You are on page 1of 1

Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu telah memungkinkan berlangsungnya pendemokrasian

pendidikan apabila sejumlah besar generasi muda mendapat peluang belajar dalam bahasa
kebangsaan tanpa kekangan faktor taraf sosioekonomi dan pengasingan etnik serta keeksklusifan
bahasa penghantar ilmu yang dahulunya didominasi oleh bahasa Inggeris. Namun, apabila ada
tindakan berpatah kembali untuk menjadikan bahasa lain sebagai wahana bidang-bidang utama
kenegaraan itu, khususnya melalui bidang pendidikan, maka martabat bahasa Melayu sudah mula
tergugat. Pengurangan fungsi dan peminggiran bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang telah
ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta
Dewan Bahasa dan Pustaka secara langsung akan menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai
salah satu tonggak pembinaan negara.

Walau bagaimanapun dengan adanya tantangan-tantangan semasa, bahasa Melayu mengalami


kemerosotan dalam dua aspek, iaitu aspek taraf dan mutunya. Kemerosotan dalam aspek taraf
bermaksud penyempitan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan
penggunaannya oleh undang-undang. Sebagai contoh, penggunaan bahasa Melayu dalam bidang
pentadbiran, undang-undang, penyiaran dan pendidikan.

Di samping itu, kemerosotan dalam aspek mutu bahasa pula berkaitan dengan kurang pekanya
sebilangan anggota masyarakat terhadap bentuk bahasa Melayu yang baku dan ragam. Bahasa
Melayu rasmi, khususnya dalam konteks bidang yang rasmi seperti pentadbiran, penyiaran dan
pendidikan. Percampuran ragam bahasa basahan yang ditandai oleh fenomena bahasa rojak atau
istilah linguistiknya peralihan kod, bahasa singkatan yang digunakan dalam sistem pesanan ringkas,
bahasa sembang di Internet dan sebagainya dengan bahasa yang baku dalam situasi rasmi
menjadikan bahasa Melayu kehilangan darjat dan citra sebagai bahasa budaya tinggi.

You might also like