You are on page 1of 4

The digital age challenges as teachers use technology in facilitating teaching and

learning. Teacher must decide how and how not to use technology in their classroom.

1. What is the role of technology in the classroom?

Pada zaman yang serba canggih ini, media pengajaran semakin rancak diterapkan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran, seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Penggunaan
audio dan video telah dikenali sebagai salah satu saluran komunikasi dan menjadi asas
kepada bidang teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Justeru, seseorang guru
mendapat faedah dan kemudahan kerana media pengajaran menjadi cabang dalam membantu
guru meningkatkan minat dan kefahaman murid-murid terhadap pembelajaran.

Keperluan penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi sudah menjadi


teras dalam bidang pendidikan pada abad ke-21c kini demi menghadapi cabaran baru impak
daripada proses globalisasi, liberalisasi, dan sebagainya. Kemahiran -kemahiran ini
sepatutnya bermula dari bangku sekolah rendah lagi.

Peranan utama teknologi dalam kelas termasuklah sebagai bahan bantu mengajar.
Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program
pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan para pelajar untuk mengetahui sesuatu
dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Mengikut Noraziah Abdul
Hamid (1981), alat bantu mengajar itu mesti dianggap sebagai satu bahagian yang padu
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk menambah kelancaran
perhubungan antara guru dan murid ataupun murid dan murid serta membantu dan
mempercepatkan proses pemahaman mereka.

Selain itu, kemajuan teknologi dapat mencetus kepada penghasilan bahan bantu
mengajar. Dewasa ini terdapat lambakan perisian dan bahan berasaskan teknologi hasil
ledakan teknologi maklumat. Contoh bahan bantu mengajar yang dihasilkan melalui
teknologi adalah seperti power point slide, flash, video, audio dan sebagainya. Dengan ini,
pembelajaran dalam kelas juga boleh disampaikan melalui cara Pembelajaran Berpusat
Murid.
Di samping itu, penggunaan teknologi dalam kelas juga boleh memartabatkan
profesion perguruan. Dengan mengaplikasikan teknologi dalam kelas, guru dapat
mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada
teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan
menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Melalui penggunaan alat-alat
teknologi, guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam
mengenai sesuatu subjek. Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan
maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran menggunakan internet
membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan
lebih cepat serta efisien tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan
dalam aktiviti pembelajaran. Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih
berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses ke dalam sistem. Secara tidak
langsung, profesion guru lebih dihormati kerana teknologi pendidikan yang diguna pakai.

Peranan teknologi dalam kelas juga termasuklah mewujudkan suasana pembelajaran


yang menyeronok. Dengan mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran, murid-
murid akan lebih berminat dan bermotivasi untuk terus mengikuti proses PdP. Inovasi ini
dapat merangsang murid untuk belajar dengan lebih baik kerana mereka sentiasa teruja
dengan penggunaan kemajuan teknologi pada zaman globalisasi kini. Selain itu, murid-murid
juga lebih jelas tentang suatu konsep yang disampaikan oleh guru kerana penerangan dan
gambaran secara menyeluruh dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian melalui media
seperti video, televisyen dan internet.

Tambahan pula, manfaat yang diperolehi daripada penggunaan teknologi dalam kelas
ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai
keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama
dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu melalui penggunaan teknologi,
murid-murid dapat memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran
dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan
teknologi tersebut. Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint, grafik, audio,
video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana
di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk difahami.
Kesimpulannya, penggunaan teknologi banyak memberi manfaat yang positif dalam
sesebuah kelas. Mengintegrasikan penggunaan teknologi yang bersesuaian dengan berkesan
di dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan hasil yang mengagumkan kepada
pelajar. Ini termasuklah meningkatkan pencapaian pelajar dalam keputusan ujian,
meningkatkan sikap, minat, dan semangat pelajar di dalam kelas. Oleh itu, guru juga harus
menyesuaikan diri kepada alat teknologi pengajaran yang baru seperti komputer dan internet
dari semasa ke semasa.

2. Suggest three types of technology to help teachers in achieving the teaching and
learning objectives.

(a) Bahan-bahan 2D seperti lukisan. Lukisan merupakan lakaran idea manusia yang
disampaikan dalam bentuk komunikasi visual.
- Boleh memberi gambaran keadaan atau konsep dengan tepat mengikut objektif
pengajaran dan pembelajaran.
- Menjadikan PdP lebih bermakna dan berkesan.
- Lukisan mesti tepat,jelas dan memberi makna kepada murid supaya objektif tercapai.
(b) gambar foto dihasilkan melalui rakaman dengan kamera.
- Boleh menggambarkan peristiwa atau keadaan sebenar
- Menimbulkan kesan emosi, kerana gambar foto memperlihatkan keadaan yang
sebenar.
- Gambar foro termasuklah pemandangan, benda, rupa bentuk, buah-buahan, tumbuh-
tumbuhan dan gambar abstrak.
(c ) Carta -carta organisasi, jadual, urutan, carta masa, klasifikasi dan sebagainya.
- Carta organisasi menunjukkan hubungan atau rantaian struktur pentadbiran
- Carta jadual menunjukkan keterangan berdata atau bernilai yang memberi penerangan
mengenai masa dan waktu suatu perkara atau peristiwa yang berlaku.

(d) Kad imbasan


- Bergambar atau tulisan
- Maklumat mesti jelas, ringkas dan tepat.
- Dijadikan sebagai tugasan aktivit dalam kelas
-
(ii) Video

(iii) Persembahan Elektronik- Microsoft Power Point


- Memudahkan penyampaian
~ Penggunaan warna dan saiz fon yang sesuai membantu memudahkan persembahan
kepada murid-murid.
- Penyampaian Maklumat lebih berkesan
~ Penggunaan gambar, smartcard, fon dan juga shapers yang sesuai dengan
persembahan membantu maklumat yang disampaikan berkesan dan senang
diterima.
- Menarik minat murid
~ Penggunaan animasi, gamabr, movie, dan audio dapat menarik minat murid dan
tidak membosankan. Hyperlinks juga menyediakan kemudahan bagi membina pautan atau
capaian yang membolehkan pengguna bergerak ke mana-mana bahagian di dalam aplikasi.
- Mempelbagaikan Persembahan, menigkatkan kefahaman, senang digunakan

Lampiran:
Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad (Unknown). Keberkesanan Penggunaan
Alat Bantu Mengajar Berbantukan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Subjek
Kemahiran Hidup (KH) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, Alor Star, Kedah.
Universiti Teknologi Malaysia

You might also like