You are on page 1of 26

ISU PENYALAHGUNAAN MASA DI KALANGAN GURU

Nama : Tan Ying Guan

Pada era globalisasi ini, terdapat pelbagai perkembangan dan pembangunan

dari pelbagai aspek telah berlaku di sekeliling kita sama ada kita sedar atau tidak.
Perkembangan dan pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli
masyarakat terutamanya golongan professional. Antara bidang professional yang
terlibat adalah keguruan, perubatan,kejuruteraan, perundangan dan lain-lain lagi.

Apa yang dimaksudkan dengan professional? Menurut Ornstein dan Levine (

1993 ), konsep professional merujuk kepada ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan ahli
suatu profesion. Antara ciri-ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai
pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang
mengawal tingkah laku ahli. Jadi, guru merupakan seseorang yang professional. Ini
juga bermakna guru adalah segolongan yang telah mendapat latihan yang khusus,
berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta mempunyai kod etika
yang tersendiri.

Namun, terdapat pelbagai isu yang timbul dan melanggar etika profesion
perguruan. Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini
dilihat semakin goyah kerana terdapat segelintir guru yang sanggup melanggar kod
etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu
mengenai salah laku guru tersiar di internet ataupun dada-dada akhbar. Ini sudah tentu
akan menganggu gugat martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang
mulia dan suci.

Di sini, saya memilih untuk membincangkan Masalah Penyalahgunaan Masa

sebagai isu yang melanggar etika profesion perguruan kerana masalah ini kerap terjadi
di kalangan guru. Di Malaysia, waktu bagi satu sesi persekolahan yang umum adalah
dari pukul 7.30 pagi hingga 1.15, iaitu lebih kurang enam jam tidak termasuk aktiviti
kokurikulum pada sebelah petang. Sepanjang tempoh ini, murid-murid dan guru terlibat
secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun,
sejak kebelakangan ini timbul isu penyalahgunaan masa di kalangan guru di sekolah.
Memang benar isu penyalahgunaan ini jarang tersiar di media massa kerana ianya
lebih menjurus kepada hal ehwal dalaman sekolah, tetapi adalah penting bagi kita untuk
membendung isu ini daripada terus menular.

Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah adalah guru tidak menepati

masa memasuki kelas, guru tidak menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguh-
sungguh, guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh
kementerian, guru tidak menepati masa keluar daripada kelas, guru menggunakan
masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan
misalnya melayari facebook, berchatting, bergosip, melepak di kantin, guru melakukan
kerja sambilan di malam hari ( misalnya mengajar tuisyen, berniaga di pasar malam,
mengajar dance, membuat persembahan tarian) hingga menjejaskan produktivitinya
dalam menyampaikan P&P di siang hari dan banyak lagi. Walaupun saya tidak
menjalankan kajian penyelidikan tentang masalah ini tetapi melalui pengamatan saya,
adalah wajar masalah ini diberi perhatian. Masalah penyalahgunaan masa mugkin
tidak terlalu serius tetapi jika dibiarkan berlanjutan, masalah ini dapat menjejaskan
kredibiliti para guru dan merugikan murid. Ramai guru masih tidak menyedari hakikat
ini. Jadi, saya berharap agar saya dapat menangani isu ini dalam diri saya agar tugas
saya sebagai bakal guru boleh menyumbang satu kebaikan kepada murid-murid saya.

Sebelum saya menyentuh isu penyalahgunaan masa di kalangan guru dalam

tempoh bertugas, saya ingin merujuk kepada peraturan-peraturan yang perlu di patuhi
guru ketika berada dalam perkhidmatan. Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81
yang bertarikh 12 September 1981, semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan,
kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-
kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula. Surat ini juga memberi penekanan
terhadap tanggungjawab guru untuk mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu
bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik
darjah untuk mengajar dan semasa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah
seperti kegiatan kokurikulum. Maksud ketepatan masa juga merangkumi keperluan
guru untuk mengikut jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelas
ataupun kawasan sekolah semasa tempoh persekolahan.

Di samping itu, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh
guru berkaitan pematuhan waktu dan masa. Semua guru dikehendaki menandatangani
buku kedatangan sebaik sahaja tiba di sekolah dengan mencatatkan nama, masa
sampai dan menurunkan tandatangan. Pada zaman yang teknologi kini, ada sekolah
yang menggunakan punch card atau menggunakan perisian komputer yang
menggunakan pengesanan corak ibu jari sebagai bukti kehadiran. Guru Besar pula
diberi kuasa mengizinkan guru meninggalkan kawasan sekolah sekiranya ada hal-hal
tertentu dan mereka perlu mengisi buku catatan meninggalkan sekolah. Begitu juga jika
terdapat hal yang memerlukan guru meninggalkan bilik darjah, kegiatan dan upacara
rasmi sekolah dan aktiviti kokurikulum, guru perlu mendapat kebenaran dari Guru
Besar.

Selain itu, pada masa senggang iaitu ketika guru tidak menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru perlu melaksanakan beberapa
perkara seperti memeriksa buku latihan dan kerja rumah murid dengan teliti, menulis
buku ringkasan mengajar, menyediakan alatan dan bahan bantu mengajar,
menguruskan hal ehwal kelas, menguruskan yuran murid, hal-hal kokurikulum dan
sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh guru pada waktu ini mestilah aktiviti
yang memberikan faedah kepada murid-murid. Selain itu, guru juga diberi
tanggungjawab untuk menggantikan guru lain untuk melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran.

Di bawah ini, saya akan menyatakan perkara yang membawa kepada

penyalahgunaan masa yang sering dilakukan oleh guru sama ada secara disedari atau
tidak disedari. Yang paling utama adalah guru lewat masuk ke dalam kelas. Guru yang
mematuhi ketetapan masa tidak menunggu loceng berbunyi untuk berjalan dari sesuatu
tempat untuk ke kelas mereka. Mereka akan bergerak awal ke kelas dan kadangkala
sanggup pula menunggu waktu guru lain habis di luar kelas. Sekiranya waktu
pengajaran adalah berturutan, guru ini tergesa-gesa pergi bergerak dari satu kelas ke
kelas berikutnya dengan penuh semangat. Maka, fenomena guru yang lewat masuk ke
kelas akan menimbulkan isu penyalahgunaan masa. Bukan itu sahaja, sekiranya
berlaku sebarang kemalangan di dalam kelas, guru tersebut harus dipersalahkan.
Mencuri masa adalah perbuatan yang tidak wajar bagi seorang guru.

Menurut laporan artikel yang saya membaca, guru yang suka lewat masuk kelas
biasanya akan memberikan pelbagai alasan seperti terlupa jadual waktu atau tidak
ingat. Ada di kalangan guru yang memberikan alasan terlalu banyak kerja yang perlu
dibereskan. Malahan kadangkala memberikan alasan kononnya dipanggil guru besar
atau pengetua. Awal-awal tahun, ada guru buat-buat sibuk menyiapkan pelbagai
borang dan data sehingga meninggalkan kelas. Sekiranya mereka terpaksa
menyiapkan tugasan yang amat penting, ini bolehlah dimaafkan. Murid-murid yang
datang ke sekolah saban hari mengharapkan ilmu pengetahuan daripada guru.Sejak
awal pagi mereka telah bangun meredah kesejukan pagi dengan satu niat yang maha
suci untuk belajar. Tetapi apalah malangnya nasib mereka apabila ada segelintir guru
yang mengabaikan tugas untuk mencurahkan ilmu. Sebenarnya pelbagai perkara yang
tidak diingini boleh berlaku apabila ketiadaan guru di dalam kelas. Pelbagai gejala
negatif akan timbul jika tiada kawalan guru.Secara peribadi, penulis laporan artikel ini
berpendapat seharusnya gejala lewat masuk kelas dan langsung tidak masuk kelas
kerana alasan-alasan yang remeh-temeh sudah tidak boleh diterima lagi.

Mengikut pemerhatian saya semasa praktikal dan internship di sekolah, saya

juga ternampak fenomena negatif yang sama berlaku dengan apa yang ditulis dalam
laporan artikel tersebut. Pada permulaannya, saya tidak berapa mengambil berat
tentang masalah ini. Namun ada satu kali murid-murid kelas saya memberitahu bahawa
guru kelas mereka setiap kali akan lewat masuk ke kelas. Setiap kali loceng sudah
berbunyi dan saya hendak keluar ke kelas, mereka akan meminta saya jangan keluar
dulu dan meneruskan pengajaran dan pembelajaran saya lagi. Saya berasa amat
aneh, dan tidak berapa percaya dengan apa yang mereka kata. Mereka panggil saya
membuat satu eksperimen, tengok berapa lama guru kelas itu masuk ke kelas.
Memang, guru itu telah pun datang selepas 20minit kemudian dengan langkah
perlahan-lahan. Apabila dia nampak saya masih dalam kelas, dia berterima kasih
kepada saya kerana membantunya mengawal kelas. Ada satu kali lagi, dia memesan
saya mencari dia di kelas pada waktu akhir untuk mengambil barang dengannya di bilik
seni. Saya sudah lewat 10minit pergi mencari dia di kelas itu, tetapi apabila saya
sampai sana, kelas itu tiada guru, murid-murid membuat bising, jalan sana sini. Selepas
itu, rakan sejawat saya memberitahu saya bahawa guru ini ada di kantin. Saya pun
mencari dia di kantin. Apabila saya nampak dia, dia sedang melengan-lengan serta
berbual-bual dengan penolong pengetua sambil memilih lauk pauk di sana. Saya
kemudian menanyakannya kenapa puan tidak ada di kelas, bukannya puan pesan
saya cari puan? Dia hanya senyum sahaja dan kemudian kami berdua mencari bahan
hiasan di bilik seni. Dia pun mencari bersama-sama dengan saya sehingga loceng
berbunyi dan waktunya pun sudah habis. Akhirnya, dia tidak masuk ke kelas. Ini sudah
bukan lewat ke kelas, ini panggil tidak masuk ke kelas kerana perkara yang remeh
temeh. Selain itu, Penolong kanan pengetua, ketua kurikulum ataupun guru akan
sering memesan kami untuk menggantikan kelas mereka . Kadang-kala alasan mereka
adalah bagi kami membuat kajian tindakan dan sebenarnya kami juga perlu waktu
yang extra bagi membuat kajian tindakan dengan murid-murid. Jadi, ini merupakan
satu situasi dipanggil win win. Bukan ini sahaja, guru yang tidak masuk kelas kerana
terdapat pelbagai kertas kerja kena buat, bermesyuarat, berkhusus, pergi hospital
memeriksa badan kerana ada appointment dengan doctor dan sebagainya. Masalah
ini perlu dititikberatkan sebelum ia menjadi parah.

Kegagalan guru mematuhi ketetapan masa akan menimbulkan beberapa kesan.

Perkara yang ingin dibincangkan di sini ialah bukan hanya melihat kesan kepada guru
tetapi juga kesan kepada murid itu sendiri memandangkan isu penyalahgunaan masa
ini sebenarnya lebih banyak merugikan mereka. Beberapa kesan yang dapat dilihat
ialah:
a) Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tidak maksimum akibat
kurangnya kualiti dan produktiviti.

Apakah yang dimaksudkan oleh kualiti dan produktiviti? MS ISO 9000

mendefinisikan kualiti sebagai keseluruhan ciri-ciri sesuatu entiti iaitu produk dan
perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak pelanggan yang dinyatakan dan tersirat.
Dalam perkhidmatan pendidikan, guru hendaklah menyediakan perkhidmatan yang
dapat memenuhi kehendak pelanggan iaitu murid dan ibu bapa. MS ISO 9000 mula
digunapakai seperti yang tercatat di dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.
2/1996 : Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 dalam Perkhidmatan Awam.
Selain itu, kakitangan awam juga boleh merujuk kepada Surat Pekeliling Kemajuan
Pentadbiran Bil 2/2002 : Garis Panduan bagi Melaksanakan MS ISO 9000:2000 Dalam
Perkhidmatan Awam. Kualiti menyentuh tentang kefahaman kehendak dan
pengharapan pelanggan. Ini menghendaki guru menunjukkan kemampuan mereka
dalam merekabentuk perkhidmatan seperti yang diperlukan dan diharapkan murid dan
ibu bapa.

Apakah pula yang dimaksudkan oleh produktiviti? Merujuk kepada Pekeliling

Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 6 Tahun 1991 : Panduan Mengenai
Peningkatan Produktiviti dalam Perkhidmatan Awam, produktiviti boleh didefinisikan
sebagai nilai atau kuantiti output yang dapat dihasilkan oleh satu unit input. Maka,
output merujuk kepada keluaran atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah
organisasi. Dalam konteks sekolah sebagai organisasi, input perujuk kepada ilmu dan
kemahiran yang diberikan kepada murid manakala output merujuk kepada tingkahlaku
dan pengadaptasian ilmu dan kemahiran oleh murid itu sendiri. Mengapa pula kualiti
dan produktiviti adalah berkaitan dengan penyalahgunaan masa? Jika kita merujuk
kepada Pekeliling tadi, Kerajaan Malaysia ada menggariskan beberapa panduan untuk
meningkatkan produktiviti. Salah satu cara untuk meningkatkan kualiti ialah pihak
pentadbiran sekolah mengambil langkah-langkah bagi mengukuhkan faktor-faktor yang
mempengaruhi produktiviti. Faktor-faktor tersebut ialah:

i. Tenaga manusia (guru-guru)

ii. Sistem dan prosedur
iii. Struktur organisas
iv. Gaya pengurusan
v. Persekitaran kerja
vi. Teknologi
vii. Bahan-bahan
viii. Kelengkapan modal

Kesemua faktor di atas menyumbang kepada produktiviti Negara. Maka tidak

syak lagi jika penyalahgunaan masa guru akan menyebabkan kurangnya produktiviti
kerana guru tidak bersikap positif, berada dalam persekitaran yang kurang kondusif,
tidak menyediakan atau menggunakan teknologi dalam pengajaran, tidak menyediakan
bahan dan alatan yang bersesuaian dan tidak melakukan refleksi pengajaran
untukmengenalpasti dan menyelesaikan masalah murid. Penyalahgunaan masa
menyebabkan guru tidak membuat persediaan rapi dalam menentukan dan
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

b) Kepimpinan Melalui Teladan tidak diaplikasikan.

Guru adalah role model murid. Maka, guru perlu menghayati slogan kepimpinan
melalui teladan. Ini disebabkan oleh murid suka meniru perlakuan, memek muka,
pakaian malah personaliti guru tersebut. Kepimpinan Melalui Teladan merupakan
slogan yang dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 19 Mac 1983.
Slogan ini diwujudkan bagi menanam dan memupuk sifat kepimpinan yang berkesan
bagi dicontohi dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat. Selain itu, ia juga
dapat menerap nilai kebertanggungjawab dan etika murni di kalangan kakitangan
awam. Guru merupakan antara orang yang paling kerap mendampingi murid selain ibu,
bapa dan ahli keluarga mereka. Malah, kebanyakan murid sering mendengar kata guru
berbanding dengan ibu dan bapa mereka sendiri. Malah, mereka juga kerap bercerita
kepada ibu bapa tentang kehebatan guru. Tetapi sekiranya guru mereka sering
menghabiskan waktunya dengan perkara yang tidak berfaedah, apakah pula
pandangan dan cerita yang akan didengari oleh ibu bapa mereka? Tentunya ini akan
menimbulkan pandangan yang negatif dari pihak ibu bapa dan mengundang tanggapan
yang negatif dari murid-murid juga.

c) Penambahbaikan dalam kaedah dan strategi pengajaran tidak berlaku.

Sekiranya guru tidak menggunakan masa terluang kita untuk membuat kajian
tindakan, guru tidak dapat membuat penambahbaikan terhadap teknik pengajaran
mereka. Kajian tindakan ialah kajian yang dibuat berdasarkan sesuatu situasi iaitu
mendiagnos sesuatu masalah dan cuba mengatasi dalam konteks itu. Ada baiknya jika
guru terus menulis refleksi pengajaran selepas sesi pembelajaran dilaksanakan atau
selepas sesuatu tajuk diajar. Selepas itu, guru tersebut hendaklah membuat kajian
tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Guru boleh menggunakan masa
senggang di antara waktu pengajaran atau sewaktu sesi persekolahan untuk mencari
jalan penyelesaian. Guru boleh merujuk artikel akademik seperti jurnal pendidikan,
bertanya kepada guru lain, merujuk kepada guru cemerlang dan jurulatih utama
ataupun merujuk kepada kajian penyelidikan yang pernah dilakukan sebelum ini.

Menurut Stenhouse (1975), penyelidikan tindakan bukan sahaja menyumbang

kepada pengajaran dan pembelajaran tetapi kepada teori pendidikan dan pengajaran
yang boleh diakses oleh guru-guru lain. Maka, jika penyelidikan tindakan dijalankan,
guru boleh berkongsi maklumat dengan guru lain untuk menyelesaikan sesuatu
masalah. Semua perkara ini boleh dilakukan pada waktu persekolahan sekiranya guru
tidak berhasrat untuk menyalahgunakan masa.

d) Tidak maju akibat tidak positif dan tiada matlamat hidup.

Terdapat segelintir guru yang tidak mempunyai matlamat hidup. Mereka tiada
fokus tertentu dalam kerjaya mereka. Maka, mereka tidak tahu untuk memenuhi masa
di sekolah mereka. Sebagai guru, seharusnya mereka menetapkan satu atau lebih
matlamat untuk dicapai. Contohnya, Cikgu Hadi mempunyai matlamat untuk menjadi
guru cemerlang Matematik dalam tempoh 2 hingga 3 tahun lagi. Untuk mencapai
matlamatnya, Cikgu Hadi merancang untuk mendokumentasikan aktiviti pengajaran dan
pembelajarannya sebelum memohon jawatan tersebut. Oleh itu, Cikgu Hadi akan
menggunakan masa senggang di sekolah untuk menyediakan dokumentasi
tersebut. Guru juga hendaklah lebih positif dalam menentukan hala tujunya dalam
kerjaya. Sebagai guru yang positif, mereka sentiasa berfikir untuk memenuhi keperluan
murid. Jadi, masa terluang tersebut akan digunakan untuk memikirkan sesuatu yang
dapat meningkatkan motivasi intrinsik agar dapat melakukan tugasnya dengan lebih
ikhlas dan bersungguh-sungguh. Terdapat beberapa ciri guru yang berfikiran positif iaitu
optimis, bersemangat, keberanian, keyakinan, keazaman, kesabaran, ketenangan dan
fokus. Sekiranya seorang guru itu mempunyai matlamat kerjaya dan bersikap positif,
maka isu penyalahgunaan masa ini dapat dikurangkan.

Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan, terdapat dua punca utama

kenapa masalah ini boleh berlaku iaitu individu dan pentadbir. Pertama, individu dalam
konteks ini iaitu guru mempunyai sikap malas dan tidak ambil peduli, kurang komitmen
dalam kerja, kurang nilai dalam kehidupan, dan etika kerja yang lemah. Apabila sikap
ini wujud, maka individu tersebut mengambil ringan tugas yang telah diamanahkan
sehinggalah tiada lagi rasa tanggungjawab untuk bersungguh-sungguh dalam mendidik
anak bangsa dan apa yang penting bagi mereka hanyalah gaji yang bakal diterima
pada setiap bulan.

Punca seterusnya adalah daripada pihak pentadbir. Penguatkuasaan yang

lemah dan kurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorong kepada berlakunya
permasalahan ini. Apabila tiada pemantauan dan penguatkuasaan juga lemah, maka
guru-guru menjadi lebih berani untuk menyalahgunakan masa kerana mereka tidak
perlu risau akan akibat daripada tindakan mereka.

Masalah ini jika tidak dibendung akan mendatangkan kesan yang amat buruk
kepada banyak pihak terutamanya kepada guru sebagai ahli professional dan murid-
murid. Antara kesan yang boleh dilihat daripada permasalahn ini adalah merosotnya
prestasi kerja guru dan pencapaian pelajar di sekolah. Masyarakat juga akan
memandang sinis akan profesion keguruan dan tidak yakin dengan kebolehan guru
dalam mendidik anak-anak mereka.

Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika permasalahan ini tidak
dibendung, maka semua pihak termasuk pihak pentadbir, rakan sejawat, dan individu
itu sendiri perlu memainkan peranan bagi memastikan permasalahn ini tidak terus
menular dan menjari semakin parah dan teruk.

Isu penyalahgunaan masa di kalangan guru-guru dapat diselesaikan

menggunakan Teori Pilihan dan Terapi Realiti. Namun, persoalan utama yang perlu
dilalui oleh guru ialah adakah mereka mahu mengubah tingkahlaku mereka kepada
sikap yang lebih baik? Teori Pilihan membincangkan bagaimana individu itu
bertingkahlaku dan mengapa mereka bertingkahlaku berdasarkan perspektif kawalan
luaran, psikologi kawalan dalaman, dunia kualiti, keperluan masa, dunia pengertian,
dunia sebenar, nilai dan pengetahuan, skala perimbangan, tingkahlaku keseluruhan,
sistem tingkahlaku, identiti berjaya dan identiti gagal.

Merujuk kepada teori ini, guru seharusnya mengkaji semula tingkahlaku mereka
bagi mengenalpasti mengapa mereka menyalahgunakan masa mereka berdasarkan
kepada faktor-faktor yang dinyatakan tadi. Guru hendaklah menetapkan kehendak
kualiti yang ingin dicapai. Dalam kes ini, kehendak kualiti tersebut ialah mengisi masa
senggang mereka di sekolah bagi mengelakkan masalah penyalahgunaan masa. Bagi
memenuhi identiti berjaya pula, mereka akan mengalami rasa cinta terhadap kerjaya
mereka, rasa dihargai dan keperluan-keperluan psikologikalnya yang lain. Namun
begitu, kadangkala guru perlu melawan identiti gagal mereka seperti personaliti tidak
seimbang, kurang keyakinan diri dan cepat putus asa. Sebagai seorang guru juga,
mereka bertanggungjawab dalam memilih keputusan dalam hidup mereka. Setiap
pilihan yang mereka buat adalah berdasarkan kepada keperluan asas mereka. Namun
harus diingatkan, bahawa setiap pilihan itu mempunyai beberapa risiko tertentu. Maka
guru seharusnya memilih tingkahlaku yang efektif sahaja agar dapat membentuk identiti
berjaya.

Terapi realiti pula adalah bagaimana kita dapat membantu diri kita dan orang
lain. Terdapat empat proses dalam melaksanakan Terapi Realiti ini iaitu W(wants),
D(directions),
E(evaluation) dan P(planning).

Proses menyelesaikan isu penyalahgunaan masa ini dapat dilakukan seperti di

bawah:
a) Wants ( keperluan, kehendak dan persepsi )
Dibawah proses ini, guru hendaklah menentukan matlamat mereka dalam kehidupan.
Matlamat utama mereka ialah menyelesaikan masalah penyalahgunaan masa. Masalah
ini perlu dilihat dalam skop yang lebih kecil. Maka guru hendaklah menggariskan
beberapa matlamat yang lebih kecil. Matlamat-matlamat tersebut ialah, menentukan
aktiviti pada masa senggang, menepati masa apabila masuk ke dalam kelas,
mendahulukan perkara yang lebih penting dan menentukan kaedah pengajaran terbaik
yang perlu dilaksanakan di dalam kelas. Semua matlamat ini hendaklah ditulis dengan
jelas di atas satu kertas yang mudah menjadi rujukan guru tersebut.

b) Directions ( terarah dan lakukan )

Dalam proses ini pula, pengalaman masa lampau perlu dilihat untuk membentuk masa
hadapan. Beberapa perkara perlu dilihat semasa proses ini berlaku. Dari segi perasaan,
guru hendaklah benar-benar cuba untuk memfokuskan diri mereka untuk mencapai
matlamat tersebut. Ini bermakna mereka perlu menyediakan diri mereka dari segi emosi
agar matlamat tersebut dapat dicapai. Dari segi emosi pula, sokongan keluarga tidak
kurang pentingnya. Selain itu, guru juga hendaklah mempunyai pemikiran yang positif
dan sentiasa yakin bahawa matlamat mereka akan tercapai.

c) Evaluation ( penilaian )
Guru hendaklah memikirkan bahawa adakah matlamat mereka akan tercapai ataupun
tidak tercapai. Oleh sebab itu, guru hendaklah memikirkan beberapa halangan yang
akan dihadapi oleh mereka untuk mencapai matlamat yang diingini. Halangan yang
paling besar adalah datangnya dari diri mereka sendiri. Dalam kes ini, motivasi intrinsik
memainkan peranan yang paling penting untuk menyelesaikan masalah mereka. Maka
guru perlu memikirkan langkah yang terbaik untuk meningkatkan motivasi intrinsik
mereka. Halangan yang seterusnya datang dari keluarga guru itu sendiri. Perkara yang
baik perlu mendapat sokongan dari keluarga sama ada pasangan, anak-anak mahupun
ibu bapa. Sokongan dari pentadbir dan rakan sejawat tidak kurang pentingnya.

d) Plan (perancangan)
Setelah membuat penilaian dan menyenaraikan matlamat, guru perlulah membuat
perancangan tindakan yang ingin dilakukan. Senarai yang dibuat perlulah
mendahulukan perkara yang lebih penting dulu. Pada masa yang sama, guru perlulah
sentiasa menanamkan azam yang kuat untuk melakukan aktiviti tersebut demi
mengatasi masalah penyalahgunaan masa. Guru hendaklah melakukan muhasabah diri
agar dapat memikirkan perkara yang dilakukan adalah adalah kea rah kebaikan. Antara
aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini ialah:
a. Masuk ke kelas awal dan keluar tepat pada masanya.
b. Melakukan reflesi pengajaran dan pembelajaran.
c. Berbincang dengan Ketua Panitia dan rakan-rakan sejawat mengenai hal-hal
pengajaran dan pembelajaran.
d. Meneroka maklumat baru dari internet atau jurnal-jurnal pendidikan.
e. Menjalankan penyelidikan tindakan.
f. Memberikan latihan yang mencukupi dan memenuhi standard kecukupan.

Selain itu, pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa
ke semasa terhadap prestasi kerja guru-guru di sekolah. Dengan adanya pemantauan
secara berterusan, maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa di sekolah
adalah terbatas. Seterusnya, pihak pentadbir juga perlu berusaha mengenal pasti dan
bersedia memberikan khidmat nasihat kepada guru yang bermasalah. Jika pihak
pentadbir tidak mampu, maka bolehlah merujuk guru tersebut kepada kaunselor.
Akhirnya, pihak pentadbir boleh mengambil tindakan tegas dengan memberikan
amaran dan mengenakan tindakan tatatertib kepada guru yang terlibat jika masalah
yang dilakukan adalah serius dan berulang. Dengan cara ini, guru-guru akan sedar
kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi.

Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan dalam menangani masalah ini.
Rakan sejawat perlulah menjadi teladan kepada rakan-rakan yang bermasalah
memberikan nasihat dan dorongan supaya guru yang terlibat dalam penyalahgunaan
masa itu dapat mengubah dirinya. Selain itu, individu yang terlibat juga perlu
memainkan peranan dalam usaha untuk berubah menjadi lebih baik. Antara cara yang
boleh dilakukan adalah dengan cara sentiasa muhasabah diri tentang apa yang telah
dilakukan. Dengan cara ini, segala kekuatan dan kelemahan dapat dikenalpasti dan
diperbaiki. Ia juga akan menimbulkan kesedaran untuk berusaha menjadi lebih baik.
Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang mampu menjadi teladan agar
diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifat-sifat yang ideal sebagai seorang guru.
Akhir sekali, guru juga boleh menyediakan log aktiviti supaya tugas dapat dilaksanakan
dengan lebih terancang dan tiada pembaziran masa.

Masa adalah sangat berharga kepada manusia. Di dalam al-Quran, Surah Al-
Asr, Allah menerangkan kepada manusia tentang kepentingan masa. Demi masa,
sesungguhnya manusia kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.
Mereka menyeru kepada kebenaran dan menyeru kepada kesabaran. Maka, di dalam
Islam itu sendiri telah menyatakan bahawa manusia yang tidak menggunakan masa
dengan betul adalah orang-orang yang kerugian. Tugas guru adalah sebagai
penyampai ilmu pengetahuan. Sekiranya kita tidak cuba menerapkan kepentingan
masa kepada murid, maka, kita sebagai guru boleh dikatakan tidak berjaya memberi
satu ilmu yang amat berguna. Pepatah Arab ada menyebut bahawa masa adalah ibarat
pedang. Jika kita tidak menggunakan untuk memotong, ia akan memotong kita.
Pepatah Cina pula menyebut bahawa semua bunga yang bakal berkembang pada hari
esok adalah benih pada hari ini. Sebagai guru, kita hendaklah menghargai masa yang
diberikan kepada kita terutamanya dalam waktu persekolahan. Ada juga yang
mengatakan bahawa bertangguh itu pencuri masa. Orang yang tidak tahu
menggunakan masa pula dikatakan orang yang mati. Kesemua kata-kata hikmat di atas
menunjukkan kepentingan masa yang perlu dihayati insan bernama guru.

Secara keseluruhannya, guru perlu memahami bahawa penyalahgunaan masa

adalah melanggar etika profession perguruan. Bukan itu sahaja, penyalahgunaan masa
juga melibatkan hokum agama yang mengundang kepada rezeki yang halal. Sebagai
guru, seharusnya kita menggunakan masa yang diperuntukkan kepada kita dengan
perkara-perkara yang dapat member faedah yang berguna untuk pelajar-pelajar kita.
Sebagai guru, kesedaran terhadap penyalahgunaan masa sangat penting dan perlu
diberi perhatian. Justeru seluruh warga pendidik perlu memberikan komitmen yang
tinggi untuk membentuk murid-murid ini menjadi warganegara yang berguna, berilmu,
berdisiplin dan berketrampilan.

http://gemeangel889.blogspot.com/2012/09/isu-penyalahgunaan-masa-di-kalangan-
guru.html

You might also like