You are on page 1of 12

PERKEMBANGAN MUZIK DI MALAYSIA

Muzik tradisional

Muzik Malaysia banyak dipengaruhi bentuk muzik negara jirannya iaitu


Indonesia dan Thailand, dan juga dipengaruhi oleh gaya muzik negara jauh seperti
Portugis, Filipina dan China (Munan, 175). Kaum peribumi Semenanjung Tanah
Melayu bermain dalam kumpulan kecil digelar kertok, iaitu sebentuk muzik gamelan
yang cepat dan berirama. Ghazal dari Tanah Arab amat laris di pasaran muzik Kuala
Lumpur dan Johor, melahirkan bintang terkenal seperti Kamariah Noor.

Di Melaka, ronggeng merupakan jenis muzik tradisional yang paling laris


dimainkan, dan didendangkan dengan alunan biola, gendang, akordion dan gong.
Muzik dan tarian zapin dari Arab juga laris di seluruh Malaysia. Zapin lazimnya
diserikan oleh gambus dan beberapa buah gendang. Dondang sayang pula perlahan
dan bersungguh-sungguh dendangannya dengan campuran pengaruh dari China, India,
Arab dan Portugal serta unsur tradisi.

Muzik pop

Persada muzik pop Malaysia berkembang dari muzik asli tradisional yang
dipopularkan pada pada 1920-an dan 1930-an oleh rombongan Bangsawan, yang
sebenarnya merupakan sejenis opera Malaysia yang dipengaruhi opera India yang
mula-mulanya dikenali sebagai Wayang Pasir (Parsi) yang dimulakan oleh orang Parsi
kaya-raya yang menetap di India. Rombongan ini memainkan ceritera dari pelbagai
golongan budaya seperti orang India, Barat, Islam, Cina, Indonesia dan Melayu.
Muzik, tarian, lakonan berkostum yang digunakan dalam persembahan bergantung
kepada ceritera yang disampaikan. Pemuzik-pemuzik dalam rombongan ini
kebanyakannya orang Melayu tempatan, orang Filipina dan orang Goa yang berasal
dari India.

Antara lagu-lagu pop Melayu yang terawal ialah Tudung Periok yang
dinyanyikan oleh Momo Latif yang merakamkan lagu itu pada tahun 1930. Pada
1950-an P.Ramlee menjadi penyanyi dan komposer Melayu paling popular dengan
lagu balada perlahan seperti Azizah, Dendang Perantau dan Di Mana Kan Ku Cari
Ganti yang amat diingati ramai.
Pop yeh-yeh

Pada 1960-an, pemuzik Pop yeh-yeh yang dipengaruhi muzik Barat menjadi
tumpuan utama. Genre pop yeh-yeh amat popular di Malaysia, Singapura dan Brunei
pada 1960an. Pop Yeh-yeh menakluki persada muzik Melayu dari 1965 hingga 1971.
Muzik dan fesyen ala The Beatles dan kumpulan muzik rock and roll British yang lain
pada 1960-an mencetuskan pengaruh kuat terhadap kumpulan pop yeh-yeh yang juga
secara amnya dipengaruhi industri muzik Melayu ketika itu. Sebenarnya, istilah "pop
yeh-yeh" dipetik daripada sebaris lagu Beatles popular berjudul She Loves You ("she
loves you, yeah-yeah-yeah".)

Lagu pop yeh-yeh tempatan pertama merupakan lagu Suzanna yang


dinyanyikan oleh M Osman pada tahun 1964. Sewaktu kemuncak kegilaan pop yeh-
yeh, kebanyakan kumpulan muzik genre ini mencuba sedaya upaya untuk meniru
gaya, rupa, gubahan muzik dan persembahan The Beatles. Biasanya kumpulan ini
dirujuk sebagai "kumpulan gitar rancak" atau singkatannya "kugiran" yang terdiri
daripada empat orang ahli yang menyanyi sambil memainkan empat alatan mzuik
yang asas (dua buag gitar elektrik, sebuah bes elektrik dan satu set dram). Kebanyakan
kumpulan tersebut dibentuk di Singapura dan di Malaysia. Negeri Johor dan
Singapura dijadikan pusat kegiatan bagi kumpulan-kumpulan ini. Kebanyakan
rakaman muzik mereka dilakukan di Singapura seperti di Studio EMI lama di
MacDonald's House di Orchard Road serta banyak lagi studio kecil milik
persendirian.

Perkataan "kugiran" julung kalinya disiarkan di Radio Singapura dalam


rancangan carta mingguan "Lagu Pujaan Minggu Ini" yang diacarakan oleh DJ
Melayu pertama M.I.A. (Mohd Ismail Abdullah). Adalah difahamkan bahawa
singkatan "Ku-Gi-Ran" merupakan cadangan seorang pegawai sari kata bernama
Daud Abdul Rahman. "Kugiran" terdiri daripada lima atau enam orang anggota
termasuk seorang penyanyi utama, seorang pemain gitar utama, seorang pemain bes,
seorang pemain gitar berirama, seorang pemain organ (atau keyboard) dan seorang
pemain dram.

Pembentukan dan perkembangan kugiran ini mendorong penubuhan dan


kewujudan pelbagai syarikat rakaman di Singapura pada 1960-an dan kebanyakan
lagu-lagu ini dirakam dalam bentuk piring hitam dan laris dijual dalam komersial.
Sebilangan penyanyi yang mencipta nama ketika zaman itu termasuk M. Osman, A.
Ramlie, Jeffrydin, Adnan Othman, Halim Yatim "Jandaku", Afidah Es, J. Kamisah,
Siti Zaiton, J. Sham, A. Rahman Onn, Hasnah Haron, J. Kamisah, Fatimah M. Amin,
Asmah Atan, Orkid Abdullah, A. Remie, Zam Zam, Salim I, Kassim Selamat, M.
Rahmat, A. Karim Jais, M. Ishak, Hussien Ismail, Jaafor O, A. Halim, Azizah
Mohamed, S. Jibeng dan L. Ramlee. Kumpulan rock dan pop yang turut masyhur
ketika itu termasuk kumpulan The Rhythm Boys, The Siglap Five, The Hooks yang
diketuai A. Romzi (dengan lagu hitnya Dendang Remaja), The Siglap Boys, Les
Kafilas, The Cliffters yang menampilkan Rikieno Bajuri, Impian Bateks yang
menampilkan Rudyn Al-Haj dengan lagu popularnya Naik Kereta Ku dan
persembahan a capellanya seperti Oh Posmen, Gadis Sekolah etc, The Swallows yang
terkenal dengan La Aube, Angkut-angkut Bilis etc yang dinyanyikan vokalis mereka
Kassim Selamat. Lagu La Aube pernah laris di Jerman.

Zaman kegemilangan pop yeh-yeh berakhir pada tahun 1971. Sejak itu, pusat
industri muzik Melayu berpindah ke Kuala Lumpur. Ramai komposer, penggubah,
penulis lirik, penyanyi, dan penerbit mula berpijak bukan sahaja di Kuala Lumpur
bahkan juga di kota lain seperti Johor Bahru dan Ipoh bagi mencari peluang dalam
industri muzik Melayu yang kian berubah.

Perubahan citarasa muzik

D.J. Dave, Hail Amir dan Uji Rashid memperkenalkan muzik berpengaruh
Hindustan pada 1970-an. Sekitar akhir 1970-an dan awal 1980-an, pasaran bagi
rakaman dan artis tempatan amat besar permintaanya, maka terikatlah kumpulan dan
pemuzik yang sering bermain dalam kelab kepada kontrak rakaman. ketika inilah
masanya apabila artis, kumpulan dan ahli perniagaan bukan berkaum Melayu
menjelajahi industri muzik Melayu. Kumpulan-kumpulan seperti Alleycats,
Discovery, Carefree dan Chendrawasih menerajui pemondenan muzik pop Malaysia;
manakala penyanyi solo seperti Sudirman dan Sharifah Aini membantu industri
mencapai kegemilangan.

Sebelum pertengahan 1980-an munculnya satu lagi genre muzik, iaitu slow
rock, heavy metal, hard rock dan blues. Kumpulan masyhur dari Barat seperti
Scorpions, Led Zeppelin, Deep Purple, Def Leppard antara pengaruh bagi kugiran
rock Malaysia.

M. Nasir dan JS Kevin memainkan peranan penting dalam membentuk muzik


rock di Malaysia sebgai penggubah dan penerbit selama hampir sedekad. Beliau
menerbitkan hasil kumpulan rock tempatan seperti Search dan Wings lalu memacu
mereka kepada tahap kemuncak muzik rock Malaysia. Gejala cetak rompak dalam
bentuk menyalin kaset dan cakera padat semakin meluas dan sukar dikawal ketika itu
kerana jualan bahan-bahan ini meningkat dengan dorongan kejayaan ekonomi negara.

Sekitar akhir 1980-an dan awal 1990-an, R&B dan muzik pop menjadi
tumpuan pemuda di kota. Muzik ini berunsur kosmopolitan dan ditujukan kepada
gologan profesional dan berpendidikan. Penyanyi pujaan ramai seperti Sheila Majid
serta penerbit terkemuka seperti Mac Chew dan Jenny Chin yang dipengaruhi R&B,
fusion dan jazz mencapai impian mereka dan menyediakan haluan baru untuk ramai
lagi artis R&B Malaysia akan datang. Pada pertengahan 1990-an, kumpulan KRU,
sebuah kumpulan vokal yang terdiri daripada tiga orang adik-beradik membangunkan
rap dan hip-hop Melayu.

Pengaruh agama Islam

Pada 1991, album bertemakan alam sekitar yang dirakamkan Zainal Abidin
dikeluarkan, merangkumi lagu gubahan Mukhlis Nor dan penerbitan oleh Roslan
Aziz. Album ini disambut hangat oleh orang awam dan persada muzik antarabangsa
terutamanya di benua Asia. Sekitar waktu ini muzik pop nasyid iaitu sebentuk pop
bertemakan agama Islam yang merangkumi kumpulan vokal dan diserikan muzik
paluan. Muzik ini yang dibangunkan oleh Raihan, Rabbani NowSeeHeart dan
Brothers ini juga disambut hangat oleh penduduk luar bandar dan golongan yang kuat
pegangan agamanya.

Pada tahun 1996 seorang gadis sekolah bernama Siti Nurhaliza dari pekan
Temerloh, Pahang menghasilkan album yang diterbit oleh Adnan Abu Hassan. Album
pop Melayu ini amat berjaya di dalam pasaran. Beliau memasukkan pelbagai genre
muzik seperti pop Melayu, R&B dan muzik tradisi Melayu dalam album-album beliau
yang seterusnya yang turut mencapai kejayaan besar. Penyanyi ini menjadi sensasi di
negara.

1990-an sehingga kini

Menjelang akhir 1990-an dengan kewujudan kemudahan internet, muat turun


MP3 menjadi cara yang temudah dan termurah untuk memperoleh hasil rakaman.
Cakera padat cetak rompak juga didapati di pasar malam dengan harga kira-kira satu
suku daripada harga cakera padat asli, hasil daripada pengedar sah dan syarikat
rakaman utama tidak mampu menyaingi pencetak rompak ini. Pasaran muzik makin
merosot dengan kehadiran pemain MP3 dan telefon bimbit dengan ciri-ciri yang
serupa.

Ketika awal 2000-an, kemunculan bentuk hiburan yang baru iaitu rancangan
realiti mampu mengembalikan minat orang awam terhadap hiburan muzik. Rancangan
seperti Akademi Fantasia dan Malaysian Idol membolehkan orang awam memilih
bintang pujaan mereka dengan menghantar SMS. Yang menarik orang awam adalah
penglibatan mereka dalam membentuk selebriti dan bahawa mereka boleh memilih
sesiapa sahaja yang mereka inginkan dan bukannya membiarkan syarikat rakaman
membentuk artis.

Kajian menunjukan bahawa berbanding dekad-dekad lalu banyak bentuk


hiburan yang lain seperti DVD, televisyen berbayar, program radio yang makin
bertambah bilangannya serta perubahan dalam gaya hidup telah mempengaruhi minat
orang awam terhadap pemuzik tempatan. Namun, ini masih tidak menggambarkan
litar muzik live yang aktif di mana para penghibur menggubah dan
mempersembahkan karya sendiri. Pertumbuhan komersialisasi dan penempatan
produk yang menggunakan pemuzik dan artis popular banyak menenggelami
kehadiran persada muzik independent (atau bawah tanah) lalu memberikan "persepsi
yang tersimpang" mengenai apa yang dibentukkan sebagai industri tempatan.

Hasil rancangan realiti seperti Vincent Chong, Jaclyn Victor, Daniel Lee Chee
Hun dan Mawi mampu menjual bilangan CD yang lebih berbanding artis bukan hasil
rancangan ini. Kepelbagaian ini mempersonifikasikan barisan muzik popular yang
meluas di Malaysia dan ketidaktentuan citarasa pengguna Malaysia terhadap keluaran
budaya popular.
PERKEMBANGAN MUZIK DI BARAT

Era pertengahan

Muzik era pertengahan merujuk kepada muzik tradisi Eropah yang ditulis pada
Zaman Pertengahan (dalam bahasa Inggeris "Medieval"). Era ini bermula dengan
kejatuhan Empayar Rom pada tahun 476 dan berakhir pada sekitar pertengahan abad
ke-15. Berakhirnya Zaman Pertengahan bermaksud bermulanya era atau Zaman
Pembaharuan ("Renaissance") pada sekitar tahun 1400.

Era pembaharuan

Muzik era pembaharuan , juga dipanggil sebagai Muzik Renaissance merujuk


kepada muzik tradisi Eropah yang ditulis pada Zaman Pembaharuan (dalam bahasa
Inggeris, "Renaissance") dari sekitar tahun 1400 hingga 1600. Untuk menentukan
dengan tepat tarikh permulaan era muzik pada Zaman Pembaharuan adalah kerja yang
amat sukar kerana pertukaran muzik yang mendadak dan diluar jangkaan pada kurun
ke-15. Tambahan juga, proses penentuan ini memerlukan muzik itu berciri-cirikan
"Renaissance" dan pakar –pakar muzik meletakkan tarikh yang sesuai bermula seawal
tahun 1300 hingga selewat-lewatnya pada tahun 1470an.

Sumbangan terbaru dalam kajian pakar – pakar muzik walau bagaimanapun,


mencadangkan bahawa konsep tersebut perlu dielakkan ataupun digunakan dengan
penyelidikan yang lebih rapi kerana kesukaran yang amat tinggi untuk menakrifkan
maksud dan tarikh yang tepat untuk istilah ini.

Era Barok

Muzik Barok merujuk kepada era dan set gaya bentuk muzik tradisi Eropah
yang digunakan secara meluas pada kira-kira sekitar tahun 1600 dan 1750. Muzik
zaman ini dikatakan bermula dari akhir muzik era pembaharuan dan diikuti dengan
permulaan muzik era klasikal. Makna asal "barok" bermaksud "mutiara yang tak
serata", maksud yang bersesuaian dengan ciri-ciri seni bina era barok; kemudiannya
istilah ini digunakan juga untuk muzik. Bentuk-bentuk muzik era barok membentuk
satu bahagian yang utama dalam daftar karya muzik klasikal.

Muzik era ini dipersembahkan dan dipelajari dengan secara meluas. Antara
karya-karya seni era ini termasuklah dari penggubah-penggubah seperti Johann
Sebastian Bach, George Frideric Handel, Antonio Vivaldi dan Claudio Monteverdi.

Sepanjang tempoh ini, teori muzik, nada diatonik, dan muzik pengiring tiruan
dicipta dan berkembang pesat. Persembahan muzik yang lebih merdu dan panjang
lebar, begitu juga dengan perubahan dalam notasi muzik dan kemajuan dalam cara
alat-alat muzik dimainkan juga muncul pada era ini. Muzik era barok menyaksikan
satu perluasan dalam segi saiz, had dan kerumitan prestasi, begitu juga dengan
kewujudan opera sebagai satu jenis persembahan teater muzik.

Banyak istilah-istilah dan konsep-konsep muzikal dari muzik era ini digunakan
sehingga ke hari ini. Kebanyakannya mempunyai ciri-ciri am, perpaduan emosi (yang
bermakna serupa), perhiasan, dan satu rentak yang berkembang. Melodi-melodinya
kebiasaannya mempunyai satu garisan yang berterusan, dinamik teres dan peluasan.

Era klasikal

Muzik era klasikal merujuk kepada muzik tradisi Eropah yang mengambil
tempat pada sekitar tahun 1750 hingga ke tahun 1810. Tahun awal dan akhir era ini
bertindih dengan era-era sebelum dan selepasnya.

Walaupun istilah muzik klasikal digunakan sebagai satu istilah yang


menyeluruh untuk semua jenis muzik dalam tradisi ini, namun para pembaca
diingatkan untuk melihat cara istilah berkenaan digunakan. Muzik klasikal dan muzik
era klasikal memberi maksud yang berlainan. Muzik klasikal adalah rujukan umum
untuk sejarah muzik yang berakar umbikan muzik tradisi Eropah manakala muzik era
klasikal adalah muzik pada tahun-tahun sekitar 1750 hingga ke 1810.

Muzik era klasikal terletak di antara jangkamasa muzik era barok dan muzik
era romantis. Antara penggubah-penggubah terkenal era ini termasuklah Joseph
Haydn, Wolfgang Amadeus Mozart, Ludwig van Beethoven, Luigi Boccherini, Muzio
Clementi, Johann Ladislaus Dussek, Carl Philipp Emanuel Bach dan Christoph
Willibald Gluck.
Beethoven kadangkala juga dianggap sebagai penggubah di era muzik romantis
atau penggubah peralihan kearah era Romantis, begitu juga Franz Schubert, Johann
Nepomuk Hummel, Luigi Cherubini dan Carl Maria von Weber. Era atau tempoh ini
kadangkala dirujuk juga sebagai era Klasikal Viennese atau Klasisisme (Bahasa
Jerman: Wiener Klassik), kerana Mozart, Haydn, Beethoven, dan Schubert
menggubah muzik untuk beberapa ketika di Vienna. Senarai penggubah muzik
klasikal yang menggubah di Vienna pada akhir kurun ke-18 digelar First Viennese
School.

Era romantis

Muzik era romantis merujuk kepada muzik tradisi Eropah yang mengambil
tempat pada sekitar tahun 1820 hingga ke 1900, begitu juga dengan semua jenis muzik
yang bersamaan dengan corak penulisan era ini termasuk yang ditulis selepas tempoh
tersebut. Tempoh Romantis didahului oleh era klasikal yang mana kebanyakan muzik-
muzik terkenal ditulis oleh Beethoven, dan diikuti oleh era muzik moden abad ke-20.

Muzik romantis berkaitan dengan era romantisme, yang memperkenalkan seni


kesusasteraan, seni tampak, dan falsafah, walaupun tempoh konvensional muzikologi
sebenarnya amat berbeza daripada seni-seni lain dari era yang sama. Tempoh sebenar
era romantis untuk keseluruhan seni dikatakan bermula dari tahun 1780 an hinggalah
kepada 1840 an.

Pergerakan romantisme berpegang kepada prinsip "bukan semua yang benar


boleh disimpulkan" berdasar kepada ungkapan aksiom bahawa terdapat sesuatu yang
tidak dapat dielakkan dari realiti di dunia yang hanya boleh wujud atau dicapai
melalui emosi, perasaan dan gerak hati. Muzik era romantis bergelut untuk
menimbulkan pernyataan emosi dan kuasa untuk menghuraikan hakikat-hakikat yang
lebih mendalam dan dalam masa yang sama mengekalkan atau menaikkan struktur-
struktur formal dari era klasikal.

Penggunaan vernakular dalam istilah "muzik romantis" digunakan untuk muzik


yang dianggap membangkitkan perasaan hati yang lembut atau suasana khayalan.
Penggunaan ini telah berakar umbi dalam konotasi perkataan "romantik" yang
dimulakan dalam era ini. Namun, tidak semua cebisan "Romantik" memadani dengan
penjelasan ini kerana sesetengah muzik romantisme berbunyi keras, padu untuk
menyampaikan melodi kesedihan dan marah (gangguan emosi).

Muzik "romantik" moden yang ditulis hari ini (berkaitan dengan emosi cinta) tidak
semestinya berkaitan dengan muzik era romantis.

Era klasikal (abad ke-20)

Muzik klasikal abad ke-20 adalah sangat luas maknanya, bermula dari
pengakhiran era muzik romantis Sergei Rachmaninoff, impresionisme Claude
Debussy dan Maurice Ravel, dan bersambung menerusi Zaman Pertengahan neo-
klasikisme Igor Stravinsky, dan berada dalam lingkungan bunyi-suara serialism
lengkap oleh Pierre Boulez, keharmonian mudah dan irama penggubah-penggubah
minimalis seperti Steve Reich, dan Philip Glass, musique concrete oleh Pierre
Schaeffer, muzik mikrotonal oleh oleh Harry Partch, Alois Haba dan lain-lain, muzik
aleatorik oleh John Cage, muzik elektronik oleh Karlheinz Stockhausen, dan
polystylisme oleh Alfred Schnittke.

Antara penggubah-penggubah terkemuka abad ke-20 adalah Bela Bartok,


Gustav Mahler, Richard Strauss, Giacomo Puccini, Claude Debussy, Maurice Ravel,
Charles Ives, Edward Elgar, Frederick Delius, Arnold Schoenberg, Jean Sibelius,
Elliott Carter, Sergei Rachmaninoff, Sergei Prokofiev, Gabriel Faure, Alberto
Ginastera, Peter Sculthorpe, Edgard Varèse, Igor Stravinsky, Dmitri Shostakovich,
Alban Berg, Manuel de Falla, Henri Pousseur, Peter Maxwell Davies, Silvestre
Revueltas, Luigi Dallapiccola, Hanns Eisler, Ottorino Respighi, John Cage, Benjamin
Britten, Anton Webern, Carlos Chávez, Ralph Vaughan Williams, Aaron Copland,
Carl Nielsen, Luigi Nono, Harrison Birtwistle, Paul Hindemith, George Enescu,
Gyorgy Ligeti, Olivier Messiaen, Toru Takemitsu, Kurt Weill, Milton Babbitt, Samuel
Barber, William Walton, Luciano Berio, Arvo Pärt, Pierre Boulez, Henri Dutilleux,
Karlheinz Stockhausen, Heitor Villa-Lobos, Witold Lutosławski, dan Iannis Xenakis.

Banyak teknik-teknik dipelopori oleh penggubah-penggubah di atas telah


diterima pakai untuk muzik-muzik popular hari ini seperti yang ditunjukkan oleh The
Beatles, Deep Purple, King Crimson, Pink Floyd, Emerson, Lake & Palmer, Mike
Oldfield, Enigma, Vangelis, Jean Michel Jarre dan dalam skor-skor filem untuk
menarik ramai penonton.

Corak muzik romantis

Pada sebahagian awal abad ke-20 terutamanya, ramai penggubah-penggubah


menulis muzik yang bercorakkan penambahan dari muzik romantis abad ke-19 muzik.
Irama ditulis penuh dengan keharmonian, walaupun kadangkala kompleks, bertonaliti,
dan bercorak kumpulan alat muzik tradisional seperti orkestra dan kuartet alat muzik
bertali seperti kebiasaannya. Bentuk tradisional seperti simfoni dan konsert kekal
digunakan.

Ramai penggubah-penggubah terkemuka, antaranya Dmitri Borisovich


Kabalevsky, Dmitri Shostakovich, Maurice Ravel dan Benjamin Britten telah
membuat kemajuan penting dalam gaya dan teknik dan dalam masa yang sama masih
mengekalkan melodi, harmonika, bahasa struktur dan tekstur yang berkaitan dengan
muzik abad ke-19. Perubahan mereka ini boleh diterima oleh para pendengar biasa
(merujuk kepada pendengar bukan peminat muzik klasikal).

Corak penulisan muzik ini ditulis di sepanjang abad ke-20 dan bersambung
sehingga ke hari ini. Penggubah-penggubah abad ke-20 yang menulis dengan corak
hampir menyamai corak-corak tradisional ini termasuklah:

Samuel Barber
Leonard Bernstein
Aaron Copland
John Corigliano
George Gershwin
Henryk Górecki
Percy Grainger
Howard Hanson
Roy Harris
Gustav Holst
Alan Hovhaness
Aram Khachaturian
Colin McPhee
Carl Nielsen
Giacomo Puccini
Sergei Rachmaninoff
Joaquín Rodrigo
Ned Rorem
Jean Sibelius
Elie Siegmeister
Ralph Vaughan Williams
Heitor Villa-Lobos
William Walton

Pengaruh penggubahan muzik klasikal dengan Jaz

Berikut adalah senarai penggubah-penggubah yang menggabungkan seni jaz dengan


muzik klasikal dalam gubahan mereka. Antara yang ketara termasuklah:-

George Antheil, Jazz Symphony (1925)


Bruce Arnold, A Few Dozen (1955)
Malcolm Arnold, Konserto untuk harmonika dan orkestra, op. 46 (1954),
Konserto untuk gitar dan orkestra, op. 67 (1959), Konserto No. 2 untuk
klarinet dan orkestra, op. 115 (1974)
Milton Babbitt, All Set (1957)
Leonard Bernstein, Sonata untuk klarinet dan piano (1941–42), Prelude,
Fugue, and Riffs (1949), Senandung untuk biola, alat , alat muzik bertali,
harp dan gendang Symposium (1954)
Boris Blacher, Konserto untuk Orkestra Jazz (1946), Die Gesänge des
Seeräubers O'Rourke und seiner Geliebten Sally Brown, beide auf das
Felseneiland En Vano Anhelar verschlagen, op. 56 (1958), Plus Minus One
untuk kuarter alat bertali dan ensembel jazz (1966), Blues, Espagnola und
Rumba philharmonica untuk 12 celo (1972), Stars and Alat muzik bertali s,
untuk ensembel jazz dan orkestra alat muzik bertali (1972).
Marc Blitzstein, The Cradle Will Rock (1936–37), Regina (1946–48)
Aaron Copland, Three Moods untuk piano (1920–21), Konserto untuk piano
dan orkestra (1926), Danzon Cubano (1946), Konserto untuk klarinet dan
orkestra (1947–48), Something Wild, skor filem (1961).
George Gershwin, Rhapsody in Blue (1924), An American in Paris (1928),
Porgy and Bess (1935)
Hans Werner Henze, Boulevard Solitude (1951), Undine (1956–57).
Versuch über Schweine (1968)
Paul Hindemith, 1922 Suite für Klavier (1922)
Ernst Krenek, Jonny spielt auf (1926)
Constant Lambert, Elegiac Blues (1927), Konserto untuk p dan Sembilan
pemain muzik (1930–31)
Rolf Liebermann, Konserto untuk kumpulan muzik Jazz dan simfoni
orkestra (1954)
Darius Milhaud, La Création du Monde (1923)[1]
Maurice Ravel, Konserto piano dalam nada G (1929–1931)
Gunther Schuller, Konserto untuk kuartet Jazz dan orkestra (1959)
Elie Siegmeister, Konserto klarinet [2](1956)
Karlheinz Stockhausen, Kreuzspiel (1951), Mikrophonie II (1965), Tierkreis
(1974–75), Luzifers Tanz (1983)
Igor Stravinsky, Ragtime for 11 instruments (1917–18), L'Histoire du Soldat
(1918), Piano-Rag Music (1919), Praeludium (1936–37/53), Scherzo a la
russe (1944), Ebony Konserto (1945)
Kurt Weill, Threepenny Opera (1928)

You might also like