You are on page 1of 2

Rujukan Kami :

Tarikh : 9 Oktober 2017

Tuan / puan,

KEJOHANAN RAGBI SENTUH BAWAH 12 TAHUN SETIAWANGSA 7s PERINGKAT


KEBANGSAAN 2017.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pasukan ragbi SK Bandar baru Sri Damansara telah dipilih
buat julung kalinya untuk menyertai Kejohanan Ragbi Sentuh Bawah 12 Tahun Setiawangsa 7s
Peringkat Kebangsaan 2017 pada tahun ini.

3. Bersesuaian dengan pembangunan sukan ragbi di sekolah, kejohanan seperti ini mampu
memberikan pendedahan dan pengalaman kepada para pemain dalam meningkatkan mutu
permainan.

4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berbesar hati sekiranya pihak PIBG dapat memberikan
sumbangan kepada pasukan ragbi sekolah bagi menampung kos perbelanjaan dan pengurusan
sepanjang berlangsungnya kejohanan tersebut. Bersama-sama surat ini, turut dilampirkan
maklumat dan butiran keperluan yang diperlukan.

5. Segala kerjasama dan sumbangan daripada pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

OOI BAN AIK


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sri Damansara.

.
SENARAI KEPERLUAN PASUKAN

BIL PERKARA KOS

1. Yuran Pendaftaran Kejohanan RM 180.00

2. Makanan Tengahari (RM 5.00) RM 5.00 x 16


13 orang pemain = RM 80.00
3 orang guru pengiring RM 80.00 x 2 hari =
RM 160.00

3 Keperluan lain (makanan tambahan dan ubat-ubatan) RM 60.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 400.00

You might also like