You are on page 1of 100

SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)

KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

LATIHAN RUMUSAN 1 (NEGERI JOHOR SET 1)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sumbangan industri
pelancongan kepada negara dan peranan masyarakat dalam merancakkan industri ini.
Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Industri pelancongan telah memberikan sumbangan yang ketara kepada ekonomi negara
sejak pengenalan Program Transformasi Negara pada tahun 2010. Sektor pelancongan negara
menjadi penyumbang keenam terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar pada tahun 2014.
Pada tahun tersebut, industri pelancongan kita masih mampu menarik seramai 27.44 juta
pelancong dengan pendapatan berjumlah RM72 bilion.

Sejak pengenalan Program Transformasi Negara tersebut, industri pelancongan telah dapat
memainkan peranan dalam membuka peluang baharu bagi memperkenalkan Malaysia ke
peringkat antarabangsa. Oleh itu, sewajarnya kita mengucapkan tahniah kepada Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia atas kempen promosi yang agresif di luar negara. Hasil
daripada kempen promosi tersebut, negara tidak lagi dikenali sebagai 'negara antara Singapura
dan Thailand. Malahan, industri ini telah berjaya menampilkan keunikan, keharmonian dan
kepelbagaian budaya di negara kita. Selain itu, Sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2015 pada
27 September dengan tema '1 Bilion Pelancong, 1 Bilion Peluang' telah berupaya memberikan
semangat kepada hala tuju Malaysia ke arah pencapaian Wawasan 2020. Sektor pelancongan
secara langsung memanfaatkan rakyat Malaysia pada tahun lepas dengan industri itu mampu
menarik pelaburan sebanyak RM19.4 bilion dan mampu mewujudkan sejumlah 1.77 juta peluang
pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Dalam merealisasikan potensi yang dimiliki Malaysia daripada keindahan pulau-pulau di


Borneo sehingga ke hutan tropika dan syurga beli belah, kerajaan akan menjadikan industri
pelancongan sebagai sumber pendapatan baharu dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.
Pengumuman langkah-langkah proaktif ekonomi baru-baru ini telah menyaksikan peruntukan
tambahan RM80 juta untuk memperhebat aktiviti promosi pelancongan dalam pasaran terpilih
termasuk di negara-negara ASEAN, China dan India. Langkah ini melibatkan program yang dapat
membangunkan produk ikonik termasuklah memberi nafas baharu kepada Muzium Negara, Tugu
Negara dan Taman Tasik Perdana yang seterusnya, menjadikan tempat tersebut sebagai satu
destinasi yang lebih menarik dan mudah dikunjungi oleh pelawat.

Visi Program Transformasi Nasional adalah untuk mewujudkan sebuah sistem yang mapan
bagi membangunkan negara demi kepentingan rakyat Malaysia. Program tersebut telah
membolehkan aspirasi kerajaan untuk tahun 2020 dicapai menerusi kaedah rasionalistik dan
terdapat keperluan untuk mempelbagaikan ekonomi negara. Oleh itu, industri pelancongan
memainkan peranan penting bagi memperkukuh kepelbagaian ekonomi Malaysia yang telah
memanfaatkan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
(Dipetik dan diubah suai daripada
Sektor pelancongan beri sumbangan ketara kepada ekonomi negara
Berita Harian, Oktober 2015)
MUKA SURAT 1 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 1 (NEGERI JOHOR SET 1)

PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan kepentingan / kebaikan / faedah / manfaat / maslahat 2
/ kelebihan / keistimewaan industri pelancongan kepada negara Malaysia
P2 Petikan membincangkan kepentingan / kebaikan / faedah / manfaat / maslahat 2
/ kelebihan / keistimewaan industri pelancongan kepada negara dan usaha-
usaha kerajaan untuk memajukan industri pelancongan.
P3 Rumusan membincangkan kepentingan / kebaikan / faedah / manfaat / 2
maslahat / kelebihan / keistimewaan industri pelancongan kepada negara dan
peranan masyarakat dalam merancakkan industri ini.
P4 Petikan membincangkan kepentingan / kebaikan / faedah / manfaat / maslahat 1
/ kelebihan / keistimewaan industri pelancongan kepada negara
P5 Petikan membincangkan sumbangan industri pelancongan kepada negara 0

ISI TERSURAT (Sumbangan Industri Pelancongan)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 Penyumbang keenam terbesar dalam KDNK negara. 2
S2 Membuka peluang baharu memperkenalkan Malaysia ke peringkat 2
antarabangsa
S3 Berjaya menampilkan keunikan, keharmonian dan kepelbagaian budaya di 2
negara kita.
S4 Berupaya memberikan semangat kepada hala tuju Malaysia ke arah 2
pencapaian Wawasan 2020
S5 Mampu menarik pelaburan sebanyak RM 19.4 bilion. 2
S6 Sumber pendapatan baharu dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa 2
S7 Dapat membangunkan produk ikonik. 2
S8 Memperkukuhkan kepelbagaian ekonomi Malaysia. 2

ISI TERSIRAT (Peranan Masyarakat)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Berbudi bahasa / bersopan santun / peramah dalam melayani pelancong 2
T2 Menjaga kebersihan tempat-tempat pelancongan 2
T3 Bekerjasama menjaga kemudahan awam / prasarana yang disediakan di 2
tempat-tempat yang dikunjungi pelancong
T4 Mempromosikan destinasi pelancongan di Malaysia kepada rakan taulan di 2
luar negara
T5 Menyediakan penginapan Inap Desa kepada pelancong 2
T6 Menjual barangan kraf tangan kepada pelancong

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bersama-sama menyokong industri 2
pelancongan agar Malaysia menjadi destinasi utama pelancong asing.

MUKA SURAT 2 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

Soalan 2(a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Apakah maksud rangkai merealisasikan potensi?


[2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan bahawa beberapa usaha kerajaan untuk memajukan industri
pelancongan.

Nyatakan usaha-usaha tersebut?


[3 markah]

(iii) Masih terdapat kekangan-kekangan yang dihadapi oleh kerajaan dalam memajukan industri
pelancongan di Malaysia.

Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku?


Berikan tiga sebab.
[4 markah]

MUKA SURAT 3 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 1 (NEGERI JOHOR SET 1)


PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata merealisasikan potensi :


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) Menjadikan kenyataan kemampuan / kebolehan / 2
keupayaan / kekuatan
(ii) Merealisasikan kemampuan / kebolehan / keupayaan 1
/ kekuatan

SOALAN (ii) Usaha-usaha kerajaan untuk memajukan industri


pelancongan:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan 1
mengadakan kempen promosi yang
agresif di luar negara
2 Sambutan hari Pelancongan Sedunia 2015 pada 27 1
September
3 Peruntukan tambahan RM80 juta untuk memperhebat 1
aktiviti promosi pelancongan

SOALAN (iii) Sebab-sebab terdapat kekangan-kekangan yang dihadapi


oleh kerajaan
ISI JAWAPAN MARKAH
1 Masyarakat tidak memberikan kerjasama 1
2 Masyarakat melakukan vandalisme 1
3 Pihak swasta tidak mahu membuat pelaburan dalam 1
industri ini
4 kejatuhan nilai ringgit 1
5 ancaman keselamatan di kawasan tarikan 1
pelancongan
6 kekurangan modal untuk melengkapkan prasarana 1

MUKA SURAT 4 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

LATIHAN RUMUSAN 2 (NEGERI JOHOR SET 2)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang
menggalakkan perkembangan industri pelancongan dan manfaat industri pelancongan
kepada negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pada era pascamerdeka ini, negara kita semakin disanjung tinggi oleh negara-negara lain.
Hal ini demikian kerana negara kita berjaya mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek. Malahan
Malaysia berjaya mengukir nama di persada dunia kerana ekonominya yang mantap. Dalam hal
ini, Malaysia telah memanfaatkan industri pelancongan bagi merealisasikan impian negara
menjadi destinasi pelancongan dunia. Antara keunikan yang terdapat di Malaysia ialah rakyatnya
yang terdiri daripada pelbagai kaum dan hidup bersatu padu. Hal ini mampu menarik pelancong
luar untuk bertandang ke negara kita. Oleh itu, kita perlu berusaha untuk mengekalkan perpaduan
kaum di Malaysia.
Dalam konteks ini, terdapat beberapa faktor mendorong kemasukan pelancong luar ke
negara kita termasuklah kemudahan pengangkutan yang semakin maju. Antara kemudahan
pengangkutan yang terdapat di negara kita termasuklah Transit Aliran Ringan (LRT), monorel,
kereta api elektrik, teksi, bas dan lain-lain lagi. Pada masa yang sama, kemudahan membeli-belah
yang disediakan juga menggalakkan pelancong berkunjung ke Malaysia. Mereka dapat berbelanja
atau mendapatkan cenderamata untuk dibawa pulang ke negara mereka. Barang-barang yang
terdapat di situ juga dijual pada harga yang berpatutan.
Keadaan iklim semula jadi yang panas sepanjang tahun mempengaruhi perkembangan
industri pelancongan di negara kita. Iklim seperti ini amat digemari oleh pelancong asing
khususnya pelancong dari negara-negara Barat seperti negara Eropah dan Amerika Syarikat.
Kepelbagaian bentuk muka bumi yang menarik seperti kawasan rekreasi di tanah tinggi dan hutan
semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun menjadi tumpuan para
pengkaji tempatan dan luar negara. Di samping itu, pantai-pantai dan pulau-pulau yang masih
belum tercemar merupakan aset penting dalam industri pelancongan. Kemajuan industri
pelancongan tanah air turut dibantu oleh wujudnya keunikan budaya di negara kita kerana
Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk. Dalam hal ini, gabungan
budaya masyarakat Melayu, Cina dan India telah berjaya meningkatkan kunjungan pelancong
asing ke Malaysia
Peranan pihak kerajaan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan pelancongan juga turut
memajukan sektor pelancongan di Malaysia. Sebagai contohnya, Kementerian Pelancongan dan
Kebudayaan Malaysia telah mengadakan pelbagai pertunjukan kebudayaan dan destinasi
pelancongan ke seluruh dunia sebagai usaha mempromosikan Malaysia kepada pelancong asing.
Sesungguhnya, sektor pelancongan merupakan sektor yang berpotensi untuk menyumbang
kepada ekonomi negara. Industri ini masih perlu diteroka kerana kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya.
(Dipetik dan diubah suai daripada
Malaysia Tumpuan Pelancong
oleh Sofea Suhaimi,
Dewan Siswa, Oktober 2015)
MUKA SURAT 5 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 2 (NEGERI JOHOR SET 2)

PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan sebab / punca yang menggalakkan 2
perkembangan industri pelancongan di Malaysia.
P2 Petikan membincangkan sebab / punca yang menggalakkan 2
perkembangan industri pelancongan dan faktor-faktor Malaysia
disanjung tinggi di peringkat antarabangsa.
P3 Rumusan membincangkan sebab / punca yang menggalakkan 2
perkembangan faktor pelancongan dan manfaat industri pelancongan
kepada negara
P4 Petikan / Rumusan sebab / punca yang menggalakkan perkembangan 1
industri pelancongan
P5 Petikan membincangkan faktor yang menggalakkan perkembangan 0
industri pelancongan

ISI TERSURAT (Faktor)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 Rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan hidup bersatu padu 2
S2 Kemudahan pengangkutan yang semakin maju
S3 Kemudahan membeli-belah yang disediakan 2
S4 Keadaan iklim semula jadi yang panas sepanjang tahun 2
S5 Kepelbagaian bentuk muka bumi yang menarik 2
S6 Pantai-pantai dan pulau-pulau yang masih belum tercemar 2
S7 Wujudnya keunikan budaya 2
S8 Peranan kerajaan dan agensi kerajaan 2

ISI TERSIRAT (Manfaat)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Sumber pendapatan negara/ meningkatkan ekonomi negara 2
T2 Membuka peluang pekerjaan yang lebih luas 2
T3 Lebih banyak infrastruktur/ prasarana disediakan 2
T4 Mengetengahkan budaya tradisional negara kepada pelancong asing 2
T5 Memajukan produk industri tempatan / industri kraf tangan /industri 2
hiliran
T6 Meningkatkan imej negara 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, kerajaan hendaklah menggalakkan perkembangan 2
industri pelancongan agar dapat memajukan negara.

MUKA SURAT 6 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

Soalan 2(a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata destinasi paling digemari?


[2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa manfaat yang dinikmati oleh negara dan rakyat Malaysia
sekiranya industri pelancongan semakin maju.

Nyatakan manfaat-manfaat tersebut?


[3 markah]

(iii) Anda melancong ke sebuah pulau dan mendapati keadaan di pulau tersebut telah tercemar.

Sebagai seorang yang prihatin, jelaskan tindakan-tindakan yang boleh anda lakukan untuk
mengatasi masalah tersebut.
[4 markah]

MUKA SURAT 7 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 2 (NEGERI JOHOR SET 2)


PEMAHAMAN
SOALAN (i) Maksud rangkai kata destinasi paling digemari:
PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) destinasi paling digemari 2
(ii) Destinasi yang disukai 1
(iii) Tempat paling digemari 1

SOALAN (ii) Manfaat-manfaat:


ISI JAWAPAN MARKAH
1 menarik pelaburan sebanyak RM19.4 bilion 1
2 mewujudkan sejumlah 1.77 juta peluang 1
pekerjaan
3 Bandar-bandar pelancongan di Malaysia 1
dimajukan

SOALAN (iii) Tindakan-tindakan yang boleh anda lakukan :


ISI JAWAPAN MARKAH
1 Melaporkan kepada pihak-pihak berkuasa / 1
Jabatan Alam Sekitar
2 Mengajak penduduk kampung / pelancong 1
untuk bergotong-royong membersihkan
kawasan tersebut
3 Meminta / mencadangkan pengusaha pusat 1
pelancongan untuk menutup sementara
waktu tempat tersebut

MUKA SURAT 8 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

LATIHAN RUMUSAN 3 (NEGERI JOHOR SET 3)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha memajukan
industri pelancongan dan kekangan yang dihadapi dalam usaha memajukan industri
pelancongan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Industri pelancongan telah memberi sumbangan ketara kepada ekonomi negara sejak
pengenalan Program Transformasi Negara pada tahun 2010. Sektor pelancongan negara kini
menjadi penyumbang keenam terbesar kepada ekonomi negara dengan sumbangan sejumlah RM161
bilion atau 14.9 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar pada tahun 2014. Potensi industri
pelancongan sebagai penjana ekonomi baharu negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha
memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya.
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengambil langkah yang drastik dengan
mempromosikan kepelbagaian aset pelancongan yang terdapat di negara kita seperti keindahan
pulau-pulau dan syurga beli belah. Hasil daripada promosi tersebut, negara tidak lagi dikenali
sebagai 'negara antara Singapura dengan Thailand.

Industri pelancongan secara langsung telah memberikan manfaat yang besar kepada negara
dan rakyat. Pada tahun 2014 sahaja, industri tersebut telah menarik pelaburan sebanyak RM19.4
bilion dan mewujudkan sejumlah 1.77 juta peluang pekerjaan di samping bandar-bandar pelancongan
di Malaysia dimajukan. Bagi memudahkan pelancong menginap berdasarkan kemampuan mereka,
pihak kerajaan telah menyediakan hotel yang bertaraf lima bintang dan chalet yang sewanya rendah.
Pada tahun 2018, Malaysia dijangka akan memiliki resort destinasi pelancongan bersepadu paling
menarik iaitu Desaru Coast Destination. Resort ini menawarkan pelancongan mewah dan aktiviti
santai, lapangan golf, perkampungan beli belah, taman tema air dan sebuah pusat persidangan.
Selain itu, kerajaan telah menaik taraf sistem perhubungan dan pengangkutan seperti jaringan jalan
raya, landasan kereta api, lapangan terbang dan pelabuhan. Kerajaan turut memberikan pengurangan
cukai kepada pengusaha industri pelancongan di samping menambahkan lesen agensi pelancongan
kepada usahawan yang ingin memulakan perniagaan dalam industri pelancongan.

Negara kita juga kaya dengan destinasi pelancongan lain seperti Kompleks Mahsuri di
Langkawi, Tokong Kek Lo Si di Pulau Pinang, Kesultanan Melayu dan Warisan Peranakan di Melaka.
Malaysia turut memiliki tapak warisan dunia seperti Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak dan
Taman Kinabalu di Sabah. Begitu juga, kerajaan memanfaatkan kawasan hutan simpan dengan
mengadakan pelbagai aktiviti seperti rentas hutan dan mendaki gunung yang semakin diminati.
Malaysia juga sering menjadi tuan rumah bagi acara-acara berprestij di peringkat antarabangsa
seperti perlumbaan Grand Prix F1, perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) dan acara
terjunan bebas, KL Tower Base Jump. Kerajaan turut mewujudkan kedai bebas cukai yang
menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan untuk menarik lebih ramai pelancong
datang ke negara kita. Menurut laporan dalam Ekspo Milano di Itali, Malaysia berada tempat ketiga
dari segi destinasi paling digemari oleh pelancong. Hal ini, menunjukkan petanda yang kukuh dan
positif bagi industri pelancongan Malaysia.
(Dipetik dan diubah suai daripada
Sektor Pelancongan Beri Sumbangan Ketara kepada Ekonomi Negara,
Berita Harian, 15 Oktober 2015)
MUKA SURAT 9 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 3 (NEGERI JOHOR SET 3)

PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan langkah-langkah/strategi-strategi/cara-cara memajukan 2
industri pelancongan di negara kita / Malaysia
P2 Petikan membincangkan langkah-langkah/strategi-strategi/cara-cara memajukan 2
industri pelancongan dan manfaat yang dinikmati oleh negara dan rakyat Malaysia
P3 Rumusan membincangkan langkah-langkah/strategi-strategi/cara-cara memajukan 2
industri pelancongan dan kekangan yang dihadapi dalam usaha memajukan industri
pelancongan
P4 Petikan membincangkan langkah-langkah/strategi-strategi/cara-cara memajukan 1
industri pelancongan
P5 Petikan/Rumusan membincangkan usaha-usaha memajukan industri pelancongan 0

ISI TERSURAT (Usaha-usaha)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mempromosikan kepelbagaian aset 2
pelancongan yang terdapat di negara kita.
S2 Pihak kerajaan telah menyediakan hotel yang bertaraf lima bintang dan chalet yang 2
sewanya rendah untuk menarik pelancong
S3 Kerajaan telah menaik taraf sistem perhubungan dan pengangkutan 2
S4 Kerajaan turut memberikan pengurangan cukai kepada pengusaha industri 2
pelancongan
S5 Kerajaan menambahkan lesen agensi pelancongan kepada usahawan yang ingin 2
memulakan perniagaan dalam industri pelancongan.
S6 Kerajaan memanfaatkan kawasan hutan simpan dengan mengadakan pelbagai aktiviti 2
S7 Kerajaan menjadi tuan rumah bagi acara-acara berprestij di peringkat antarabangsa 2
S8 Kerajaan menjadi tuan rumah bagi acara-acara berprestij 2
S9 Kerajaan turut mewujudkan kedai bebas cukai 2

ISI TERSIRAT (Kekangan)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 ketidakstabilan politik negara 2
T2 pencemaran alam sekitar yang tidak terkawal 2
T3 persaingan industri pelancongan dengan negara lain 2
T4 kejatuhan nilai ringgit 2
T5 ancaman keselamatan di kawasan tarikan pelancongan 2
T6 Masyarakat tidak memberikan kerjasama 2
T7 Masyarakat melakukan vandalisme 2
T8 Pihak swasta tidak mahu membuat pelaburan / tidak memberikan sokongan 2
T9 Kekurangan modal / kos menyediakan prasarana 2
T10 Kekurangan promosi 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, semua pihak hendaklah menyokong usaha memajukan industri 2
pelancongan negara agar ekonomi negara semakin stabil.
K2 Kesimpulannya, kerajaan hendaklah berusaha memajukan industri pelancongan agar 2
negara kita terkenal di seluruh dunia sebagai destinasi pelancongan yang menarik.

MUKA SURAT 10 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

Soalan 2(a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Apakah maksud rangkai kata merealisasikan impian?


[2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan terdapat beberapa faktor yang menjadikan Malaysia semakin
disanjung tinggi di peringkat antarabangsa?

Nyatakan faktor-faktor tersebut?


[3 markah]

(iii) Industri pelancongan di Malaysia tidak terlepas daripada cabaran-cabaran yang dihadapi
daripada pelbagai aspek.

Huraikan pendapat anda tentang cabaran-cabaran yang dihadapi dalam memajukan sektor
pelancongan negara kita.
[4 markah]

MUKA SURAT 11 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 3 (NEGERI JOHOR SET 3)


PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata merealisasikan impian:


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) Menjadikan kenyataan sesuatu cita-cita / Menjadikan kenyataan 2
sesuatu yang diharapkan
(ii) Merealisasikan cita-cita / Merealisasikan sesuatu yang diharapkan 1

(iii) Menjadikan kenyataan sesuatu impian 1

SOALAN (ii) Faktor-faktor negara Malaysia disanjung tinggi di peringkat


antarabangsa:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 kemajuan dalam pelbagai aspek 1
2 ekonominya yang mantap 1

SOALAN (iii) cabaran-cabaran yang dihadapi dalam memajukan sektor pelancongan


di negara kita:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 ketidakstabilan politik negara akan menjejaskan imej negara 1
2 pencemaran alam sekitar yang tidak terkawal terutama di 1
kawasan tumpuan
pelancong
3 persaingan industri pelancongan dengan negara lain 1
4 kejatuhan nilai ringgit mengganggu kelancaran tukaran wang 1
asing
5 ancaman pengganas mengganggu keselamatan di kawasan 1
tarikan pelancongan
6 Masyarakat tidak memberikan kerjasama untuk menyokong usaha 1
kerajaan
7 Masyarakat melakukan vandalisme sehingga merosakkan 1
kemudahan sedia ada
8 Pihak swasta tidak mahu membuat pelaburan dalam industri ini 1
kerana berisiko tinggi
9 kekurangan modal untuk melengkapkan prasarana 1

MUKA SURAT 12 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

LATIHAN RUMUSAN 4 (NEGERI PULAU PINANG SET 1)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan pelaburan
kepada masyarakat serta usaha-usaha menggalakkan masyarakat membuat pelaburan. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Malaysia merupakan salah sebuah pasaran baharu yang menawarkan kelebihan bagi pelaburan
langsung asing. Demi menggamit para pelabur cenderung untuk menanam modal di negara kita, kerajaan
mengorak langkah dengan menyediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan terutama prasarana yang
lengkap. Oleh itu, kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk menyediakan
kemudahan elektrik dan air, di samping sistem pengangkutan yang baik demi menarik dan menjayakan
projek-projek pelaburan asing. Melalui aktiviti pelaburan ini, secara tidak langsung, rakyat dapat
menikmati kemudahan-kemudahan atau infrastruktur yang selesa yang telah disediakan oleh pihak
kerajaan tersebut terutamanya bagi masyarakat yang tinggal di kawasan bandar-bandar utama.

Aktiviti pelaburan dapat menyediakan simpanan untuk masa depan atau pada usia tua bagi
masyarakat hari ini. Hal ini demikian kerana, apabila usia kita telah meningkat, kemampuan untuk bekerja
semakin berkurang. Tambahan pula, orang yang berada di sekeliling kita sekarang belum tentu dapat
menyara kita pada usia tua kelak. Dengan adanya aktiviti pelaburan, banyak peluang pekerjaan dapat
diwujudkan. Hal ini bermakna aktiviti pelaburan mampu mewujudkan peluang pekerjaan baharu terutama
dalam sektor perindustrian, perhotelan dan sebagainya. Keadaan ini juga sekali gus dapat mengurangkan
kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat. Kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan
masyarakat dapat mencetuskan pelbagai gejala sosial serta peningkatan kadar jenayah. Hal ini sekali gus
dapat menjejaskan imej negara di mata dunia. Selain itu, pelaburan penting untuk pendidikan anak-anak
pada hari ini. Kos untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat diploma dan ijazah semakin mahal.
Sekurang-kurangnya, melalui pelaburan, ibu bapa hari ini mampu mengurangkan bebanan kewangan
dalam menampung kos perbelanjaan pendidikan anak-anak

Pelaburan juga dapat mengatasi kenaikan harga barang sekali gus dapat mengurangkan bebanan
kewangan rakyat. Hal ini demikian kerana, kenaikan harga barang boleh menimbulkan keresahan dalam
kalangan masyarakat. Aktiviti pelaburan juga memberi keuntungan kepada negara. Melabur seperti
rumah, hartanah, saham dan sebagainya dapat memberi keuntungan lumayan. Pelaburan dapat
meningkatkan pembangunan infrastruktur negara kerana teknologi dari luar negara serta kepakaran
tenaga kerja dibawa masuk ke negara kita. Hal ini secara tidak langsung dapat memberikan pendedahan
teknologi maklumat dan komunikasi terkini kepada masyarakat yang merupakan nadi utama untuk
mempergiat pembangunan negara. Pelaburan merupakan pemangkin pembangunan ekonomi negara.
Pelaburan dapat mengatasi kemelesetan ekonomi serta dapat meningkatkan taraf hidup rakyat.
Kesimpulannya, pelaburan amat penting bagi memenuhi tujuan dan aspirasi negara. Pelaburan awal
akan memberi keuntungan untuk masa depan kita. Oleh itu, amalan melabur wajar diterapkan dalam
kalangan masyarakat hari ini agar masa depan lebih terjamin.

(Dipetik dan diubah suai daripada


Manfaat pelaburan kepada masyarakat
Oleh Nazmy Shah Sannusi, Dewan Masyarakat Januari 2013)

MUKA SURAT 13 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 4 (NEGERI PULAU PINANG SET 1)

PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan ini membincangkan manfaat/kebaikan/faedah pelaburan kepada masyarakat 2
di negara kita/ di Malaysia.
P2 Rumusan ini membincangkan manfaat/kebaikan/faedah pelaburan kepada 1
masyarakat serta usaha-usaha menggalakkan masyarakat membuat pelaburan.
P3 Petikan/Rumusan ini membincangkan manfaat/kebaikan/faedah pelaburan kepada 1
masyarakat.
P4 Petikan ini membincangkan kepentingan pelaburan kepada masyarakat. 0

ISI TERSURAT (Kepentingan pelaburan kepada masyarakat)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 Rakyat dapat menikmati kemudahan-kemudahan atau infrastruktur yang selesa yang 2
telah disediakan
S2 Menyediakan simpanan untuk masa depan atau pada usia tua bagi masyarakat hari 2
ini.
S3 Mampu mewujudkan peluang pekerjaan baharu. 2
S4 Dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat 2
S5 Mampu mengurangkan bebanan kewangan dalam menampung kos perbelanjaan 2
pendidikan anak-anak.
S6 Dapat mengatasi kenaikan harga barang. 2
S7 Dapat mengurangkan bebanan kewangan rakyat. 2
S8 Dapat memberikan pendedahan teknologi maklumat komunikasi terkini kepada 2
masyarakat
S9 Mengatasi kemelesetan ekonomi serta dapat meningkatkan taraf hidup rakyat 2
memberikan pendedahan teknologi maklumat komunikasi terkini kepada masyarakat

ISI TERSIRAT (Usaha-usaha menggalakkan masyarakat membuat pelaburan)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Ibu bapa memberi pendedahan awal tentang faedah melabur kepada anak-anak. 2
T2 Pihak kerajaan mengadakan pelbagai pameran/kempen tentang aktiviti pelaburan. 2
T3 Pihak sekolah menganjurkan pelbagai program/aktiviti berkaitan faedah pelaburan. 2
T4 Pertubuhan-pertubuhan tertentu(Permodalan nasional berhad/ bank negara) 2
bekerjasama dengan pihak sekolah mengadakan siri jelajah menerangkan faedah
pelaburan kepada para pelajar

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam menggalakkan masyarakat 2
melakukan pelaburan agar/supaya ekonomi negara akan terus berkembang
K2 Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam menggalakkan masyarakat 2
melakukan pelaburan agar/supaya dapat membentuk masyarakat yang berjimat
cermat
K3 Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam menggalakkan masyarakat 1
melakukan pelaburan.
K4 Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama agar menjamin masa hadapan. 0

MUKA SURAT 14 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

Soalan 2(a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menimbulkan keresahan?


[2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan bahawa kadar pengangguran yang tinggi boleh mengundang
pelbagai kesan negatif.

Kemukakan kesan-kesan negatif tersebut.


[3 markah]

(iii) Aktiviti pelaburan dapat memberikan keuntungan yang besar kepada masyarakat dan
negara.

Jelaskan pendapat anda tentang peranan pihak kerajaan dalam menggalakkan generasi
muda hari ini melibatkan diri dalam aktiviti pelaburan.
[4 markah]

MUKA SURAT 15 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 4 (NEGERI PULAU PINANG SET 1)


PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata menimbulkan keresahan:


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) Mendatangkan/membangkitkan 2
kegusaran/kebimbangan
(ii) Menimbulkan kegusaran/keresahan
(iii) Mendatangkan/membangkitkan keresahan

SOALAN (ii) Kesan negatif:


ISI JAWAPAN MARKAH
1 Dapat mencetuskan pelbagai gejala sosial 1
2 Peningkatan kadar jenayah 1
3 Menjejaskan imej negara di mata dunia 1

SOALAN (iii) Peranan pihak kerajaan:


ISI JAWAPAN MARKAH
1 Pihak kerajaan mengadakan kerjasama dengan 1
pihak sekolah
2 Pihak kerajaan mengadakan kempen/ceramah di 1
institusi pengajian tinggi.
3 Pihak kerajaan bekerjasama dengan pihak yang 1
bertanggungjawab mengadakan siri jelajah
terutama di kawasan luar bandar.
4 Memudahkan syarat kepada generasi muda untuk 1
melibatkan diri dalam aktiviti pelaburan.
5 Pihak kerajaan bersama-sama dengan pihak bank 1
menyediakan kemudahan pinjaman kepada
generasi muda untuk melabur

MUKA SURAT 16 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

LATIHAN RUMUSAN 5 (NEGERI PULAU PINANG SET 2)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
meningkatkan minat terhadap pelaburan saham amanah kepada masyarakat dan manfaat-
manfaatnya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Penganjuran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) telah membawa faedah yang amat
besar kepada orang ramai dalam memberi kesedaran kepada mereka mengenai kepentingan
industri saham amanah dan kepentingannya kepada negara. Selepas kegawatan ekonomi yang
menyaksikan saham-saham amanah oleh beberapa buah negara mengalami kemalapan ketara,
keyakinan pelabur terutamanya kaum bumiputera turut luntur sehingga hari ini. Semangat ini perlu
dibangkit kembali oleh pengurus-pengurus dana dengan menyuntik keyakinan baru kepada orang
ramai. Dengan adanya keyakinan , masyarakat akan terus melabur walaupun menghadapi
masalah kewangan. Masyarakat perlu tahu akan konsep risiko dan pulangan daripada pelaburan
yang dibuat. Oleh itu, mereka perlu diberi pendidikan sepenuhnya tentang kegiatan saham
amanah.
Para pelabur amanah saham negeri dan yang ditaja oleh beberapa pertubuhan telah
membuat aduan mengenai nasib mereka yang tidak terbela setelah membuat pelaburan dalam
amanah saham berkenaan. Hal ini termasuklah penerangan yang tidak lengkap sewaktu,
bimbingan yang tidak menyeluruh dan pendedahan cara menangani sesuatu risiko. Para pengurus
dana terutamanya agen-agen mereka perlu bersikap ikhlas dalam memberi penerangan. Lebih
penting lagi, program susulan dengan para pelabur perlu ditingkatkan agar mereka tidak
keseorangan dalam menangani sebarang masalah yang dihadapi. Para pengurus dana tidak
seharusnya hanya mengejar keuntungan dan komisen semata-mata.

Semasa berkempen pelbagai kata manis diucapkan tetapi selepas melabur dan saham itu
pula jatuh tiada apa-apa berita yang diterima. Sebenarnya kaum bumiputera masih lagi lemah
dalam urusan pelaburan. Sejak produk-produk pelaburan dilancarkan, penyertaan kaum
bumiputera terlalu sedikit bilangannya. Oleh itu, pengurus dana digesa agar memberi penekanan
kepada usaha meningkatkan ilmu dan kemahiran pelaburan supaya masyarakat lebih bijak
merancang kewangan dan pelaburan mereka. Sesungguhnya industri saham amanah memainkan
peranan penting dalam menjana ekonomi negara, berpotensi untuk lebih maju dan perlu diperluas
lagi.
Kita mahu MSAM 2016 yang bertemakan merakyatkan pelaburan diperluas ke peringkat
negeri dan daerah supaya kesedaran itu lebih meluas. Bagi memantapkan pemahaman generasi
muda tentang saham amanah, murid-murid sekolah harus didedahkan dengan pengetahuan
pelaburan. Walaupun usia amanah saham di negara ini sudah dikatakan matang, pengetahuan
masyarakat masih belum masak sepenuhnya. Dalam keghairahan pengurus dana menjalankan
kempen menarik pelabur, kempen kesedaran juga harus seiring dan dipertingkatkan.
(Dipetik dan diubah suai daripada
Tingkatkan kesedaran pelaburan generasi muda
Oleh Zunaidah Zainon,Utusan 30 September 2016)
MUKA SURAT 17 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 5 (NEGERI PULAU PINANG SET 2)

PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan usaha/ cara/ kaedah/ inisiatif/ tindakan meningkatkan 2
minat terhadap pelaburan saham amanah kepada masyarakat di Malaysia /di
negara ini
P2 Rumusan membincangkan usaha/ cara/ kaedah/ inisiatif/ tindakan meningkatkan 2
minat terhadap pelaburan saham amanah kepada masyarakat dan manfaat-
manfaatnya.
P3 Petikan membincangkan usaha/ cara/ kaedah/ inisiatif/ tindakan meningkatkan 1
minat terhadap pelaburan saham amanah kepada masyarakat.
P4 Petikan membincangkan langkah-langkah meningkatkan minat terhadap 0
pelaburan saham amanah kepada masyarakat.

ISI TERSURAT
(Langkah-langkah meningkatkan minat terhadap pelaburan saham amanah kepada masyarakat)
ISI JAWAPAN MARKAH
S1 Pengurus-pengurus dana dengan menyuntik keyakinan baru kepada orang ramai 2
S2 Perlu diberi pendidikan sepenuhnya tentang kegiatan saham amanah. 2
S3 Agen-agen mereka perlu bersikap ikhlas dalam memberi penerangan 2
S4 Program susulan dengan para pelabur perlu ditingkatkan. 2
S5 Para pengurus dana tidak seharusnya hanya mengejar keuntungan dan komisen 2
semata-mata.
S6 Pengurus dana digesa agar memberi penekanan kepada usaha meningkatkan 2
ilmu dan kemahiran pelaburan
S7 Murid-murid sekolah harus didedahkan dengan pengetahuan pelaburan. 2
S8 Kempen kesedaran juga harus seiring dan dipertingkatkan. 2

ISI TERSIRAT (Manfaat pelaburan saham amanah kepada masyarakat


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Melatih rakyat melabur sambil menyimpan (memupuk sikap berjimat cermat). 2
T2 Memberikan peluang kepada orang ramai untuk melabur secara kecil-kecilan 2
T3 Memacu ekonomi negara agar berkembang lebih pesat 2
T4 Pelaburan yang berisiko rendah dari kerajaan.

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama menggalakkan masyarakat 2
melabur dalam saham amanah agar menjamin masa hadapan
K2 Kesimpulannya, pelbagai pihak haruslah bekerjasama menggalakkan masyarakat 2
melabur dalam saham amanah supaya dapat melahirkan generasi yang berjimat-
cermat.
K3 Kesimpulannya, semua pihak haruslah berusaha menggalakkan masyarakat 1
melabur dalam saham amanah
K4 Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama agar kesejahteraan hidup 0
manusia sentiasa terpelihara.

MUKA SURAT 18 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

Soalan 2(a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata kemalapan ketara?


[2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa rungutan oleh orang ramai dalam membuat
pelaburan.

Apakah rungutan-rungutan tersebut?


[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah pelaburan saham amanah masih kurang mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat tempatan?

Berikan tiga sebab.


[4 markah]

MUKA SURAT 19 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 5 (NEGERI PULAU PINANG SET 2)


PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata kemalapan ketara:


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) keadaan yang tidak aktif/ tidak berkembang 2
nyata/jelas kelihatan
(ii) keadaan yang kabur dapat dilihat 1
(iii) keadaan yang malap 0

SOALAN (ii) Rungutan-rungutan:


ISI JAWAPAN MARKAH
1 penerangan yang tidak lengkap 1
2 bimbingan yang tidak menyeluruh 1
3 pendedahan cara menangani sesuatu risiko 1

SOALAN (iii) Sebab-sebab:


ISI JAWAPAN MARKAH
1 kurang mendapat maklumat berkaitan 1
pelaburan saham amanah
2 kurang pengetahuan tentang amalan 1
pengurusan kewangan terbaik
3 persepsi negatif segelintir masyarakat tentang 1
pelaburan
4 media lebih banyak menyiarkan kegagalan 1
pelaburan jika dibandingkan kejayaan hasil
pelaburan
5 tidak memiliki kewangan yang kukuh 1
6 kos hidup yang meningkat 1

MUKA SURAT 20 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

LATIHAN RUMUSAN 6 (NEGERI PULAU PINANG SET 3)


Petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan-kepentingan
pelaburan dalam saham amanah kepada masyarakat dan langkah menggalakkan
masyarakat membuat pelaburan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Melabur dalam unit amanah merupakan salah satu kaedah pelaburan mudah yang boleh
dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin menikmati kesenangan dalam jangka panjang.
Kelebihan melabur dalam unit amanah antaranya ialah modal permulaan yang tidak terlalu besar
dan risiko pelaburan yang rendah. Antara unit amanah berisiko rendah dan paling mudah disertai
ialah unit amanah harga tetap seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB), ASB3, Amanah Saham
Wawasan 2020 (ASW 2020) dan Amanah Saham Didik (ASD) yang diuruskan oleh Amanah
Saham Nasional Berhad (ASNB). Semua dana yang diwujudkan ini merupakan satu dana
pelaburan yang baik untuk melatih rakyat menyimpan sambil melabur.

Pelaburan dalam saham amanah merupakan satu-satunya institusi kewangan yang


menawarkan kemudahan kecairan paling pantas berbanding pengurusan dana lain. Sebagai
contoh, para pelabur yang memerlukan wang boleh menjual semula unit saham mereka kepada
pengurus dana pada hari perniagaan dan akan dibayar pada hari yang sama. Selain itu,
masyarakat bumiputera boleh melabur secara tunai dalam semua unit amanah berkenaan demi
membina tabungan yang kukuh tanpa sebarang masalah malahan mereka boleh melabur pada
bila-bila masa mengikut kemampuan.

Pelaburan melalui amanah saham merupakan satu langkah bijak untuk masa hadapan
kerana pelaburan saham ini dijamin sepenuhnya oleh kerajaan. Oleh yang demikian, para pelabur
tidak perlu risau terhadap masalah berkaitan salah laku pengurusan, kehilangan dana, keadaan
ekonomi serta berbagai-bagai lagi faktor lain yang boleh menggugat pelaburan. Kini, pelaburan
melalui saham amanah telah berkembang dengan pesat. Nilai pegangan ekuiti saham amanah
terus meningkat dan terus berkembang. Secara tidak langsung, saham amanah mampu memacu
pertumbuhan ekonomi negara.

Pelaburan dalam unit amanah disifatkan paling mudah sehingga ada dalam kalangan
masyarakat sering membuat kesilapan dalam pelaburan .Antara kesilapan yang sering dilakukan
ialah terdapat sesetengah golongan yang menunggu terlalu lama untuk melabur sehingga
akhirnya mereka tidak membuat pelaburan. Seterusnya, mereka tidak mempunyai matlamat
pelaburan yang khusus dan hanya melabur kerana tertarik kepada pengisytiharan dividen sahaja.
Mungkin juga ada yang membuat pelaburan kerana terpaksa.

(Dipetik dan diubah suai daripada


Pilihan Bijak dalam Pelaburan Unit Amanah
Oleh Muhammad Ridzuan Amin dan Lina Ahmad Siri Bijak Urus Wang)
.

MUKA SURAT 21 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 6 (NEGERI PULAU PINANG SET 3)


PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan kebaikan/kelebihan/manfaat pelaburan dalam 2
amanah saham kepada masyarakat di Malaysia/ di negara ini.
P2 Rumusan membincangkan kebaikan/kelebihan/manfaat pelaburan dalam 2
amanah saham kepada masyarakat dan langkah menggalakkan masyarakat
membuat pelaburan.
P3 Petikan/Rumusan membincangkan kebaikan/kelebihan/manfaat pelaburan 1
dalam amanah saham kepada masyarakat
P4 Petikan membincangkan langkah-langkah meningkatkan minat terhadap 0
pelaburan saham amanah kepada masyarakat.

ISI TERSURAT (Kepentingan pelaburan kepada masyarakat)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 Modal permulaan yang tidak terlalu besar. 2
S2 Risiko pelaburan yang rendah 2
S3 Untuk melatih rakyat menyimpan sambil melabur 2
S4 Satu-satunya institusi kewangan yang menawarkan kemudahan kecairan paling 2
pantas
S5 Masyarakat bumiputera boleh melabur secara tunai. 2
S6 Mereka boleh melabur pada bila-bila masa mengikut kemampuan. 2
S7 Langkah bijak untuk masa hadapan sekolah harus didedahkan dengan 2
pengetahuan pelaburan.
S8 Mampu memacu pertumbuhan ekonomi negara. 2

ISI TERSIRAT (Langkah-langkah menggalakkan masyarakat membuat pelaburan:)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Pihak kerajaan menganjurkan Minggu Saham Amanah Malaysia 2
T2 Pihak ibu bapa memberi pendedahan awal tentang faedah melabur kepada 2
anak-anak.
T3 Pihak sekolah menganjurkan pelbagai program berkaitan faedah melabur 2
dalam Saham Amanah Malaysia
T4 Pihak sekolah mengadakan siri jelajah sekolah-sekolah bersama Bank Negara 2
Malaysia.

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, semua pihak haruslah berusaha menggalakkan masyarakat 2
melabur dalam saham amanah agar menjamin masa hadapan
K2 Kesimpulannya, pelbagai pihak haruslah bekerjasama menggalakkan 2
masyarakat melabur dalam saham amanah supaya dapat melahirkan generasi
yang berjimat cermat
K3 Kesimpulannya, semua pihak haruslah berusaha menggalakkan masyarakat 1
melabur dalam saham amanah.
K4 Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama agar menjamin masa 0
hadapan.

MUKA SURAT 22 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

Soalan 2(a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menikmati kesenangan.


[2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa kesilapan yang telah dilakukan oleh orang ramai
dalam membuat pelaburan.

Apakah kesilapan-kesilapan tersebut?


[3 markah]

(iii) Statistik menunjukkan bahawa masih ramai rakyat Malaysia tidak berminat membuat
pelaburan.

Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat Malaysia kurang berminat membuat


pelaburan?
[4 markah]

MUKA SURAT 23 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 6 (NEGERI PULAU PINANG SET 3)


PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata menikmati kesenangan:


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) Mengecap/merasai/ kebahagiaan/kegembiraan 2
(ii) Mengecap kesenangan 1
(iii) Menikmati kebahagiaan 0

SOALAN (ii) Kesilapan yang sering dilakukan:


ISI JAWAPAN MARKAH
1 terdapat sesetengah golongan yang menunggu terlalu 1
lama untuk melabur
2 mereka tidak mempunyai matlamat pelaburan yang khusus 1
3 hanya melabur kerana tertarik kepada pengisytiharan 1
dividen sahaja
4 ada yang membuat pelaburan kerana terpaksa 1

SOALAN (iii) Punca-punca:


ISI JAWAPAN MARKAH
1 Pulangan diperoleh dalam jangka masa panjang/terlalu 1
lama amanah
2 Kebanyakan individu beranggapan tidak perlu melabur 1
kerana KWSP sudah ada untuk kegunaan pada masa
hadapan
3 Ramai beranggapan bahawa melabur hanya sesuai untuk 1
orang kaya sahaja kerana memerlukan modal yang terlalu
tinggi
4 Orang ramai masih belum memahami dengan lebih 1
mendalam tentang kepentingan pelaburan atau cara
membuat pelaburan
5 Kempen/Promosi berkaitan kepentingan pelaburan tidak 1
diadakan secara meluas/berterusan

MUKA SURAT 24 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

LATIHAN RUMUSAN 7 (NEGERI PERAK)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan-kepentingan
menabung bagi golongan remaja dan cara-cara untuk menarik minat golongan remaja
menabung. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi120 patah perkataan.

Kebanyakan ibu bapa pada zaman ini mempunyai masa yang amat terhad dengan keluarga
terutamanya dengan anak-anak. Oleh sebab itu, tidak hairanlah rata-rata ibu bapa pada hari ini
memanjakan anak-anak remaja mereka dengan wang ringgit. Mereka menganggap bahawa cara itu
sebagai tanda kasih sayang mereka terhadap anak-anak. Walau bagaimanapun, tindakan ini lama-
kelamaan akan menyebabkan golongan remaja ini lupa diri. Walaupun ibu bapanya mempunyai harta
yang banyak dan dapat digunakan pada bila-bila masa tanpa had, perkara itu bukan alasan bagi
remaja untuk bersikap boros dan tidak mengendahkan amalan menabung yang dapat dijadikan
sebagai simpanan masa depan.

Amalan menabung ini juga dapat mendidik golongan remaja agar berjimat cermat tatkala tangan
mereka memegang wang dengan banyak. Selain itu, amalan ini juga dapat mendidik golongan remaja
untuk merancang perbelanjaan dengan bijak. Sikap beringat-ingat semasa senang mampu
mengelakkan golongan remaja daripada menghadapi masalah kewangan. Hal ini dikatakan demikian
kerana duit simpanan amat penting terutamanya untuk digunakan pada masa-masa kecemasan,
misalnya untuk menggantikan barang-barang keperluan yang rosak atau hilang terutamanya bagi
remaja yang menuntut di kolej atau tinggal di asrama yang jauh daripada keluarga.

Remaja yang gemar menabung dapat meringankan beban ibu bapa kerana duit simpanan
mereka dapat digunakan untuk melanjutkan pelajaran. Dengan cara ini, remaja dapat berdikari dan
tidak terlalu bergantung pada ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana kos belajar di institusi
pengajian tinggi agak mahal. Walaupun kerajaan menyediakan bantuan pinjaman atau biasiswa,
remaja tetap perlu menyediakan sejumlah wang yang mencecah beberapa ribu ringgit semasa
pendaftaran dan sepanjang tempoh pengajian. Sekiranya seseorang itu mempunyai wang tabungan,
mereka dapat mengurangkan beban hutang pendidikan yang terpaksa ditanggung selepas mereka
menamatkan pengajian kelak.

Amalan menabung dalam kalangan remaja dapat membentuk golongan remaja yang berdisiplin
dan bermaruah. Mereka dapat menilai keperluan hidup dengan bijak supaya tidak melepasi batas
keperluan sehingga berlaku pembaziran. Remaja yang terdidik dengan sikap berjimat cermat dan
suka menabung pula akan memperoleh pulangan yang lumayan sekiranya mereka memilih untuk
menabung dengan institusi perbankan konvensional yang mengamalkan kadar faedah tetap ataupun
sistem perbankan Islam berdasarkan kaedah perkongsian untung dan beberapa syarat lain mengikut
syariat Islam. Mereka juga boleh melabur wang dalam saham amanah yang banyak terdapat di
negara kita. Pengurusan kredit secara berhemah ini membantu golongan remaja mencapai
ketenangan minda.
(Dipetik dan diubahsuai daripadaBudaya Menabung Masih Rendah,
oleh Mohd. Khairul Mohd. Ali, Utusan Malaysia, 22 April 2015)

MUKA SURAT 25 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 7 (NEGERI PERAK)

PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan kebaikan / kelebihan / faedah / manfaat menabung bagi 2
golongan remaja di negara kita.
P2 Petikan membincangkan kebaikan / kelebihan / faedah / manfaat menabung bagi 2
golongan remaja dan kaedah-kaedah menabung yang menguntungkan remaja.
P3 Rumusan membincangkan kebaikan / kelebihan / faedah / manfaat menabung 2
bagi golongan remaja dan cara-cara untuk menarik minat golongan remaja
menabung.
P4 Rumusan membincangkan kebaikan / kelebihan / faedah / manfaat menabung 1
bagi golongan remaja.
P5 Petikan membincangkan kebaikan / kelebihan / faedah / manfaat menabung bagi 1
golongan remaja.

ISI TERSURAT (Kepentingan-kepentingan Menabung)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 Dapat dijadikan sebagai simpanan masa depan. 2
S2 Dapat mendidik golongan remaja berjimat cermat. 2
S3 Dapat mendidik golongan remaja merancang perbelanjaan dengan bijak. 2
S4 Mengelakkan golongan remaja daripada menghadapi masalah kewangan. 2
S5 Untuk digunakan pada masa-masa kecemasan. 2
S6 Dapat digunakan untuk melanjutkan pelajaran. 2
S7 Dapat mengurangkan beban hutang pendidikan. 2
S8 Membentuk golongan remaja yang berdisiplin dan bermaruah. 2
S9 Memperoleh pulangan yang lumayan. 2
S10 Membantu golongan remaja mencapai ketenangan minda. 2

ISI TERSIRAT (Kekangannya)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Melaksanakan pelbagai kempen menabung kepada lepasan sekolah. 2
T2 Memberikan nasihat yang mendidik remaja agar menabung. 2
T3 Melatih kebiasaan untuk menabung sejak kecil. 2
T4 Mewujudkan saham amanah khas untuk remaja. 2
T5 Membincangkan matlamat menabung terhadap golongan remaja. 2
T6 Mendedahkan golongan remaja tentang urusan perbankan 2
T7 Memperkenalkan faedah unit amanah. 2
T8 Menggalakkan golongan remaja mempunyai buku wang saku. 2
T9 Mewujudkan kerjasama pihak bank dengan sekolah. 2
T10 Peranan ibu bapa sebagai penggalak. 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, golongan remaja perlu menjadikan aktiviti menabung sebagai 2
amalan agar mereka tidak berhadapan dengan masalah kewangan.
K2 Kesimpulannya, golongan remaja perlu menabung agar masa depan mereka 2
terjamin.

MUKA SURAT 26 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

Soalan 2(a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata lupa diri.


[2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa kaedah menabung yang menguntungkan remaja.

Nyatakan dua kaedah tersebut.


[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, selain memberikan alasan bergaji kecil, apakah alasan-alasan lain
yang biasanya dinyatakan oleh seseorang yang tidak mahu menabung?

[4 markah]

MUKA SURAT 27 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 7 (NEGERI PERAK)


PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata lupa diri:


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) tidak ingat akan nasib diri. 2
(ii) leka dengan kesenangan 2

SOALAN (ii) Kaedah-kaedahnya


ISI JAWAPAN MARKAH
1 institusi perbankan konvensional 1
2 institusi perbankan yang mengamalkan kadar 1
faedah tetap
3 sistem perbankan Islam berdasarkan kaedah 1
perkongsian untung
4 institusi perbankan yang mematuhi syariat Islam 1
5 melaburkan wang yang ada dalam saham amanah 1

SOALAN (iii) Alasan-alasan yang biasa dinyatakan oleh seseorang yang


tidak mahu menabung
ISI JAWAPAN MARKAH
1 wang gaji akan digunakan untuk melunaskan 2
pelbagai hutang
2 duit yang ada hanya cukup-cukup untuk 2
menampung perbelanjaan harian
3 untuk menampung keperluan keluarga 2
4 baki untuk simpanan sudah tiada atau habis 2
5 mahu berseronok atau memanjakan diri setelah 2
penat bekerja

MUKA SURAT 28 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

LATIHAN RUMUSAN 8 (NEGERI KEDAH SET 1)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan disiplin
dalam kalangan murid dan cabaran untuk mendisiplinkan murid. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Disiplin ialah kemahuan untuk mentaati atau menghormati peraturan baik dalam keagamaan,
etika sosial mahupun dalam sesebuah organisasi. Seseorang yang berdisiplin apabila melakukan
pelanggaran terhadap disiplin, walaupun sedikit, tetapi dia tetap akan berasa bersalah kerana
mengkhianati diri sendiri yang menjatuhkan maruah dirinya. Pelanggaran terhadap disiplin juga
boleh menjejaskan hubungan antara individu berkenaan dengan orang-orang di sekelilingnya.

Dalam konteks sekolah, disiplin adalah satu peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah untuk memastikan murid bertingkah laku baik. Perlakuan murid yang baik mencerminkan
tahap disiplin sesebuah sekolah. Sekolah yang terkawal disiplinnya menjadi pilihan ibu bapa untuk
menyekolahkan anak-anak mereka. Selain itu, murid dapat mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan seharian. Penerapan nilai murni dalam diri murid akan memberi persepsi positif dalam
kalangan ibu bapa terhadap tingkah laku anak-anak mereka. Malah murid yang berdisiplin
kelihatan berkeperibadian tinggi dan berketerampilan. Seorang murid yang mempunyai personaliti
yang baik lazimnya bersedia untuk belajar. Disiplin yang dikenakan juga dapat mengawal murid
daripada melakukan perkara-perkara negatif. Murid akan dikawal daripada merosakkan harta
benda sekolah dan terlibat dalam pergaduhan di kawasan sekolah.

Seandainya seseorang murid berdisiplin, maka murid boleh mengawal diri di dalam kelas
semasa proses pembelajaran dan pengajaran sedang berlangsung. Murid dapat belajar dengan
tenang dan selesa kerana tiada gangguan semasa guru sedang mengajar. Lantaran itu, murid
dapat memahami kandungan pembelajaran dengan mudah dan berkesan. Pada masa yang sama,
murid tidak mudah terjebak dalam sebarang masalah disiplin di sekolah seperti ponteng kelas atau
lewat masuk ke kelas. Hal ini akan memudahkan pihak sekolah melaksanakan semua program
sekolah dengan lancar. Faktor disiplin juga memainkan peranan utama menentukan kejayaan
seseorang murid dalam pelajaran Hal ini terbukti apabila keputusan peperiksaan SPM diumumkan,
murid yang mempunyai tahap disiplin tinggi dapat menempa kejayaan cemerlang.

Murid haruslah mengetepikan permasalahan peribadi agar mudah memperoleh ilmu yang
disampaikan oleh guru. Murid yang berdisiplin dapat menjamin keberkesanan dalam
pembelajaran. Oleh itu, hubungan yang baik dan harmonis antara guru dengan murid sangat
penting dalam mewujudkan suasana kondusif di sekolah. Tanpa disiplin, murid tidak akan ke
mana-mana dan sukar untuk beroleh kejayaan.
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Disiplin Perisai Kawalan Diri,
oleh Izani Hj. Daud
Wadah Siswa, Januari 2013)

MUKA SURAT 29 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 8 (NEGERI KEDAH SET 1)

PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan kebaikan/ manfaat/ faedah/ kelebihan disiplin dalam 2
kalangan murid di sekolah.
P2 Petikan membincangkan kebaikan/ manfaat/ faedah/ kelebihan disiplin dalam 2
kalangan murid dan kesan-kesan murid tidak berdisiplin.
P3 Rumusan membincangkan kebaikan/ manfaat/ faedah/ kelebihan disiplin 2
dalam kalangan murid dan cabaran untuk mendisiplinkan murid.
P4 Petikan/ Rumusan membincangkan kebaikan/ manfaat/ faedah/ kelebihan 1
disiplin dalam kalangan murid.
P5 Petikan membincangkan kebaikan/ manfaat/ faedah/ kelebihan disiplin dalam 1
kalangan murid dan cabaran dalam mendisiplinkan murid.
P6 Petikan membincangkan kepentingan disiplin dalam kalangan murid di 0
sekolah.

ISI TERSURAT
ISI JAWAPAN MARKAH
S1 Memastikan murid bertingkah laku baik 2
S2 Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian 2
S3 Kelihatan berkeperibadian tinggi dan berketerampilan 2
S4 Mengawal murid melakukan perkara-perkara negatif 2
S5 Mengawal diri di dalam kelas semasa proses pembelajaran dan pengajaran 2
S6 Murid tidak mudah terjebak dalam sebarang masalah disiplin di sekolah 2
S7 Menentukan kejayaan seseorang murid dalam pelajaran 2
S8 Menjamin keberkesanan dalam pembelajaran 2

ISI TERSIRAT
ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Kurang sokongan/ kerjasama/ perhatian ibu bapa 2
T2 Ibu bapa menyaman sekolah/ mengambil tindakan terhadap sekolah 2
T3 Peraturan sekolah longgar/ guru tidak dibenarkan merotan murid 2
T4 Sikap negatif murid terhadap guru/ murid mengugut/ mengancam guru 2
T5 Pengaruh negatif rakan sebaya 2
T6 Pengaruh media massa 2
T7 Murid terlibat dalam kumpulan gengster/ samseng 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama untuk mendisiplinkan murid 2
agar dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia
K2 Kesimpulannya, murid perlu mendisiplinkan diri sendiri agar akhlak/ sahsiah 2
mereka terpelihara.
K3 Kesimpulannya, murid haruslah berdisiplin semasa berada di kawasan 1
sekolah.
MUKA SURAT 30 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

Soalan 2(a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata persepsi positif berdasarkan petikan .


[2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa kesan jika para murid tidak berdisiplin.

Nyatakan kesan-kesan tersebut.


[3 markah]

(iii) Ibu bapa berperanan penting dalam membentuk disiplin anak-anak agar menjadi insan yang
berakhlak mulia dan bersahsiah baik.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk
mendisiplinkan anak-anak?
[4 markah]

MUKA SURAT 31 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 8 (NEGERI KEDAH SET 1)


PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata persepsi positif:


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) Pandangan/ tanggapan/ gambaran yang baik 2
(ii) Pandangan/ tanggapan/ gambaran positif 1
(iii) Persepsi yang baik 1

SOALAN (ii) Kesan-kesan:


ISI JAWAPAN MARKAH
1 Merosakkan harta benda sekolah 1
2 Terlibat dalam pergaduhan di kawasan sekolah 1
3 Ponteng kelas 1
4 Lewat masuk ke kelas 1

SOALAN (iii) Usaha Ibu bapa:


ISI JAWAPAN MARKAH
1 Memberikan didikan agama/ mendidik anak- 1
anak tentang agama/ bersolat
2 Menasihati/ memotivasikan anak-anak 1
3 Sentiasa bersama-sama/ mendampingi anak- 1
anak
4 Menunjukkan sahsiah/ akhlak/ disiplin yang 1
baik
5 Memberikan perhatian/ kasih sayang kepada 1
anak-anak
6 Memantau tingkah laku anak-anak 1

MUKA SURAT 32 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

LATIHAN RUMUSAN 9 (NEGERI KELANTAN)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca
kemerosotan kualiti alam sekitar dan langkah-langkah menanganinya. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Isu kemerosotan kualiti alam sekitar telah hangat dibicarakan sejak beberapa dekad yang lalu.
Hasil kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa terdapat banyak faktor yang menyebabkan
berlakunya penurunan kualiti alam sekitar di negara kita. Penurunan ini berkait rapat dengan
pencemaran alam yang disebabkan oleh aktiviti manusia yang dilihat semakin rakus.

Punca pencemaran udara yang utama di negara kita ialah pelepasan asap kenderaan dan asap
daripada sektor perkilangan. Dari setahun ke setahun, bilangan kenderaan bermotor di negara kita
terus meningkat sama ada kenderaan bermotor untuk kegunaan individu ataupun komersial.
Pertambahan ini menyebabkan semakin banyak asap dilepaskan ke udara. Pelepasan asap daripada
sektor perkilangan turut menyebabkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) meningkat
menyebabkan kualiti alam sekitar semakin tenat. Selain itu, pembakaran terbuka tanpa kawalan juga
menjadi punca pencemaran udara di negara kita. Kejadian jerebu yang melanda negara pada tahun
2014 dan 2015 kerana pembakaran hutan di negara jiran menyebabkan keseluruhan ruang udara
mencatatkan IPU yang tidak sihat, malah mencapai paras kritikal. Fenomena ini menyebabkan
gangguan kepada aktiviti seharian rakyat Malaysia khususnya golongan pelajar.

Masalah pembuangan sisa toksik ke dalam sistem saliran seperti sungai dan parit menyebabkan
berlakunya pencemaran air. Hal ini ditenatkan lagi oleh sikap pemilik kapal dagang dan bot nelayan
yang membuang minyak kotor ke dalam laut. Pencemaran laut yang keterlaluan akan menyebabkan
hidupan semula jadi di dalam dan pinggir laut musnah secara perlahan-lahan. Lebih menyedihkan
terdapat segelintir pengusaha sektor perladangan membuang baja kimia dan racun sampai ke dalam
sungai. Pencemaran alam sekitar juga dikaitkan dengan sikap individu yang membuang sampah
sarap dan bahan buangan ke dalam sungai atau sistem saliran. Kajian mendapati bahawa 9 peratus
atau 43 batang sungai di negara ini telah tercemar. Kebanyakan sungai yang tercemar terlekat di
kawasan bandar. Pembinaan taman perumahan yang semakin pesat turut menjadi penyebab kualiti
alam sekitar semakin merosot. Kawasan bukit yang dahulunya subur menghijau ditarah dan diratakan
untuk digantikan dengan bangunan konkrit. Pembangunan dan proses pembandaran yang tidak
terancang ini menyebabkan kejadian banjir kilat dan tanah runtuh semakin kerap berlaku.

Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab dan berpendidikan serta terdedah kepada


penyebaran maklumat melalui pelbagai media, kita seharusnya sedar bahawa kita sama-sama
menggalas obligasi untuk menjaga kelestarian alam ini. Alam ini perlu diwariskan kepada generasi
akan datang untuk memastikan mereka dapat menikmati keindahan dan kelebihan yang
dianugerahkan Maha Pencipta.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Kemerosotan Kualiti Alam Sekitar,


oleh Nizar Parman, Dewan Siswa, Julai 2016.)

MUKA SURAT 33 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 9 (NEGERI KELANTAN)

PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan faktor-faktor/ sebab-sebab kemerosotan kualiti 2
alam sekitar di Malaysia.
P2 Petikan membincangkan faktor-faktor/ sebab-sebab kemerosotan kualiti 2
alam sekitar dan kesan-kesan yang timbul.
P3 Rumusan membincangkan faktor-faktor/ sebab-sebab kemerosotan 2
kualiti alam sekitar dan langkah-langah menanganinya.
P4 Petikan/ Rumusan membincangkan faktor-faktor/ sebab-sebab 1
kemerosotan alam sekitar.
P5 Petikan/ Rumusan membincangkan punca-punca kemerosotan alam 0
sekitar.

ISI TERSURAT
ISI JAWAPAN MARKAH
S1 Pelepasan asap kenderaan dan asap daripada sektor perkilangan 2
S2 Pembakaran terbuka tanpa kawalan 2
S3 Pembakaran hutan di negara jiran 2
S4 Pembuangan sisa toksik ke dalam sistem saliran 2
S5 Sikap pemilik kapal dan bot nelayan membuang minyak kotor ke laut 2
S6 Pengusaha sektor perladangan membuang baja kimia dan racun rampai 2
ke dalam sungai
S7 Individu membuang sampah sarap dan bahan buangan ke dalam sungai 2
S8 Pembinaan taman perumahan yang semakin pesat 2

ISI TERSIRAT
ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Individu perlu bersikap prihatin terhadap kepentingan menjaga alam 2
sekitar
T2 Peranan ibu bapa mendidik anak-anak 2
T3 Pihak sekolah menanam kesedaran tentang alam sekitar 2
T4 Penglibatan pemimpin masyarakat 2
T5 Kempen kesedaran melalui media massa 2
T6 Kerajaan menguatkuasakan undang-undang 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama menjaga alam sekitar 2
agar kesihatan masyarakat terjamin.
K2 Kesimpulannya, kita perlu menjaga alam sekitar dengan penuh 1
tanggungjawab.

MUKA SURAT 34 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

Soalan 2(a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata paras kritikal .


[2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa kesan yang timbul disebabkan oleh kemerosotan
kualiti alam sekitar.

Nyatakan kesan-kesan tersebut.


[3 markah]

(iii) Masyarakat terus melakukan pencemaran alam sekitar walaupun pelbagai kempen
kesedaran telah dilaksanakan.

Pada pendapat anda, mengapakah berlakunya kegagalan kempen-kempen tersebut?


[4 markah]

MUKA SURAT 35 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 9 (NEGERI KELANTAN)


PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) Tahap serius/ kronik 2
(ii) Paras serius/ kronik 1
(iii) Tahap kritikal 1

SOALAN (ii) kesan-kesan


ISI JAWAPAN MARKAH
1 Bacaan Indeks Pencemaran Udara meningkat 1
2 Hidupan semula jadi di dalam dan di pinggir 1
laut musnah secara perlahan-lahan
3 Kejadian banjir kilat dan tanah runtuh kerap 1
berlaku

SOALAN (iii) sebab-sebab:


ISI JAWAPAN MARKAH
1 Sikap masyarakat yang tidak prihatin/ peduli 2
2 Kempen yang tidak menarik/ bersungguh- 2
sungguh/ menyeluruh
3 Kurang sokongan daripada pihak lain/ tiada 2
kerjasama
4 Kempen tidak sampai kepada kumpulan 2
sasaran

MUKA SURAT 36 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

LATIHAN RUMUSAN 10 (NEGERI SARAWAK PPD LIMBANG)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca
kemerosotan nilai kejiranan dan cara-cara mengatasi kemerosotan nilai kejiranan. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.

Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita sama ada di kanan, di kiri, di
depan atau di belakang, di tingkat atas atau di tingkat bawah hingga 40 buah rumah dari setiap
penjuru sesebuah kawasan kediaman termasuklah di taman perumahan, kampung, dan pangsapuri.
Orang tua-tua pernah berkata, jiran tetangga yang baik umpama adik-beradik yang dapat
bekerjasama dalam kalangan masyarakat serta membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh. Jiran
yang baik juga dapat membentuk semangat kekitaan bagi melahirkan semangat bersatu padu serta
membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain sehingga tercetusnya
slogan Jiran Sepakat Membawa Sepakat. Keadaan ini bukanlah sesuatu yang asing kerana jiran
ialah orang yang paling hampir dengan kita dan menjadi orang yang pertama datang untuk
menghulurkan bantuan sebelum ketibaan adik-beradik dan saudara-mara kerana jarang-jarang
kedapatan adik-beradik duduk berjiran terutamanya di bandar.

Namun begitu, kini keakraban terhakis dek perubahan dalam kehidupan masyarakat akibat
tuntutan hidup yang semakin mencabar dari semasa ke semasa. Kesibukan bekerja memaksa
masyarakat keluar pada awal-awal pagi dan balik pada lewat malam menyebabkan mereka tidak
mempunyai masa untuk diluangkan bersama-sama jiran. Hujung minggu pula dipenuhi dengan aktiviti
bersama-sama keluarga atau masa untuk berehat dan bersantai di rumah selepas seminggu
memerah keringat dan minda untuk menyelesaikan pekerjaan. Jurang status sosioekonomi
masyarakat juga menjadi penghalang untuk mengeratkan semangat kejiranan apabila ada dalam
kalangan mereka yang terlalu bersifat merendah diri dan berasa tidak selesa untuk bergaul dengan
jiran yang berpangkat besar. Sebaliknya, memang ada golongan berstatus yang tidak mahu bergaul
dengan golongan yang berpangkat rendah kerana menganggapnya tidak layak bergaul dengan
mereka disebabkan latar belakang sosioekonomi yang berbeza.

Kemerosotan nilai kejiranan juga berlaku kerana sikap mengutamakan perkauman. Sikap
saling tidak mengenali antara jiran yang berlainan kaum dan agama selalu wujud malah sesama
bangsa dan agama juga berlaku sikap tidak mempedulikan antara satu sama lain kerana masing-
masing sibuk dengan hal sendiri. Keadaan akan menjadi semakin teruk apabila ditambah dengan
sikap dengki atau benci-membenci dalam kalangan penduduk setempat. Selain faktor yang wujud
dalam kalangan masyarakat , perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menjadikan
masyarakat semakin kurang berkomunikasi secara langsung. Dengan pelbagai gajet dan aplikasi
yang terkini, masyarakat lebih taasub untuk berkomunikasi secara dalam talian. Tambahan pula,
struktur reka bentuk perumahan moden yang berhalangan dengan pagar, tembok, dan pengawal
keselamatan menambahkan sikap individualistik yang sememangnya sudah tersemai dalam diri.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana
Kemerosotan Nilai Kejiranan
oleh Samat Buang,
Dewan Siswa, Mac 2017)
MUKA SURAT 37 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 10 (NEGERI Sarawak PPD LIMBANG)


PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan faktor-faktor/sebab-sebab kemerosotan nilai kejiranan 2
dalam kalangan masyarakat / di negara kita / di Malaysia.
P2 Petikan membincangkan faktor-faktor/sebab-sebab kemerosotan semangat 2
kejiranan dan langkah-langkah/usaha-usaha mengatasi kemerosotan nilai kejiranan.
P3 Rumusan ini membincangkan faktor-faktor/sebab-sebab kemerosotan semangat 2
kejiranan dan cara-cara mengatasi kemerosotan nilai kejiranan.
P4 Petikan membincangkan faktor-faktor/sebab-sebab kemerosotan nilai kejiranan kita. 1
P5 Petikan membincangkan punca-punca kemerosotan nilai kejiranan kita. 0

ISI TERSURAT (Punca-punca kemerosotan nilai kejiranan)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 Perubahan dalam kehidupan bermasyarakat 2
S2 Kesibukan bekerja dalam kalangan masyarakat 2
S3 Jurang status sosioekonomi masyarakat 2
S4 Sikap mengutamakan perkauman dalam kalangan masyarakat 2
S5 Sikap saling tidak mengenali antara jiran 2
S6 Sikap tidak mempedulikan antara satu sama lain 2
S7 Sikap dengki atau benci-membenci dalam kalangan penduduk setempat 2
S8 Faktor teknologi maklumat dan komunikasi 2
S9 Struktur dan reka bentuk perumahan moden 2
S10 Sikap individualistik dalam kalangan masyarakat 2

ISI TERSIRAT (Cara-cara mengatasi kemerosotan nilai kejiranan)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Pihak yang berkenaan mengadakan program berunsurkan kemasyarakatan dengan 2
lebih banyak
T2 Ibu bapa memupuk semangat kejiranan dalam diri anak-anak sejak mereka masih 2
kecil
T3 Masyarakat mengetepikan kepentingan sendiri 2
T4 Setiap anggota masyarakat perlu menyertai Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan 2
Rukun Tetangga (RT)
T5 Kita berusaha untuk menjadi jiran yang baik 2
T6 Kita mengelakkan daripada melakukan perbuatan yang menggores perasaan jiran 2
T7 Masyarakat saling menghormati 2
T8 Masyarakat bersikap toleransi antara satu sama lain 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, punca-punca kemerosotan nilai kejiranan dalam masyarakat perlu 2
diatasi agar/supaya kehidupan masyarakat menjadi lebih sejahtera.
K2 Kesimpulannya, semua pihak perlu berusaha untuk memastikan kemerosotan nilai 2
kejiranan dapat diatasi demi kesejahteraan masyarakat.
K3 Kesimpulannya, semua pihak perlu memupuk nilai kejiranan agar dapat mewujudkan 2
suasana yang harmoni dan sejahtera dalam kalangan masyarakat.
K4 Kesimpulannya, semua pihak harus memastikan kemerosotan nilai kejiranan dapat 1
diatasi.

MUKA SURAT 38 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

Soalan 2(a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata keakraban terhakis.


[2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa kepentingan mengamalkan semangat kejiranan dalam


menjalani kehidupan bermasyarakat.

Apakah kepentingan-kepentingan tersebut?


[3 markah]

(iii) Jiran sepakat membawa berkat, jiran keparat membawa mudarat.

Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan sikap tidak menghormati jiran?


[4 markah]

MUKA SURAT 39 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 10 (NEGERI SARAWAK PPD LIMBANG)


PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata keakraban terhakis:


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
1 Keeratan terjejas 2
2 Keteguhan terhapus 2
3 Kekariban 1
4 kemesraan 1

SOALAN (ii) kepentingan semangat kejiranan:


ISI JAWAPAN MARKAH
1 jiran umpama adik-beradik yang dapat bekerjasama 1
dalam kalangan masyarakat
2 membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh 1
3 membentuk semangat kekitaan 1
4 melahirkan semangat bersatu padu 1
5 membolehkan semua anggota masyarakat memahami 1
antara satu sama lain
6 orang pertama datang untuk menghulurkan bantuan 1

SOALAN (iii) kesan-kesan sikap tidak menghormati jiran:


ISI JAWAPAN MARKAH
1 kita akan dicemuh masyarakat 1
2 kita tidak mendapat ketenangan hidup 1
3 kita akan terasing dan terpinggir daripada masyarakat 1
4 menjejaskan kemajuan dan kesejahteraan negara 1
5 sukar untuk mendapatkan bantuan apabila ditimpa 1
musibah
6 menjejaskan keharmonian dan keamanan hidup 1
masyarakat

MUKA SURAT 40 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

LATIHAN RUMUSAN 11 (NEGERI PAHANG)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha melestarikan
permainan tradisional dan kekangan-kekangan untuk memajukannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 perkataan.

Permainan tradisional merupakan permainan yang dicipta oleh masyarakat tradisional, iaitu merujuk
permainan budaya yang sudah diamalkan oleh masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Permainan
tradisional ini juga sebagai pelengkap alam kanak-kanak pada masa silam untuk berkongsi keriangan dan
kegembiraan. Mereka cuma perlu berkawan, namun bukan lagi resam kepada kanak-kanak masa ini yang begitu
terdedah kepada peralatan telekomunikasi yang amat mengasyikkan dan menenggelamkan beberapa jenis
permainan tradisional yang tersohor pada suatu ketika dahulu. Ekoran daripada itu, permainan tradisional
semakin dilupakan, namun masih terdapat prakarsa untuk terus melestarikan sekali gus mengembalikan nostalgia
warisan budaya ini.

Permainan tradisional ini bukanlah semata-mata mengisi masa lapang, tetapi juga meningkatkan daya
kreativiti, memupuk semangat berpasukan dan melatih kekuatan mental dan fizikal. Secara tegasnya, permainan
tradisional memang wajar diketengahkan pada peringkat negara dan serantau. Minat yang mendalam terhadap
permainan tradisional seperti wau, layang-layang, sepak raga dan gasing tidak cukup sekiranya tiada kemudahan
untuk permainan ini. Bagi menangani isu ini, kerajaan haruslah menyediakan lebih banyak tempat atau
gelanggang permainan tradisional. Berkaitan dengan pembinaan gelanggang, kerajaan boleh memajukan
permainan ini dengan menyediakan jurulatih di setiap gelanggang yang telah disediakan. Pada masa yang sama,
masyarakat tempatan juga boleh berganding bahu mewujudkan tapak permainan tradisional di kawasan
perumahan atau kampung mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik perhatian penduduk sekitar untuk
beriadah bagi mengeratkan silaturahim sesama mereka.

Di samping itu, hotel tempatan dan pusat peranginan yang terkemuka di negara kita juga patut
menyediakan ruang dan tapak serta alat permainan tradisional kepada pelancong asing. Sempena Tahun
Melawat Malaysia, setiap negeri perlu mengetengahkan permainan tradisional dalam acara yang disusun bagi
menyerlahkan warisan seni budaya yang penuh nilai estetika bagi menggamit pelancong. Sebagai contoh,
kerajaan Kedah merancang menganjurkan program sukan, Eagle Cup Sepak Takraw bersempena Tahun
Melawat Kedah 2016. Selain itu, Festival layang-layang Sedunia Pasir Gudang yang dianjurkan setiap tahun perlu
diteruskan untuk menarik lebih banyak pengunjung dari dalam dan luar negara.

Usaha menghidupkan kembali permainan tradisional boleh dilakukan oleh pihak sekolah dengan
menganjurkan Kelab Permainan Tradisional dalam aktiviti kokurikulum. Permainan ini amat penting untuk
kehidupan generasi muda kerana dapat membantu perkembangan diri. Melalui permainan tradisional mereka
mempelajari cara mematuhi peraturan, menyesuaikan diri dan menyelesaikan masalah. Dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut memperuntukkan seni, warisan dan
budaya dalam aktiviti kokurikulum. Seni, warisan dan budaya bangsa Malaysia yang dimaksudkan termasuklah
tarian, muzik, kraf, tulisan jawi syair, permainan tradisional dan seni pertahanan diri.. Penyebaran maklumat
tentang permainan tradisional kepada masyarakat melalui media massa juga tidak harus dipandang remeh. Hal
ini kerana media merupakan saluran utama dalam pencarian maklumat terutama dalam kalangan remaja.
Jabatan Warisan Negara atau kerajaan negeri perlulah lebih kerap menganjurkan festival, pertandingan dan
kempen bagi mengetengahkan permainan tradisional kepada masyarakat agar dapat menanamkan rasa cinta
terhadap warisan negara kepada generasi muda.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Melestarikan Permainan Tradisional Warisan Negara
Oleh Samat Buang,
Dewan Siswa, Jun 2015)
MUKA SURAT 41 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 11 (NEGERI PAHANG)


PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan langkah-langkah/ inisiatif/ cara melestarikan permainan 2
tradisional dalam kalangan masyarakat/ di Malaysia.
P2 Petikan membincangkan langkah-langkah/ inisiatif/ cara melestarikan permainan 2
tradisional dan kepentingan permainan tradisional dalam kehidupan.
P3 Rumusan membincangkan langkah-langkah/ inisiatif/ cara melestarikan permainan 2
tradisional dan kekangan-kekangan untuk memajukannya.
P4 Petikan membincangkan langkah-langkah/ inisiatif/ cara melestarikan permainan 1
tradisional.
P5 Petikan membincangkan usaha-usaha melestarikan permainan tradisional. 0

ISI TERSURAT
ISI JAWAPAN MARKAH
S1 Kerajaan haruslah menyediakan lebih banyak tempat atau gelanggang permainan 2
tradisional.
S2 Menyediakan jurulatih di setiap gelanggang yang telah disediakan 2
S3 Masyarakat tempatan juga boleh mewujudkan tapak permainan tradisional di 2
kawasan perumahan atau kampung mereka
S4 Hotel tempatan dan pusat peranginan yang terkemuka di negara kita juga perlu 2
menyediakan ruang dan tapak serta alat permainan tradisional
S5 Setiap negeri perlu mengetengahkan permainan tradisional dalam acara yang 2
disusun
S6 Festival layang-layang Sedunia Pasir Gudang yang dianjurkan setiap tahun perlu 2
diteruskan
S7 Pihak sekolah menganjurkan Kelab Permainan Tradisional dalam aktiviti kokurikulum 2
S8 Kementerian Pendidikan Malaysia turut memperuntukkan seni, warisan dan budaya 2
dalam aktiviti kokurikulum
S9 Penyebaran maklumat tentang permainan tradisional kepada masyarakat melalui 2
media massa
S10 Jabatan Warisan Negara atau kerajaan negeri perlulah lebih kerap menganjurkan 2
festival, pertandingan dan kempen bagi mengetengahkan permainan tradisional

ISI TERSIRAT
ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Remaja tidak berminat 2
T2 Kekurangan tapak/gelanggang/ruang 2
T3 Masyarakat terlalu sibuk 2
T4 Tidak mendapat galakan ibu bapa 2
T5 Masyarakat menganggap permainan tradisional sudah ketinggalan zaman 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, semua pihak haruslah menyemarakkan usaha melestarikan 2
permainan tradisional agar permainan ini dapat diwarisi kepada generasi akan
datang.
K2 Kesimpulannya, semua pihak haruslah menyemarakkan usaha melestarikan 1
permainan tradisional

MUKA SURAT 42 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

Soalan 2(a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mengembalikan nostalgia.


[2 markah]

(ii) Permainan tradisional mampu merapatkan hubungan silaturahim antara anggota


masyarakat.

Apakah kepentingan-kepentingan lain permainan tradisional dalam kehidupan?


[3 markah]

(iii) Permainan tradisional mampu merangsang perkembangan minda kanak-kanak.

Nyatakan peranan ibu bapa bagi menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam
permainan tersebut.
[4 markah]

MUKA SURAT 43 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 11 (NEGERI PAHANG)


PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata mengembalikan nostalgia:


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) Memberikan/ mewujudkan kenangan/ 2
peristiwa
(ii) Mengembalikan kenangan 1

SOALAN (ii) Kepentingan-kepentingan lain permainan tradisional


dalam kehidupan:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 Mengisi masa lapang 1
2 Meningkat daya kreativiti 1
3 Memupuk semangat berpasukan 1
4 Melatih kekuatan mental dan fizikal 1

SOALAN (iii) Peranan ibu bapa:


ISI JAWAPAN MARKAH
1 Menggalakkan anak-anak bermain permainan 2
tradisional
2 Ibu bapa membeli peralatan permainan 2
tradisional
3 Bermain permainan tradisional bersama- 2
sama anak pada waktu lapang
4 Membawa anak-anak ke festival permainan 2
tradisional
5 Menghantar anak menyertai pertandingan 2
permainan tradisional
MUKA SURAT 44 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

LATIHAN RUMUSAN 12 (NEGERI TERENGGANU)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang manfaat-manfaat ekonomi
digital dan kekangan-kekangannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.

Kebelakangan ini, kerajaan amat menekankan satu lagi cabang ekonomi yang sedang pesat
merangsang pertumbuhan ekonomi seluruh dunia yang dikenali sebagai ekonomi digital. Ekonomi bentuk
baharu ini yang diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri disifatkan sebagai enjin pertumbuhan baharu
ekonomi Malaysia. Pada hari ini, kebanyakan usahawan telah beralih menjalankan perniagaan daripada
berbentuk konvensional dengan menjual produk-produk mereka di premis-premis perniagaan kepada premis
perniagaan alam maya. Premis perniagaan alam maya sama ada melalui laman sesawang, blog mahupun
laman sosial yang lain telah menjadi trend baharu perniagaan yang dapat menjanakan pendapatan tambahan
kepada mana-mana pihak termasuklah suri rumah.

Ledakan teknologi Internet sejak pertengahan tahun 1990-an telah mengubah tingkah laku manusia
termasuklah dalam urusan jual beli. Melalui pendekatan ekonomi digital, urusan jual beli bukan sahaja
menjadi amat mudah malah turut dapat menjimatkan masa para pembeli. Hal ini dikatakan demikian kerana
sesiapa sahaja boleh berurusan jual beli tanpa perlu pergi premis-premis perniagaan untuk membeli produk
yang dikehendaki. Pengenalan konsep e-dagang turut memudahkan urusan perniagaan pada skala yang
lebih besar, iaitu melibatkan import dan eksport barangan dan produk di seluruh dunia. Oleh sebab kerajaan
menyedari kepentingan ekonomi digital ini, kerajaan telah melancarkan inisiatif ekonomi digital melalui Zon
Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pada 22 Mac 2017.

Kombinasi antara alam maya dengan alam nyata mampu mencetuskan ledakan ekonomi yang
akhirnya memberikan keuntungan besar kepada negara dan rakyat Malaysia. Kecekapan perniagaan mampu
ditingkatkan lagi, dan pada masa yang sama para pengguna atau pembeli akan menikmati manfaatnya
melalui pembelian barangan dari mana-mana negara di dunia tanpa perlu berada di negara tersebut. Oleh itu,
pendekatan baharu seperti ekonomi digital menyerlahkan lagi gaya baharu dalam kehidupan generasi muda
pada masa ini yang lebih cenderung untuk menjalankan sebarang urusan termasuklah jual beli secara maya.
Melalui ekonomi digital juga, dijangkakan sebanyak 60 000 peluang pekerjaan baharu diwujudkan buat rakyat
Malaysia yang melibatkan pertubuhan eksport barangan sebanyak RM112 bilion menjelang tahun 2025.

Sebelum ini, pelbagai masalah telah menyebabkan produk-produk Perusahaan Kecil dan Sederhana
(PKS) sukar memasuki gerbang perniagaan global. Antara masalah yang sering dihadapi oleh pengusaha
PKS ialah masalah pemasaran, produktiviti dan teknologi yang rendah, kekurangan modal dan pembiayaan,
serta masalah lokasi. Hal ini menjadikan hanya 37 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara
disumbangkan oleh PKS. Namun begitu, dengan adanya konsep ekonomi digital, KDNK Malaysia melalui
PKS pada masa hadapan boleh ditingkatkan kepada 80 peratus. Hal ini berlaku demikian kerana PKS juga
boleh memasuki pintu gerbang perniagaan global sehingga dapat merancakkan lagi sektor berkenaan.
Keadaan ini seterusnya telah membuktikan bahawa ekonomi digital berjaya menjadi pemangkin perniagaan
bagi usahawan luar bandar. Kemajuan dalam industri PKS sedikit sebanyak dapat menangani migrasi
penduduk luar bandar ke bandar apabila mereka turut mampu menjalankan perniagaan di desa dan kampung
tanpa perlu berhijrah ke bandar-bandar besar.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Ekonomi Digital Pacu Ekonomi Masa Hadapan
Oleh Rohami Shafie
Dewan Masyarakat, Bil.7 2017)

MUKA SURAT 45 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 12 (NEGERI TERENGGANU)

PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan/ kepentingan-kepentingan/ kelebihan- 2
kelebihan/ faedah-faedah ekonomi digital kepada negara kita/ Malaysia.
P2 Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan/ kepentingan-kepentingan/ kelebihan- 2
kelebihan/ faedah-faedah ekonomi digital dan masalah yang dihadapi oleh pengusaha
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
P3 Rumusan membincangkan kebaikan-kebaikan/ kepentingan-kepentingan/ kelebihan- 2
kelebihan/ faedah-faedah ekonomi digital dan kekangan-kekangannya.
P4 Petikan/ Rumusan membincangkan kebaikan-kebaikan/ kepentingan-kepentingan/ 1
kelebihan-kelebihan/ faedah-faedah ekonomi digital.
P5 Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan/ kepentingan-kepentingan/ kelebihan- 1
kelebihan/ faedah-faedah ekonomi digital ekonomi digital dan kekangan-
kekangannya.
P6 Petikan/ Rumusan membincangkan manfaat-manfaat ekonomi digital. 0

ISI TERSURAT (Manfaat-manfaat ekonomi digital)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 Enjin pertumbuhan baharu ekonomi Malaysia 2
S2 Dapat menjanakan pendapatan tambahan kepada mana-mana pihak termasuklah suri 2
ruah
S3 Urusan jual beli bukan sahaja menjadi amat mudah 2
S4 Dapat menjimatkan masa para pembeli 2
S5 Memudahkan urusan perniagaan pada skala yang lebih besar, iaitu melibatkan import 2
dan eksport barangan
S6 Para pengguna atau pembeli akan menikmati manfaatnya melalui pembelian 2
barangan dari mana-mana negara di dunia tanpa perlu berada di negara tersebut
S7 Ekonomi digital menyerlahkan lagi gaya baharu dalam kehidupan generasi muda pada 2
masa ini
S8 Dijangkakan sebanyak 60 000 peluang pekerjaan baharu diwujudkan buat rakyat 2
Malaysia
S9 KDNK Malaysia melalui PKS pada masa hadapan boleh ditingkatkan kepada 80 peratus 2
S10 Ekonomi digital berjaya menjadi pemangkin perniagaan bagi usahawan luar bandar 2

ISI TERSIRAT (Kekangan-kekangannya)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Masalah liputan/ capaian Internet yang terhad 2
T2 Terdedah kepada penipuan/ barangan yang dijual kurang berkualiti/ penipuan 2
bayaran
T3 Masyarakat kurang yakin dengan pelaksanaan ekonomi digital 2
T4 Persaingan antara peniaga alam maya/ alam nyata 2
T5 Kemahiran penggunaan Internet/ ICT masih terbatas 2
T6 Masalah untuk melakukan pembayaran atas talian 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, kita hendaklah memanfaatkan ekonomi digital agar ekonomi negara 2
berkembang seiring dengan negara maju.
K2 Kesimpulannya, kita hendaklah memanfaatkan ekonomi digital. 1

MUKA SURAT 46 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

Soalan 2(a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menangani migrasi.


[2 markah]

(ii) Pengarang ada mengemukakan beberapa masalah yang dihadapi oleh pengusaha
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Nyatakan masalah-masalah tersebut.


[3 markah]

(iii) Golongan remaja merupakan golongan yang paling ramai melakukan pembelian atas talian.

Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum anda
membuat keputusan untuk membeli sesuatu barangan melalui kemudahan ini?
[4 markah]

MUKA SURAT 47 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 12 (NEGERI TERENGGANU)


PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata menangani migrasi:


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) Mengatasi penghijrahan/ perpindahan/ pergerakan 2
(ii) Mengatasi migrasi 1
(iii) Menangani penghijrahan/ perpindahan/ pergerakan 1

SOALAN (ii) Masalah-masalah:


ISI JAWAPAN MARKAH
1 Masalah pemasaran 1
2 Produktiviti dan teknologi yang rendah 1
3 Kekurangan modal dan pembiayaan 1
4 Masalah lokasi 1

SOALAN (iii) Perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum saya membuat keputusan
untuk membeli sesuatu barangan melalui kemudahan ini:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 Membuat perbandingan harga barangan antara syarikat/ 1+1
peniaga atas talian agar dapat membeli barangan dengan
harga yang lebih rendah
2 Membeli daripada syarikat/ individu yang telah terkenal agar 1+1
dapat mengelakkan daripada tertipu
3 Mempunyai wang yang mencukupi untuk membuat 1+1
pembayaran agar tidak mendatangkan masalah semasa proses
pembayaran
4 Mempunyai capaian/ kemudahan Internet bagi melakukan 1+1
proses pembelian dan pembayaran atas talian
5 Memastikan barangan yang ingin dibeli berkualiti dan sesuai 1+1
dengan harga yang ditawarkan
6 Memastikan syarikat/ penjual mempunyai perkhidmatan lepas 1+1
jualan agar dapat memudahkan pengguna melaporkan
sebarang masalah
7 Memastikan barangan yang dibeli/ syarikat menawarkan 1+1
tempoh jaminan yang tertentu agar sebarang kerosakan
terhadap barangan dapat dibuat pertukaran

MUKA SURAT 48 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

LATIHAN RUMUSAN 13 (NEGERI MELAKA)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca kurang suburnya
perasaan kesetianegaraan dan langkah-langkah mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Rakyat negara ini sentiasa mengalu-alukan setiap langkah yang diambil kerajaan untuk
meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Namun begitu, kita harus berwaspada kerana kemewahan pun
boleh melalaikan kita daripada mengentalkan perasaan patriotik. Sekalipun banyak tafsiran tentang
patriotisme, namun kesetianegaraan itu tidak dapat lari daripada maksud kecintaan atau rasa
tanggungjawab dan kesediaan berkorban untuk negara dan bangsa.

Jika dihuraikan dengan lebih spesifik, kesetiaan negara itu merupakan suatu ungkapan simbolik
yang menyatakan bahawa setiap rakyat perlu memiliki rasa bangga terhadap negara tempat tumpah
darahnya. Sebagai warganegara, seseorang itu wajib menjunjung tinggi nama baik negaranya. Perkara
yang mendorong berlaku hal sebaliknya daripada perbincangan di atas berpunca daripada sikap kita
yang tidak menyanjung tinggi bahasa kebangsaan baik dalam majlis rasmi atau ketika menggunakannya
dalam urusan awam. Kini, sudah banyak rungutan bahawa anggota masyarakat kurang memberikan
tumpuan terhadap penggunaan bahasa kebangsaan secara meluas. Kecuaian itu memperlihatkan kita
sendiri kurang bersikap patriotik terhadap bahasa kebangsaan. Jika kita mengambil mudah tentang
perkara ini, maka sukarlah kita hendak mengharapkan orang asing menghormati bahasa kita.

Satu persoalan lain yang hangat diperkatakan ialah masalah rasuah yang didakwa berlaku di
negara kita. Gejala ini merebak jika tidak dibendung kerana perasuah tidak takut melakukannya. Mereka
ini tidak ubah seperti barah yang harus dibanteras agar tidak melumpuhkan keseluruhan sistem
kenegaraan yang kita sanjung selama ini. Berlakunya penularan rasuah ini berpunca daripada semangat
patriotik membenci rasuah yang tidak menonjol dalam kalangan rakyat kita. Sebagai sebuah negara yang
bergerak ke arah mencapai status negara maju, kita sukar membendung kemewahan yang kian menular
dalam masyarakat. Di samping itu, budaya kepenggunaan yang tinggi dan materialisme yang
mencengkam hidup rakyat turut menyebabkan masyarakat alpa akan kesetianegaraan. Walaupun
sebahagian anggota masyarakat kita prihatin akan kesetianegaraan dan berharap agar ada langkah yang
diambil untuk menyuburkannya, namun harapan itu kurang berkesan kerana tidak ada kesungguhan
untuk menggerakkannya. Kesetianegaraan mempunyai ciri ritualnya yang ditanamkan ke dalam sanubari
rakyat khususnya golongan muda.

Pada masa ini, agensi kerajaan dan rakyat kurang menggembleng tenaga untuk menghidupkan
norma kesetianegaraan itu semula. Tambahan pula, generasi pascamerdeka tidak begitu menghayati
semangat hari kebangsaan. Ramai daripada mereka tidak memahami pengertian hari kebangsaan.
Perkara ini akan menghakis rasa kesetianegaraan dalam kalangan golongan pewaris ini. Kita harus ingat
bahawa rasa kesetianegaraan sebagai salah satu jati diri bangsa kita yang terdiri daripada pelbagai
kaum, agama, dan kebudayaan. Jika rasa kesetianegaraan dapat disebatikan dalam jiwa setiap rakyat,
sudah tentu perpaduan rakyat menjadi lebih kukuh dan utuh.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana
Suburkan Perasaan Kesetianegaraan
oleh Abdul Samad, Utusan Malaysia)

MUKA SURAT 49 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 13 (NEGERI MELAKA)

PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan faktor-faktor/sebab-sebab kurang suburnya/lunturnya 2
semangat kesetianegaraan dalam kalangan rakyat di negara ini.
P2 Rumusan membincangkan faktor-faktor/sebab-sebab kurang suburnya/lunturnya 2
semangat kesetianegaraan dalam kalangan rakyat di negara ini dan langkah-
langkah mengatasinya.

ISI TERSURAT (punca kurang suburnya perasaan kesetianegaraan)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 Rakyat tidak menyanjung penggunaan bahasa kebangsaan baik di majlis rasmi. 2
S2 ...kurang menggunakan bahasa kebangsaan dalam urusan awam. 2
S3 ...kurang bersikap patriotik terhadap bahasa kebangsaan. 2
S4 Semangat patriotik membenci gejala rasuah tidak menonjol dalam kalangan 2
rakyat.
S5 Sukar membendung kemewahan yang semakin menular dalam kalangan 2
masyarakat
S6 Budaya kepenggunaan yang tinggi dan materialisme yang mencengkam hidup 2
rakyat.
S7 Tidak ada kesungguhan untuk menggerakkan usaha-usaha menyuburkan 2
semangat patriotisme/kesetianegaraan
S8 Agensi kerajaan dan rakyat kurang menggembleng tenaga untuk menghidupkan 2
norma kesetianegaraan itu semula.
S9 Generasi pascamerdeka tidak begitu menghayati semangat hari kebangsaan. 2

ISI TERSIRAT (langkah-langkah mengatasinya)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Gerakan bahasa kebangsaan perlu digerakkan secara berterusan untuk 2
mengentalkan jati diri rakyat.
T2 Patriotisme dijadikan salah satu komponen dalam sukatan pelajaran. 2
T3 Kempen cinta akan negara diadakan sepanjang masa. 2
T4 Media massa banyak menyiarkan rencana/rancangan yang mempunyai unsur 2
patriotisme.
T5 Kurikulum khidmat negara member keutamaan kepada aspek kesetianegaraan. 2
T6 Peranan pendidikan melalui bidang kurikulum dan kokurikulum/ merancang 2
pelbagai aktiviti yang dapat memupuk semangat patriotisme.
T7 Terima jawapan-jawapan lain yang munasabah/relevan/rasional

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha meningkatkan semangat 2
patriotisme dalam jiwa rakyat demi menjamin kesejahteraan dan keamanan
negara.
K2 Kesimpulannya, generasi muda mestilah mengisi kemerdekaan negara dengan 1
baik.

MUKA SURAT 50 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

Soalan 2(a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mengentalkan perasaan patriotik.


[2 markah]

(ii) Mengapakah perasuah dianggap sebagai musuh negara?

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh kerajaan bagi memupuk
semangat kesetianegaraan dalam kalangan generasi muda?

[4 markah]

MUKA SURAT 51 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 13 (NEGERI MELAKA)


PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata mengentalkan perasaan patriotik


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) Mengukuhkan / memantapkan / 2
menyemarakkan semangat cinta akan negara

SOALAN (ii) Mengapa


ISI JAWAPAN MARKAH
1 Perasuah tidak takut melakukan rasuah 1
2 Dapat melumpuhkan keseluruhan sistem 1
kenegaraan
3 Amalan mereka mudah merebak jika tidak 1
dibendung

SOALAN (iii) Peranan kerajaan


ISI JAWAPAN MARKAH
1 Sistem pendidikan/ menerapkan nilai-nilai 2
patriotik dalam setiap aktiviti di sekolah.
contoh- 1 Murid 1 Sukan, kokurikulum, jati diri,
PLKN
2 Program: Kempen semangat kesetianegaraan 2
yang melibatkan golongan remaja
dijalankan dari semasa ke semasa secara
berkesan
3 Memaparkan filem dokumentari yang 2
bertemakan kesetianegaraan melalui media
massa

MUKA SURAT 52 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

LATIHAN RUMUSAN 14 (SBP)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri remaja dan
cara-cara remaja mengatasinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
kata.

Zaman remaja sering kali dikaitkan dengan alam yang penuh pancaroba kerana inilah alam
yang perlu dilalui oleh setiap insan sebelum menginjak ke alam dewasa. Ahli psikologi
memberikan takrifan usia bagi remaja adalah dalam lingkungan 13 hingga 21 tahun. Usia remaja
merupakan usia perubahan atau transisi kanak-kanak kepada remaja sebelum mereka menjadi
dewasa. Fasa transisi merupakan cabaran yang amat getir buat remaja. Sekiranya mereka gagal
mengawal minda atau membuat pertimbangan yang sewajarnya, hal yang negatif amat mudah
terjadi. Remaja akan mudah terkesan dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Sifat
memberontak wujud dalam diri remaja sekiranya keinginan mereka tidak dipenuhi. Ahli keluarga
seharusnya berperanan mendekati para remaja dengan penuh hikmah sewaktu mereka melalui
fasa transisi ini.

Kebanyakan remaja mudah terdorong dengan perkara yang berkaitan dengan seksual.
Selain itu, pada waktu tertentu, emosi remaja mudah menjadi tidak stabil. Malahan, ketika ini juga
mereka mula berkonflik dengan diri sendiri, keluarga atau rakan sebaya. Ada kalanya, semua yang
berlaku serba tidak kena dengan jiwa mereka. Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi ini,
remaja dilihat sebagai kelompok usia yang paling berisiko terhadap ancaman sosial yang negatif.
Mereka memiliki sifat ingin tahu yang menebal dan mahu mencuba pelbagai perkara yang
dianggap sebagai tindak balas semula jadi yang wujud dalam diri remaja. Kadang kala, fikiran
remaja menjadi keliru dan bercelaru disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuklah keluarga, rakan
sebaya dan persekitaran yang kurang memberangsangkan. Lumrahnya, remaja juga tidak suka
dikongkong oleh orang yang lebih tua daripadanya. Seharusnya para ibu bapa perlu menjadi
sahabat terhadap anak remaja mereka. Namun, situasi inilah yang jarang sekali berlaku dalam
kalangan masyarakat.

Sikap sudah terhantuk baru tengadah perlu dihindari atau dijauhi oleh setiap ahli
masyarakat kerana bimbang akan membawa impak yang lebih buruk. Potensi atau masa depan
remaja pasti akan terjejas sekiranya terlibat dengan gejala yang negatif. Bukanlah sesuatu yang
mudah jika remaja itu ingin kembali ke pangkal jalan, melainkan mereka mempunyai semangat
yang cukup kuat. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Sokongan dan
dorongan daripada orang yang lebih dewasa seharusnya hadir pada saat-saat mereka
memerlukannya. Sesungguhnya remaja hari ini memerlukan perhatian dan bukannya kritikan
semata-mata. Hal ini demikian kerana remaja merupakan modal insan yang bakal memacu
kecemerlangan negara pada masa akan datang.
(Dipetik dan diubah suai daripada
Cabaran dan Halangan Semasa Transisi Remaja
oleh Md Nizar Parman
Dewan Siswa, Disember 2016)
MUKA SURAT 53 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 14 (SBP)

PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan kriteria-kriteria remaja pada era ini. 2
P2 Rumusan membincangkan kriteria-kriteria remaja dan cara-cara 2
mengatasinya
P3 Rumusan membincangkan kriteria-kriteria/ faktor-faktor transisi usia 2
remaja dan cara-cara mengatasinya
P4 Petikan/Rumusan membincangkan kriteria-kriteria/faktor-faktor transisi 1
usia remaja
P5 Petikan/Rumusan membincangkan ciri-ciri transisi usia remaja dan cara- 0
cara mengatasinya.

TERSURAT (Ciri-ciri remaja)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 Sifat memberontak wujud dalam diri remaja sekiranya keinginan mereka 2
tidak dipenuhi
S2 Remaja mudah terdorong dengan perkara yang berkaitan dengan seksual 2
S3 Emosi remaja mudah menjadi tidak stabil 2
S4 Mereka mula berkonflik dengan diri sendiri, keluarga atau rakan sebaya 2
S5 Mereka memiliki sifat ingin tahu yang menebal 2
S6 Mereka mahu mencuba pelbagai perkara 2
S7 Fikiran remaja menjadi keliru dan bercelaru disebabkan oleh pelbagai faktor 2
S8 Remaja juga tidak suka dikongkong oleh orang yang lebih tua daripadanya 2
S9 Sifat memberontak wujud dalam diri remaja sekiranya keinginan mereka 2
tidak dipenuhi

ISI TERSIRAT (kekangannya)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Remaja seharusnya mencari/mendekati kawan yang baik 2
T2 Remaja boleh mendapatkan bimbingan daripada guru/kaunselor/orang 2
yang lebih tua/ ustaz
T3 Remaja banyak membaca buku/bahan ilmiah/ blog 2
T4 Remaja perlu menghadiri ceramah motivasi/ agama 2
T5 Remaja sentiasa berfikiran positif/ ingin memajukan diri 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, semua pihak perlu menangani ciri-ciri remaja agar mereka 2
menjadi insan cemerlang
K2 Kesimpulannya, semua pihak perlu mendepani ciri-ciri remaja agar negara 2
sejahtera
K3 Kesimpulannya, semua pihak perlu memahami/mengenali ciri-ciri remaja 2
agar mereka menjadi insan cemerlang/negara sejahtera

MUKA SURAT 54 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

Soalan 2(a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata impak yang lebih buruk.


[2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa peranan pelbagai pihak amat diperlukan sewaktu para
remaja melalui fasa transisi dalam kehidupan mereka.

Nyatakan peranan-peranan tersebut.


[3 markah]

(iii) Remaja yang hebat merupakan aset bernilai yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan
negara pada masa hadapan.

Pada pendapat anda, apakah peranan pihak kerajaan dalam melahirkan remaja yang hebat
di negara kita?
[4 markah]

MUKA SURAT 55 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 14 (SBP)


PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata impak yang lebih buruk:


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) Kesan yang lebih teruk/negatif 2

SOALAN (ii) Peranan-peranan:


ISI JAWAPAN MARKAH
1 Ahli keluarga seharusnya berperanan mendekati para 1
remaja dengan penuh hikmah sewaktu mereka melalui
fasa transisi ini
2 Ibu bapa perlu menjadi sahabat terhadap anak remaja 1
mereka
3 Sokongan dan dorongan daripada orang yang lebih 1
dewasa seharusnya hadir pada saat-saat mereka
memerlukannya

SOALAN (iii) Peranan kerajaan:


ISI JAWAPAN MARKAH
1 Menyediakan biasiswa berprestij seperti Biasiswa 1
Nasional, Biasiswa Agong dan Biasiswa Bank Negara
(Kijang Emas)
2 Menyediakan biasiswa/pinjaman pendidikan seperti 1
oleh pihak MARA dan JPA
3 Menyediakan/ menambah IPTA, MRSM, SBP, Sekolah 1
Seni dan Sekolah Sukan
4 Mewujudkan program Permata Pintar untuk pelajar- 1
pelajar pintar
5 Mewujudkan program jati diri seperti PLKN 1
6 Mewujudkan program IM4U 1
7 Membanyakkan kemudahan kompleks sukan 1
8 Menyedia/menambah Akademi Seni Kebangsaan 1
(ASWARA)

MUKA SURAT 56 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

LATIHAN RUMUSAN 15 (MRSM)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan pengurusan
kewangan kepada remaja dan halangan untuk melaksanakannya. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menyebut bahawa
sebanyak 1157 kes kebankrapan yang melibatkan golongan di bawah umur 25 tahun telah direkodkan
oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Faktor utama golongan muda di negara kita muflis ialah
ketidakcekapan menguruskan kewangan sendiri akibat didorong oleh kegagalan perancangan
kewangan yang baik dan kurangnya pendidikan mengenai kaedah berbelanja secara berhemat.
Keadaan ini disebabkan oleh golongan muda memiliki tahap pendidikan kewangan yang rendah
sedangkan pengurusan kewangan yang bijak membolehkan remaja merancang masa depan dengan
lebih strategik.

Pengurusan kewangan yang baik sebenarnya dapat memastikan remaja mampu membayar
balik wang pinjaman pendidikan setelah tamat belajar. Di samping itu, remaja boleh menggunakan
wang simpanan yang dikumpulkan untuk memulakan perniagaan bagi meneruskan kelangsungan
hidup terutamanya apabila tidak mendapat sebarang pekerjaan selepas tamat pengajian. Selain itu,
remaja juga dapat memastikan mereka mempunyai simpanan wang yang cukup sebagai persediaan
menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu. Amalan menyimpan dapat membantu mereka
untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi setelah tamat persekolahan peringkat
menengah.

Walaupun secara dasarnya kebanyakan remaja mempunyai aliran masuk wang daripada
sumber yang terhad seperti ibu bapa dan biasiswa atau pinjaman pendidikan, remaja yang cekap
menguruskan kewangannya dapat mengelakkan mereka terbelenggu dengan masalah kekurangan
wang saku sepanjang tempoh pengajian. Namun, ada juga sebahagian remaja yang sudah terjerat
dengan masalah hutang sejak usia muda. Oleh itu, amat penting untuk remaja menguruskan
kewangan dengan sistematik kerana hal ini dapat membantu remaja khususnya yang belajar di
universiti menampung perbelanjaan tertentu sepanjang bergelar mahasiswa.

Remaja sebenarnya boleh menampung perbelanjaan harian sebagai pelajar dengan


menjalankan kegiatan yang dapat menjanakan pendapatan sampingan seperti melibatkan diri dalam
bidang keusahawanan dan bekerja sambilan ketika cuti semester. Hasil pendapatan tersebut, mereka
mampu membeli dan memiliki hartanah yang boleh menjamin masa depan untuk membeli rumah,
rumah kedai atau aset-aset yang lain. Kebijaksanaan menguruskan kewangan sedikit sebanyak akan
turut membolehkan remaja menggunakan wang untuk tujuan pelaburan seperti pembelian saham
amanah atau disimpan di institusi kewangan tertentu. Kesimpulannya, remaja disarankan untuk
mendalami ilmu pengurusan kewangan agar pengurusan kewangan yang cekap dapat diaplikasikan.
(Dipetik dan diubah suai daripada
Pengurusan Kewangan Remaja
oleh Norazizah Mohd Amin
Dewan Siswa, Bil 3 2017)

MUKA SURAT 57 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 15 (MRSM)

PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan faedah-faedah/ kebaikan-kebaikan/ manfaat-manfaat/ kelebihan-kelebihan/ 2
keistimewaan-keistimewaan pengurusan kewangan kepada remaja di Malaysia/ negara kita.
P2 Petikan membincangkan faedah-faedah/ kebaikan-kebaikan/ manfaat-manfaat/ kelebihan-kelebihan/ 2
keistimewaan-keistimewaan pengurusan kewangan kepada remaja dan punca-punca golongan remaja
diisytiharkan muflis.
P3 Rumusan ini faedah-faedah/ kebaikan-kebaikan/ manfaat-manfaat/ kelebihan-kelebihan/ 2
keistimewaan-keistimewaan pengurusan kewangan kepada remaja dan halangan-halangan remaja
untuk melaksanakannya.
P4 Petikan membincangkan faedah-faedah/ kebaikan-kebaikan/ manfaat-manfaat/ kelebihan-kelebihan/ 1
keistimewaan-keistimewaan pengurusan kewangan kepada remaja
P5 Petikan membincangkan kepentingan pengurusan kewangan kepada remaja di Malaysia/ negara kita. 0
P6 Petikan membincangkan faedah-faedah/ kebaikan-kebaikan/ manfaat-manfaat/ kelebihan-kelebihan/ 0
keistimewaan-keistimewaan pengurusan kewangan kepada remaja dan halangan-halangan untuk
remaja melaksanakannya.

ISI TERSURAT (Kepentingan pengurusan kewangan kepada remaja)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 Membolehkan remaja merancang masa depan dengan lebih strategik 2
S2 Dapat memastikan remaja mampu membayar balik wang pinjaman pendidikan 2
S3 Remaja boleh menggunakan wang simpanan yang dikumpulkan untuk memulakan perniagaan 2
S4 Remaja juga dapat memastikan mereka mempunyai simpanan wang yang cukup 2
S5 Dapat membantu mereka untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi 2
S6 Dapat mengelakkan mereka terbelenggu dengan masalah kekurangan wang saku sepanjang tempoh 2
pengajian
S7 Dapat membantu remaja khususnya yang belajar di universiti menampung perbelanjaan 2
S8 Mereka mampu membeli dan memiliki hartanah yang boleh menjamin masa depan 2
S9 Membolehkan remaja menggunakan wang untuk tujuan pelaburan 2

ISI TERSIRAT (Halangan untuk melaksanakannya)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Remaja boros berbelanja terutamanya apabila terpengaruh dengan kempen jualan murah 2
T2 Remaja mengamalkan gaya hidup mewah di luar daripada kemampuan/ melebihi pendapatan/ ghairah 2
menggunakan wang untuk membeli barangan berjenama/ kereta/ gajet canggih
T3 Remaja terjebak dengan jerat skim pelaburan/ perniagaan MLM/ skim cepat kaya 2
T4 Remaja terpaksa menanggung kos sara hidup/ beban kewangan yang tinggi 2
T5 Remaja terpaksa membayar balik pinjaman pendidikan dalam tempoh yang panjang/ PTPTN 2
T6 Ibu bapa kurang mengingatkan remaja tentang kepentingan menguruskan wang/ menabung untuk 2
jaminan masa depan
T7 Pihak bank/ institusi kewangan tidak mampu menarik minat remaja untuk menyimpan/ menabung 2
T8 Kempen untuk menyedarkan remaja tentang kebaikan menabung/ menyimpan/ menguruskan 2
kewangan secara bijak/ membuat pelaburan melalui saluran yang betul kurang mendapat sambutan
T9 Remaja membelanjakan wang untuk berhibur/ hedonisme/ rekreasi 2
KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, remaja perlulah bijak menguruskan kewangan agar masa depan mereka terjamin. 2
K2 Kesimpulannya, remaja hendaklah menguasai ilmu pengurusan kewangan supaya mereka tidak 2
terjebak dengan masalah kewangan pada masa hadapan.
K3 Kesimpulannya, remaja sewajarnya cekap menguruskan kewangan sendiri agar mereka tidak berdepan 2
dengan masalah kewangan yang meruncing.
K4 Kesimpulannya, semua pihak perlu menyedarkan remaja tentang pengurusan kewangan yang cekap 2
agar hidup mereka lebih terjamin.
K5 Kesimpulannya, remaja perlu menguruskan kewangan mereka dengan bijak 1
K6 Kesimpulannya, pengurusan kewangan amat penting untuk semua pihak. 0
K7 Kesimpulannya, pengurusan kewangan yang bijak amat penting dalam kehidupan 0
K8 Kesimpulannya, menguasai ilmu pengurusan kewangan amat perlu. 0
MUKA SURAT 58 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

Soalan 2(a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata sumber yang terhad.


[2 markah]

(ii) Pengarang ada menyatakan beberapa punca golongan muda diisytiharkan muflis.

Nyatakan punca-punca tersebut.


[3 markah]

(iii) Golongan remaja dikatakan mudah terjebak dengan pelbagai skim pelaburan cepat kaya
yang akhirnya merugikan mereka.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengelakkan
remaja terjebak dengan skim-skim pelaburan seperti ini?
[4 markah]

MUKA SURAT 59 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 15 (MRSM)


PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata sumber yang terhad:


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) Punca yang terbatas/sedikit 2
(ii) Sumber yang terbatas 1
(iii) Punca yang terhad 1

SOALAN (ii) punca golongan muda diisytiharkan muflis:


ISI JAWAPAN MARKAH
1 Ketidakcekapan menguruskan kewangan sendiri 1
2 Kegagalan perancangan kewangan yang baik 1
3 Kurangnya pendidikan mengenai kaedah berbelanja secara berhemat 1

SOALAN (iii) Usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengelakkan remaja terjebak dengan
skim-skim pelaburan cekap kaya:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 Kerajaan/ institusi kewangan mengadakan kempen menggalakkan 1
remaja melabur melalui institusi kewangan/ pihak yang berautoriti
supaya pelaburan dijamin sah di sisi undang-undang
2 Kerajaan/ institusi kewangan/ memberikan pendedahan kepada 1
remaja tentang skim-skim pelaburan yang tidak sah dan hanya
bertujuan untuk mengaut keuntungan sahaja
3 Kerajaan / institusi kewangan menganjurkan seminar berkaitan ilmu 1
pengetahuan asas pelaburan supaya remaja boleh membezakan
antara pelaburan yang sah atau tidak sah di sisi undang-undang
4 Media massa memaparkan syarikat-syarikat pelaburan berasaskan 1
skim cepat kaya kepada masyarakat melalui akhbar/ majalah/ berita
supaya kegiatan penipuan mereka terbongkar
5 Ibu bapa sentiasa mengingatkan remaja tentang bahaya/ kesan 1
negatif/ kerugian jika remaja melibatkan diri dalam pelaburan skim
cepat kaya.
6 Masyarakat sentiasa melaporkan kegiatan syarikat-syarikat yang 1
menawarkan skim pelaburan cepat kaya supaya pihak berkuasa dapat
mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka
7 Remaja perlu sentiasa mencari informasi/ maklumat berkaitan sektor- 1
sektor pelaburan yang sah dan memberikan pulangan yang
menguntungkan
8 Remaja perlu bersikap lebih berhati-hati apabila disogokkan dengan 1
skim-skim pelaburan yang menawarkan keuntungan secara berlipat
ganda supaya tidak mudah tertipu dengan tawaran.

MUKA SURAT 60 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

LATIHAN RUMUSAN 16 (YIK)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan alam sekitar dan masalah-
masalah yang dihadapi untuk menjaganya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.

Alam sekitar yang bersih memainkan peranan penting dalam kehidupan harian manusia di dunia. Alam sekitar
yang bersih akan menghasilkan suasana yang selesa dan menyamankan untuk kehidupan. Aktiviti-aktiviti
pembangunan negara akan terjejas sekiranya alam sekitar tidak dijaga dengan baik. Amalan menjaga kebersihan
alam sekitar merupakan tuntutan semua pihak. Persekitaran yang bersih sangat penting untuk mewujudkan kehidupan
yang sihat dari segi mutu kesihatan.

Alam sekitar sangat penting kepada manusia dalam sistem pernafasan untuk menyedut udara yang segar.
Udara yang segar amat penting untuk kesihatan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan
tumbuhan menghijau. Tumbuhan-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat
bekalan oksigen secukupnya. Selain itu, alam sekitar membolehkan manusia menikmati keadaan cuaca dan suhu
yang nyaman setiap hari. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman itu akan memberi peluang kepada orang ramai
untuk melakukan aktiviti riadah secara selamat.

Alam sekitar sangat penting kerana dapat menjamin keseimbangan ekosistem dalam kehidupan sejagat.
Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air. Sebagai contoh,
hutan dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air
hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Alam sekitar terutama sumber hutan yang tebal akan dapat
menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan domestik. Selain itu, hutan akan membantu manusia menakung
air dalam empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih untuk menghasilkan kuasa hidroelektrik.

Pemulihan terhadap alam sekitar amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna di dunia ini.
Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semula jadi dan setiap satunya mempunyai rantaian
yang mengikat antara satu sama lain. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semula jadi.
Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Keadaan ini akan
menjejaskan pertumbuhan flora manakala fauna pula akan kehilangan habitatnya.
Alam sekitar yang dijaga secara terancang akan dapat mengurangkan pemanasan global yang serius. Cuaca
panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan sekiranya kawasan tumbuhan hijau dapat
dikawal. Beberapa buah negara di dunia termasuk negara kita dijangka akan mengalami pemanasan global yang
serius dalam tempoh 20 tahun akan datang jika penebangan hutan dilakukan secara tidak terancang.

Keindahan alam sekitar juga dapat meningkatkan ekonomi dalam sektor pelancongan. Hal ini demikian kerana
kawasan yang indah akan dapat memberi peluang kepada pelancong untuk mengunjungi tempat-tempat menarik
terutama di kawasan hutan rekreasi, air terjun, jeram, tasik, pinggir pantai dan taman negara. Dalam aktiviti
pelancongan, kita akan mendapatkan hasil daripada pendapatan luar negara untuk menambah sumber kewangan
negara. Ini akan dapat meningkatkan pertukaran wang asing. Dalam jangka panjang, pertumbuhan ekonomi juga akan
meningkat. Melalui aktiviti itu, peluang pekerjaan untuk orang tempatan juga akan meningkat dan secara tidak
langsung akan dapat mengurangkan pengangguran di sesebuah negara.

Kita mestilah sedar akan kepentingan memelihara alam semula jadi yang masih ada pada hari ini. Usaha-
usaha memupuk kesedaran masyarakat akan kepentingan alam sekitar terus dilakukan oleh pelbagai pihak seperti
kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran dan penerbitan bahan
bercetak. Semuanya adalah untuk meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi
memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar menjadi tanggungjawab bersama setiap generasi agar
pembangunan lestari dapat dikekalkan.
(Dipetik dan diubah suai daripada
Menjaga alam sekitar oleh Dr. Hazwan bin Harun,
Berita Harian, Mac, 2016)
MUKA SURAT 61 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 16 (YIK)

PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan faedah / kebaikan/ manfaat/ kelebihan / keistimewaan alam sekitar 2
dalam kehidupan manusia di dunia. (tulis di Malaysia 1m sahaja)
P2 Petikan membincangkan faedah / kebaikan/ manfaat/ kelebihan / keistimewaan alam sekitar 2
dalam kehidupan manusia di dunia dan tanggungjawab memelihara alam sekitar.
P3 Petikan membincangkan faedah / kebaikan/ manfaat/ kelebihan / keistimewaan alam sekitar 2
dan tanggungjawab memelihara alam sekitar.
P4 Rumusan ini membincangkan faedah / kebaikan/ manfaat/ kelebihan / keistimewaan alam 2
sekitar dan masalah-masalah yang dihadapi untuk menjaganya.
P5 Rumusan ini membincangkan faedah / kebaikan/ manfaat/ kelebihan / keistimewaan alam 1
sekitar dalam kehidupan manusia di dunia dan masalah-masalah yang dihadapi untuk
menjaganya.
P6 Petikan membincangkan faedah / kebaikan/ manfaat/ kelebihan / keistimewaan alam sekitar. 1
P7 Petikan membincangkan faedah / kebaikan/ manfaat/ kelebihan / keistimewaan alam sekitar 1
di Malaysia.
P8 Petikan membincangkan kepentingan alam sekitar dan masalah-masalah yang dihadapi untuk 0
menjaganya.
P9 Petikan membincangkan kepentingan alam sekitar. 0
(Nota: terima pendahuluan yang lain jika bersesuaian)

ISI TERSURAT (Kepentingan alam sekitar)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 penting untuk mewujudkan kehidupan yang sihat dari segi mutu kesihatan 2
S2 penting kepada manusia dalam sistem pernafasan untuk menyedut udara segar 2
S3 membolehkan manusia menikmati keadaan cuaca dan suhu yang nyaman setiap hari 2
S4 dapat menjamin keseimbangan ekosistem dalam kehidupan sejagat 2
S5 dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan domestik 2
S6 dapat mengurangkan pemanasan global yang serius 2
S7 dapat meningkatkan ekonomi dalam sektor pelancongan 2

ISI TERSIRAT (masalah-masalah yang dihadapi untuk menjaganya)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 sikap masyarakat yang tidak mengambil berat terhadap kepentingan alam sekitar 2
T2 kos penjagaan alam sekitar sangat tinggi 2
T3 sering berlaku pertindihan kuasa antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat 2
T4 sikap PBT yang tidak peka terhadap aduan rakyat 2
T5 penyelewengan yang berlaku dalam kalangan pegawai pelaksana 2
T6 sikap pengusaha yang ingin mengaut keuntungan berlebihan / kepentingan diri 2
T7 masyarakat berasa takut untuk melaporkan masalah pencemaran alam kepada pihak kerajaan 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama menjaga alam sekitar agar generasi masa 2
depan hidup dengan lebih selamat.
K2 Kesimpulannya, semua pihak perlu sedar akan kepentingan penjagaan alam sekitar demi 2
menyelamatkan kehidupan generasi akan datang.
K3 Kesimpulannya, semua pihak perlu sepakat menjaga alam sekitar demi kesejahteraan hidup 2
generasi akan datang.
K4 Kesimpulannya, semua pihak perlu sepakat menjaga alam sekitar. 1

MUKA SURAT 62 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

Soalan 2(a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata dijaga secara terancang.


[2 markah]

(ii) Penulis menyatakan bahawa hutan mempunyai banyak fungsi kepada manusia.
Apakah fungsi hutan tersebut?
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah impak negatif pemanasan global kepada kehidupan di dunia?

[4 markah]

MUKA SURAT 63 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 16 (YIK)


PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata dijaga secara terancang:


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) dikawal / diselia / dipantau / mengikut peraturan yang 2
ditetapkan / diatur
(ii) dikawal dengan cara yang betul / mengikut peraturan 2
(iii) dikawal mengikut peraturan yang direncanakan 2
(iv) dikawal mengikut asas-asas yang ditentukan / ditetapkan 2
(v) dikawal mengikut peraturan yang betul 2

SOALAN (ii) fungsi hutan kepada manusia:


ISI JAWAPAN MARKAH
1 menjadi kawasan tadahan hujan 1
2 Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air 1
hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar
3 dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi 1
kegunaan domestik
4 membantu manusia menakung air dalam empangan- 1
empangan yang dilengkapi teknologi canggih untuk
menghasilkan kuasa hidroelektrik

SOALAN (iii) impak negara pemanasan global:


ISI JAWAPAN MARKAH
1 mengancam tapak warisan dan sejarah yang ada di muka 1
bumi ini
2 berlakunya pencairan ais di kutub seterusnya akan 1
meningkatkan paras air laut dunia
3 peningkatan suhu / kepekatan gas karbon dioksida di 1
atmosfera akan mengubah iklim dan persekitaran
4 biodiversiti hidupan di muka bumi akan terjejas 1
5 ancaman hidupan air laut / marin 1
6 penyakit kepada hidupan terutama manusia 1

MUKA SURAT 64 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

LATIHAN RUMUSAN 17 (NEGERI SABAH PPD KOTA BELUD)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara menguruskan
kewangan dan peranan pelbagai pihak mendidik masyarakat supaya berbelanja secara
berhemat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Umumnya, hanya sebilangan kecil generasi di negara kita yang bijak menguruskan kewangan.
Kebanyakan daripada mereka gagal menguruskan kewangan atas pelbagai faktor. Antaranya, mereka
lebih mementingkan gaya hidup tanpa memikirkan kesannya terhadap kemampuan kewangan
mereka. Amalan suka memiliki telefon pintar atau alat berteknologi tercanggih di pasaran dan
bertukar-tukar model terbaharu menjadi trend generasi kini. Hal ini menunjukkan generasi muda perlu
mempunyai ilmu tentang pengurusan kewangan lebih-lebih lagi semasa berlakunya kegawatan
ekonomi. Sewajarnyalah, generasi muda dinasihati supaya tidak membazir ketika berbelanja. Hal ini
dikatakan demikian kerana sebilangan daripada mereka gemar membeli barangan berjenama yang
mahal harganya yang menyebabkan mereka menghadapi masalah dalam menguruskan kewangan.
Mereka sepatutnya menyediakan senarai perbelanjaan untuk memastikan kewangan sentiasa terurus.

Kebanyakan generasi muda yang baru memasuki alam pekerjaan perlu membayar balik wang
pinjaman pembiayaan pelajaran. Dalam hal ini, mereka sepatutnya memperuntukkan sebahagian
daripada pendapatan bulanan untuk membayar balik wang pinjaman tersebut. Perkara ini sangat
penting bagi memastikan mereka dapat menguruskan kewangan masing-masing. Dalam hal
perkahwinan pula generasi muda gemar memilih pakej perkahwinan yang terdapat di pasaran.
Mereka seharusnya memilih pakej perkahwinan mengikut kemampuan masing-masing. Pada masa
yang sama, kos yang tinggi diperlukan untuk memulakan penghidupan baru dalam berkeluarga. Oleh
hal yang demikian, pasangan yang baru berkahwin disarankan supaya tinggal bersama-sama ibu
bapa sebagai langkah penjimatan. Dalam tempoh berkenaan, pasangan tersebut dapat menabung
untuk dijadikan wang pendahuluan bagi membeli rumah. Sebenarnya,pembelian rumah pada usia
muda adalah lebih baik untuk mendapatkan tempoh pembiayaan yang lebih anjal. Bagi pasangan
yang menyewa rumah, mereka perlulah memastikan kadar sewaan rumah tidak melebihi 30 peratus
pendapatan bulanan isi rumah.

Pengurusan kewangan juga perlu diberi perhatian sebelum sesebuah keluarga merancang
untuk melancong. Kebanyakan keluarga di Malaysia akan melancong sekurang-kurangnya sekali
dalam setahun kerana pelancongan merupakan aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan. Sehubungan dengan itu, perancangan awal untuk menguruskan kewangan bagi tujuan
melancong perlu dilakukan. Kita juga janganlah mengikut nafsu ketika berbelanja terutamanya apabila
kita mempunyai wang yang lebih. Sebagai contoh, apabila mendapat bonus, pelbagai keinginan akan
terlintas dalam fikiran seperti kereta baharu, perabot baharu dan percutian. Pengurusan kewangan
menjadi semakin mencabar apabila kad kredit mudah dimiliki. Penggunaan kad kredit secara
sewenang-wenangnya menyebabkan penggunanya menanggung beban hutang. Oleh itu,
perbelanjaan dengan menggunakan kad kredit perlu dikawal. Sesungguhnya kejayaan dalam
pengurusan kewangan seseorang bergantung pada usaha masing-masing.
(Dipetik dan diubah suai daripada
Gen Y Suka Membazir oleh Alzahrin Alias,
Berita Harian, 15 Mac 2014)
MUKA SURAT 65 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 17 (NEGERI SABAH PPD KOTA BELUD)

PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan usaha-usaha/langkah-langkah/kaedah-kaedah/strategi- 2
strategi untuk menguruskan kewangan dalam kalangan generasi muda/Masyarakat
Malaysia
P2 Petikan membincangkan usaha-usaha/langkah-langkah/kaedah-kaedah/strategi- 2
strategi untuk menguruskan kewangan dan generasi muda gagal menguruskan
kewangan atas pelbagai faktor.
P3 Rumusan membincangkan usaha-usaha/langkah-langkah/kaedah-kaedah/strategi- 2
strategi untuk menguruskan kewangan dan peranan pelbagai pihak mendidik
masyarakat supaya berbelanja secara berhemat.
P4 Petikan/Rumusan membincangkan usaha-usaha/langkah-langkah/kaedah- 1
kaedah/strategi-strategi untuk menguruskan kewangan di Malaysia

ISI TERSURAT (Cara-cara menguruskan wang)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 Tidak membazir ketika berbelanja 2
S2 Menyediakan senarai perbelanjaan 2
S3 Pasangan yang baru berkahwin disarankan supaya tinggal bersama-sama ibu bapa 2
sebagai langkah penjimatan
S4 Memperuntukkan (sebahagian daripada) pendapatan bulanan untuk membayar balik 2
wang pinjaman
S5 Memilih pakej perkahwinan mengikut kemampuan masing-masing 2
S6 Memastikan kadar sewaan rumah tidak melebihi 30 peratus pendapatan bulan/isi 2
rumah
S7 Perancangan awal untuk menguruskan kewangan bagi tujuan melancong 2
S8 Janganlah mengikut nafsu ketika berbelanja 2
S9 Perbelanjaan dengan menggunakan kad kredit perlu dikawal 2

ISI TERSIRAT (Peranan pelbagai pihak mendidik masyarakat supaya berbelanja secara berhemat)
ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Peranan pihak sekolah -menubuhkan Persatuan Pengguna/menerapkan nilai jimat 2
cermat dalam pengajaran dan pembelajaran
T2 Peranan pihak kerajaan -mengadakan kempen kesedaran/menubuhkan kementerian 2
yang khusus(KPDNKK/Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit)
T3 Peranan pihak swasta -Institusi kewangan/bank-bank mengenakan kadar faedah 2
pinjaman yang rendah.
T4 Peranan media massa menyiarkan iklan/mengadakan kempen 2
kesedaran/menerbitkan artikel/rencana/risalah
T5 Peranan pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO)/Persatuan Pengguna menyampaikan 2
maklumat tentang hak-hak pengguna kepada masyarakat
T6 Peranan ahli keluarga/Ibu bapa mendidik anak-anak berjimat/berhemat dalam 2
berbelanja/membeli barangan penting dan keperluan sahaja.

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, pelbagai pihak/generasi muda/semua lapisan masyarakat perlulah 2
berbelanja dengan cara berhemat agar kehidupan mereka sejahtera/tidak dibebani
hutang.
K2 Kesimpulannya, pelbagai pihak/generasi muda/semua lapisan masyarakat perlulah 1
berbelanja dengan cara berhemat

MUKA SURAT 66 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

Soalan 2(a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mengeratkan hubungan.


[2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan bahawa generasi muda gagal menguruskan kewangan atas
pelbagai faktor.

Nyatakan faktor-faktor tersebut.


[3 markah]

(iii) Aktiviti melancong bersama-sama keluarga memerlukan kos yang agak tinggi. Jelaskan
pendapat anda tentang cara-cara untuk memastikan aktiviti melancong bersama-sama
keluarga tidak membebankan kewangan.

[4 markah]

MUKA SURAT 67 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN LATIHAN 17 (NEGERI SABAH)


PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata mengeratkan hubungan:


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) merapatkan / mengukuhkan / meneguhkan ikatan / kaitan 2
/ pertalian
(ii) merapatkan / mengukuhkan / meneguhkan hubungan 1
(iii) mengeratkan ikatan / kaitan / pertalian 1

SOALAN (ii) Faktor-faktor


ISI JAWAPAN MARKAH
1 generasi muda lebih mementingkan gaya hidup tanpa 1
memikirkan kesannya terhadap kemampuan kewangan
mereka
2 amalan suka memiliki telefon pintar/alat berteknologi 1
tercanggih di pasaran
3 bertukar-tukar model terbaharu 1
4 generasi muda gemar membeli barangan berjenama yang 1
mahal harganya

SOALAN (iii) Cara-cara memastikan aktiviti melancong bersama keluarga yang


tidak membebankan kewangan
ISI JAWAPAN MARKAH
1 memilih pakej pelancongan yang berpatutan -peka dengan 1
promosi yang ditawarkan
2 melancong di dalam negara lebih murah 1
3 melancong secara berkumpulan harga lebih rendah jika 1
melancong beramai-ramai berbanding dengan kumpulan
kecil
4 mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu membawa 1
bekalan makanan/tinggal di inap desa (homestay) /
pengangkutan sendiri /hotel bajet
5 bayaran secara beransur-ansur tidak melibatkan bayaran 1
yang banyak secara serentak/ sekali gus

MUKA SURAT 68 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

LATIHAN RUMUSAN 18 (NEGERI SELANGOR SET 2)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cabaran-cabaran
mengembangkan produk kraf dan langkah-langkah mempopularkan produk kraf. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya dan kesenian masyarakat. Sebagai tamsilnya,
masyarakat Melayu sangat sinonim dengan seni ukiran kayu dan tenunan. Masyarakat Cina
popular dengan seni tembikar dan kaligrafi. Kolam pula sering disebut-sebut sebagai seni
masyarakat India dan kelompok peribumi pula sangat berkait rapat dengan seni anyaman. Umum
mengetahui bahawa seni kraf sangat popular dalam kalangan penduduk luar bandar dan
pedalaman. Situasi ini berlaku kerana pengusaha lebih mudah mencari bahan utama bagi
pembuatan produk kraf. Walaupun begitu, pelbagai cabaran yang perlu diatasi dengan sebaik-baik
mungkin.

Cabaran utama yang mengganggu perkembangan produk kraf di kawasan bandar ialah
lambakan produk berteknologi moden dalam pasaran. Kuantiti produk berteknologi moden yang
dihasilkan pada satu masa juga sangat tinggi jika dibandingkan dengan produk buah tangan.
Produk buatan tangan pula menawarkan harga yang agak tinggi sedikit kerana produk kraf
menggunakan bahan semula jadi. Kemunculan bahan kimia dan sintetik juga merancakkan
pengeluaran produk yang berasaskan plastik. Pada zaman yang serba maju ini, sangat sukar
untuk mencari bahan utama pembuatan produk kraf. Sungguhpun begitu, pembangunan yang
pesat mampu menjejaskan habitat semula jadi flora, iaitu kawasan rimba.

Sememangnya produk kraf tangan pada hari ini sukar untuk diketengahkan. Hal ini
demikian kerana masyarakat pedalaman kurang mendapat pendidikan dan tidak mengikuti
perkembangan semasa tetapi produk yang dihasilkan mempunyai kualiti yang tinggi. Di samping
itu, ketiadaan pewaris dalam kalangan generasi muda juga menyukarkan perkembangan dan
kemajuan produk kraf. Sebetulnya, golongan muda perlu lebih menonjol dan memainkan peranan
bagi mempopularkan produk kraf. Kekurangan promosi atau pameran sama ada di peringkat
nasional atau antarabangsa juga menjadi punca pengamal seni kraf sukar untuk menonjolkan
bakat mereka.

Cabaran lain ialah kekurangan penawaran program latihan yang berteraskan seni di pusat
pengajian tinggi. Tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir pihak yang kurang memikirkan
kepentingan dan nilai sesuatu karya seni. Tidak kurang juga, pengamal seni kraf pada hari ini tidak
mempunyai modal yang cukup untuk memajukan perusahaan mereka. Teknologi maklumat dan
komunikasi merupakan cabang perniagaan yang terpenting pada hari ini. Walau bagaimanapun,
pengusaha kraf yang tinggal di kawasan pedalaman terutamanya masih kurang arif mengenai
penggunaan teknologi. Sewajarnya, usaha mengembangkan produk kraf tidak boleh dipandang
sebelah mata kerana seni ini warisan turun-temurun dan mempunyai nilai estetik yang amat tinggi.
(Dipetik dan diubah suai daripada Kekangan dalam industri kraf
oleh Aliff Ishak,Dewan Budaya, Julai 2016)
MUKA SURAT 69 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN 18 (NEGERI SELANGOR SET 2)

PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan masalah-masalah/ kekangan-kekangan/ halangan- 2
halangan mengembangkan produk kraf di negara kita/ di Malaysia
P2 Petikan membincangkan masalah-masalah/ kekangan-kekangan/ halangan- 2
halangan mengembangkan produk kraf dan faktor produk kraf amat sesuai
dikembangkan oleh pengusaha kraf tangan.
P3 Petikan / rumusan membincangkan masalah-masalah/ kekangan-kekangan/ 2
halangan-halangan mengembangkan produk kraf dan langkah-langkah
mempopularkan produk kraf
P4 Petikan / rumusan membincangkan masalah-masalah/ kekangan-kekangan/ 1
halangan-halangan mengembangkan produk kraf
P5 Petikan / rumusan membincangkan cabaran-cabaran mengembangkan produk 0
kraf dan langkah-langkah mempopularkan produk kraf.

ISI TERSURAT (Cabaran-cabaran mengembangkan produk kraf)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 Lambakan produk berteknologi moden dalam pasaran 2
S2 Produk buatan tangan pula menawarkan harga yang agak tinggi sedikit 2
S3 Sangat sukar untuk mencari bahan utama pembuatan produk kraf 2
S4 Masyarakat pedalaman kurang mendapat pendidikan / tidak mengikuti 2
perkembangan semasa
S5 Ketiadaan pewaris dalam kalangan generasi muda 2
S6 Kekurangan promosi atau pameran sama ada di peringkat nasional atau 2
antarabangsa
S7 Kekurangan penawaran program latihan yang berteraskan seni di pusat 2
pengajian tinggi
S8 Pengamal seni kraf pada hari ini tidak mempunyai modal yang cukup 2
S9 Pengusaha kraf tangan yang tinggal di kawasan pedalaman terutamanya masih 2
kurang arif mengenai penggunaan teknologi

ISI TERSIRAT (Langkah-langkah mempopularkan produk kraf)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Mengadakan pameran produk kraf secara berkala 2
T2 Menganjurkan pertandingan produk kraf 2
T3 Menggunakan teknologi moden untuk memasarkan produk kraf 2
T4 Membuka jurusan seni kraf di pusat pengajian tinggi 2
T5 Mengehadkan kemasukan produk kraf tiruan/ luar 2
T6 Memberikan pinjaman tanpa faedah kepada pengusaha produk kraf 2
T7 Memberikan keistimewaan pelepasan cukai kepada pengusaha produk kraf 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, semua pihak perlulah mengembangkan produk kraf supaya 2
tidak pupus ditelan zaman
K2 Kesimpulannya, semua pihak perlulah mengembangkan produk kraf. 1

MUKA SURAT 70 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

Soalan 2(a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata pengeluaran produk dalam petikan.


[2 markah]

(ii) Pengarang ada menyatakan beberapa faktor produk kraf amat sesuai dikembangkan oleh
pengusaha kraf tangan.

Nyatakan tiga faktor tersebut.


[3 markah]

(iii) Pengarang ada menyebut bahawa golongan muda kurang berminat dalam kemahiran
menghasilkan kraf sehinggan ketiadaan pewaris.

Huraikan punca-punca golongan muda kurang berminat untuk mewarisi kemahiran


tersebut.
[4 markah]

MUKA SURAT 71 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN 18 (NEGERI SELANGOR SET 2)


PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata sering dijadikan wahana:


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) Penghasilan/ pembuatan barangan 2
(ii) Pengeluaran barangan 1
(iii) Penghasilan/ pembuatan produk 1

SOALAN (ii) produk kraf amat sesuai dikembangkan:


ISI JAWAPAN MARKAH
1 Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya dan 1
kesenian masyarakat
2 Pengusaha lebih mudah mencari bahan utama bagi 1
pembuatan produk kraf tangan
3 Mempunyai kualiti yang tinggi 1
4 Mempunyai nilai estetik yang tinggi 1

SOALAN (iii) Punca-punca golongan muda kurang berminat:


ISI JAWAPAN MARKAH
1 Kekurangan pendedahan awal/ tiada galakan 2
daripada pihak lain
2 Tanggapan negatif bahawa kesenian kraf 2
ketinggalan zaman
3 Tiada sifat sabar dalam diri untuk 2
menyempurnakan hasil kraf teknik penghasilan seni
kraf yang rumit
4 Kepenatan dan tiada masa 2
5 Kesibukan golongan muda dengan tugasan lain 2
6 Pengaruh media elektronik yang kuat/ rancangan 2
yang pelbagai dan menarik

MUKA SURAT 72 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

LATIHAN RUMUSAN 19 (NEGERI KEDAH SET 2)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan guru di sekolah
dan langkah-langkah kerajaan untuk meningkatkan kualiti guru. Panjangnya rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sentuhan keramat guru telah melahirkan banyak cendekiawan, golongan profesional, usahawan dan
seluruh warga pekerja yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kemajuan
negara. Guru juga merupakan penggerak proses transformasi pendidikan yang menjadi penentu
kepada kejayaan transformasi negara kita. Di pundak guru-guru letaknya harapan semua pihak untuk
melihat kualiti pendidikan negara melonjak ke tahap yang terbaik. Bahkan ibu bapa juga berharap
guru dapat membimbing dan mendidik anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran.

Di sekolah, didikan guru kepada para murid dapat melahirkan modal insan berkualiti yang akan
menjadi aset pembangunan negara pada masa hadapan. Hal ini selaras dengan aspirasi negara
untuk menjadi negara maju mengikut acuan sendiri. Semasa mengajar, guru harus memberikan
penekanan kemahiran berfikir dalam kalangan murid agar mereka mampu menggunakan ilmu yang
dipelajari. Murid perlu diajar berfikir di luar kotak fikiran mereka untuk memperoleh idea yang lebih
relevan dan bernas. Murid dapat mengaplikasikan ilmu tersebut untuk memajukan diri sendiri dan
keluarga. Guru juga perlu merangsang murid untuk memiliki pemikiran kreatif dan kritis. Hal ini sesuai
dengan perkembangan pesat dunia globalisasi yang memerlukan modal insan yang berani
menghadapi cabaran, mampu menyelesaikan masalah dan boleh berfikir secara kritis. Malahan guru
harus memberi fokus kepada matlamat pendidikan untuk melahirkan murid yang berilmu pengetahuan.

Transformasi kurikulum yang dilaksanakan dapat membuka lembaran baharu kepada guru
meneroka strategi pengajaran yang lebih berkesan bagi mengasah bakat serta daya kreativiti murid.
Kepelbagaian strategi pengajaran dapat menarik minat murid untuk mengikuti proses pembelajaran.
Golongan guru sendiri harus meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Usahlah jemu berusaha
untuk menambah baik amalan pengajaran di dalam kelas. Penambahbaikan ini perlu agar selari
dengan hasrat kerajaan meningkatkan pendidikan ke arah berprestasi tinggi dan berkualiti. Selain itu,
guru perlu berfikiran terbuka mendengar pendapat murid. Murid akan berasa dihargai apabila idea
mereka diterima dan dapat meningkatkan motivasi mereka untuk mengikuti pembelajaran di dalam
kelas.

Secara tuntas, walaupun telah banyak pencapaian yang terhasil dalam bidang pendidikan,
namun masih banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan proses pemantapan kualiti pendidikan
negara berlaku secara berterusan. Berkat komitmen warga guru, kita telah berjaya mencipta pelbagai
kejayaan dalam bidang pendidikan. Kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk menggembleng
tenaga dan idea bagi mengangkat pendidikan negara ke arah kecemerlangan.

(Dipetik dan diubah suai daripada


Guru Inovatif Lonjak Transformasi Pendidikan Negara oleh Samad bin Buang,
Wadah Siswa, Januari 2013)

SKEMA RUMUSAN 19 (NEGERI KEDAH SET 2)


MUKA SURAT 73 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan tugas / tanggungjawab / fungsi guru di 2
sekolah pada masa sekarang / hari ini.
P2 Rumusan membincangkan tugas / tanggungjawab / fungsi guru di 2
sekolah dan langkah-langkah kerajaan meningkatkan kualiti guru.
P3 Petikan membincangkan tugas / tanggungjawab / fungsi guru di 2
sekolah dan ciri-ciri modal insan yang diperlukan oleh negara pada
masa hadapan
P4 Petikan membincangkan tugas / tanggungjawab / fungsi guru di 1
sekolah
P5 Petikan membincangkan peranan guru di sekolah. 0

ISI TERSURAT (peranan guru di sekolah)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 melahirkan modal insan yang berkualiti 2
S2 memberikan penekanan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar 2
S3 merangsang pelajar untuk memiliki pemikiran kreatif dan kritis 2
S4 melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan 2
S5 meneroka strategi pengajaran yang lebih berkesan 2
S6 meningkatkan tahap profesionalisme keguruan 2
S7 menambah baik kaedah pengajaran di dalam kelas 2
S8 berfikiran terbuka mendengar pendapat pelajar 2

ISI TERSIRAT (langkah-langkah kerajaan untuk meningkatkan kualiti guru)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 mengadakan kursus / bengkel / seminar kepada guru 2
T2 mengadakan pemantauan di sekolah / pemantauan dalaman 2
T3 menggalakkan guru mengadakan kursus dalaman / LDP 2
T4 menggalakkan bimbingan rakan sejawat / mentor mentee 2
T5 menggalakkan guru melanjutkan pelajaran 2
T6 menggalakkan dialog prestasi 2
T7 jalinan antara sekolah / perkongsian pintar 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, semua guru perlu menguasai kaedah pengajaran 2
dengan baik agar dapat melahirkan murid yang cemerlang
K2 Kesimpulannya, semua guru perlu menambah ilmu pengetahuan 1
Soalan 2(a) Petikan Umum

MUKA SURAT 74 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata meneroka strategi berdasarkan petikan.


[2 markah]

(ii) Penulis ada menyatakan ciri-ciri modal insan yang diperlukan oleh negara pada masa
hadapan.
Nyatakan ciri-ciri tersebut.
[3 markah]

(iii) Guru telah banyak melakukan pengorbanan kepada murid.


Sebagai murid yang bertanggungjawab, jelaskan cara-cara anda membalas segala
pengorbanan guru anda.
[4 markah]

MUKA SURAT 75 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN 19 (NEGERI KEDAH SET 2)


PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata meneroka startegi:


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) mencari kaedah / pendekatan 2
(ii) meneroka kaedah 1
(iii) mencari strategi 1

SOALAN (ii) ciri-ciri modal insan:


ISI JAWAPAN MARKAH
1 berani menghadapi cabaran 1
2 mampu menyelesaikan masalah 1
3 boleh berfikir secara kritis 1

SOALAN (iii) cara membalas segala pengorbanan guru


ISI JAWAPAN MARKAH
1 belajar bersungguh-sungguh / tekun 1
2 tidak melawan guru / tidak menyakiti hati 1
guru
3 tidak terlibat dalam gejala negatif / dadah / 1
masalah sosial
4 memberikan hadiah / cenderahati kepada 1
guru
5 membantu / menolong guru di sekolah 1
6 mendoakan kesihatan / kebahagiaan guru 1
7 menziarahi / melawat guru ketika sakit 1

MUKA SURAT 76 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

LATIHAN RUMUSAN 20 (MODUL JPN NEGERI SELANGOR SET 1)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor kegagalan pengukuhan
nilai jati diri dalam kalangan remaja dan kesan-kesan kegagalan pengukuhan nilai jati diri. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Asas pembentukan sesebuah negara bergantung pada kekuatan jati diri rakyatnya. Jati diri merujuk
kepada sifat dalaman seseorang yang berpengaruh menentukan hubungannya dengan orang lain. Jati diri
berkaitan dengan nilai yang ada dalam diri seseorang yang merangkumi aspek bahasa, budaya, ekonomi, politik
dan sosial masyarakat. Remaja merupakan kumpulan besar dalam masyarakat dan terarah kepada nilai yang
didukung oleh mereka. Nilai yang baik membentuk jati diri yang hebat dan meyakinkan jika nilai ini dimiliki oleh
golongan remaja tetapi nilai yang kurang baik juga akan menerima cemuhan masyarakat.

Masalah sosial yang sering berlaku dalam kalangan remaja sememangnya berkaitan dengan pelanggaran
sistem nilai yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Mereka melakukan perkara yang tidak sesuai dan salah
dalam masyarakat seperti bergaul bebas antara lelaki dengan perempuan serta bersekedudukan. Remaja juga
merupakan generasi yang berisiko tinggi untuk melakukan perkara yang menyeronokkan walaupun perkara
tersebut merupakan satu kesalahan. Remaja senang dipengaruhi oleh keadaan persekitaran di empat mereka
membesar. Remaja yang berada di kawasan yang sering berlaku jenayah serta masalah sosial yang lain
terdedah kepada aktiviti yang sama.

Di kawasan sempadan sesebuah negara seperti kawasan sempadan Malaysia dengan Thailand sering
berlaku masalah sosial. Perkara ini berlaku kerana perubahan sosiobudaya antara kedua-dua buah negara di
kawasan sempadan tersebut. Transisi antara satu budaya dengan budaya yang baharu seperti isu pergaduhan
antara kumpulan samseng yang sering berlaku di negara jiran mempengaruhi remaja di Malaysia. Selain itu,
terdapat aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti penyeludupan dadah dan pelacuran. Isu pemerdagangan
manusia yang melanggar hak asasi manusia juga berleluasa. Keadaan ini mengganggu pembentukan nilai yang
baik dalam kalangan remaja yang berada di sekitar sempadan.

Kawasan sempadan juga merupakan tempat pertembungan pelbagai budaya. Pertembungan antara
budaya tempatan yang sedia ada dan budaya asing akan meresap masuk bersama-sama kemasukan pendatang
dari luar negara. Sekiranya budaya tempatan tidak kukuh terpelihara sehingga menjadi jati diri masyarakat,
budaya tempatan akan lebih mudah dipengaruhi oleh pelbagai budaya lain. Keadaan ini secara tidak langsung
akan menggugat jati diri golongan remaja kerana golongan ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh.
Selain itu, remaja juga keliru antara sistem nilai yang telah ditetapkan oleh lima syarikat dengan sistem nilai yang
dilarang. Kekeliruan ini menjadikan mereka tidak dapat membezakan nilai baik atau sebaliknya.

Remaja juga sering dilabelkan sebagai peringkat usia yang sukar dikawal. Mereka menjadi sasaran utama pihak
yang tidak bertanggungjawab untuk menggunakan mereka sebagai perantaraan untuk melakukan aktiviti yang
melanggar undang-undang. Selain itu, didikan dan perhatian yang kurang daripada ibu bapa menyebabkan asas
pengukuhan jati diri dalam kalangan remaja gagal untuk direalisasikan. Pokok pangkalnya, jati diri remaja perlu
sentiasa teguh dan sentiasa bersemangat untuk lebih berdaya saing. Penerapan nilai ini perlu dipupuk dalam diri
remaja pada peringkat awal lagi dan diteruskan dengan proses pengukuhan oleh semua pihak.

(Dipetik dan diubahsuai daripada


Pengukuhan Nilai Jati Diri Elak Masalah Sosial
oleh Noor Azam Abdul Rahman, Dewan Siswa Jilid 37 Bil. 04 2015.)

MUKA SURAT 77 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN 20 (NEGERI SELANGOR SET 1)

PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan punca-punca/ sebab-sebab/ perkara yang 2
mempengaruhi kegagalan pengukuhan nilai jati diri dalam kalangan remaja dan
akibat-akibat kegagalan pengukuhan nilai jati diri.
P2 Rumusan ini membincangkan punca-punca/ sebab-sebab/ perkara yang 2
mempengaruhi kegagalan pengukuhan nilai jati diri dalam kalangan remaja dan
akibat-akibat kegagalan pengukuhan nilai jati diri.
P3 Petikan membincangkan punca-punca/ sebab-sebab/ perkara yang 2
mempengaruhi kegagalan pengukuhan nilai jati diri dalam kalangan remaja dan
isu yang sering berlaku di sempadan Malaysia dengan Thailand
P4 Petikan membincangkan punca-punca/ sebab-sebab/ perkara yang 1
mempengaruhi kegagalan pengukuhan nilai jati diri dalam kalangan remaja.
P5 Rumusan membincangkan punca-punca/ sebab-sebab/ perkara yang 1
mempengaruhi kegagalan pengukuhan nilai jati diri dalam kalangan remaja.

ISI TERSURAT (faktor kegagalan pengukuhan nilai jati diri)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 melakukan perkara yang tidak sesuai dan salah dalam masyarakat 2
S2 senang dipengaruhi oleh keadaan persekitaran di tempat mereka membesar. 2
S3 perubahan sosiobudaya antara kedua-dua buah negara di kawasan sempadan 2
S4 terdapat aktiviti yang menyalahi undang-undang 2
S5 budaya luar telah meresap masuk bersama-sama kemasukan pendatang dari asing 2
S6 budaya tempatan tidak kukuh terpelihara 2
S7 keliru antara sistem nilai yang telah ditetapkan oleh ahli masyarakat dengan 2
sistem nilai yang dilarang
S8 peringkat usia yang sukar dikawal 2
S9 menjadi sasaran utama pihak yang tidak bertanggungjawab 2
S10 didikan dan perhatian yang kurang daripada ibu bapa 2

ISI TERSIRAT (kesan-kesan kegagalan pengukuhan nilai jati diri)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 kemajuan negara tidak dapat dicapai 2
T2 matlamat pemodenan negara tidak dapat direalisasikan 2
T3 menimbulkan pelbagai masalah gejala sosial 2
T4 keselamatan negara tergugat 2
T5 ketandusan modal insan yang berkualiti 2
T6 institusi kekeluargaan menjadi rapuh 2
T7 tiada pelapis yang berkualiti untuk menerajui kepimpinan negara 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, semua pihak perlu bertanggungjawab dalam memperkukuhkan 2
nilai jati diri dalam kalangan remaja pada peringkat awal lagi agar golongan
remaja mempunyai kekuatan dalaman dalam menepis anasir-anasir yang
negatif.
K2 Kesimpulannya, semua pihak perlu bertanggungjawab dalam memperkukuhkan 1
nilai jati diri dalam kalangan remaja pada peringkat awal lagi.

MUKA SURAT 78 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

Soalan 2(a)- Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1 , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata meresap masuk


[2 markah ]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa isu yang sering berlaku di sempadan Malaysia dengan
Thailand. Nyatakan isu-isu tersebut.
[3 markah]

(iii) Jelaskan pendapat anda tindakan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan untuk
merealisasikan pengukuhan nilai jati diri dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
[4 markah]

MUKA SURAT 79 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN 20 (NEGERI SELANGOR SET 1)


PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata meresap masuk:


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) melantas / menyusup / menyelinap / menyerap ke 2
dalam
(ii) melantas / menyusup / menyelinap / menyerap masuk 1
(iii) meresap ke dalam 1

SOALAN (ii) isi yang sering berlaku di sempadan Malaysia dengan Thailand:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 isu pergaduhan antara kumpulan samseng yang sering 1
berlaku di negara jiran mempengaruhi remaja di
Malaysia
2 aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti 1
penyeludupan dadah dan pelacuran
3 Isu pemerdagangan manusia yang melanggar hak asasi 1
manusia juga berleluasa

SOALAN (iii) tindakan ibu bapa dan kerajaan untuk merealisasikan


pengukuhan nilai jati diri dalam kalangan masyarakat di Malaysia:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 Ibu bapa perlu memberikan kasih sayang dan perhatian 2
yang secukupnya kepada anak-anak mereka.
2 Memberikan didikan agama secara konsisten agar 2
penghayatan tentang nilai-nilai positif dapat diterapkan
dalam kalangan anak-anak.
3 Pihak polis dan pihak keselamatan yang lain perlu 2
meningkatkan dan memperketat lagi pengawasan
terutama di pintu masuk negara.
4 Pihak kerajaan dengan kerjasama pihak lain perlu 2
mengadakan kempen yang berterusan dalam
menangani masalah sosial dan penerapan nilai jati diri
dalam kalangan remaja.

MUKA SURAT 80 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

LATIHAN RUMUSAN 21 (NEGERI PERLIS)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan pengambilan minuman
berfungsi kepada masyarakat dan halangan untuk mengambil minuman berfungsi. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pada masa ini, bahan semula jadi lebih cenderung digunakan berbanding dengan bahan kimia. Oleh
sebab itu, produk pelengkap atau alternatif dicari untuk membaiki kesihatan dan penampilan diri. Satu
daripada produk yang dicari ialah minuman berfungsi. Minuman berfungsi ialah minuman yang diperkaya
dengan bahan tambahan untuk memberikan manfaat kesihatan tertentu, Ada pelbagai bentuk minuman
berfungsi dalam pasaran. Sebagi contoh, minuman berasaskan susu, jus, minuman isoton, minuman
bertenaga dan minuman herba.

Pelbagai bahan tambahan digunakan dalam minuman berfungsi seperti oligosakarida, kacang soya
dalam minuman ringan, bifidobacteriun breve yakult ke dalam susu fermentasi, serabut diet seperti psilium
husks dalam minuman serbuk dan isoflavon soya dalam minuman teh. Minuman berfungsi berupaya
menenangkan dan membantu menghalang atau merawat penyakit jantung. Bagi golongan dewasa pula,
minuman tersebut mampu menurunkan masalah berat badan, kawalan kolesterol, pengurangan tekanan dan
peningkatan metabolisme. Manakala bagi golongan muda pula, minuman ini dapat meningkatkan kecergasan
mental dan mereka mampu memberi tumpuan ketika belajar. Ada juga minuman yang dihasilkan khusus
untuk wanita mengandung atau wanita lepas menopaus untuk keseimbangan dalaman.

Di Eropah dan Asia, masalah obesiti makin meningkat disebabkan oleh amalan pemakanan yang
tidak sihat. Jus buah yang diperkaya dengan vitamin dan mineral, serta pebiotik dan probiotik minuman coklat
ringan dihasilkan untuk membantu golongan remaja dan kanak-kanak bagi mengatasi masalah obesiti. Selain
itu, tumpuan juga diberikan kepada golongan bayi dan kanak-kanak kecil. Minuman berfungsi dalam bentuk
makanan cecair gantian yang diperkaya, minuman serbuk dan jus buah dihasilkan dengan tujuan untuk
meningkatkan kecerdasan mental dan prestasi serta menambah baik penghidratan semula kanak-kanak
kecil. Sehubungan dengan itu, minuman berfungsi menjadi segmen paling pesat berkembang disebabkan
oleh beberapa faktor seperti mesra pengguna dan memenuhi permintaan pengguna dari segi kandungan,
saiz, bentuk dan rupa. Seterusnya, minuman berfungsi juga mudah diedarkan dan disimpan oleh pengguna.

Kini, trend baharu timbul dengan pelbagai ubat herba didapati dalam bentuk minuman. Minuman yang
mengandungi vitamin, mineral dan ekstrak botani dan herba ,seperti ginko dan echinacea menjadi sangat
popular dalam kalangan pengguna. Di Malaysia, minuman berfungsi yang makin mendapat tempat di hati
pengguna ialah minuman herba. Minuman berherba ini mampu mencantikkan wajah dan mengelakkan
penuaan. Di samping itu, kebaikan minuman berherba dapat merawat pelbagai penyakit seperti diabetes,
kolesterol dan tekanan darah tinggi.

Minuman herba ini boleh didapati di kedai herba, kedai ubat tradisional dan kebanyakan farmasi atau
secara dalam talian. Kesimpulannya, pengambilan minuman berfungsi sangat penting dalam kehidupan
masyarakat. Namun demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati pengguna agar sentiasa
menyemak status produk bagi memastikan keselamatan produk minuman yang diambil.
(Dipetik dan diubah suai daripada
Minuman Berfungsi Peningkat Kecergasan
Oleh Nurraihana Hamzah
Dewan Kasmik, Januari 2016)

MUKA SURAT 81 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN 21 (NEGERI PERLIS)

PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan kepentingan/faedah/kelebihan/manfaat pengambilan 2
minuman berfungsi kepada masyarakat di negara ini/di Malaysia.
P2 Rumusan membincangkan kepentingan/faedah/kelebihan/manfaat 2
pengambilan minuman berfungsi kepada masyarakat dan halangan untuk
mengambil minuman berfungsi.
P3 Petikan membincangkan kepentingan/faedah/kelebihan/manfaat pengambilan 1
minuman berfungsi kepada masyarakat.

ISI TERSURAT (kebaikan pengambilan minuman berfungsi kepada masyarakat)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 Minuman berfungsi berupaya menenangkan 2
S2 Membantu menghalang atau merawat penyakit jantung 2
S3 Minuman tersebut mampu menurunkan masalah berat badan, kawalan 2
kolesterol, pengurangan tekanan dan peningkatan metabolisme
S4 Minuman ini dapat meningkatkan kecergasan mental 2
S5 Mereka mampu memberi tumpuan ketika belajar 2
S6 Minuman yang dihasilkan khusus untuk wanita mengandung atau wanita 2
selepas menopaus untuk keseimbangan dalaman
S7 Membantu golongan remaja dan kanak-kanak bagi mengatasi masalah obesiti 2
S8 Meningkatkan kecerdasan mental dan prestasi 2
S9 Menambah baik penghidratan semula kanak-kanak kecil 2
S10 Mampu mencantikkan wajah dan mengelakkan penuaan 2
S11 Minuman berherba dapat merawat pelbagai penyakit seperti diabetes, 2
kolesterol dan tekanan darah tinggi

ISI TERSIRAT (halangan untuk mengambil minuman berfungsi)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Harga minuman berfungsi mahal 2
T2 Produk minuman berfungsi diragui dari aspek kandungan/bahan kimia 2
T3 Diragui tidak mendapat pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia 2
T4 Sukar didapati/diperoleh kerana bertumpu di kawasan bandar/pasar raya 2
T5 Kurang kesedaran kepentingan/kebaikan minuman berfungsi 2
T6 Dikhuatiri memberi kesan sampingan/mengancam keselamatan 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, semua pihak haruslah menggalakkan pengambilan minuman 2
berfungsi supaya melahirkan masyarakat yang sihat.
K2 Kesimpulannya, semua pihak haruslah menggalakkan pengambilan minuman 1
berfungsi.
K3 Kesimpulannya, terdapat pelbagai kebaikan pengambilan minuman berfungsi 0
kepada
masyarakat

MUKA SURAT 82 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

Soalan 2(a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata pesat berkembang.


[ 2 markah]

(ii) Pengarang mengatakan beberapa faktor yang menyebabkan minuman berfungsi paling pesat
berkembang di pasaran.

Apakah faktor-faktor tersebut?


[3 markah]

(iii) Kesedaran masyarakat terhadap pengambilan minuman berfungsi semakin tinggi.

Pada pendapat anda, apakah peranan media massa dalam menggalakkan masyarakat
mengambil minuman berfungsi?
[4 markah]

MUKA SURAT 83 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN 21 (NEGERI PERLIS)


PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata pesat berkembang:


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) pantas/cepat maju/meluas 2
(ii) pesat maju/meluas 1
(iii) pantas/cepat berkembang 1

SOALAN (ii) faktor yang menyebabkan minuman berfungsi paling pesat


berkembang di pasaran:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 mesra pengguna 1
2 memenuhi permintaan pengguna dari segi kandungan, 1
saiz, bentuk dan rupa
3 mudah diedarkan dan disimpan oleh pengguna 1

SOALAN (iii) peranan media massa dalam menggalakkan masyarakat


mengambil minuman berfungsi:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 kempen kesedaran kepentingan minuman berfungsi 2
melalui media cetak / media elektronik/media sosial
2 menjemput doktor / pakar pemakanan melalui 2
program televisyen / radio
3 media massa mengadakan promosi / jerayawara / 2
minuman berfungsi di tempat awam / pasar raya dan
program televisyen seperti Jom Heboh
4 media massa menyiarkan rancangan /dokumentasi 2
tentang minuman berfungsi
5 mewujudkan rancangan khas / segmen khas untuk 2
promosi minuman berfungsi seperti
rancangan Wanita Hari Ini

MUKA SURAT 84 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

LATIHAN RUMUSAN 22 (MODUL NEGERI SELANGOR SET 2)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan Cukai Barangan
dan Perkhidmatan (GST) dan langkah-langkah memahamkan rakyat tentang GST. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di negara ini mula ditimbulkan sejak tahun
2005 yang bertujuan untuk menggantikan sistem pencukaian sedia ada yang diamalkan sejak tahun 1972.
GST pernah berada pada tahap pembentangan rang undang-undang di Parlimen, tetapi ditarik balik pada
tahun 2009 hinggalah dalam pembentangan Belanjawan 2014 lalu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa
kerajaan akan melaksanakan GST bermula April 2015.

Jika dianalisis secara terperinci, pelaksanaan GST memberikan justifikasi yang begitu meyakinkan
terhadap pengukuhan ekonomi dalam usaha negara menghadapi cabaran pada masa hadapan.
Pelaksanaannya dijangka dapat memberikan pelbagai manfaat terhadap ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Secara asasnya, GST menggantikan cukai jualan (10 peratus) dan cukai perkhidmatan (6 peratus) yang
diperkenalkan kerajaan sejak tahun 1972 dan 1975. Kadar cukai sesetengah barangan menjadi lebih rendah
kerana penurunan kadar empat peratus dikira daripada kadar cukai jualan sebanyak 10 peratus ketika ini.
Pada masa ini, pertumbuhan ekonomi Malaysia sentiasa dibebani peningkatan kadar hutang negara.
Sehubungan dengan itu, strategi pelaksanaan GST menjadi alternatif terbaik untuk mengawal paras defisit
semasa fiskal negara. Hal ini penting sejajar dengan aspirasi kerajaan yang memberikan keutamaan
terhadap polisi pengukuhan fiskal yang betul. Pelan pelaksanaan GST berusaha untuk mengurangkan defisit
negara daripada 3.5 peratus pada tahun 2014 kepada tiga peratus menjelang tahun 2015.

Pengenalan GST merupakan langkah positif negara dalam jangka masa panjang. Keadaan ini disusuli
oleh pengurangan cukai korporat dan cukai pendapatan individu selaras dengan pengenalan GST akan
meningkatkan pembangunan Malaysia sebagai pusat kewangan kompetitif, sekali gus merealisasikan
matlamat sebagai hab kewangan Islam utama dunia. Sejajar dengan itu, pelaksanaan GST membolehkan
negara ini kekal berada pada tahap kompetitif dalam usaha menarik aliran masuk modal dari pasaran global.
Hasil daripada pelaksanaan GST, Kerajaan berupaya untuk meningkatkan hasil perolehannya melalui cukai
sekitar 20 peratus hingga 25 peratus berbanding dengan sistem jualan sekarang.

Negara ini banyak bergantung pada Petronas untuk membiayai 44 peratus daripada belanjawannya.
Pelaksanaan strategi pembiayaan negara yang selama ini tertumpu pada syarikat utama negara ini perlulah
dipelbagaikan. Oleh itu, GST berkeupayaan untuk meningkatkan serta mempelbagaikan pendapatan negara
berbanding dengan kebergantungan terhadap sumber minyak serta dalam masa yang sama menstabilkan
akaun semasa. Selain itu, pelaksanaan GST diyakini lebih telus dan cekap memandangkan pengguna
mengetahui jumlah sebenar yang perlu dibayar oleh mereka bagi setiap barangan dan perkhidmatan. Secara
keseluruhannya, GST memberikan impak neutral kepada sektor eksport serta menyediakan persekitaran
yang baik terhadap sektor perniagaan dan mengekang aktiviti 'pasaran gelap' dalam negara. Aktiviti haram ini
berada pada kadar yang agak tinggi berbanding dengan negara maju yang mengamalkan GST.

(Dipetik dan diubahsuai daripada


Kepentingan GST terhadap Malaysia
Oleh Fadillah Mansor,
Dewan Masyarakat , 10/2014)

MUKA SURAT 85 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN 22 (MODUL NEGERI SELANGOR SET 2)

PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan kelebihan/ faedah/ manfaat Cukai Barangan dan 2
Perkhidmatan (GST) terhadap rakyat Malaysia/ negara ini dan kaedah-kaedah
memahamkan rakyat tentang GST.
P2 Petikan membincangkan kelebihan/ faedah/ manfaat Cukai Barangan 2
dan Perkhidmatan (GST) dan sejarah pengenalan GST yang akan dilaksanakan Di
Malaysia kelak.
P3 Rumusan membincangkan kelebihan/ faedah/ manfaat Cukai Barangan dan 2
Perkhidmatan (GST) terhadap rakyat Malaysia/ negara ini dan langkah-langkah
memahamkan rakyat tentang GST.
P4 Petikan membincangkan kelebihan/ faedah/ manfaat Cukai Barangan 1
dan Perkhidmatan (GST)
P5 Rumusan membincangkan kelebihan/ faedah/ manfaat Cukai Barangan 1
dan Perkhidmatan (GST)
P6 Petikan membincangkan kepentingan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 0

ISI TERSURAT (kepentingan GST)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 Menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan. 2
S2 Alternatif terbaik bagi mengawal paras defisit semasa fiskal negara. 2
S3 Pengenalan GST merupakan langkah positif negara dalam jangka masa panjang 2
S4 Meningkatkan pembangunan Malaysia sebagai pusat kewangan kompetitif 2
S5 Merealisasikan matlamat sebagai hab kewangan Islam utama dunia 2
S6 Membolehkan negara kekal berada pada tahap kompetitif dalam usaha 2
menarik aliran masuk modal
S7 Meningkatkan hasil perolehannya melalui cukai 2
S8 Berupaya meningkatkan dan mempelbagaikan pendapatan negara 2
S9 Diyakini lebih telus dan cekap. 2
S10 Memberikan impak neutral kepada sektor eksport. 2
S11 Menyediakan persekitaran yang baik terhadap sektor perniagaan. 2
S12 Mengekang aktiviti pasaran gelap. 2

ISI TERSIRAT (langkah memahamkan rakyat tentang GST)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Kerajaan mengadakan penerangan tentang GST. 2
T2 Media massa menyampaikan maklumat yang tepat tentang GST. 2
T3 Pihak berwajib memasang papan-papan tanda. 2
T4 Penerbitan buku. 2
T5 Mengadakan dialog atau seminar tentang GST. 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, pihak kerajaan haruslah mengambil langkah untuk memahamkan 2
masyarakat tentang GST agar tidak timbul salah faham dalam kalangan rakyat.
K2 Kesimpulannya, pihak kerajaan haruslah mengambil langkah untuk memahamkan 1
masyarakat tentang GST.

MUKA SURAT 86 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

Soalan 2(a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1 , jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mengekang aktiviti .


[2 markah ]
(ii) Pengarang mengemukakan sejarah pengenalan GST yang akan dilaksanakan Di Malaysia
kelak.
Nyatakan sejarah pengenalan-pengenalan tersebut.
[3 markah ]
(iii) Pada pendapat anda, sebagai seorang murid yang prihatin, apakah langkah-langkah yang
wajar dilaksanakan untuk meningkatkan ekonomi negara?
[4 markah ]

MUKA SURAT 87 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN 22 (MODUL NEGERI SELANGOR SET 2)


PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata mengekang aktiviti:


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) menghalang kegiatan 2
(ii) menghalang aktiviti 1
(iii) mengekang kegiatan 1

SOALAN (ii) sejarah pengenalan GST:


ISI JAWAPAN MARKAH
1 pengenalannya telah ditimbulkan sejak tahun 2005 1
untuk menggantikan sistem pencukaian sedia ada
yang diamalkan sejak tahun 1972
2 pernah dibentangkan di Parlimen tetapi ditarik 1
balik pada tahun 2009
3 dalam Belanjawan 2014, GST akan dilaksanakan 1
mulai April 2015.

SOALAN (iii) langkah yang wajar dilaksanakan untuk meningkatkan


ekonomi negara:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 negara kita perlu mempelbagaikan keluaran 2
barangan eksport untuk meningkatkan
pendapatan negara.
2 negara kita perlu meningkatkan pembangunan 2
sektor pertanian untuk menyediakan bekalan
makanan yang mencukupi untuk rakyat sekali gus
mengurangkan import makanan negara.
3 negara kita perlu membangunkan sektor 2
pelancongan kerana sektor ini menjanakan
pendapatan kepada negara.

MUKA SURAT 88 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

LATIHAN RUMUSAN 23 (PERCUBAAN NEGERI SELANGOR SET 1)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca kemusnahan
ekosistem hutan dan langkah-langkah untuk mengawal kemusnahan ekosistem hutan. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kejadian banjir besar yang melanda beberapa negeri di Pantai Timur pada penghujung 2014
masih segar dalam ingatan. Namun, malangnya bencana yang telah meragut banyak nyawa dan
memusnahkan harta benda itu seolah-olah tidak mampu memberi pengajaran dan menyedarkan
segelintir daripada kita tentang kepentingan menjaga kelangsungan ekosistem. Antara khazanah alam
yang sering menjadi mangsa pencabulan ekoran sikap tamak haloba manusia adalah ekosistem hutan.
Ekosistem ini bukan sahaja diteroka secara berterusan untuk mendapatkan sumber bahan mentah bagi
memenuhi keperluan industri, bahkan turut digondolkan untuk tujuan pembangunan kawasan perumahan
dan pertanian. Keadaan ini sekali gus mengakibatkan kawasan hutan sedia ada semakin mengecil dan
terhakis dari sehari ke sehari.

Lebih membimbangkan apabila tuntutan pembangunan yang kian pesat pada hari ini telah
mengakibatkan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab tergamak melakukan penerokaan ke atas
kawasan hutan simpan. Malah, pencerobohan ke atas kawasan hutan simpan di segenap pelosok negeri
semakin berleluasa. Kayu-kayan merupakan hasil penting yang dihasilkan oleh hutan. Kayu mempunyai
pelbagai kegunaan seperti bahan api, perabot, kegunaan kertas dan pembinaan rumah. Hal ini menjadi
tumpuan pembalak haram untuk membalak di kawasan ini yang turut menyumbang kepada berlakunya
kemusnahan ekosistem hutan. Di Kuching, kegiatan pembalakan haram di Kawasan Matang Lot terus
berleluasa sehingga menyumbang kepada kepupusan spesies kayu berkualiti tinggi. Sama ada kita sedar
atau tidak, penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh memusnahkan atau mengecilkan habitat haiwan
seperti harimau dan gajah. Selain itu, pembakaran hutan secara terbuka juga turut memusnahkan
ekosistem hutan yakni spesies haiwan di hutan selama-lamanya.

Industri pelancongan merupakan sebahagian punca kemusnahan hutan. Hal ini disebabkan oleh
pembukaan tempat pelancongan yang baru memerlukan aktiviti penebangan hutan bagi pembukaan
kawasan yang baru. Pembinaan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dan lebih rakyat turut
memusnahkan ekosistem hutan. Pembangunan yang terlalu mendadak di kawasan pelancongan akan
memusnahkan ekosistem hutan tanpa kita sedari. Hal ini disebabkan kekurangan pelaksanaan yang
terancang dan pemantauan yang berterusan daripada pihak yang berkenaan sebelum mereka melakukan
penerokaan atau penebangan hutan. Perlu kita sedari bahawa hutan merupakan satu komuniti untuk
hidupan liar iaitu untuk pokok-pokok besar serta haiwan liar. Hutan berperanan penting kepada manusia
kerana hutan membekalkan sumber bahan mentah dan penyumbang kepada sosioekonomi serta
kestabilan ekologi kepelbagaian hayat sesebuah negara. Pendek kata hutan merupakan khazanah
berharga dan perlu dijaga secara sistematik demi kestabilan ekosistem negara kita.

(Dipetik dan diubah suai daripada


Sains dan Teknologi dalam kehidupan manusia
Oleh Shasidan Abdullah
Dewan Siswa, September 2015.)

MUKA SURAT 89 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN 23 (MODUL NEGERI SELANGOR SET 1)

PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan faktor / sebab kemusnahan ekosistem hutan di negara 2
kita / Malaysia
P2 Petikan membincangkan faktor / sebab kemusnahan ekosistem hutan dan 2
kepentingan untuk mengawal kemusnahan ekosistem hutan.
P3 Rumusan membincangkan faktor / sebab kemusnahan ekosistem hutan dan 2
langkah-langkah untuk mengawal kemusnahan ekosistem hutan.
P4 Petikan /Rumusan membincangkan faktor / sebab kemusnahan ekosistem hutan. 1
P5 Petikan /Rumusan membincangkan punca kemusnahan ekosistem hutan. 0

ISI TERSURAT (punca kemusnahan ekosistem hutan)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 khazanah alam sering menjadi mangsa pencabulan ekoran sikap tamak haloba 2
manusia.
S2 Ekosistem diteroka secara berterusan untuk mendapatkan sumber bahan mentah 2
bagi memenuhi keperluan industri.
S3 Ekosistem digondolkan untuk tujuan pembangunan kawasan perumahan dan 2
pertanian.
S4 Segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab tergamak melakukan penerokaan ke 2
atas kawasan hutan simpan.
S5 Hutan menjadi tumpuan pembalak haram untuk membalak di kawasan ini yang 2
turut menyumbang kepada berlakunya kemusnahan ekosistem hutan
S6 pembakaran hutan secara terbuka 2
S7 Industri pelancongan merupakan sebahagian punca kemusnahan hutan 2
S8 Pembinaan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dan lebih rakyat turut 2
memusnahkan ekosistem hutan.
S9 Pembangunan yang terlalu mendadak di kawasan pelancongan akan 2
memusnahkan ekosistem hutan tanpa kita sedari.

ISI TERSIRAT (langkah untuk mengawal kemusnahan ekosistem hutan)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 aktiviti penerokaan hutan perlu dihentikan segera 2
T2 pihak yang terlibat memikirkan dan mengusahakan alternatif lain yakni dengan 2
mencari tanah-tanah yang belum diusahakan untuk dibuka bagi tujuan pertanian
T3 kerajaan mewartakan semua hutan sebagai taman negara dan hutan simpan kekal 2
T4 tindakan undang-undang / hukuman berat kepada pesalah 2
T5 kerajaan mewajibkan penebangan pokok untuk pembangunan diganti secepat 2
mungkin
T6 kempen kesedaran / ceramah 2
T7 pasukan penguat kuasa hutan / renjer hutan perlu ditambah 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, semua pihak perlu tahu akan punca kemusnahan ekosistem hutan 2
agar / supaya masyarakat akan terus menjaga hutan demi generasi akan datang.
K2 Kesimpulannya, semua pihak perlu tahu akan punca kemusnahan ekosistem 1
hutan.

MUKA SURAT 90 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

Soalan 2(a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata habitat haiwan.


[ 2 markah]

(ii) Hutan bukan sahaja merupakan satu komuniti untuk hidupan liar iaitu untuk pokok-pokok
besar serta haiwan liar tetapi juga berperanan penting kepada manusia.

Nyatakan kepentingan-kepentingan hutan kepada manusia.


[3 markah]

(iii) Hutan sebagai khazanah alam yang perlu dipelihara.

Pada pendapat anda, apakah kesan kemusnahan hutan kepada manusia?


[4 markah]

MUKA SURAT 91 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN 23 (PERCUBAAN NEGERI SELANGOR SET 1)


PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata habitat haiwan:


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) tempat tinggal / lingkungan binatang 2
(ii) tempat tinggal / lingkungan haiwan 1
(iii) habitat binatang 1

SOALAN (ii) kepentingan hutan kepada manusia:


ISI JAWAPAN MARKAH
1 Hutan berperanan penting kepada manusia 1
kerana hutan membekalkan sumber bahan
mentah.
2 Hutan penyumbang kepada sosioekonomi 1
3 Hutan memastikan kestabilan ekologi 1
kepelbagaian hayat sesebuah negara

SOALAN (iii) kesan kemusnahan hutan kepada manusia:


ISI JAWAPAN MARKAH
1 menjejaskan rantaian makanan / sumber 2
makanan
2 mendorong kejadian bencana alam / banjir kilat 2
3 menyebabkan pencemaran sungai 2
4 menjejaskan kawasan tadahan hujan 2
5 menjejaskan sumber pendapatan masyarakat 2
pedalaman
6 mengakibatkan kesan rumah hijau / 2
mengurangkan kandungan oksigen
7 menjejaskan industri perkayuan negara 2

MUKA SURAT 92 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

LATIHAN RUMUSAN 24 (NEGERI SEMBILAN)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tanggungjawab
pelbagai pihak dalam mempertahankan kedaulatan negara dan halangan-halangan dalam
melaksanakannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Apabila mengimbau sejarah lampau, kita tahu betapa peritnya pejuang kemerdekaan mahu
memerdekakan negara ini daripada penjajahan dan sekali gus menjadikan Malaysia sebagai negara yang
berdaulat. Namun begitu, sejauh manakah kita sebagai generasi masa ini dapat bertanggungjawab untuk
mempertahankan kedaulatan negara?

Setiap warganegara perlu mengukuhkan jati diri yang disulami semangat patriotik dan nasionalisme
dalam diri masing-masing. Jati diri perlu disertakan dengan ketinggian akhlak, nilai kesetiaan yang tidak
berbelah bahagi, nilai rasionalisme dan disalutkan dengan kekuatan mental dan spiritual. Sebagai negara
yang berbilang kaum, bahasa, agama dan budaya, perpaduan antara kaum perlu terus dikekalkan. Sikap
etnosentrisme, iaitu menganggap bahawa cara hidup dan budaya etnik sendiri lebih unggul berbanding
dengan cara hidup dan budaya warisan etnik lain dalam diri setiap warganegara harus ditolak.

Kita tahu bahawa generasi muda sekarang sangat terdedah kepada globalisasi dan dunia tanpa
sempadan. Keluasan dan kecepatan dunia Internet dan pendedahan kepada media sosial seperti facebook,
twitter dan instagram, mendedahkan generasi muda kepada penjajahan bentuk baharu, iaitu penjajahan
pemikiran. Tiada lagi peluru atau mortar dan serangan berdarah untuk menjajah generasi muda. Oleh itu,
mereka perlu cakna dengan serangan bentuk penjajahan fikiran dan pemahaman ideologi. Atas sebab itulah
generasi muda perlu memainkan peranan penting sebagai perwira negara untuk menangkis segala serangan
penceroboh kedaulatan negara. Gerakan penjajahan pemikiran dan penanaman ideologi yang berbahaya
memerlukan setiap warganegara mempunyai benteng diri, terutamanya dalam pemahaman agama yang
betul.

Pemimpin negara perlu memastikan perlembagaan negara tidak dicabuli dan kedaulatan negara
terjamin. Dalam hal ini, kerajaan dan pembangkang seharusnya berganding bahu demi memastikan Malaysia
terus maju dan dihormati di mata dunia. Peristiwa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013
menyedarkan kita bahawa kerajaan juga perlu memastikan sistem pertahanan dan keselamatan negara
diperkukuh.

Kita seharusnya berusaha untuk menjadi negara pengeluar atau negara pembuat bahan dan
bukannya hanya beraksi sebagai negara pengguna. Peristiwa kemelesetan ekonomi pada tahu 1997
menunjukkan kedaulatan negara boleh terancam. Tindakan spekulator yang rakus merampas ekonomi dan
kewangan negara mampu menggugat kestabilan ekonomi dan politik negara. Dalam hal ini Malaysia perlu
mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara luar, merangkumi bidang ekonomi, politik, sosial dan
budaya. Apalah gunanya ada negara untuk kita diami sekiranya negara tersebut tidak mempunyai kedaulatan
dan senang dihenyak-henyak oleh musuh.

(Dipetik dan diubah suai daripada


Tanggungjawab Mempertahankan Kedaulatan Negara
Oleh Mohd Khairul Riza Tuan Mohd Yusop,
Dewan Siswa, Ogos 2016.)

MUKA SURAT 93 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN 24 (NEGERI SEMBILAN)

PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan peranan / tugas pelbagai pihak dalam mempertahankan 2
kedaulatan negara ini / Malaysia.
P2 Petikan membincangkan peranan / tugas pelbagai pihak dalam mempertahankan 2
kedaulatan negara dan bentuk-bentuk ancaman terhadap kedaulatan negara.
P3 Rumusan membincangkan peranan / tugas pelbagai pihak dalam 2
mempertahankan kedaulatan negara dan halangan-halangan dalam
melaksanakannya.
P4 Petikan membincangkan peranan / tugas pelbagai pihak dalam mempertahankan 1
kedaulatan negara dan halangan-halangan dalam melaksanakannya.
P5 Petikan / Rumusan membincangkan tanggungjawab pelbagai pihak dalam 0
mempertahankan kedaulatan negara dan halangan-halangan dalam
melaksanakannya.

ISI TERSURAT (tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 Setiap warganegara perlu mengukuhkan jati diri yang disulami semangat patriotik 2
dan nasionalisme dalam diri masing-masing.
S2 perpaduan antara kaum perlu terus dikekalkan. 2
S3 Sikap etnosentrisme harus ditolak. 2
S4 perlu cakna dengan serangan bentuk penjajahan fikiran dan pemahaman ideologi. 2
S5 generasi muda perlu memainkan peranan penting (sebagai perwira negara) untuk 2
menangkis segala serangan penceroboh kedaulatan negara.
S6 setiap warganegara mempunyai benteng diri, terutamanya dalam pemahaman 2
agama yang betul.
S7 Pemimpin negara perlu memastikan perlembagaan negara tidak dicabuli dan 2
kedaulatan negara terjamin.
S8 kerajaan dan pembangkang seharusnya berganding bahu demi memastikan 2
Malaysia terus maju dan dihormati di mata dunia.
S9 kerajaan juga perlu memastikan sistem pertahanan dan keselamatan negara 2
diperkukuh.
S10 Kita seharusnya berusaha untuk menjadi negara pengeluar atau negara pembuat 2
bahan dan bukannya hanya beraksi sebagai negara pengguna.

ISI TERSIRAT (halangan dalam melaksanakannya)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Generasi muda kurang sensitif terhadap isu kedaulatan negara. 2
T2 Masyarakat kurang penghayatan terhadap sejarah negara. 2
T3 Masyarakat memandang ringan ancaman terhadap kedaulatan negara. 2
T4 Sikap masyarakat yang hanya mementingkan kehidupan harian masing-masing. 2
T5 Masyarakat berada dalam zon selesa. 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, semua pihak perlu memainkan peranan untuk menjaga 2
kedaulatan negara supaya keamanan negara turut terpelihara.
K2 Kesimpulannya, semua pihak perlu memainkan peranan untuk menjaga 1
kedaulatan negara.
MUKA SURAT 94 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

Soalan 2(a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata budaya warisan etnik.


[ 2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa bentuk ancaman terhadap kedaulatan negara.

Apakah ancaman-ancaman tersebut?


[3 markah]

(iii) Ada pendapat mengatakan bahawa generasi muda kurang semangat patriotik dalam diri
mereka.

Berikan pendapat anda.


[4 markah]

MUKA SURAT 95 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN 24 (MODUL NEGERI SEMBILAN)


PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata sering budaya warisan etnik:


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) budaya: tamadun / peradaban / cara hidup 2
warisan: peninggalan / turun-temurun/ legasi
etnik: suku kaum
(ii) budaya turun-temurun / suku kaum 1
(iii) tamadun / peradaban / cara hidup / warisan suku kaum 1

SOALAN (ii) bentuk ancaman terhadap kedaulatan negara:


ISI JAWAPAN MARKAH
1 generasi muda sekarang sangat terdedah kepada globalisasi dan dunia 1
tanpa sempadan
2 generasi muda terdedah kepada penjajahan bentuk baharu 1
3 peristiwa kemelesetan ekonomi pada tahu 1997 menunjukkan kedaulatan 1
negara boleh terancam
4 Tindakan spekulator yang rakus merampas ekonomi dan kewangan negara 1
mampu menggugat kestabilan ekonomi dan politik negara

SOALAN (iii) golongan muda kurang semangat patriotik dalam diri mereka:
ISI CADANGAN JAWAPAN JIKA SETUJU MARKAH
1 -tidak berminat untuk mengambil tahu dan menghayati sejarah negara 2
sendiri.
2 setuju 2
-sikap etnosentrisme yang menebal
3 setuju 2
-hanya mementingkan pencapaian kendiri dan bukannya untuk negara /
bersikap individualistik / bersikap keakuan
4 setuju 2
-menggunakan media sosial untuk memburukkan negara
5 setuju 2
-melakukan perkara-perkara yang merosakkan imej negara

ISI CADANGAN JAWAPAN JIKA TIDAK SETUJU MARKAH


1 tidak bersetuju 2
-remaja mencemerlangkan diri untuk meningkatkan imej negara
2 tidak bersetuju 2
-remaja sentiasa mematuhi perlembagaan dan undang-undang negara
3 tidak bersetuju 2
-mengamalkan sikap bertolak ansur dalam kalangan masyarakat berbilang
kaum / hormat-menghormati
4 tidak bersetuju 2
-sentiasa cakna dan menyahut seruan negara

MUKA SURAT 96 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

LATIHAN RUMUSAN 25 (SMK SEGAMBUT PPD SENTUL, WILAYAH PERSEKUTUAN KL)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca
peningkatan kemurungan dalam kalangan remaja dan langkah mengatasinya. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Masyarakat sering didedahkan dengan masalah kemurungan yang melibatkan orang dewasa.
Jarang-jarang kita terbaca atau diberitakan tentang masalah kemurungan yang melibatkan remaja
terutamanya dalam kalangan murid sekolah. Kebanyakan remaja yang mengalami masalah emosi ini
tidak sedar bahawa mereka sedang mengalami masalah kemurungan. Situasi ini menjadi punca
utama kepada peningkatan bilangan pesakit. Individu yang mengalami gangguan emosi ini
kebiasaannya bertindak memendam masalah mereka secara bersendirian sehingga menyebabkan
keadaan menjadi lebih parah.

Remaja mengalami kemurungan? Persoalan ini agak sukar untuk diterima bahawa pada usia
muda seseorang itu boleh mengalami masalah kemurungan. Sebagai remaja, umumnya kelihatan
sebagai tempoh usia yang menyeronokkan serta berpotensi untuk membina kerjaya dan kehidupan
yang hebat pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, realitinya tidak seperti yang dibayangkan.
Remaja juga terdedah dengan masalah kemurungan yang serius. Antara punca yang menyebabkan
remaja mengalami masalah kemurungan termasuklah faktor persekitaran remaja itu sendiri. Masalah
emosi seseorang itu berkait rapat dengan emosi individu yang berada di sekeliling mereka. Remaja
pasti menghadapi masalah jika mereka membesar dalam kalangan orang dewasa yang bermasalah.
Masalah lain yang sering dialami oleh remaja turut berkaitan dengan kegagalan menepati sasaran
yang ditetapkan oleh ibu bapa dan guru dalam pelajaran. Apabila ibu bapa menetapkan sasaran
pencapaian akademik yang melangkaui kemampuan anak, emosi remaja berkenaan pasti terganggu
sehingga berpotensi untuk mengalami kemurungan.

Kajian menunjukkan bahawa murid yang gagal mendapat keputusan yang baik dalam
peperiksaan utama di Malaysia seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan
(STPM) berpotensi untuk mengalami tekanan emosi yang tinggi. Terdapat juga kes kemurungan yang
berpunca daripada masalah percintaan dalam kalangan remaja. Pada usia yang masih muda remaja
mempunyai emosi yang sukar dikawal. Selain itu, terdapat kemurungan yang berpunca daripada
kemalangan yang membawa kepada kecacatan kekal terhadap fizikal seseorang. Kemurungan
dikatakan berlaku apabila mereka gagal melanjutkan pelajaran dan tidak dapat memenuhi sesuatu
impian yang dicita-citakan. Keadaan ini menyebabkan remaja mengalami trauma pada mulanya
sehingga membawa kepada kemurungan yang serius. Semua pihak seharusnya memainkan peranan
masing-masing dalam
usaha mewujudkan suasana yang merangsang emosi positif bagi setiap ahli komuniti, masyarakat,
dan negara.
Dipetik dan diubah suai daripada
Atasi Kemurungan Remaja
Oleh Noor Azam Abdul Rahman
Dewan Masyarakat, September 2015.

MUKA SURAT 97 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN 25 (SMK SEGAMBUT PPD SENTUL, WILAYAH PERSEKUTUAN KL)

PENDAHULUAN
PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan sebab-sebab / faktor-faktor peningkatan masalah 2
kemurungan dalam kalangan remaja di Malaysia.
P2 Petikan membincangkan sebab-sebab / faktor-faktor peningkatan masalah 2
kemurungan dalam kalangan remaja dan alasan bahawa remaja sewajarnya tidak
mengalami masalah kemurungan.
P3 Rumusan membincangkan sebab-sebab / faktor-faktor peningkatan masalah 2
kemurungan dalam kalangan remaja dan langkah mengatasinya.
P4 Petikan / Rumusan membincangkan sebab-sebab / faktor-faktor peningkatan 1
masalah kemurungan dalam kalangan remaja.
P5 Petikan / Rumusan membincangkan punca-punca peningkatan masalah 0
kemurungan dalam kalangan remaja di Malaysia.

ISI TERSURAT (punca peningkatan kemurungan dalam kalangan remaja)


ISI JAWAPAN MARKAH
S1 Remaja yang mengalami maslah emosi ini tidak sedar bahawa mereka sedang 2
mengalami masalah kemurungan.
S2 Individu yang mengalami gangguan emosi ini kebiasaannya bertindak memendam 2
masalah mereka secra bersendirian.
S3 Masalah kemurungan berpunca daripada persekitaran remaja itu sendiri. 2
S4 Remaja membesar dalam kalangan orang dewasa yang bermasalah. 2
S5 Tidak menepati sasaran yang ditetapkan oleh ibu bapa dan guru dalam pelajaran. 2
S6 Gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan utama di Malaysia 2
seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM).
S7 Berpunca daripada masalah percintaan dalam kalangan remaja. 2
S8 Kemalangan yang membawa kepada kecacatan kekal terhadap fizikal seseorang. 2
S9 Kemurungan juga dikatakan berlaku apabila gagal melanjutkan pelajaran. 2
S10 Tidak dapat memenuhi sesuatu impian yang dicita-citakan. 2

ISI TERSIRAT (langkah mengatasinya)


ISI JAWAPAN MARKAH
T1 Memelihara kesihatan emosi dengan sebaik-baiknya. 2
T2 Sentiasa terlibat dalam aktiviti keagamaan yang bersifat kerohanian. 2
T3 Berhubung rapat dengan ibu bapa, adik-beradik, rakan, guru dan masyarakat 2
setempat.
T4 Pihak sekolah perlu menyediakan prasarana dan suasana kondusif 2
T5 Ibu bapa harus menerima pencapaian akademik anak-anak dengan hati terbuka. 2
T6 Unit kaunseling wajar memainkan peranan aktif di sekolah. 2

KESIMPULAN
ISI JAWAPAN MARKAH
K1 Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama untuk mengatasi masalah 2
kemurungan dalam kalangan remaja agar mereka dapat dibentuk untuk memenuhi
kesinambungan kepimpinan negara pada masa depan.
K2 Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama untuk mengatasi masalah 1
kemurungan dalam kalangan remaja.

MUKA SURAT 98 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

Soalan 2(a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata memendam masalah.


[2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa alasan bahawa remaja sewajarnya tidak mengalami
masalah kemurungan.
Apakah alasan-alasan tersebut?
[3 markah]
(iii) Kemurungan dalam kalangan remaja banyak dikaitkan dengan tekanan daripada keluarga
dan masyarakat.
Pada pendapat anda, bagaimanakah anggota keluarga dapat memainkan peranan agar
remaja tidak terjebak dengan masalah kemurungan?
[4 markah]

MUKA SURAT 99 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ 2017 2017 SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA

SKEMA RUMUSAN 25 (SMK SEGAMBUT PPD SENTUL, WILAYAH


PERSEKUTUAN KL)
PEMAHAMAN

SOALAN (i) Maksud rangkai kata memendam masalah:


PILIHAN JAWAPAN MARKAH
(i) memendam: menyembunyikan / menyimpan 2
masalah: isu / hal / konflik / kesulitan / cabaran
(ii) memendam isu / hal / konflik / kesulitan / cabaran 1
(iii) menyembunyikan / menyimpan masalah 1

SOALAN (ii) alasan bahawa remaja sewajarnya tidak mengalami


masalah kemurungan:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 tempoh usia yang menyeronokkan 1
2 usia yang sangat muda 1
3 berpotensi untuk membina kerjaya 1
4 kehidupan yang hebat pada masa akan datang 1

SOALAN (iii) peranan anggota keluarga agar remaja tidak terjebak


dengan masalah kemurungan:
ISI JAWAPAN MARKAH
1 Mewujudkan suasana mesra dalam kalangan 2
anggota
2 Sentiasa mengetahui pergerakan dan aktiviti anak- 2
anak di luar rumah
3 Tidak memberi penekanan yang terlalu serius 2
dalam pencapaian akademik anak-anak
4 Mengadakan pelbagai aktiviti bersama anggota 2
keluarag pada hujung minggu.

MUKA SURAT 100 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN


CL)

You might also like