You are on page 1of 18

TUGASAN

BBPM 2203
PENGURUSAN PEMASARAN 2

NAMA : AZILAH BINTI USMAN


NO MATRIK : 940110125892-001
PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN DENGAN KEPUJIAN
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 Pengenalan. 3
2.0 Cabaran Membangunkan Produk Baru. 4
2.1 Keperluan Dalam Mendapatkan Kelulusan daripada
Agensi Kelulusan Malaysia 4
2.2 Kos unutk mewujudkan produk baru yang tinggi 5
2.3 Persaingan pasaran. 5
2.4 Pengambilan dan latihan tenaga pengajar baharu. 6
3.0 Peringkat-peringkat membangunkan produk baru. 7
3.1 Penjanaan Idea. 7-9
3.2 Analisa Perniagaan. 10
3.3 Pembangunan Produk. 11
3.4 Pembangunan Prototaip. 12
3.5 Ujian Pemasaran. 13
3.6 Pengiklanan. 14
4.0 Faktor-faktor Kritikal Kejayaan. 15
4.1 Persekitaran yang berbeza daripada institusi lain. 15
4.2 Komitmen Pihak pentadbiran. 15
4.3 Produk baru yang unik serta memenuhi kehendak. 16
4.4 Strategi pemasaran yang baik. 16
5.0 Rumusan. 17
RUJUKAN 18

2
1.0 Pengenalan Institusi.

Dalam kajian pada tugasan kali ini, institut yang menjadi pilihan berkenaan
laporan pemasaran berkaitan produk baharu bagi sesebuah institusi adalah Universiti
Limkokwing.

Limkokwing Universiti of Creative Technology dinamakan sempena seorang


personaliti terkenal di bidang perniagaan iaitu Tan Sri Dato' Professor Dr Lim Kok Wing.
Universiti Limkokwing ini terletak di Cyberjaya. Universiti Limkokwing ini adalah
komponen daripada Malaysian Design Innovation (MIDI) yang dibangunkan hasil
daripada gabungan sektor swasta dan sektor kerajaan bagi menjadi hub kreatif serantau.

Melalui enam fakulti yang terdapat di institusi ini yang terdiri daripada fakulti
Reka Bentuk Inovasi, Kreativiti Multimedia, Komunikasi, Media & Penyiaran, Teknologi
Maklumat & Komunikasi, Pengurusan Perniagaan & Globalisasi dan Seni Bina &
Pembangunan Persekitaran pelbagai program dijalankan dan dilaksanakan oleh pihak
institusi tersebut. Tidak kiralah sama ada aktiviti antara fakulti ataupun universiti,
penganjur dan peserta adalah terdiri daripada komuniti pelajar dan institusi. Terdapat juga
pelbagai kursus-kursus khusus yang ditawarkan dalam bidang kepimpinan,
keusahawanan, kewangan dan teknologi maklumat di institusi ini.

Terdapat kira-kira 40 jenis kelab dan persatuan yang terdiri daripada pelajar-
pelajar yang datang menuntut dari luar negara. Kampus tersebut dilengkapi dengan
pelbagai kemudahan untuk digunakan oleh para penuntut dan pelajar. Sebagai contoh
kemudahan adalah seperti kantin, ruang makan, kafetaria, gimnasium, salon rambut dan
termasuk juga kedai serbaneka. Kampus tersebut juga tentulah menyediakan kemudahan
kepada pelajar seperti ruang belajar dan perpustakaan.

Selain itu juga, Universiti Limkokwing turut menawarkan pelbagai kursus baharu.
Salah satu daripadanya adalah Program Ijazah Reka Bentuk Industri. Program ini
dilancarkan berdasarkan bagi memenuhi tuntutan perkembangan industri.

3
2.0 Cabaran Membangunkan Produk Baharu.

Walaubagaimanapun, berikutan perkembangan industri yang semakin


mendapat sambutan di kalangan masyarakat dan menjadi pilihan daripada pelbagai
generasi, proses untuk membangunkan produk baharu mendapat pelbagai cabaran dan
saingan dalam pemasaran komuniti. Antara cabaran tersebut adalah seperti yang
dinyatakan di bawah.

2.1 Keperluan Dalam Mendapatkan Kelulusan daripada Agensi Kelulusan Malaysia.

Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing merupakan antara universiti yang


berjaya di Malaysia. Pihak pentadbir universiti tersebut telah melaksanakan pelbagai
rancangan dan strategi untuk terus lebih dikenali dan meluaskan lagi pengaruhnya
serta untuk menaikkan imej university dimata masyarakat dan antarabangsa. Salah
satu daripada rancangan yang dilaksanakan oleh pihak pentadbir universiti tersebut
adalah program yang bertujuan untuk mewujudkan dan menawarkan pelbagai kursus
baharu kepada pelajarnya. Antara kursus tersebut ialah Program Ijazah Sarjana Muda
dengan Kepujian Reka Bentuk Industri yang mana adalah dibawah naungan Fakulti
Reka Bentuk Inovasi. Walaubagaimanapun, cabaran penambahan tawaran program ini
haruslah mendapat kelulusan menurut garis perakuan akreditasi yang ditetapkan oleh
Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan juga daripada Jabatan perkhidmatan
Awam.

Daftar Kelayakan Malaysia ataupun lebih dikenali dengan Malaysian


Qualifications Register (MQR) adalah satu pusat daftar yang menyenaraikan semua
program pengajian dan kelayakan yang telah mendapat akreditasi penuh MQA.
Fungsi utamanya dalam proses mendapat kelulusan adalah sebagai sumber rujukan
dan panduan kepada pelbagai pihak berkepentingan berkaitan program pengajian
tinggi dan kelayakan yang telah diakreditkan di Malaysia. Adalah menjadi keperluan
bagi sesebuah pihak pentadbir dimana-mana uuniversiti bahawa program yang hendak
ditawarkan hendaklahlah mendapat kelulusan daripada MQA menurut Kementerian
Pendidikan Malaysia.

4
2.2 Kos untuk Mewujudkan Produk Baharu yang Tinggi.

Selain daripada memerlukan kelulusan daripada pihak tertentu, cabaran


daripada mewujudkan produk baharu juga adalah proses ini memakan kos
perbelanjaan yang tinggi. Sebagai contoh, sekiranya pihak universiti ingin
mewujudkan program pengajian dan kursus baharu pihak universiti turut perlu
menggaji tenaga pengajar yang mencukupi bagi program baharu yang akan
dilaksanakan. Di samping itu juga, pihak pentadbir university juga perlu untuk
menyediakan tempat latihan yang khusus bagi pelajar mengambil bahagian dalam
program baharu tersebut mendapat persekitaran yang selesa. Bukan itu sahaja
malahan, marketing atau pemasaran juga perlu dilakukan untuk memperkenalkan
program baharu kepada orang ramai. Justeru, bagi mewujudkan program baharu
memerlukan kos yang banyak

2.3 Persaingan Pasaran.

Sekiranya pemasaran tidak dilakukan dengan baik, usaha untuk


mewujudkan dan memperkenalkan program baharu kepada masyarakat adalah
sangat sukar. Hal ini adalah kerana terdapatnya persaingan pasaran. Oleh kerana
Universiti Limkokwing adalah sebuah universiti yang hebat dan lebih umum
dimata masyarakat, pemasaran yang dilakukan oleh pihak pentadbiran universiti
tersebut akan lebih menonjol dan diyakini. Namun begitu, disebabkan hal itulah
pihak universiti lain akan menawarkan program yang lebih menarik berbanding
Universiti Limkokwing. Malahan juga akan ada pihak universiti yang lain
menawarkan program baharu yang sama seperti program baharu di Universiti
Limkokwing namun dengan harga pengajian yang berbeza. Tidak kurang juga aka
nada yang menawarkan kemudahan yang lebih baik bagi pelajar. Justeru,
persaingan dalam pasaran adalah suatu cabaran bagi mewujudkan produk baharu.

5
2.4 Pengambilan dan Latihan Tenaga Pengajar Baharu.

Bagi mewujudkan program baharu, sudah tentulah tenaga pengajar


diperlukan bagi melaksanakan pembelajaran bagi program dan kursus pengajian
baharu tersebut. Pihak pentadbir memerlukan tenaga pengajar yang terlatih bagi
menyampaikan pembelajaran kepada para pelajarnya. Pengambilan tenaga
pengajar baru perlu diteliti dengan sebaiknya agar khidmatnya dapat digunakan
dengan baik dalam kursus baru yang ditawarkan oleh pihak universiti. Selain itu,
latihan berkenaan program baharu yang akan dijalankan juga perlu diberikan
kepada kakitangan yang terlibat yang mengajar bakal pelajar kursus baru ini.
Pihak pengurusan dan pentabiran universiti perlu menyediakan pelan yang
terancang dan tersusun kepada kakitangannya yang terlibat dalam latihan. Hal ini
demikian adalah untuk memastikan tenaga pengajarnya berada pada prestasi
terbaik untuk mengelola bakal pelajar kursus baru yang diperkenalkan oleh
universti.

6
3.0 Peringkat-peringkat Membangunkan Produk Baru.

Seiringan dengan cabaran dalam membangunkan dan mewujudkan program baru,


terdapat beberapa peringkat unktuk memastikan idea dan usaha untuk mewujudkan
program baru dapat dilaksanakan dengan penuh perancangan yang kemas dan teliti.
Berikut adalah peringkat-peringkat dalam usaha membangunkan program baru yang akan
dilaksanakan di Universiti Limkokwing.

3.1 Penjanaan Idea

Bagi pihak pentadbir Universiti Limkokwing, idea untuk mewujudkan dan


melaksanakan program baru dalam program pengajian institusi adalah
daripada sumber-sumber seperti yang berikut;

3.1.1 Kakitangan Pihak Universiti.

Universiti Limkokwing mempunyai ramai tenaga pekerja sama ada


dari pihak pentadbiran sehinggalah ke pihak tenaga pengajar dan
pelajar. Setiap individu adalah professional yang pakar dalam bidang
masing-masing dan mempunyai tanggungjawab masing-masing.
Pejanaan idea oleh kakitangan mampu menghasikan idea yang baik
dan bernas untuk menwujudkan satu kursus baru yang akan ditawarkan
oleh pihak atasan universiti. Sebagai contoh, memandangkan sumber
kakitangan adalah merujuk kepada penyelidikan dan pembangunan
rasmi syarikat sendiri, pihak tersebut yang terdiri daripada pensyarah,
ketua jabatan, ketua fakulti dan pihak pengurusan yang terbabit akan
berbincang melalui teknik percambahan minda dan berganding bahu.

7
3.1.2 Pelanggan Universiti.

Sekiranya program yang bakal dilaksanakan adalah untuk para pelajar,


maka sesetengah daripada hasil idea bagi mewujudkan program
pengajian baru adalah daripada pelajar itu sendiri. Para pelajar lebih
mengetahui dan memahami sendiri apa yang dikehendaki bagi seorang
pelajar. Demikian itu, hasil daripada kajian dan soal selidik yang
dijalankan oleh pihak Universiti Limkokwing, pelbagai idea baharu
yang dapat diguna pakai bagi memastikan produk baru adalah hasil
daripada idea yang bernas dan bermanfaat. Justeru itu, idea untuk
mewujudkan program baru dalam program pengajian seperti Ijazah
Muda dengan Kepujian Seni Reka Industri wujud disebabkan oleh
ramai dari kalangan muda yang lebih berminat kearah perniagaan dan
seni reka.

3.1.3 Persaingan Institusi Lain.

Organisasi juga boleh melihat reaksi dan tindakan yang dijalankan oleh
organisasi lain untuk mendapatkan idea produk baru. Pemasar boleh
meniru idea pesaing sekiranya idea berkenaan diterima oleh pasaran.
Universiti Limkokwing juga akan melihat program atau kursus yang
ditawarkan oleh pesaing lain sebagai idea untuk ditiru. Jika produk
yang ditawarkan oleh pesaing mendapat sambutan hangat pasaran,
pengurusan universiti akan mengambil langkah meniru sebagaimana
yang dilakukan oleh pesaing.

8
3.1.4 Kajian yang Dijalankan.

Kaedah yang digunakan dalam usaha membangunkan program


pengajian baru dan untuk memperkenalkannya kepada umum adalah
melaui kajian. Pihak pentadbiran Universiti Limkokwing menjalankan
kajian melalui kaedah perancangan dengan pendekatan kreatif dan
berinovatif agar modal insan yang bakal lahir daripada usaha
mewujudkan program baru itu nanti akan menjadi lebih berdaya saing,
cerdas dan kreatif dalam tangngungjawab untuk memenuhi permintaan
semasa.

9
3.2 Analisa Perniagaan

Sekiranya pengujian konsep mendapat reaksi yang positif daripada


pelanggan, ia akan dinilai pada peringkat yang seterusnya iaitu pada peringkat
analisis perniagaan. Pada peringkat ini pengurusan universiti akan mengalisis saiz
pasaran,persaingan,kos yang dijangkakan,kuota kemasukan pelajar dan faktor-
faktor persekitaran lain yang mempengaruhi penawaran kursus.

Disebabkan oleh bilangan institute pengajian tinggi yang banyak di


Malaysia, hal ini merupakan cabaran utama bagi pihak Universiti Limkokwing
memasarkan kursus baru kepada golongan sasar. Selain itu, keadaan ini akan
mewujudkan persaingan dalam usaha membangunkan kursus-kursus dan program
pengajian baru dalam kalangan golongan sasar.

10
3.3 Pembangunan Produk

Sekiranya analisa perniagaan telah dilakukan dengan baik dan teliti, proses
untuk mewujudkan program pengajian baru akan diteruskan untuk dibangunkan dan
ditawarkan kepada pelanggan. Pada peringkat ini, ianya dipanggil suatu peringkat
lompatan besar. Pihak pentadbiran yang mengendalikan pembangunan produk baru
akan satu atau lebih daripada konsep yang dikursuskan.

Kertas kerja yang telah dilakarkan akan mengambil masa sama ada seminggu
ataupun sebulan mahupun setahun. Kertas kerja ini akan memberitahu manfaat atau
faedah yang diperolehi serta kerjaya masa hadapan setelah habis pengajian. Kursus
yang ditawarkan akan diselidik dan dikaji supaya memenuhi tuntutan semasa
sebelum diperkenalkan kepada umum.

11
3.4 Pembangunan Prototaip.

Pada peringkat pembangunan prototaip, program baru yang akan


diperkenalkan dalam program pengajian pihak Universiti Limkokwing, konsep
program akan diberikan dalam bentuk fizikal. Sebagai contoh, program tersebut akan
dilakukan secara tambahan subjek dalam pengajian yang sudah sedia ada. Setelah itu,
kursus tersebut akan dijalankan dalam kelas pengajian seperti biasa. Sekiranya kursus
tamabahan tersebut mendapat sambutan dan dapat menarik ramai minat pelajar,
kursus ataupun subjek yang pada awalnya hanyalah prototaip, akan dijalankan sebagai
pilihan dalam program pengajian. Fakulti baru juga akan ditambah dalam Universiti
Limkokwing.

12
3.5 Ujian Pemasaran.

Setelah lakaran kertas kerja telah diperkenalkan kepada pihak pentadbiran dan
rancangan program baru dilaksanakan, rancangan produk baru akan akan diuji di
beberapa kawasan pasaran yang disasarkan mengikut perancangan. Ujian pemasaran
adalah satu kaedah yang paling berkesan untuk mengetahui reaksi sebenar pengguna.
Hal ini adalah bertujuan untuk reaksi sebenar komuniti awam berkenaan produk baru
ataupun program baru yang akan diperkenalkan oleh pihak universiti.

Antara hal yang akan diuji adalah seperti tentang bagaimana bakal pelajar
hendak memohon, bagaimana kaedah pembelajaran yang akan digunakan oleh pihak
universiti mengenai kursus baru tersebut, pengenalan kepada pihak yang akan
menjadi pihak pentadbir dalam kursus atau bidang tersebut dan apakah yang akan
menarik perhatian goongan sasar setelah program baru tersebut dilaksanakan.

13
3.6 Pengiklanan.

Selepas kesemua peringkat tersebut dijalankan, Program baru ini akan


dilancarkan melalui pengiklanan ataupun commercialization. Pada peringkat ini, apa
yang akan dilakukan oleh pihak pentadbiran Universiti Limkokwing adalah usaha-
usaha untuk mengiklankan segala idea dan cadangan yang telah diluluskan dari kertas
kerja yang telah dilakarkan dan diterima oleh komuniti.

Antara kaedah pengiklanan adalah termasuk kaedah melalui tabloid, surat


khabar, televisyen dan media tempatan. Melalui kaedah pengiklanan tersebut, pihak
Universiti Limkokwing akan mengiklankan informasi tentang masa pelancaran
program pengajian baru tersebut. Selain itu, pihak universiti tersebut juga akan
memberi maklumat tentang tempat produk ataupun program baru yang akan
diperkenalkan. Pendek kata, pengiklanan bagi program baru tersebut akan dipenuhi
dengan maklumat-maklumat yang perlu diambil-tahu oleh golongan sasar dan
komuniti awam.

14
4.0 Faktor-faktor Kritikal Kejayaan.

Program Ijazah Reka Bentuk Indusri yang ditawarkan oleh Universiti


Limkokwing merupakan produk baru yang mendapat sambutan hangat daripada
masyarakat khusus di masyarakat Malaysia. Bukan itu sahaja, malah program baru yang
dilancarkan oleh pihak Universiti Limkokwing turut berjaya menembusi pasaran
antarabangsa. Antara factor-faktor kejayaan ini adalah seperti berikut;

4.1 Persekitaran yang Berbeza daripada Institusi Lain.

Disebabkan oleh persekitaran yang kondusif di university Limkokwing


berbanding universiti lain, Universiti Limkokwing sering menjadi pilihan umum
para pelajar. Kelebihan dari segi persekitaran menjadi salah satu kejayaan bagi
Universiti Limkokwing. Terdapat tempat yang dipanggil The Plaza di
Limkokwing disediakan di situ. Tempat tersebut dibina dengan suasana terbuka
sesuai untuk para pelajar bergaul dan berinteraksi sesame mereka di tempat
tersebut.

Selain itu, terdapat kemudahan lain yang disediakan untuk menyokong


produk baru yang dilancarkan iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk
Industri ini. Antara kemudahan yang disediakan kepada pelajar adalah sebuah
rumah kopi, plaza makanan dengan pelbagai gaya makanan, gimnasium, salun
rambut dan sebuah kedai serbaneka.

4.2 Komitmen Pihak Pentadbiran.

Antara faktor lain juga adalah kerana komitmen dan pelbagai usaha keras dari
pihak pengurusan dan pentadbiran untuk menjayakan produk baru tersebut.
Sokongan padu dan komitmen berterusan daripada pengurusan yang dicurahkan
melalui penyaluran sumber kewangan, moral, dan kepakaran menyebabkan
produk baru yang ditawarkan berjaya menembusi pasaran yang sedang sengit
bersaing untuk mendapat pelanggan.

15
4.3 Produk Baru yang Unik serta Memenuhi Kehendak..

Disamping itu juga, produk baru ataupun program baru yang


diperkenalkan oleh pihak Universiti Limkokwing adalah program yang unik dan
malah pengisian dan modul kursus yang mantap dan memenuhi kehendak pelajar.
Tawaran dalam program baru ini juga mengikuti perkembangan semasa serta
dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman.

Sebagai contoh, Program Ijazah Sarjana Muda Seni Reka dan Bentuk
Industri menawarkan kurikulum yang kuat dan akan memberi peluang yang baik
untuk pelajar meneroka bidang seni reka bentuk dalam industry tempatan
mahupun industry antarabangsa.

4.4 Strategi Pemasaran yang Baik.

Tidak dapat dinafikan bahawa strategi pemasaran yang baik akan dapat
menyumbang kepada factor kejayaan. Ahli jawatankuasa pihak Universiti
Limkokwing telah dengan jayanya mempromosikan pelbagai maklumat berguna
kepada golongan sasar dengan cara yang menarik dan efektif. Unit pemasaran
Limkokwing telah menggunakan pelbagai saluran untunk mempromosi produk
baru yang ditawarkan seperti melalui atas talian di mana laman sosial, tabloid,
media dan lain-lain lagi kaedah yang digunakan untuk mempromosi produk baru
dengan gaya bahasa yang menarik .

Penyampaian maklumat lengkap, jelas, tepat dan menarik adalah salah


satu faktor penyumbang kepada kejayaan dalam pembangunan produk disamping
pemilihan saluran untuk mempromosi yang tepat.

16
5.0 Rumusan.

Dalam memastikan produk baru berjaya mendapat tempat di mata komuniti


masyarakat, Universiti Limkokwing telah melancarkan pelbagai usaha-usaha untuk
melaksanakan idea daripada pihak pentadbir. Ternyata untuk melancarkan produk baru bukan
lah mudah kerana terdapat pelbagai cabaran dalam merealisasikan lakaran dan melancarkan
produk melalui kertas kerja.

Namun begitu, setelah usaha-usaha yang dilakukan dirancang dengan baik dan teliti,
produk baru daripada Universiti Limkokwing iaitu untuk melaksanakan program pengajian
yang baru dan dapat menarik minat pelajar akhirnya dapat dijalankan.

Universiti Limkokwing sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang berjaya dan
terkenal akan melakukan terbaik bagi memastikan segala program pembangunan produknya
berjaya dan memikat ramai orang untuk menerima idea-idea baru tersebut.

17
RUJUKAN.

1. Mohd Ilham,
http://www.facebook.com/2008/fbml
2. Roslan, 11 Jun 2014,
http://cgisaiman.blogspot.my/2014/06/bbpm2203-pengurusan-pemasaran-ii.html
3. Dewan Ekonomi, Februari 2015,
http://dwnekonomi.dbp.my/wordpress/?p=940
4. Muzakkir Ihsan Bin Yang Razali, Oktober 2010,
https://www.slideshare.net/andromendas/laporan-pengurus-pemasaran.
5. Rexza.com, 23 Mei 2015,
https://www.slideshare.net/andromendas/laporan-pengurus-pemasaran

18

You might also like