You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAAN SUNGAI PENCHALA

JALAN DAMANSARA, 60000 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID BIL. 3 TAHUN 2017

TARIKH : 1 OGOS 2017


MASA : 2 PETANG
TEMPAT : BALAI MUAFAKAT
PENGERUSI : EN. ABDULLAH BIN A WAHAB (GPK HAL EHWAL MURID)

KEHADIRAN :

1. Pn. Norlaily bt Md Yusoff Guru Besar


2. Pn. Rahimahtun bt Awang GPK Tadbir & Kurikulum
3. En. Abdullah bin A Wahab GPK Hal Ehwal Murid
4. Pn. Wan Maheran bt Wan Mohd Zain
5. Cik Roszaliza bt Sahab
6. Cik Norsilawani bt Nor
7. En. Mohd Rizan bin Abdullah Dawawi
8. En. Zed Zamri bin Mat Saud
9. Pn. Samsiah bt Ismail
10. Pn. Suraya bt Mohamad Din
11. Pn. Azziati bt Mamat
12. Pn. Ku Hasmiza bt Ku Abdul Hamid
13. En. Mohd Ikhwan bin Zawawi
14. Pn. Noraini bt Zakaria
15. Pn. Siti Sarah bt Mohd Marzuki
16. Pn. Noorianti bt Tahrim
17. En. Amir Nubli bin Ahmad
18. Cik Anis Shazreen bt Shamsir
19. Pn. Asmidar bt Abdul Rahim
20. Pn. Chong Chew Yeng
21. Pn. Lilimaslina bt Ismail
22. En. Mohamad bin Shamsuddin
23. Pn. Noraida bt Saary
24. Pn. Noor Syahimah bt Mohd Mokhtar
25. Cik Nor Farihah bt Ibrahim
26. Pn. Nur Aziera bt Zakaria
27. Pn. Ramlah bt Md. Isa
28. Pn. Siti Norsakinah bt Md. Shakri
29. En. Afandi bin Mohd Zamzuri
30. En. Syed Normazuan bin Mohd Nor
31. Pn. Wong Lai Moon
32. Pn. Nor Azlin bt Mushaddin
33. En. Paisan bin Mat Tahir @ Mohamed Nor
34. Pn. Sahharina bt Abdul Merut
35. En. Muhamad Amirul b. Husni
36. En. Mat Zahir b Mat Zin
37. En. Abdul Muhaimin b Mat Nor
38. Pn. Jamunah a/p Sugumaran
39. En. Musa b Mangsor

TIDAK HADIR BERSEBAB :

1. En. Mohd Azizi Jamil b A. Aziz


2. En. Mohd Iqbal Ridzwan b Hamdan
3. Pn. Azizah bt Mahmud
4. Pn. Salmah bt Awang
5. Pn. Zamna bt Zakaria
6. Cik Raja Nadiah bt Raja Zaharuddin Shah
7. En. Azhar b Adam
8. En. Zamzuri b Sharif
9. Pn. Amaliah bt Ibrahim
10. Cik Anis bt Azazi
11. En. Mohamed Faizal b Mohamed Noh
12. Pn. Zuraida bt Abd Razak
13. En. Muhamad Abdullah b Ahmad Saifuddin

1.0 Perutusan Pengerusi


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab dan doa.
1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat HEM kali ketiga bagi
tahun 2017.
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
2.1 Minit mesyuarat Bil 2/2017 disahkan oleh Pn. Norazlin bt Mushaddin dan disokong
sebulat suara oleh semua guru yang hadir.

3.0 Perkara Berbangkit


Tiada

4.0 Laporan / Perkara Perbincangan


4.1 Makluman berkenaan program bagi murid Tahun 6
4.1.1 Pn. Norlaily memaklumkan bahawa program Solat Hajat & Majlis Restu Ilmu
akan dijalankan pada 9 September 2017 (Sabtu) di Masjid Al-Hidayah, jam 9.00
pagi.
4.1.2 Pn. Laily meminta agar para ibu bapa dimaklumkan mengenai program ini
melalui whatsapp terlebih dahulu. Surat jemputan akan diberi kemudian.
4.1.3 Pn. Laily juga meminta agar AJK PIBG (ibu bapa) dimasukkan dalam senarai
nama AJK yang akan bertugas pada hari kejadian nanti.
4.1.4 Guru Besar turut mengingatkan guru kelas Tahun 6 untuk menghantar borang
kemasukan ke Tingkatan 1 kepada En. Amirul dengan segera untuk diuruskan.

Tindakan : Makluman

4.2 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah


4.2.1 En. Abdullah memaklumkan bahawa pihak sekolah baru mendapat stok susu
dari pembekal.
4.2.2 Seramai 15 orang murid akan menerima susu berkenaan.

Tindakan : Makluman

4.3 Keceriaan dan Kebersihan Kelas


4.3.1 Guru-guru kelas diminta memastikan laci meja kelas dikosongkan. Murid-murid
tidak dibenarkan meninggalkan buku atau sampah di dalam laci meja.
4.3.2 Laci meja kelas perlu dibersihkan seminggu sekali dengan pantauan guru.
4.3.3 Bagi Pertandingan Keceriaan Kelas yang dijalankan setiap minggu, En. Abdullah
meminta agar sijil diberikan oleh guru yang bertugas pada minggu lalu.
4.3.4 En. Abdullah memaklumkan bahawa pintu kelas 3S yang berada dalam keadaan
uzur kerana dimakan bubuk telahpun dicabut kerana bimbang pintu tersebut
roboh dan menimpa murid. Pintu kelas 3D juga telah dipaku.
4.3.5 Memandangkan Blok C terletak di kawasan lapang dan berangin, carta-carta
yang ditampal di dalam kelas mudah tercabut ditiup angin. En. Abdullah
meminta agar guru-guru kelas pakukan sahaja carta-carta tersebut ke dinding.

Tindakan : Makluman
4.4 Buku Laporan Bertugas :
4.4.1 En. Abdullah meminta guru bertugas agar mencatat apa sahaja maklumat yang
disampaikan dalam perhimpunan ke dalam buku laporan bertugas mingguan.
4.4.2 Menurut En. Abdullah, ini adalah bukti sekiranya pemantau datang dan
bertanya tentang cara maklumat disampaikan di sekolah.

Tindakan Makluman

4.5 Bimbingan dan Kaunseling :


4.5.1 En. Abdullah mengucapkan tahniah kepada Pn. Jamunah kerana program-
program di bawah unit bimbingan dan kaunseling berjalan dengan lancar,
contohnya lawatan ke rumah orang tua, sambutan hari jadi, dll.

Tindakan : Makluman
4.6 APDM :
4.6.1 Guru kelas diminta untuk mengisi sendiri maklumat dalam APDM.
4.6.2 Guru waktu pertama diminta untuk memaklumkan kehadiran murid dalam
telegram agar mudah guru kelas isi maklumat kehadiran dalam APDM.

Tindakan : Makluman

4.7 PPDa :
4.7.1 En. Abdullah memaklumkan bahawa tiada aktiviti PPDa di peringkat zon, namun
meminta agar aktiviti berkaitan PPDa dijalankan di peringkat dalaman.

Tindakan : Makluman

4.8 Kesihatan :
4.8.1 En. Abdullah meminta agar AJK Kesihatan menjalankan Hari Sihat dengan
menjalankan aktiviti senamrobik.

Tindakan : Makluman

4.9 COMBI :
4.9.1 En. Abdullah memaklumkan bahawa doktor dari Klinik Kesihatan Taman Tun Dr
Ismail berhasrat mahu mengadakan program COMBI untuk murid tahun 3, 4 dan
5 di SK Sg Penchala.
4.9.2 Program tersebut melibatkan 15 orang murid dan 2 orang guru.
4.9.3 Doktor berkenaan akan memberi taklimat dan melatih murid-murid ini
bagaimana mahu mengenalpasti kawasan berisiko denggi.
4.9.4 Guru Besar memaklumkan bahawa sekolah mempunyai saman DBKL (RM500)
kerana ada jentik-jentik dalam kawasan sekolah.
4.9.5 Guru Besar berharap perkara seumpama ini dapat dielakkan di masa akan
datang.

Tindakan : Makluman

5.0 Buku Rekod Kedatangan


5.1 Dalam buku rekod kedatangan, guru-guru diminta agar tidak menggunakan cecair
pemadam sekiranya ada kesalahan, sebaliknya hanya potong / garis sahaja, kemudian
tandatangan ringkas dan tulis maklumat yang betul.
5.2 En. Abdullah turut mengingatkan agar peratus kehadiran di muka hadapan dan belakang
buku rekod kehadiran diisi dengan lengkap.
5.3 Bagi murid bukan warganegara, nama mereka perlu dihighlight dengan warna merah
jambu pada nombor.
5.4 En. Abdullah juga memohon agar guru-guru kelas sentiasa cakna dengan murid yang
tidak hadir. Murid yang terlalu kerap tidak hadir ke sekolah perlu diberi surat amaran.

Tindakan : Makluman

6.0 Fail Peribadi Murid


6.1 Guru kelas diminta untuk mengemaskini maklumat terkini murid bagi tahun 2017.
6.2 Setelah mengemaskini fail-fail murid, guru perlu mengembalikan fail-fail berkenaan ke
pejabat semula.

Tindakan : Makluman

7.0 Disiplin
7.1 En. Abdullah minta agar semua guru mainkan peranan dalam usaha mengawal disiplin
murid.
7.2 Guru-guru perlu tegur kesilapan murid seperti rambut, pakaian dan tingkah laku agar
murid tidak melakukan kesalahan tersebut dengan berterusan.
7.3 Sekiranya guru sukar mengurus satu-satu situasi atau kes, guru boleh serahkan pada En.
Azhar selaku guru disiplin untuk kendalikan kes berkenaan.

Tindakan : Makluman
8.0 Hal-hal lain :
8.1 Guru Besar memaklumkan bahawa markah PdPc guru-guru bagi bulan Julai telah
dimasukkan.
8.2 Hari sukan sekolah akan dijalankan pada 8 9 November 2017.
8.3 Guru Besar memaklumkan bahawa sekolah didatangi pegawai PPKI kerana ada 2 orang
murid SKSP yang ada kad OKU berdaftar.
8.4 Tahun ini merupakan tahun terakhir En. Faizal menjadi pengusaha kantin SKSP.
Permohonan tender baru kantin akan dibuka tidak lama lagi.
8.5 En. Abdullah mengingatkan unit-unit jawatankuasa HEM untuk jalankan mesyuarat bagi
setiap jawatankuasa kecil yang ada. Minit mesyuarat juga perlu ada. Ketua setiap unit
diminta melaporkan perkembangan aktiviti yang telah dirancang atau dijalankan kepada
setiausaha HEM dari semasa ke semasa.

Tindakan : Makluman

Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.56 petang dengan ucapan terima kasih daripada Pengerusi
kepada semua yang hadir.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

................................................. ..........................................................
(ANIS SHAZREEN BT SHAMSIR) (ABDULLAH BIN A WAHAB)
Setiausaha HEM, Pengerusi,
Mesyuarat HEM, Bil 3 Tahun 2017 Mesyuarat HEM, Bil 3 Tahun 2017
SK Sg Penchala, Kuala Lumpur SK Sg Penchala, Kuala Lumpur

Bertarikh : 10 OGOS 2017

You might also like