You are on page 1of 3

TEKS PUAN PENGERUSI:

TAJUK PERDEBATAN:

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA


MELAYU LEBIH BERKESAN BERBANDING BAHASA INGGERIS.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Selamat sejahera , salam satu Malaysia dan


selamat pagi Yang Arif Panel Hakim, peserta perdebatan, hadirin dan hadirat yang
dimuliakan.

Sidang perdebatan akan dimulakan sebentar sahaja lagi.

Sebelum itu, sebagai Puan Pengerusi, izinkan saya memperkenalkan ahli-ahli dewan yang
akan mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan para hakim. Seterusnya, saya akan
menggariskan beberapa peraturan asas perjalanan perdebatan ini agar sesi perdebatan
pada pagi ini dapat dikendalikan sebaik mungkin.

Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai parlimen dan pemerhati sekalian,

Perdebatan ini dikenali sebagai Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Melayu Lebih Berkesan Berbanding Bahasa Inggeris. Mohon kerjasama ahli-ahli
Yang Berhormat dan pemerhati sidang mematuhi segala peraturan persidangan. Selaku
Puan Pengerusi, saya mempunyai kuasa untuk memberi sebarangan arahan yang dikira
perlu bagi memastikan kelancaran persidangan.

Hanya tiga orang ahli Yang Berhormat kerajaan dan Yang Berhormat pembangkang akan
mengambil bahagian dalam sesi perdebatan ini. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
terlebih dahulu akan mengemukakan hujahannya. Yang Berhormat Ketua Pembangkang
akan membahaskan hujahan berkenaan juga dengan satu hujah sahaja. Pembahas kedua
kerajaan dan pembangkang akan mengutarakan dua hujah, manakala pembahas ketiga
hanya perlu membidas hujah pasukan lawan.

Masa untuk berhujah bagi setiap perdebat ialah 3 minit sahaja. Apabila perdebat telah
bersedia untuk memulakan hujah, loceng akan dibunyikan sebanyak sekali Loceng
dibunyikan sekali (Q: penjaga masa menekan loceng sekali) menandakan pembahas
mempunyai baki masa seminit untuk menamatkan hujahan. Apabila loceng dibunyikan
sebanyak dua kali (Q: penjaga masa menekan loceng 2 kali) segala perbahasan Yang
Berhormat selepas waktu berkenaan tidak akan diambil kira untuk penghakiman.
Usai ketiga-tiga Yang Berhormat kerajaan dan pembangkang berhujah, ucapan
penggulungan akan dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Bagi meneliti dan menyediakan
hujah, dewan membenarkan perbincangan sesama anggota pasukan dilakukan di tempat
masing-masing sebelum wakil pasukan dijemput membuat penggulungan. Hanya empat
minit sahaja diperuntukkan bagi setiap pembahas penggulungan. Loceng dibunyikan pada
minit ketiga sebagai peringatan, manakala loceng dibunyikan dua kali pada minit keempat
menandakan masa penggulungan telah tamat.

Sebelum memulakan sesi perdebatan, dewan ingin mengingatkan bahawa sebarang isu
sensitif yang menyentuh agama, kaum dan peribadi adalah dilarang. Penggunaan ayat al-
Quran dan hadis untuk mengukuhkan hujah juga adalah dilarang sama sekali. Peraturan-
peraturan lain seperti yang telah dimaklumkan lebih awal, termasuk kaedah izin laluan,
adalah berkuat kuasa.

Sekarang, tibalah masanya saya memperkenalkan ahli-ahli Yang Berhormat kepada sidang
dewan.

Pasukan kerajaan daripada ahli wanita diwakili oleh:

1)Yang Amat Berhormat,Teh Chia Min selaku Perdana Menteri

2 )Yang Berhormat ,Soo Wai Theng selaku Timbalan Perdana Menteri.

3 )Yang Berhormat , Soh Yan Ling selaku Menteri Palajaran.

Pasukan pembangkang daripada ahli lelaki diwakili oleh:

1 Yang Amat Berhormat, Chew Zheng Lin selaku Ketua Pembangkang

2 Yang Berhormat ,Ng leong Hoong selaku Timbakan ketua Pembangkang.

3 Yang Berhormat , Luk Kuok Kiong selaku Pembangkang Ketiga


Panel hakim yang akan mengadili sesi perbahasan ialah:

1 Yang Arif, Puan Wong Yan Ying selaku Ketua Hakim,

2 Yang Arif, Puan Chia Huey Ying selaku Hakim pertama,

3 Yang Arif, Puan Ong Xin Yie selaku Hakim kedua,

4 Yang Arif, Puan Ting Siaw Jui selaku Hakim ketiga dan

5 Yang Arif, Puan Loke Vic Kie selaku Hakim keempat.

Dengan kuasa yang diberikan kepada saya, maka saya mengisytiharkan sidang dewan
bermula.Pihak dewan dengan sukacitanya mempersilah Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri bagi menegemukakan hujahan beliau. Dipersilakan.

Terima kasih, Perdana menteri. Seterusnya, saya menjemput ketua pembangkang untuk
membahaskan hujahan berkenaan.Dipersilakan.

Dengan itu berakhirlah perdebatan kali ini. Dewan sekali lagi berhenti rehat bagi memberi
masa kepada Yang Arif Ketua Hakim bersama empat orang hakim yang lain
memuktamadkan keputusan sama ada Dewan menerima atau menolak hujahan yang
dikemukakan.

Terima kasih Yang Arif Ketua Hakim. Terima kasih juga kepada hakim-hakim yang lain,
pegawai dewan, ahli-ahli Yang Berhormat, dan seterusnya pemerhati persidangan.

Kini, keputusan sudah berada di tangan saya.

Dengan kuasa yang diperuntukkan kepada saya sebagai Puan Pengerusi, maka dengan ini
tahniah kepada pasukan (kerajaan / pembangkang).

Pembahas terbaik ialah Yang Berhormat kerajaan / pembangkang pertama / kedua / ketiga,
Saudara / Saudari ______________________________ daripada ahli (wanita/lelaki).

Tahniah kepada pemenang. Pasukan lawan teruslah berusaha untuk pertandingan pada
tahun hadapan.

Saya akhiri majlis dengan lafaz (Assalamu alaikum Warahmatullahi wabarakatuh / Selamat
tengah hari).

You might also like