You are on page 1of 3

Faktor-Faktor Bencana Alam

bellaraysah.blogspot.my /2013/01/faktor-faktor-bencana-alam.html

Laporan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun lalu
mengatakan bahawa kira-kira 30 000 manusia terkorban daripada 206 juta orang yang terkena dampak bencana
alam di seluruh dunia. Melihat kepada laporan ini dapatlah kita simpulkan bahawa saban tahun kematian
manusia sebahagian besarnya berpunca daripada bencana yang tidak dapat dielakkan selain faktor
peperangan, kebuluran dan pelbagai jenis penyakit merbahaya. Salah satu peristiwa bencana alam pada tahun
2011 yang menyumbang kepada kematian yang paling banyak ialah gempa bumi dan tsunami yang
menghentam Fukushima di Jepun. Gempa yang disusuli tsunami ini telah meragut lebih daripada 15 000 ribu
nyawa dan mengalami kerugian hampir $31 juta dolar. Dalam tahun yang sama, Malaysia turut dikejutkan
dengan kejadian tanah runtuh di rumah Persatuan Anak-Anak Yatim di batu 14, Hulu Langat ,Kajang. Tanah
runtuh yang berlaku pada 21 Mei itu telah mengorbankan 16 orang anak yatim. Semua kejadian bencana alam
ini sebenarnya disebabkan oleh beberapa faktor iaitu faktor yang berkaitan dengan manusia sendiri dan alam
sekitar.

Sekiranya kita ingin mengkaji kejadian bencana alam ini dengan lebih dekat maka kita perlu berbalik kepada
punca berlakunya bencana alam. Sama ada kita sedar atau tidak kejadian bencana alam sangat sensitif
terhadap sebarang perubahan sama dari segi fizikal atau dalaman bumi. Perubahan yang berpunca daripada
aktiviti manusia atau secara semula jadi boleh memberi kesan kepada alam dan seterusnya mendorong
berlakunya malapetaka alam. Salah satu faktor yang kita boleh lihat secara jelas ialah pembangunan yang pesat
terutama di kawasan yang berisiko seperti di lereng bukit dan tanah lembut. Pembangunan fizikal bagi tujuan
pembinaan tapak industri, bangunan pencakar langit, kawasan petempatan dan sebagainya tidak dirancang
dengan sebaiknya malah pemaju tidak memikirkan kesannya terhadap persekitaran dalam jangka masa
panjang. Maka, ketidakprihatinan ini akan menyebabkan sistem ekologi yang asal tdak mampu untuk
menghalang sebarang kejadian bencana berlaku kerana pembangunan tersebut telah memusnahkan kawasan
hijau yang menjadi pelindung kepada permukaan bumi terhadap sebarang proses luluhawa. Proses ini
sebenarnya boleh melemahkan struktur dalaman tanah. Apabila ini berlaku maka sebarang perubahan drastik
terhadap permukaan bumi akan menyebabkan berlakunya bencana seperti tanah runruh, banjir kilat, runtuhan
bangunan secara tiba-tiba dan sebagainya. Justru, pembangunan harus dikawal atau dilakukan dengan berhati-
hati supaya tidak menjejaskan sistem ekologi secara mendadak.

Selain itu, punca lain yang menyebabkan terjadinya bencana alam ialah perubahan iklim global yang berlaku
hampir setiap tahun. Faktor perubahan iklim ini kadangkala kita tidak ambil peduli tetapi kesan daripada
fenomena tersebut yang lebih menarik perhatian kita. Perubahan iklim global yang berlaku adalah kesan
peningkatan mendadak gas rumah hijau di atmosfera yang disebabkan oleh kepesatan dalam industri
perkilangan, pembalakan, pertanian, pengangkutan dan industri lain di dunia tanpa adanya keseimbangan
dengan alam sekitar. Ini seterusnya telah menyumbang kepada pertambahan gas-gas tersebut dan secara
langsung meningkatkan suhu bumi. Peningkatan suhu secara global akan mencairkan litupan ais dan salji
dikawasan artik. Maka apabila ini berlaku ,paras air laut turut akan meningkat seterusnya akan memberikan
impak yang dahsyat kepada masyarakat dunia seperti kejadian banjir besar yang berlaku di negara kepulauan,
misalnya Fiji dan Maldives. Kejadian banjir besar yang berlaku bukan sahaja merosakkan harta benda bahkan
bakal meragut nyawa manusia selain melumpuhkan aktiviti ekonomi dan sosial sesebuah negara. Maka,
kerancakan aktiviti manusia yang boleh memburukkan lagi situasi seharusnya diselia dan dirancang dengan teliti
terutama di negara-negara industri.

Sikap manusia yang sambil lewa terhadap persekitaran turut menyumbang kepada bencana alam. Kini, m ajoriti
penduduk di negara kita mampu memiliki kenderaaan sendiri. Mereka juga leih selesa untuk berulang-alik ke
tempat kerja dengan menggunakan kenderaan sendiri berbanding dengan kenderaan awam. Bukan itu sahaja,
di sesetengah kawasan,terdapat penduduknya yang gemar melakukan pembakaran terbuka. Kedua-dua
perkara ini sebenarnya telah mendorong kepada penghasilan asap. Hal ini nampaknya remeh, kerana yang
1/3
kelihatan hanyalah asap, namun asap inilah sebenarnya yang menyebabkan kejadian jerebu sehingga
menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Impak jerebu ini boleh menyebabkan pesakit
asma mengalami masalah dan mereka yang mempunyai penyakit sedia ada pula menjadi semakin kronik. Oleh
itu, kita seharusnya sedar dan berhati-hati semasa melakukan sesuatu perkara ibarat pandang jauh
dilayangkan, pandang dekat ditukikkan supaya tidak berlaku sebarang bencana. Hal ini secara tidak langsung
dapat membantu kita untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan sekaligus membantu menyelamatkan
nyawa yang tidak berdosa.

Punca lain yang menyumbang kepada berlakunya bencana alam adalah disebabkan oleh aktiviti manusia yang
menggunakan sumber alam secara rakus tanpa kawalan. Pelepasan gas karbon dioksida oleh 600 juta
kenderaan di seluruh dunia dan penerokaan hutan secara berleluasa menyumbang kepada berlakunya
penipisan lapisan ozon, pemanasan global dan seterusnya mendorong kepada kejadian pelbagai bencana
akibat berlakunya perubahan iklim seperti peningkatan suhu harian dan kesejukan melampau berlaku
dikebanyakan tempat di dunia. Fenomena taufan dan banjir besar berlaku secara tidak dijangka. Walaupun
terdapat sistem maklumat geografi dan telekomunikasi yang serba canggih di dunia, ia belum dapat meramal
dengan tepat tentang kejadian sesuatu bencana yang bakal berlaku. Bencana gempa bumi yang berlaku
disesetengah kawasan pula amat sukar diramal tentang bila dan dimana ia akan berlaku. Kawasan yang tidak
pernah mengalami gempa turut menerima kesan gegaran yang menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat.
Bagi mereka yang telah ditimpa bencana pula kos untuk membangunkan semula kawasan yang dilanda
bencana amat tinggi. Maka jelaslah bahawa bencana alam membawa malapetaka kepada mangsa dan isu ini
perlu dikaji dengan lebih mendalam agar dapat mengelakkan sebarang impak yang lebih serius.

Aktiviti pembalakan memang merupakan antara penyumbang ekonomi negara, namun antara sedar
ataupun tidak, aktiviti ini menjadi faktor berlakunya bencana alam. Pihak yang terbabit dalam penebangan hutan
selalunya hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan inpaknya terhadap persekitaran
ekologi ,mungkin golongan yang bersifat nafsi ini tidak mengetahui bahawa dalam sistem ekologi itu manusia
adalah organisma utama. Maka sebarang perubahan dalam ekosistem hutan pasti akan memberi kesan
terhadap manusia. Kawasan hutan yang telah ditebang jika tidak digantikan dengan anak pokok yang baharu,
biasanya akan terdedah kepada hujan dan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Keadaan ini akan
menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh yang akan meragut nyawa dan menyebabkan kerosakan harta
benda. Oleh itu, sebarang aktiviti ekonomi yang memusnahkan hutan secara meluas dan tidak terkawal perlulah
diambil tindakan yang drastik terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap kemusnahan tersebut agar
dapat menjamin kehidupan yang sejahtera terutama untuk generasi yang akan datang.

Selain itu, bencana alam turut disebabkan oleh aktiviti semula jadi yang berlaku di perut bumi sendiri.
Misalnya bencana alam seperti tsunami yang kerap terjadi setiap tahun terutama di kawasan Lingkaran Api
Pasifik seperti di Indonesia , Jepun dan Filipina. Jika kita kaji secara saintifiknya, tsunami ,gempa bumi dan
segala bentuk gegaran yang berlaku adalah disebabkan oleh pergeseran antara dua plat tektonik yang bergerak
secara tiba-tiba. P\lat tektonik ini bergerak di antara satu sama lain, kemudian berlanggar sesama sendiri maka
terhasilah gempa bumi dasar laut. Contohnya gempa bumi yang melanda di Lautan Hindi. Susulan daripada
gempa bumi ini ,maka tsunami pula akan terbentuk disebabkan oleh gegaran yang wujud akibat gempa
tersebut. Hal ini merupakan antara bencana alam yang paling ditakuti lantaran kedatangannya adalah secara
tiba-tiba dan mampu meranapkan seluruh kawasan yang dilaluinya, ini terbukti dengan kejadian Tsunami Acheh
yang berlaku pada 26 Disember 2004. Kejadian tersebut telah merencatkan terus segala aktiviti penduduk
Acheh.

Kesimpulannya, bencana alam memberi satu mimpi dan pengalaman yang buruk sama ada kepada rakyat
mahupun kepada institusi negara itu sendiri sehingga pihak kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat ke atas
negara. Bencana alam kadangkala datang tanpa diundang dan untuk itu kita perlu sentiasa berwaspada
terhadap sebarang bentuk perubahan yang boleh membawa kepada kemusnahan petempatan, kehilangan
nyawa dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kejadian bencana alam juga sebenarnya turut berpunca daripada
kegiatan manusia itu sendiri. Oleh itu, kita sendiri sebagai manusia perlulah mengubah sikap yang boleh
menyebabkan berlakunya bencana alam. Segala bentuk langkah berjaga-jaga perlulah diambil dan

2/3
dilaksanakan dengan lebih awal sebelum kedatangan bencana agar kita dapat mengelakkan kesan yang lebih
buruk lagi.

3/3

You might also like