You are on page 1of 2

LOGO PERSATUAN PENCINTA ALAM

MAKNA LOGO

Tangan yang berbeza warna


Tangan yang berbeza warna mewakili setiap individu yang hidup dalam dunia ini
tanpa mengira kaum mahupun sempadan negara. Setiap tangan yang
mengelilingi bumi bermaksud setiap individu perlu bekerjasama untuk melindungi,
memelihara dan memulihara alam sekitar. Ini kerana tanpa komitmen dan
penglibatan setiap individu, kelestarian alam sekitar tidak dapat dicapai bak kata
pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Bumi
Bumi melambangkan alam sekitar yang kita sayangi. Bumi merupakan satu-
satunya tempat tinggal semua kehidupan. Oleh itu, tugas menjaga bumi
merupakan tanggungjawab bersama. Warna biru pula melambangkan laut.

Logo kitar semula


Kitar semula menggalakkan manusia untuk mengubah bahan terbuang menjadi
sumber-sumber yang boleh diguna semula. Ia juga boleh mengurangkan
penggunaan sumber bahan mentah di samping berupaya menjana sumber

1
kewangan. Terdapat tiga elemen dalam konsep kitar semula iaitu reduce, reuse
dan recycle.
Reduce (Kurangkan) Ia merujuk kepada pengurangan kuantiti sisa yang
dijana dengan mengurangkan jumlah produk dan jenis produk yang
digunakan. Selain itu, reduce juga bermaksud mengurangkan penggunaan
sumber semula jadi.
Reuse (Guna Semula) Ia merujuk kepada penggunaan semula barangan
secara berulang kali.
Recycle (Kitar Semula) Ia merujuk kepada pengasingan bahan terbuang ke
dalam tong kitar semula mengikut warna. Kemudian, bahan terbuang akan
disalurkan kepada organisasi atau kilang-kilang yang memprosesnya semula
supaya menjadi produk baru untuk kegunaan kita.

Daun berbentuk hati


Bentuk hati yang berwarna merah dalam logo ini bermaksud kita perlu membuat
sesuatu dengan ikhlas, bak kata pepatah di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan. Sekiranya hati kita ikhlas untuk melakukan sesuatu perkara, segalanya
pasti akan berjaya. Dengan itu, daun berbentuk hati mengingatkan kami semua
untuk menjaga alam sekitar ini dengan setulus hati. Warna perang, hijau, jingga
dan kuning pada daun dalam logo ini melambangkan tumbuh-tumbuhan.
Gabungan kesemua warna ini dalam logo bermakna sekiranya kita menjaga
alam sekitar dengan sepenuh hati, kehijauan alam sekitar dapat dikekalkan di
samping menjamin keseimbangan ekosistem.

Go Green
Perkataam Go green bermaksud kita perlu mengambil tindakan sebagai langkah
menyelamatkan bumi yang sedang mengalami kerosakan dan pemanasan
global akibat perbuatan manusia. Go Green juga dikenali sebagai penghijauan.
Logo ini mengandungi perkataan Go Green dengan tujuan untuk menyedarkan
semua manusia agar menjaga dan melestarikan alam sekitar ini dan bukan
merosakkannya.

You might also like