksanakan slot ini terlalu
lama, pelajar sudah bosan dan tidak dapat menumpukan perhatian, ada yang tidur
dan ada yang bermain.

Penambahbaikan bagi slot ini adalah buat refleksi dalam kumpulan dan
kemudian bentangkan didalam kumpulan dan di nilai oleh pensyarah bagi setiap
kumpulan.

Walaubagaimanapun , pengucapan awam ini mempunyai kelebihan ianya


tersendiri. Iaitu mewujudkan rasa yakin kepada diri sendiri untuk berucap dikhalayak
ramai.

Pada malam terakhir, kami mula mengemas alatan dan khemah kerana dikhuatiri
esok hujan dan menyukarkan proses mengemas barang, jadinya kami mengemas
semuanya pada malam terakhir lalu tidur di surau.

Pada keeseokkan harinya, kerana semuanya sudah selesai, dan slot juga telah
dijalankan kesemuanya, kami bergerak pulang ke IPGKTI selepas bersarapan.

Pada pendapat saya, ini adalah perkhemahan yang tidak akan saya lupakan,
kerana banyak aktiviti yang saya pertama kali merasainya. Banyak yang saya pelajari
melalui perkhemahan ini.
LAMPIRAN

sesi bergambar bersama selepas majlis perasmian pembukaan BIG


pelajar bersama sama mengikat rakit aktiviti malaysia cergas

Pelajar menjalani aktiviti keyakinan air. Pelajar menjalani aktiviti rakit

Pelajar menjalani aktiviti abseiling sesi pengucapan awam

You might also like