You are on page 1of 3

Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran(PdP)

Tajuk: Papan Tarikh dan Hari (Pengurusan Bilik Darjah)

Pengenalan:

Masalah yang saya sering alami ketika mengajar adalah saya sering terlupa untuk
menulis hari dan tarikh di papan putih. Oleh itu, saya telah memikirkan satu cara
untuk mengelakkan diri dari terlupa dengan menggantungkan papan hari dan tarikh
ini di bilik darjah. Dengan adanya papan ini, saya cuma perlu sentiasa berawas untuk
menukar hari dan tarikh mengikut ketetapan. Fungsi papan hari dan tarikh ini adalah
untuk memudahkan guru dan murid melihat tarikh dan hari serta menggelakkan saya
dari terlupa.

Bahan-bahan:

1. Gam

2. Pisau

3. Gunting

4. Kadbod plastik

5. Mesin pencetak

6. Penebuk lubang

7. Gegelung cincin

Rekabentuk:

Saya mendapat idea reka bentuk papan hari dan tarikh ini melalui reka bentuk
kalendar. Kadbod plastik digunakan sebagai tapak papan, ini adalah untuk
memastikan papan tarikh dan hari boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang.
Manakala untuk bilangan hari, bulan, tahun dan lain-lain saya telah menggunakan
teknologi dengan menaip nombor dan karakter di komputer, seterusnya mencetak
keluar seperti biasa. Warna dan gambar yang dicetak lebih menarik berbanding tulisan
tangan. Saya menggunakan penebuk lubang untuk melubangkan bahagian atas helaian
nombor, karakter dan kadbod plastik sebelum memasukkan gegelung cincin kedalam
lubang yang ditebuk. Guru boleh menggantungkan papan tersebut di tempat yang
sesuai menggunakan cangkuk yang dipasang pada gegelung cincin.

Lampiran:

Gambar 1 : Papan Tarikh

Gambar 2 : Papan Hari


Gambar 3 : Papan yang dipaparkan di dalam bilik darjah

You might also like