You are on page 1of 2

PENGENALAN

Statistik digunakan sangat meluas bukan sahaja dalam menganalisis data tetapi bersangkut
dengan memberi makna kepada data yang dianalisis. Statistik digunakan untuk
mengumpul, mengatur, meringkaskan, menganalisis, dan membuat kesimpulan menarik
atau memberi pengertian kepada data secara saintifik. Statistik pada masa kini bukan
hanya berdiri sendiri tetapi ia juga digabungkan dengan bidang ilmu lain seperti ekonomi
yang menjadi ekonometrik. Gabungan antara biologi dan statistik menjadi biostatistik
manakala gabungan antara psikologi dan statistik menjadi psikometrik. Sifat-sifat Statistik
6
ISI KANDUNGAN
Jenis-jenis statistik
Statistik pada umumnya boleh dibahagikan kepada dua, iaitu statistik deskriptif dan statistik
inferensi.
Statistik deskriptif adalah teknik statistik digunakan bagi merumus dan menerangkan
tentang sesuatu set data. Penjadualan dan persembahan data adalah contoh statistik
deskriptif. Begitu juga perumusan dan penerangan tentang ukuran kecenderungan
memusat dan ukuran serakan termasuk dalam statistik deskriptif.
Statistik inferensi atau statistik induktif adalah penggunaan statistik dalam memperihalkan
beberapa aspek yang tidak diketahui dalam populasi berdasarkan sampel. Statistik
inferensi digunakan dalam penganggaran, mengukur selang keyakinan, pengujian
hipotesis, analisis regresi dan korelasi dan lain-lain lagi.
Peranan statistik ditunjukkan pada rajah di bawah:
Istilah asas dalam statistik
Pembolehubah
Pembolehubah adalah satu sifat yang menggambarkan orang, tempat, benda, atau idea. Nilai
pembolehubah boleh berbeza dari satu entiti kepada yang lain. Dengan kata lain, apa sahaja yang
berubah-ubah dikenali sebagai pembolehubah. Ciri-ciri ahli populasi atau sampel yang dikaji
dinamakan pembolehubah. Pembolehubah adalah sesuatu tatatanda yang diberikan kepada nilai,
bilangan, kategori dan ciri-ciri. Antara contoh pembolehubah adalah ketinggian seseorang dalam
meter, berat dalam kilogram, taburan

You might also like