You are on page 1of 3

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN

BAZAR INSPIRE 2017

1. PEMBERITAHUAN

Setiap bakal Penyewa akan diberikan satu salinan syarat-syarat dan peraturan
bersama-sama dengan perjanjian penyewaan tapak gerai. Penyewa dikehendaki
membaca dan memahami syarat-syarat dan peraturan tersebut. Sekiranya Penyewa
menerima untuk menandatangani perjanjian dengan Pengurus, Penyewa mestilah
mematuhi syarat-syarat dan peraturan yang telah disediakan.

2. PERJANJIAN

i. Pihak Pengurus mempunyai hak sepenuhnya untuk menerima atau menolak


sebarang permohonan.
ii. Perjanjian di antara Pengurus dengan Penyewa akan berkuatkuasa bermula
dari hari Perjanjian ini ditandatangani.

3. TANGGUNGJAWAB PENYEWA

Semua Penyewa mestilah mematuhi perjanjian ini dan mematuhi semua syarat-
syarat dan peraturan:
i. Mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.
Mestilah berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.
ii. Tidak menganjurkan sebarang aktiviti yang bertentangan dengan ajaran Islam.
iii. Tidak menganjurkan sebarang aktiviti politik atau menyebarkan sebarang
fahaman politik.
iv. Tidak dibenarkan sama sekali menjual barang-barang lain selain barang niaga
yang telah dipersetujui.
v. Penyewa tidak dibenarkan menjual buku, majalah,CD, tabloid atau mana-
mana bahan bercetak atau tidak bercetak yang menyentuh sensitiviti kaum
atau mana-mana parti politik di Malaysia.
vi. Tidak dibenarkan merokok di tapak niaga.
vii. Penyewa mestilah memastikan pekerja-pekerja yang telah diupah turut
mematuhi perjanjian ini.
viii. Penyewa tidak dibenarkan mencabut atau memusnahkan sebarang tumbuhan
di kawasan tapak niaga serta melakukan sebarang kerosakan terhadap
kemudahan yang telah disediakan.
ix. Sebarang poster atau iklan yang dikeluarkan di tapak niaga mestilah mendapat
kelulusan dari pihak Pengurus terlebih dahulu.
x. Penyewa hanya dibenarkan meletakkan kenderaan di kawasan meletak
kenderaan yang dibenarkan sahaja. Sebarang kenderaan tidak dibenarkan
masuk ke dalam kawasan tapak niaga kecuali pada waktu pemunggahan yang
telah ditetapkan iaitu sebelum 9.00 pagi dan selepas 6.00 petang.
xi. Pihak penyewa tidak dibenarkan sama sekali mengubah sistem pendawaian di
tapak niaga dan juga tidak dibenarkan menggunakan barangan elektrik
bervoltan tinggi.
xii. Pengurusan warung atau gerai hendaklah terdiri daripada pengurus dan
pekerja yang berdaftar sahaja. Jika pengurus berdaftar atas tiket pelajar, maka
pengurusan perniagaan juga hendaklah terdiri daripada kalangan pelajar.
Tiada kemasukan daripada orang luar. Begitu juga sebaliknya.
xiii. Penyewa sama sekali tidak dibenarkan memanjangkan atau melebarkan tapak
perniagaan. Sekiranya berlaku perkara berikut, pihak Pengurus berhak
mengambil tindakan berbentuk denda sebanyak RM200 akan dikenakan.

4. TANGGUNGJAWAB PIHAK PENGURUSAN

i. Pihak Pengurusan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian


atau kerosakan yang dialami oleh pihak Penyewa.
ii. Pihak Pengurusan dibenarkan melakukan sebarang pengubahsuaian sekiranya
difikirkan perlu terhadap kemudahan yang disediakan dan para Penyewa tidak
dibenarkan membantah tanpa sebarang yang tidak munasabah.
iii. Sekiranya Penyewa melanggar sebarang peraturan, pihak Pengurus berhak
mengenakan denda atau membatalkan Perjanjian ini.
iv. Pihak Pengurus berhak menambah, memansuh, atau meminda mana-mana
bahagian dari syarat-syarat dan peraturan ini.
5. KEBERSIHAN

i. Pihak Penyewa tidak dibenarkan membuang sampah di merata-rata tempat kecuali


kawasan pembuangan sampah.
ii. Aspek kebersihan merangkumi:
a) Meja, kerusi dan ruang niaga Penyewa mestilah sentiasa dalam keadaan
bersih
b) Menggunakan bahan-bahan yang bersih dan segar
c) Tidak merokok
d) Bersih dari segi pakaian dan alatan yang digunakan
iii. Pegawai yang bertugas akan meronda ruang niaga Penyewa. Tindakan tegas akan
diambil iaitu denda RM50 sekiranya didapati Penyewa melakukan kesalahan pada
masa rondaan dibuat.

6. KESELAMATAN

iv. Pegawai kami akan sentiasa berada di tapak niaga setiap hari di khemah urusetia
untuk tujuan keselamatan.
v. Pihak Pengurus meminta kerjasama pihak Penyewa atas tanggungjawab masing-
masing untuk menjaga dan mengawasi barang-barang berharga kepunyaan mereka.

LAIN-LAIN

vi. Sebarang masalah atau aduan sila berhubung terus dengan pihak Pengurus secepat
mungkin.
vii. Pihak Pengurus tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang
dialami oleh pihak peniaga atau pengunjung.

Ditandatangani oleh, Ditandatangani oleh,

_________________ _________________

(Penyewa) (Pengurus Program)

Nama: Nama:

No Kad Pengenalan: No Kad Pengenalan:

You might also like