You are on page 1of 17

SEJARAH dari perspektif ISLAM

1.Sejarah manusia dibuat oleh manusia.

2.Setiap orang menghuraikan sejarah yang diketahuinya sesuai dengan kefahaman dan kepentingannya sendiri.

3.Oleh itu sejarah manusia bersifat subjektif.

4.Sering terjadi perubahan dan penyimpangan fakta.Ini tidak aneh,sebab sejarah tersebut disusun sesuai dengan
kepentingan ahli kaji sejarah atau kepentingan orang-orang atau pihak tertentu.

5.Sejarah manusia boleh dipinda sebab manusia tidak terlepas dari sifat PEMBOHONG dan EGOIS.

6.Kajilah sejarah manusia,anda akan mendapati berapa ramai raja yang telah mencatat sejarah,seakan-akan
cerita itu sesuai dengan keadaan sebenar.Tidak kurang juga pemerintah yang telah mencatat sejarah dengan
memutar-belitkan fakta.

7.Dalam sepanjang sejarah manusia di dunia ini sepanjang zaman selalu terdapat sekelompok orang yang
memalsukan sejarah.Kadangkala seorang yang idealis tidak dapat mengkritik kepalsuan sejarah yang telah
dirakam oleh pemerintah dan orang-orang tertentu dengan berlalunya zaman.

8.Sebaliknya sejarah Islam banyak berbeza dengan sejarah manusia.

9.Sejarah Islam disusun oleh Tuhan sekelian alam.Ia penutur yang paling benar.

10.Allah menceritakan kisah-kisah umat manusia terdahulu dalam Al-Quran agar kita dapat mengambil
pengajaran daripadanya.Didalamnya ada kejujuran mutlak.Dia memeliharanya dari sebarang
penyimpangan.Sejarah Islam juga boleh diperolehi dengan mengkaji hadis-hadis Nabi SAW.

11.Sejarah bikinan/catatan manusia tidak lain hanya mengemukakan aspek negatif/kadang-kadang positif
daripada sesebuah peristiwa.Kalau pun ada manfaatnya,biasanya berbalik hanya untuk ahli kaji sejarah atau
kepada tujuannya.

12.Dalam sejarah Islam,setiap kejadian atau masa lalu itu dapat diambil sebagai pelajaran atau ilmu
pengetahuan bagi manusia.Mnfaatnya untuk semua generasi.

13.Sejarah Islam itu boleh dijadikan sebagai contoh/teladan atau landasan yang dapat dipraktikkan (dalam
kehidupan seharian) dengan cara-cara yang benar.

14.Dalam Al-Quran,dihuraikan sejarah penciptaan alam dan manusia dengan jelas dari awal kejadian hingga
akhir,tepatnya sejarah masa lalu,masa kini dan masa akan datang.

15.Sejarah Islam itu diperkemaskan dalam bentuk cerita yang jelas dan mudah difahami.Penceritaannya seakan
kita hadir pada zamannya dan terlibat secara langsung dengan kejadian-kejadian tersebut.

16.Allah mengawal sejarah kehidupan ini dengan menceritakan penciptaan alam ini disusuli penciptaan manusia
yang melalui pelbagai tahap.Kemudian Allah mengakhirinya dengan penghuraian kehidupan akhirat.

17.Sejarah Islam menceritakan bahawa Allah menempatkan manusia pertama iaitu Adam di syurga.Kemudian
dari tubuh Adam Allah menciptakan pasangannya yang akan mwmbahagiakannya.Segala yang ada di syurga
boleh mereka nikmati kecuali satu pohon.Akibat melanggar perintah Allah,mereka diturunkan ke bumi dan
diberi tugas sebagai khalifah.Dari sinilah bermulanya sejarah awal kehidupan manusia di bumi.

1.4.3 Asas Tamadun Islam

Tamadun Islam terikat dengan beberapa perkara penting yang menjadi asas pembinaan tamadun. Antaranya
ialah akidah, syariah, akhlak dan ilmu. Empat asas ini dikuti dengan asas keadilan, semangat kejiranan, toleransi
dan kebebasan beragama sebagai pra-syarat Tamadun Islam. (Mahyudin Hj.Yahya :1998:15). Asas-asas ini
menjadikan Tamadun Islam tetap unggul walaupun tidak terbina di atas tapak sejarah awal Islam iaitu di
Semenajung Tanah Arab, khususnya di bumi Mekah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah.
* Akidah
Akidah merupakan satu konsep kepercayaan yang akan membentuk iman kepada Allah SWT, para rasul, para
Malaikat, Kitab-kitab, Hari Akhirat dan Qada Qadar Allah. Keyakinan kepada konsep tauhid kepada Allah
memberi kesan dalam kehidupan manusia. Tauhid merupakan falsafah kehidupan dalam Islam dan menjadi asas
kepada kelahiran tamadun. Keimanan kepada Allah SWT akan mengubah dan membentuk pandangan manusia
terhadap Tuhan, sesama manusia dan alam semesta.

Zaman Nabi Muhammad SAW merupakan zaman kegemilangan Tamadun Islam, sama ada dalam aspek politik,
pentadbiran mahupun ekonomi. Umat Islam telah berjaya membentuk sebuah kerajaan Islam yang kukuh di
Kota Madinah dengan berasaskan akidah. Akidah yang mantap telah membentuk sistem nilai, iaitu suatu sistem
yang mengawal sifat dan bentuk ketamadunan.

* Syariah
Syariah merangkumi ibadah dan muamalah. Ibadah ialah peraturan-peraturan untuk melakukan peribadatan dan
ketaatan kepada Allah SWT. Ia juga meliputi perilaku melaksanakan kebaikan kepada sesama manusia dan
alam. Muamalah pula ialah peraturan perhubungan sesama manusia yang meliputi aspek akhlak, politik,
ekonomi dan kemasyarakatan. Aspek syariah dalam Tamadun Islam dilihat sebagai pemangkin kepada keutuhan
dan kecemerlangan tamadun. Ia juga menjadi pembeza antara Tamadun Islam dengan tamadun-tamadun lain.
Melaksanakan keadilan pula adalah prinsip penting dalam perlaksanaan syariat Islam. Ia menjadi lambang
kesucian agama Islam. Pelaksanaan keadilan merupakan asas bagi setiap penyusunan masyarakat dan negara.
Oleh itu, jika akidah boleh diibaratkan sebagai sumber inspirasi dalam menggerakkan tamadun, syariah pula
adalah sebagai penunjuk jalan, penentu kaedah dan perlaksanaan Tamadun Islam. (Azhar, 2000: 129)

* Akhlak
Akhlak merupakan mekanisma yang menggerakkan umat Islam menjadi umat yang bertamadun tinggi. Tanpa
akhlak, Tamadun Islam yang dibina tidak mempunyai sebarang erti. Oleh itu, dalam ajaran Islam, akhlak
merupakan pelengkap kepada akidah dan syariah. Imam al-Ghazali menjelaskan akhlak merupakan suatu
kebiasaan yang terdapat dalam diri manusia. Seseorang akan melakukan dengan mudah dan tidak perlu berfikir
untuk menghasilkan perbuatan dan tingkah laku. Sekiranya tingkah laku seseorang itu indah dan terpuji ia
dinamakan akhlak yang baik (akhlak mahmudah), tetapi jika perbuatan atau tingkah laku itu keji ia dinamakan
akhlak yang buruk (akhlak mazmumah). (Aboebakar Atjeh, 1985:13)

Nilai akhlak sebagai satu unsur pembinaan tamadun sudah ada dalam tamadun-tamadun silam seperti Tamadun
Yunani atau lain-lain tamadun. Walau bagaimanapun, nilai-nilai murni dalam nilai akhlak disempurnakan oleh
Nabi Muhamad SAW. Ini berdasarkan satu hadis Rasulullah SAW yang bermaksud Sesungguhnya aku
diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.

Nilai paling utama dalam kehidupan manusia ialah nilai baik yang akan membentuk akhlak seseorang dan ia
tidak ditentukan oleh akal manusia, sebaliknya oleh wahyu Allah SWT dan sunnah Rasul-Nya. Nilai yang
diketengahkan oleh ajaran Islam terbukti lebih sesuai dengan fitrah manusia. Oleh kerana itu, nilai dalam akhlak
Islam mampu merentasi sempadan, masa dan geografi. Akhlak Islam amat berperanan membantu keutuhan
sesebuah tamadun dalam rangka manusia melaksanakan amanah sebagai khalifah di dunia. Segala bentuk
perlakuan yang berasaskan ajaran Islam membawa penganutnya mengamalkan akhlak yang mulia.

* Ilmu
Kelahiran Tamadun Islam juga berasaskan ilmu pengetahuan yang disarankan oleh firman Allah SWT dalam
surah al-Alaq (ayat Iqra). Ia merupakan wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW. Penekanan
kepada ilmu pengetahuan yang bermula dari peringkat awal telah membangkitkan kesedaran pentingnya
pembinaan tamadun berasaskan pengetahuan. Sejarah kegemilangan Tamadun Islam telah berjaya dicipta
kerana penghayatan ummah terhadap budaya ilmu dalam kehidupan seharian. Selain daripada kejayaan
melahirkan tenaga-tenaga mahir dan professional dalam pelbagai bidang, masyarakat Islam juga mempunyai
pegangan agama yang teguh, pemikiran yang tinggi dan akhlak yang luhur.

Ilmu merupakan elemen penting yang menjadi pemangkin pergerakan manusia. Penguasaan pelbagai ilmu
pengetahuan menjadikan masyarakat Islam mampu melakukan penelitian, pengkajian dan menghasilkan
penemuan baru atau teknologi. Antara contoh intelektual Islam yang menjadi pemangkin budaya ilmu
pengetahuan dalam masyarakat seperti Ibnu Sina, Ibnu Rushd, Ibnu Maskawayh, Ibn Batutah, Ibnu Khaldun, al-
Farabi, al-Kindi, al-Khawarizmi, al-Ghazali, al-Biruni dan al-Battani. Selain itu, para ulama Islam turut
berkembang kerana pemilikan ilmu. Contohnya, Imam Shafie, Imam Maliki, Hanafi dan Hambali. Mereka
semua adalah intelektual Islam yang menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber utama ilmu mereka.

Pelbagai pencapaian yang berjaya dihasilkan merupakan puncak kemampuan akal dan kejayaan manusia.
Kejayaan ini menjadi dasar untuk membentuk sesuatu tamadun bagi memenuhi keperluan kehidupan manusia
dan makhluk-makhluk lain. Oleh itu, dalam menangani era teknologi dan globalisasi hari ini, umat Islam harus
bersedia untuk memiliki segala kepakaran yang diperlukan demi mempertingkatkan martabat umat Islam dan
mengelak dari bergantung dengan pihak lain. Umat Islam wajib berusaha memiliki pelbagai kepakaran, sama
ada kepakaran ilmu agama yang terus berkembang dan berubah, mahupun kepakaran ilmu dunia yang berbentuk
kemahiran dan daya cipta. Kepakaran ilmu dunia akan menyebabkan umat Islam disanjung dan dijadikan
rujukan, sementara kepakaran ilmu agama akan menjadikan umat Islam umat yang teguh dengan dasar
agamanya yang menganjurkan keseimbangan antara kebahagiaan dunia dan akhirat.

Oleh itu, dapat ditegaskan bahawa semua yang terkandung dalam ajaran Islam menjadi asas pembinaan tamadun
kerana peningkatan dari aspek spiritual (manawi) akan mendorong kebangkitan fizikal. Kebanyakan tamadun
dunia lain juga terbina dengan berasaskan kepercayaan agama. Keteguhan kepada pelaksanan agama menjadi
faktor kepada peningkatan dan kemusnahan sesebuah tamadun. Sebaliknya, tamadun yang mula menyeleweng
dari dasar agama akan mempercepatkan keruntuhan sesebuah tamadun. Berbeza dengan Islam sebagai din yang
dipelihara oleh Allah melalui cara yang dapat dikaji mahupun tidak. Penjagaan dari Allah SWT menjadikan
Tamadun Islam mampu bertahan lama sehingga kini. Hanya, pada masa kini umat Islam kurang menghayati
konsep Tamadun Islam sehingga mereka leka dengan kepalsuan Tamadun Barat yang hanya menumpukan
kepada kemegahan dunia tanpa menggabungkan dengan kebahagian akhirat. Umat Islam hari ini dibelenggu
pelbagai masalah, kurang menghayati agama, ketinggalan dalam menguasai ilmu dan teknologi hari ini.
Kesungguhan menghayati Islam, berdisiplin tinggi serta menguasai pelbagai ilmu khususnya sains dan teknologi
boleh memberi kekuatan kepada umat Islam untuk menandingi Tamadun Barat hari ini.

1.4.4 Sumber Tamadun Islam

Sumber Tamadun Islam terbahagi dua, iaitu sumber wahyu dan sumber sekunder. Sumber wahyu terkandung
dalam al-Quran dan al-Sunnah.

* Al-Quran.
Al-Quran mrupakan mukjizat yang diwahyukan oleh Allah SWT melalui Jibril AS kepada Nabi Muhammad
SAW dan membacanya dikira sebagai ibadah. Al-Quran mengandungi keseluruhan ajaran Islam yang
merangkumi konsep ketuhanan, sistem perundangan, alam ghaib, nilai moral, fakta-fakta sains, sejarah dan lain-
lain lagi. Al-Quran sebagai mukjizat tetap terpelihara daripada sebarang bentuk usaha penyelewengan dan
penambahan.

Al-Quran sebagai sumber yang dapat disaksikan hingga ke hari ini sentiasa menyeru umat Islam melakukan
kebaikan dan menjauhi kejahatan serta membangunkan alam untuk kebaikan bersama. Selain itu, al-Quran
menekankan aspek keadilan dan segala prinsip-prinsip sosial. Ahmad Shalaby (1997:95) menegaskan, al-Quran
al-Karim mengandungi asas-asas yang kukuh dan sistem yang teguh bagi pendirian agama, tamadun dan dunia.
Beliau menegaskan:
Andainya kita dapat mentafsirkan asas-asas ini dengan sebaiknya nescaya terbentuklah suatu sistem yang
sempurna dan sesuai untuk manusia seluruhnya di pelbagai zaman dan tempat.

* Al-Sunnah.
Selain al-Quran, sumber kedua yang menjadi sumber Tamadun Islam ialah sunnah atau hadis Nabi Muhammad
SAW. Al-Sunnah ialah segala yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sama ada perkataan, perbuatan dan
pengakuan serta sifat atau akhlak dan riwayat hidup baginda sebelum dan sesudah dilantik menjadi Rasul.

Sumber ini diterima sebagai sumber yang benar dan berautoriti dalam Tamadun Islam. Sunnah bukan sekadar
bertindak sebagai penafsir dan pengulas yang paling sahih walaupun kesahihannya mengambil tempat kedua
selepas al-Quran, malah dari sudut lain, adalah tidak mungkin untuk melihat agama Islam sebagai sesuatu yang
sempurna tanpa bantuan dan penjelasan al-Sunnah. Walau bagaimanapun, haruslah diingat bahawa sunnah yang
diterima sebagai sumber autoriti ini hanyalah sunnah yang sahih sahaja. Sunnah dalam bentuk ini sahaja yang
boleh diterima pakai sebagai sumber, sementara Sunnah yang sebaliknya tidak diterima. (Azhar 2000:103)
Untuk mempastikan Sunnah yang sahih dan sebaliknya, para ulama hadith telah berjaya membentuk satu ilmu
khusus yang dikenali dengan ilmu Mustalah al-Hadith. Hadis atau Sunnah menjadi sumber penting kerana ia
bukan sahaja menggambarkan keseluruhan agama Islam, namun turut memaparkan secara jelas kandungan al-
Quran yang menjadi pegangan orang Islam.

Bidang keilmuan masyarakat Jahiliyah

Walaupun masyarakat Arab Jahiliyah mempunyai akhlak yang buruk dan sesat daripada segi agama, namun
mereka masih mempunyai kepandaian dalam beberapa aspek hidup yang lain. Kepandaian yang mereka perolehi
adalah berasaskan kepada pengalaman hidup mereka di tengah-tengah padang pasir. Ini termasuklah kemahiran
bersyair dan berpidato, ilmu nasab (ilmu keturunan), kepandaian menentukan perjalanan bintang-bintang, ilmu
bermain senjata, ilmu mengesan jejak dan ilmu mencari air.

Ilmu pengetahuan mereka ini pula lebih banyak wujud dalam bentuk lisan. Oleh itu sumber-sumber keilmuan
dalam bentuk tulisan atau inskripsi adalah amat kurang. Malah di kalangan masyarakat Quraisy, hanya terdapat
17 orang sahaja yang mampu menulis dan membaca .

Namun ilmu pengetahuan yang lebih tinggi diperolehi orang orang Arab melalui hubungan mereka dengan
negara-negara luar khususnya Rom dan Parsi. Ini termasuklah pengetahuan tentang politik, perubatan dan
ekonomi. Ilmu pengetahuan yang terhad ini diperolehi oleh masyarakat Arab yang tinggal di kawasan persisiran
atau di pusat-pusat pelabuhan antarabangsa.

Faktor-faktor yang menghubungkan dunia Arab dengan tamadun dunia

Kedudukan geografi Tanah Arab yang strategik yang menjadi penghubung antara dunia timur dengan
dunia Eropah.

Kegiatan perdagangan antarabangsa yang dijalankan oleh orang Arab sendiri atau yang dijalankan oleh
pedagang-pedagang asing di Tanah Arab. Pedagang-pedagang Arab berniaga hingga ke Syam,
Habsyah, Parsi, Palestine, Kepulauan Melayu dan China.

Hubungan diplomatik yang dijalinkan oleh pemerintah Arab dengan negara luar seperti Yunani,
Byzantine, Parsi, Habsyah dan China.

Gerakan penjajahan dan peperangan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa asing ke atas Tanah Arab seperti
Parsi yang menakluk Yaman atau Rom yang menakluk Tadmur dan Anbat. Antara bidang yang boleh
dibanggakan adalah kesusasteraan. Masyarakat Arab gemar bersyair dan berpidato. Mendengar syair
beramai-ramai di khalayak ramai adalah antara cara yang dilakukan oleh orang Arab untuk mengisi
masa lapang mereka. Seni syair ini juga penting mungkin kerana kelemahan mereka dalam bidang
penulisan. Sebagai masyarakat buta huruf, mereka lebih mementingkan hafalan. Syair merupakan satu
cabang seni sastera lisan yang mementingkan hafalan.

Antara penyair Arab yang terkenal pada zaman Jahiliyah ialah Imruul-Qays, Tarafah, Amru Ibn Kulthum,
Antarah, Zuhayr, Nabighah, Labid, Asya, Alaqamah, Khansa dan ramai lagi. Mereka menghasilkan karya
syair terbaik yang ditulis dengan dakwat emas dan digantungkan di dinding kaabah untuk tontonan orang ramai.
Koleksi syair itu dinamakan al-Muallaqat al-Sab (Tujuh Syair Tergantung). Syair-syair ini merupakan koleksi
syair terbaik yang memenangi pertandingan-pertandingan syair yang diadakan secara tahunan di pesta-pesta
budaya di Pasar Ukadz.

Jenis-jenis syair Arab Jahiliyah

Ghazal (puisi cinta)

Ritha (puisi ratapan)

Madh (puisi pujian)


Haja (puisi sindir atau cerca)

Daripada segi pemikiran falsafah dan saintifik, masyarakat Jahiliyah tidak meninggalkan sebarang kesan yang
nyata. Malah menurut ahli sejarah seperti Robert L. Gulick, masyarakat Arab purba pada zaman sejurus sebelum
kedatangan Islam tidak meninggalkan sebarang sumbangan yang signifikan dalam disiplin pengetahuan atau
kaedah saintifik.

Kegiatan ekonomi masyarakat Arab Jahiliyah

(a) Perniagaan dan perdagangan

Perniagaan dan perdagangan adalah bentuk kegiatan ekonomi yang terpenting di Tanah Arab. Kebanyakan
daripada penduduk kota adalah pedagang atau peniaga yang sering merantau jauh keluar dari kawasan mereka.
Mereka bergerak dalam kumpulan-kumpulan yang digelarkan kafilah. Mereka berjalan kaki dan menggunakan
unta untuk mengangkut barang-barang dagangan.

Kafilah-kafilah perdagangan ini mempunyai kelengkapan yang cukup untuk mengharungi perjalanan yang jauh.
Demi menjaga keselamatan hasil dagangan mereka, kafilah-kafilah ini mempunyai pasukan pengawal masing-
masing. Mereka juga sering menghantar pengintip-pengintip untuk meninjau keadaan di sepanjang laluan yang
bakal mereka tempohi.

Kaum Quraisy Makkah adalah pedagang dan peniaga yang handal. Malah Nabi Muhammad sa.w sendiri turut
melibatkan diri dalam kegiatan ini. Mereka berjaya merampas kuasa perdagangan darat dari penduduk Sabak.
Kota Makkah sendiri merupakan pusat perdagangan yang penting dan maju. Pedagang-pedagang Quraisy
berdagang hingga ke Palestine, Habsyah dan Yaman.

Dari daerah Yaman, pedagang Arab membawa masuk minyak wangi, kain sutera, logam, kulit binatang, senjata
dan rempah. Dari Mesir dan Syria pula, pedagang Arab membawa masuk minyak zaitun, gandum, beras, jagung
dan tekstil.

Secara umumnya, tiada apa yang boleh dibanggakan oleh masyarakat Arab Jahiliyah tentang sistem ekonomi
mereka. Walaupun wujud kegiatan perdagangan antarabangsa, namun pedagang-pedagang Arab tetap tidak
mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan pedagang-pedagang asing dari Eropah atau Asia. Sistem ekonomi
yang seragam tidak berjaya diwujudkan oleh mana-mana kerajaan Arab.

Faktor-faktor kepentingan kegiatan perdagangan kepada masyarakat Arab

Laluan-laluan yang dilalui oleh kafilah-kafilah perdagangan telah mewujudkan sistem perhubungan
yang menjalinkan kawasan-kawasan yang terpencil dan berselerak di serata Tanah Arab yang luas itu.

Kegiatan perdagangan menaikkan imej dan status kabilah-kabilah tertentu. Misalnya kabilah Quraisy
menjadi terkenal dan disegani kerana kegiatan perdagangan mereka.

Pedagang asing dari Byzantine dan Habsyah memerlukan hasil dagangan Tanah Arab. Ini memberi
keuntungan yang banyak kepada pedagang Arab.

Kegiatan perdagangan yang sangat mencabar di tengah-tengah padang pasir adalah selari dengan corak
hidup masyarakat Arab yang penuh lasak dan sukakan cabaran.

Kawasan pertanian adalah sangat terhad memandangkan Tanah Arab adalah kawasan berpasir yang
tandus dan kering.

Tanah Arab dikelilingi oleh tamadun Indus di timur dan tamadun Graeco-Roman di utara. Kedudukan
yang strategi ini memberi mereka peluang untuk mengambil kesempatan di antara hubungan dagangan
yang dijalankan oleh kedua kawasan tersebut.

Perdagangan adalah faktor penting yang membawa kemakmuran kepada sesebuah kerajaan.

(b) Pertanian

Kegiatan pertanian banyak dijalankan di kawasan-kawasan yang subur seperti di Yaman, Yastrib (Madinah) dan
Taif. Mereka menanam anggur, pokok tamar (buah kurma), buah tin, zaitun dan gandum. Roti adalah antara
makanan asas yang utama bagi orang Arab Jahiliyah. Oleh itu, kegiatan pertanian bijirin gandum adalah
penting. Di daerah Hijaz, kekayaan dan taraf seseorang juga diukur dengan keluasan kawasan tanamannya
khususnya ladang kurma.

Semasa tentera Islam pimpinan Nabi Muhammad sa.w mengepung kota Taif yang terkenal mempunyai benteng
pertahanan yang kukuh itu, baginda telah mengancam untuk membakar seluruh ladang kurma Bani Thaqif
(pemimpin Taif). Ancaman ini berjaya menakutkan tentera Taif sehingga akhirnya mereka menyerah diri. Ini
menggambarkan betapa orang Arab menghargai ladang-ladang mereka.

(c) Penternakan

Kegiatan penternakan dijalankan oleh masyarakat kota mahupun oleh masyarakat badwi. Kegiatan ekonomi ini
penting kerana kepelbagaian kegunaan binatang ternak kepada masyarakat Arab. Binatang ternakan yang utama
ialah unta, kambing, kambing biri-biri dan kaldai. Hampir semua bahagian pada haiwan ternakan boleh
digunakan. Dagingnya boleh dimakan manakala susunya diminum. Kulitnya pula dijadikan pakaian, uncang air
dan khemah. Tulangnya dijadikan senjata atau perhiasan.

Unta adalah haiwan istimewa kepada bangsa Arab. Unta digelarkan sebagai bahtera padang pasir. Haiwan ini
mampu terus hidup walaupun tidak minum selama 14 hari. Kakinya kurus tetapi mempunyai tapak yang
kembang seperti itik yang menyebabkan haiwan itu mudah bertapak dan tidak tenggelam dalam pasir. Unta
adalah haiwan yang tahan panas dan mampu membawa beban yang berat di belakangnya. Unta digunakan
sebagai kenderaan awam, alat pengangkutan dalam kafilah perdagangan dan digunakan dalam peperangan.
Semasa Nabi Muhammad sa.w berjaya melepaskan kepungan kaum Quraisy Makkah dan berhijrah ke
Madinah, pemimpin Quraisy telah menawarkan 100 ekor unta kepada sesiapa yang berjaya menangkap baginda.

(d) Memburu

Terdapat bangsa Arab yang gemar memburu. Hasil perburuan mereka akan dijual atau digunakan sendiri.
Binatang buruan mereka ialah binatang buas seperti serigala. Mereka berburu menggunakan tombak (lembing)
dan panah. Antara pemburu yang terkenal ialah Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib dan Saidina Umar al-
Khattab.

(e) Merompak

Merompak adalah sebahagian daripada kegiatan ekonomi orang Arab Jahiliyah khususnya di kalangan kaum
badwi. Mereka merompak kafilah-kafilah perdagangan untuk merampas hasil-hasil dagangan dan binatang
tunggangan. Peniaga atau pedagang dalam kafilah-kafilah itu akan ditawan untuk dijadikan hamba abdi untuk
kegunaan sendiri atau dijual di pasar-pasar jualan hamba.

Di kalangan masyarakat Jahiliyah, kegiatan merompak bukanlah sesuatu yang ganjil, malah merupakan suatu
kebiasaan. Penyair bernama Al-Qattami pernah berkata bahawa dalam kehidupan kita, kita mestilah
merompak, dan apabila tiada lagi musuh yang boleh rompak, rompaklah saudara atau jiran kita sendiri.

Dalam konteks eknomi, kegiatan merompak yang mereka lakukan ini samalah seperti kegiatan perlanunan yang
dilakukan oleh pelaut Bugis dan Makasar atau lanun-lanun upahan yang ditaja oleh kaum bangsawan Melayu di
pantai barat Perak dan Selangor pada kurun ke-18.

Corak politik masyarakat Jahiliyah

Tidak terdapat sebarang kuasa politik Arab yang unggul pada zaman Jahiliyah. Kuasa politik dipegang oleh
kabilah-kabilah yang memerintah. Kabilah-kabilah ini pula tidak diasaskan oleh ideologi politik. Sebaliknya,
mereka merupakan keluarga kaum bangsawan dari keturunan tertentu. Misalnya, kabilah Quraisy menguasai
kota Makkah. Kabilah-kabilah ini membentuk kerajaan yang memerintah sesebuah kota, daerah atau wilayah
yang lebih luas. Kerajaan-kerajaan Arab Daerah geografi Kerajaan Keterangan Utara Tanah Arab Nabat (Anbat)
Dijajah oleh Rom Tadmur (Palmyra) Ghassan Dinaungi oleh Rom Hirah Dinaungi oleh Parsi Hijaz di tengah
Makkah Kerajaan negara kota Yastrib (Madinah) Taif Yaman di selatan Main Sistem pemerintahan beraja
Qatban Sabak Himyar (Sabak )

Zaman keagungan kerajaan Arab adalah pada zaman kerajaan Sabak (955-115 S.M.). Kerajaan sabak dipercayai
merupakan kerajaan Arab yang pertama mencapai tamadun dunia yang tinggi. Pada zaman itu juga, Nabi
Sulaiman a.s. menguasai kerajaan Palestine. Namun kejatuhan kerajaan Sabak memulakan zaman kemerosotan
bangsa Arab sama ada daripada segi sosial, politik dan ekonoimi. Kemerosotan tamadun mereka itu dibuktikan
dengan kegagalan orang Sabak untuk mengekalkan kemahiran kejuruteraan untuk memelihara Empangan
Maarib sehingga akhirnya empangan itu pecah.

Sebab-sebab penubuhan kerajaan-kerajaan Arab utara

Dijadikan sebagai kerajaan penampan atau dinding (hajiz) oleh kerajaan Rom dan Parsi.

Kerajaan Rom dan Parsi mahu menjadikan kerajaan-kerajaan itu sebagai saluran propaganda mereka.

Dijadikan sebagai jambatan yang menyalurkan kebudayaan Rom dan Parsi.

Kerajaan Anbat atau Nabat ditegakkan pada abad ke-4 S.M. di negara Jordan sekarang ini. Ahli arkeologi
menggelarkan daerah tersebut sebagai Sharqul-Urdon. Orang Anbat berasal dari puak badwi dari selatan Syria.
Mereka dipercayai membina kota Petra (Batrah) yang terkenal kerana mempunyai bangunan-bangunan yang
dibina dengan cara dikorek terus dari batu. Malah perkataan Petra itu sendiri bermakna batu. Pada zaman
Jahiliyah, iaitu kira-kira pada tahun 105 Masihi, kerajaan Anbat telah diserang dan ditakluk oleh kerajaan Rom
yang diperintah oleh Maharaja Trajan (Trainus).

Kerajaan Tadmur (Palmyra) terletak di Gurun Syria. Palmyra adalah panggilan orang Yunani kepada Tadmur
yang bermakna kota yang sangat lama. Ini kerana kota Tadmur dipercayai telah muncul seribu tahun sebelum
zaman Nabi Isa a.s. Kerajaan ini menjadi naungan empayar Rom yang diperintah oleh Maharaja Hadrian (117-
138 M.). Maharaja Rom itu sendiri pernah melawat Tadmur pada tahun 130 dan menggelarkan kota Palmyra
sebagai Hadrian Palmyra.

Menjelang abad ketiga, pemerintah Tadmur mula berusaha untuk membebaskan negara kota mereka dari
pengaruh Rom. Ratu Zainovia yang menggelarkan dirinya sebagai Queen of The East telah menguasai Mesir
dan Asia Minor dan mula mencabar kuasa Rom. Lantaran itu pada tahun 272, Maharaja Aurelin telah
menghantar tentera Rom untuk menawan Tadmur. Kota Palmyra dihancurkan dan Ratu Zainovia dibawa ke kota
Rom di Eropah.

Negara kota Hirah diasaskan oleh Amru bin Adi bin Nasr bin Rabiah dari keturunan Lakham (Lakhm) yang
berasal dari Yaman. Oleh kerana itulah kerajaan ini juga dikenali sebagai Lakham. Kerajaan ini diasaskan pada
tahun 240 Masihi. Pusat pemerintahan Hirah adalah kota Al-Hirah. Penubuhan kerajaan ini mendapat restu
Kisra Parsi yang mahu menjaga keselamatan wilayah sempadannya dari ancaman kuasa Rom dan serangan-
serangan kaum badwi. Kerajaan Hirah terus tegak sebagai negara lindungan Parsi.

Kerajaan Ghassan diasaskan oleh Jafnah bin Amru yang berhijrah dari Yaman selepas keruntuhan Empangan
Maarib. Mereka memilih sebuah kawasan berhampiran telaga Ghassan dan berjaya mengalahkan Bani Salih
yang merupakan penduduk tempatan di situ. Penubuhan kerajaan ini disokong oleh kerajaan Rom yang melantik
Jafnah bin Amru sebagai rajanya yang pertama. Antara pemerintah kerajaan Ghassan ialah Al-Harith II yang
pernah dilantik sebagai Bishop mazhab Yaakobiyah oleh Maharaja Justinian.

Kerajaan di selatan Arab pada zaman Jahiliyah dikuasai oleh Himyar yang menggantikan kerajaan Sabak.
Kerajaan ini tegak selama 640 tahun dan di antara pemerintah agungnya ialah Zafar. Kerajaan ini mula
mengalami kehancuran semasa pemerintahan Yusuf Dzu Nawas. Tindakannya yang zalim membunuh seramai
20 000 penganut Nasrani di Najran telah membawa bencana kepada kerajaannya. Ini kerana kerajaan Rom yang
menaungi agama Nasrani pada masa itu telah bertindak balas. Rom telah meminta kerajaan Habsyah untuk
menyerang Yaman. Pada tahun 525, panglima Aryat (Iryat) dengan 70 000 orang tentera telah menyerang
Yaman. Yusuf Dzu Nawas dikalahkan dan dia dikatakan telah terjun ke laut dengan kuda-kudanya sekali.
Kerajaan Habsyah telah menjajah Yaman selama 72 tahun.

Masyarakat badwi yang hidup secara nomad di padang pasir juga mempunyai kerajaan mereka sendiri. Mereka
menguasai kawasan-kawasan tertentu tanpa sempadan politik yang jelas, walaupun mereka tidak mempunyai
pusat pemerintahan. Antara kabilah badwi yang berpengaruh dan kuat ialah Bani Tahglib dan Bani Bakar.

Ciri-ciri politik Arab pada zaman Jahiliyah Tidak wujud sistem yang seragam. Corak politik berbeza
mengikut daerah geografi, keturunan kabilah yang memerintah dan keagamaan. Penjajahan asing
mempengaruhi politik kerajaan-kerajaan yang dijajah. Kuasa politik dipegang oleh kabilah (keluarga) yang
memerintah. Peralihan kuasa pemerintahan adalah secara warisan. Kerajaan di daerah Hijaz bersifat negara
kota. Dua kuasa besar yang mempengaruhi sistem politik orang Arab adalah Rom dan Parsi. Kerajaan di
utara Arab lebih bersifat imperialis. Kekuatan ketenteraan kerajaan Arab pada zaman Jahiliyah langsung tidak
membanggakan.

Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliah

SOSIAL

1.Masyarakat Arab Jahiliah boleh dikategorikan kepada dua golongan , iaitu

(a) masyarakat Badwi - masyarakat nomad yang hidup berpindah-randah di kawasan gurun dan peian
tengdalaman, khususnya di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab .

(b) masyarakat Hadari - penghuni kota yang khususnya menetap di kawasan persisiran pantai Semenanjung
Tanah Arab

2.Kehidupan masyarakat Arab ketika itu dalam keadaan mundur dengan amalam-amalam yang tidak bermoral
seperti berjudi, riba , minum arak dan berzina .

3. Wanita berkedudukan rendah dalam masyarakat Arab Jahiliah . Buktinya:

(a) ada dalam kalangan mereka sanggup mumbunuh bayi perempuan semata-mata kerana berpendapat bahawa
anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga .

(b) kaum wanita tidak dibenarkan mewarisi harta pusaka tinggalan ibu bapa mereka .

(c) kaum lelaki dibenarkan berkahwin dengan beberapa orang wanita sekali gus.

AGAMA DAN KEPERCAYAAN

1. Pada Zaman Jahiliah tidak wujud nabi dan kitab sebagai petunjuk.

2. Terdapat 4 bentuk kepercayaan agama ketika itu , iaitu

(a) animisme - memuja alam seperti pokok , matahari dan sebagainya .

(b) samawi - mengamalkan agama Kristian dan Yahudi

(c) wathani - menyembah berhala

(d) kepercayaan khurafat - memilik nasib , mempercayai roh orang mati menjadi burung atau sihir .

3.Ada antara masyarakat Arab Jahiliah juga menganut agama Hanif , iaitu ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail .

4.Namun, setelah kira-kira 3500 tahun amalan mereka jauh menyimpang dan telah dicampuradukkan dengan
amalan tradisi masyarakat Arab Jahiliah .

POLITIK

1.Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan Sistem Kabilah .

(a) sistem ini berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok

(b)setiap kalibah mempunyai peraturan dan identiti sendiri .

(c)Ahli sesebuah kalibah terdiri daripada keturunan atau suku tertentu dan tinggal di kawasan tertentu dalam
kelompok masing-masing.
(d)Ahi sesebuah kalibah amat taasub dan fatanik terhadap kaliah masing-masing. Mereka tidak mempedulikan
masyarakat di luar kalibah mereka.

(e)setiap kalibah diketuai oleh seorang syeikh yang merupakan lambang perpaduan kaum mereka.

2. syarat-syarat pelantikan seorang syeikh :

(a) mereka mestilah disukai oleh ahli-ahli kabilah dan dilantik atas persetujuan ramai .

(b) mereka mestilah berfikiran matang , gagah , berani dan pandai berpidato .

3. Semangat perkauman / kesukuan melampau yang dikenali sebagai semangat assabiah wujud akibat amalan
sistem kalibah .

4. (a) semangat assabiah juga wujud akibat keadaan geografi dan keadaan tempat tinggal mereka yang panas dan
kering-kontang .Untuk menghadapi keadaan hidup yang sukar ini ahli-ahli kabilah perlu bersatu .

(b) Mereka juga sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah masing-masing .

5. Kesannya, peperangan antara kaum atau kabilah sering berlaku disebabkan perkara-perkara yang
kecil .Contohnya, Perang al-Basus yang berlaku selama 40 tahun antara Bani Taghlib dengan Bani Bakar
tercetus akibat tindakn seorang ahli Bani Bakar membunuh serang Bani Taghlib .

EKONOMI

1. Masyarakat Arab Jahiliah menjalankan kegiatan ekonomi yang tidak adil . Keuntungan dan kekayaan mat
dipentingkan para pedagang berasaskan riba dan penindasan .

2. Penindasan dan eksploitasi seing dilakukan golongan yang kuat dan kaya ke atas mereka yang lemah dan
miskin.

3.Rampasan dan rompakan ke atas kafilah di padang pasir dianggap aktiviti yang sah dan menjadi sumber
ekonomi yang penting . Malahan , kadangkala kegiatan ini dianggap sebagai satu kewajipan.

Gerakan Ar-Riddah :
Pendahuluan :
o Golongan Ar-Riddah ialah golongan yang terlibat di dalam gerakan anti-kerajaan Islam.
o Golongan Ar-Riddah terdiri daripada golongan yang mengaku sebagai nabi, golongan yang murtad dan
g0l0ngan yang tidak mahu membayar zakat.
o Golongan ini muncul selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. dan ketika Abu Bakar as-Siddiq
menjawat jawatan khalifah Ar- Rashidin yang pertama.
o Gerakan Ar-Riddah ini telah muncul di sebahagian besar di Tanah Arab kecuali di Makkah, Madinah dan
Taif.

Isi :
Golongan-golongan Ar-Riddah :
1. Golongan Nabi-nabi Palsu :
Tulaihah al-Khuwailid ( Bani Asad di Najed / Tengah Arab )
Ajarannya :
o Menghapuskan amalan sujud dalam setiap sembahyang. Menurutnya wajah yang dicipta Tuhan bukanlah
untuk dihina sebanyak lima kali.
o menghapuskan amalan zakat.
o Beliau pergi ke Madinah bersemuka dengan Khalifah Abu Bakar menuntut supaya mengakui
kenabiannya, tetapi gagal.
Al-Aswad al- Ansi ( dari Yaman )
o Nama sebenarnya Ailat b. Kaab b. Auff al- Ansi ( dari Bani Mazhaj )
o Digelar aswad kerana kulitnya gelap dan gemar memakai purdah.
o Berkebolehan dalam ilmu hitam dan sihir. Mempunyai pengikut seramai 700 orang-berjaya
menguasai kota Sana daripada pemerintahan Islam

Ajarannya :
o Membebaskan pengikutnya dari kewajipan sembahyang dan zakat.
o Menghalalkan penzinaan. ( ajarannya cepat popular )
Sajjah bt. al-Harith b. Suwaid b. Aqfan ( Bani Tamim di Yamamah )
Ajarannya :
o Mengakui sebagai nabi wanita.

Musailamah al- Khazzab ( Bani Hanipah di Yamamah )


o Mula aktif sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w.
o Mempunyai kekuatan tentera seramai 40,000 orang.
o Semakin kuat setelah bergabung dengan pengikut-pengikut Sajjah al- Harith.

2. Golongan Murtad :
o Golongan yang terus keluar daripada Islam.
o Banyak terdapat di Bahrain, Oman, Hadramaut, Mahrah, dan Yaman.
o Mereka menyokong nabi palsu untuk menentang kerajaan Islam

3. Golongan Yang Enggan Membayar Zakat :


o Muncul di Yaman, Yamamah, dan Oman.
o Dipelopori oleh Malek bin Nuwairah.
o Juga menyokong nabi palsu yang bernama Sajjah al- Harith. Termasuk kaum Absy dan kaum Zubayn di
luar kota Madinah yang mengaku patuh keepada Islam tetapi enggan membayar zakat.

Sebab-sebab Berlakunya Gerakan Ar-Riddah :


1. Keimanan yang Lemah :

Penyebaran Islam secara meluas berlaku pada 6 H dan ketika penaklukan Makkah pada 8 H. Nabi Muhammad
pula wafat pada 10 H . Kebanyyakan masyarakat Arab yang baru memeluk Islam masih lagi belum memahami
ajaran Islam secara mendalam terutama yang tinggal jauh dari Hijaz. Mereka ini mudah keluar daripada Islam.
Ada yang masih menanggap ajaran Islam mengongkong mereka daripada keseronokkan kehidupan jahilliyah.
Kewafatan Nabi memberi kesempatan mereka terus keluar daripasa Islam secara terang-terangan.

2. Kepentingan Tertentu :

Golongan ini memeluk Islam kerana inginkan harta-harta rampasan, sanjungan dan kedudukan serta ingin
menghindarkan diri dari serangan tentera Islam.

3. Semangat Assabiah :

Masih mempunyai semangat assabiah yang mendalam terhadap kabilah masing-masing.Walaupun telah
diperangi oleh Nabi tetapi mereka kembali ke amalan assabiah yanh menjadi tradisi hidup selepas Nabi wafat.
4. Golongan Nasrani dan Yahudi.

Golongan ini merupakan punca yang menyebabkan berlaku kejadian murtad di kalangan umat Islam. Kedua-
duanya sentiasa menjalankan propaganda dan dakyah untuk menyesatkan umat Islam daripada ajaran sebenar.

5. Keinginan Menjadi Nabi.

Terdapat juga orang Arab yang ingin menjadi nabi daripada kaum mereka sendiri dan tidak mahu mengikut nabi
orang Quraisy. Nabi-nabi palsu muncul kerana golongan ini ingin menjadi nabi kerana terpengaruh dengan
kejayaan Nabi Muhammad S.A.W seperti menguasai masyarakat Arab, mempunyai ramai pengikut yang berjuang
bermatian-matian untuknya dan berjaya menyatupadukan Arab dari pelbagai suku. Sokongan kepada nabi-nabi
palsu disebabkan permusuhan mereka terhadap kaum Quraisy yang terkenal sebagai kabilah yang mulia di Tanah
Arab.

6. Salah mentafsir ayat al-Quran tentang zakat.


Golongan ini mengaku masih menganut Islam tetapi tidak mahu membayar zakat kerana menyalah tafsirkan ayat
al-Quran ( Surah at-Taubah ayat 103. )

Menurut golongan ini tujuan utama membayar zakat untuk membersihkan dan menghapuskan kesalahan yang
pernah mereka lakukan. Apabila nabi wafat mereka beranggapan tugas membayar zakat telah berakhir kerana
hanya Nabi Muhammad sahaja yang layak melaksanakan proses membersihkan kesalahan dosa mereka. Pada
mereka semasa Abu Bakar ia bukanlah nabi dan tidak layak memingkul tugas tersebut. Golongan ini tidak ikhlas
dalam usaha membayar zakat kerana menggangap zakat sebagai suatu ufti yang dikutip oleh Nabi Muhammad
semasa hayatnya.Selepas Nabi wafat, mereka tidak perlu membayar zakat.

Langkah Abu Bakar Al-Siddiq Mengatasi Gerakan Ar- Riddah :


o Mengadakan mesyuarat dalam Majlis Syura.
o Para sahabat kurang setuju dengan keputusan memerangi golongan ar-riddah menurut mereka golongan
ini harus diberi peluang untuk pulang ke pangkal jalan kerana masih ada yang bersembahyang walaupun
enggan membayar zakat.
o Khalifah Abu Bakar tetap berkeras memerangi seluruh golongan ar-riddah walau pun secara
bersendirian.
o Pasukan-pasukan tentera dihantar ke Ghassan Pemimpin Usama bin Zaid, berjaya menumpaskan
golongan ini.
o Membentuk 11 pasukan tentera diketuai oleh panglima-panglima Islam antaranya Khalid bin Walid
menumpaskan Tulaihah al-Khuwalid, Ikrimah bin Abu Jahal menumpaskan Musailamah al Khazzab,
Amru al-As menumpaskan suku Qudhaah dan suku Wadiah, Al-Muhajir bin Abi Umaiyyah
menumpaskan Aswad al-Ansi di Yaman.
o Setiap pasukan tentera ini dibekalkan alMansyurat ( Pengumuman kepada ketua-ketua golongan ar-
riddah supaya mereka pulang ke pangkal jalan, sekiranya mereka enggan barulah mereka diperangi.)
o Setiap pasukan tenteranya Abu Bakar menyerahkan al-Adhu ( Surat janji ) kepada panglima sebagai
amanat dalam displin ketenteraan.
o Kepimpinan Dan Sejarah Pentadbiran
o Ahli sejarah telah membahagikan tempoh pemerintahan Khalifah Uthman selama 12 tahun kepada dua
bahagian iaitu pertamanya zaman atau tahap keamanan dan keagungan Islam, manakala yang keduanya
pula ialah tahap atau zaman Fitnatul-Kubra iaitu zaman fitnah.
o Zaman Keamanan Dan Keagungan Islam
o Kegemilangan pemerintahan khalifah uthman bermula dengan pembukaan dan penawanan wilayah-
wilayah baru yang terletak di Antalia dan Asia kecil sebelah barat. Wilayah yang lain berjaya di tawan
oleh Cyprus, Afghanistan, Samarkand, Tasykent, Khurasan, dan Tabrastan di sebelah Timur dan Timur
Laut, sementara Libya, algeria, Tunisia dan Maghribi yang terletak di sebelah bahagian Utara Afrika
turut ditawan oleh kaum muslimin. Dunia islam sewaktu pemerintahan Uthman, terbentang luas
gagasannya, mencukupi bahagian Benua Asia dan Afrika, di antaranya wilayah-wilayah Uzbekistan,
Parsi ,Iraq, Armenia, Azerbaijan, Turki, Syria, Palestin, Jordan, Mesir, Yaman termasuk kawsan-
kawasan di teluk dan Semenanjung Arab.Perkembangan dakwah Islamiah seterusnya menyusur masuk
secara aman, tenang dan tenteram, dan diterima baik oleh rakyat di bahagian Tengah dan Timur Afrika,
sekalipun kawasan tersebut tidak pernah disentuh oleh pemerintah Islam. Kejayaan gemilang yang
diperoleh pada peringkat pertama pemerintahannya, cukup hebat dan mengkagumkan dari pelbagai
sudut namun kejayaan gemilang itu tidak dapat menjamin keutuhan dan kekukuhan pemerintahnya
apabila kegawatan mula menggugat kedudukannya sebagai khalifah.Banyak jasa-jasa dan juga
kejayaan yang telah dilakukan oleh Khalifah Uthman dalam menyebar dan memperkembangluaskan
Islam. Ini termasuklah kejayaannya dalam:
o 1. Bidang Ketenteraan
o Khalifah Uthman banyak melakukan perluasan kuasa terhadap beberapa buah negara dalam usahanya
menyebarkan Islam, ini dapat dilihat pada keluasan empayar Islam yang dapat mengatasi keluasan
empayar Rom Timur dan juga empayar Parsi pada zaman kegemilangan mereka. Antara wilayah baru
yang telah berjaya ditakluki ialah Cyprus, Afganistan, Samarqand, Libya, Algeria, Tunisia, Morocco
dan beberapa buah negara lagi. Beliau juga bertanggungjawab dalam menubuhkan angkatan tentera
laut Islam yang pertama bagi menjamin keselamatan dan melakukan perluasan kuasa. Banyak negara-
negara yang telah dibuka melalui angkatan tentera ini.
o 2. Pembukuan Al-Quran
o Perluasan kuasa telah menyebabkan penyebaran Islam terjadi secara meluas. Apabila ramainya orang-
orang yang memeluk Islam sudah tentu banyaknya perbezaan antara sesuatu wilayah dengan wilayah
yang lain dari segi mereka mempelajari Islam. Apa yang paling ketara sekali ialah dalam masalah
mereka mempelajari Al-Quran. Banyak terdapatnya perbezaan bacaan yang membawa kepada salah
bacaan antara satu tempat dengan tempat yang lain. Dengan keadaan ini banyak terjadinya salah faham
dan saling tuduh menuduh sesama orang Islam dalam menyatakan siapakah yang betul
pembacaannya.Oleh itu Khalifah Uthman telah mengadakan satu naskhah Al-Quran yang baru yang
mana ianya digunakan secara rasmi untuk seluruh umat Islam. Khalifah Uthman telah menggunakan
lahjah Bahasa Quraish dan yang mana Al-Quran yang berbeza telah dibakar. Al-Quran inilah yang
digunakan hingga kehari ini yang mana ianya dikenali dengan nama Mushaf Uthmani atau Resm
Uthmani. Langkah-langkah ini bertujuan untuk menjamin kesucian Al-Quran sebagai sumber
perundangan Islam.
o 3. Kerja-kerja Pembangunan
o Bangunan-bangunan pejabat dibina, begitu juga rumah-rumah rehat untuk kegunaan para pegawai yang
bertugas di beberapa bandar seperti Kufah, Basrah dan Syria. Bagi kepentingan rakyat umum, jalan
raya, jambatan dan telaga air dibina bagi keperluan para pengembara, dan begitu juga tebing-tebing
sungai turut dibina bagi mengatasi masalah banjir yang sering dihadapi oleh penduduk Madinah.
Manakala Masjid Nabawi telah menjadi padat kerana dipenuhi dengan jemaah yang semakin ramai,
Oleh itu Khalifah Uthman telah membesarkan masjid tersebut dengan membeli tanah bagi
memperluaskan kawasan tersebut. Masjid tersebut telah diluaskan pada tahun 29 Hijrah.
o 4. Menyebarkan Dakwah Islam
o Khalifah Uthman sering berdakwah di penjara dan beliau berjaya mengislamkan ramai banduan. Beliau
juga banyak mengajar hukum-hukum Islam kepada rakyatnya. Ramai pendakwah telah dihantar
keserata negeri bagi memperluaskan ajaran Islam. Beliau juga telah melantik ramai pengajar hukum
Islam dan juga melantik petugas khas yang membetulkan saf-saf solat. Beliau juga banyak
menggunakan Al-Quran dan as-Sunah dalam menjalankan hukum-hukum.
o 5. Pentadbiran Wilayah
o Mereka yang di lantik sebagai pentedbir wilayah pada zaman pemerintahannya adalah Muawiyah bin
Abi Sufian di Syria, Yaala bin Muhabbah di Yaman, Abdullah bin Hadrami di Makkah, Qasim bin
Rabiah al-Thaqafi di Taif, Abdullah bin Amir, Abdullah bin saad di Mesir, Abu Musa al-asyari di
Kufah, dan Habib Muslimah Fahmi di Asia kecil, termasuk Armenia dan Antalia.
o Pertempuran Karbala terjadi pada 10 Muharram, 61 H (10 Oktober, 680) di Karbala, di Iraq masa
kini. Pertempuran ini berlaku antara penyokong Husain bin Ali dengan tentera Khalifah Yazid bin
Muawiyah. Ketika itu ramai ahli keluarga Nabi Muhammad terbunuh kerana menjadi penyokong dan
pengikut setia Husain bin Ali. Yazid bin Muawiyah atau Yazid I adalah dari Dinasti Umaiyah.
o Seramai 72 orang, tua dan muda menyertai rombongan Hussein bin Ali ke Kufah dan kesemuanya
terbunuh dalam satu pengepungan Ramai wanita dan kanak-kanak telah ditangkap. Tentera Khalifah
Yazid pula seramai 30,000 orang di bawah pimpinan Umar bin Saad. Lebih 88 tentera Yazid terbunuh
dalam pertempuran selama 3 hari itu.
o Lokasi pertempuran ialah di sebuah gurun berhampiran Sungai Furat.
o Husain bin Ali ialah cucu lelaki Nabi Muhammad s.a.w. Pertempuran ini dianggap oleh orang Syiah
sebagai titik pemisah antara pengikut sebenar Allah dengan yang tidak. Pengikut Syiah menjadikan
peristiwa ini untuk memburuk-burukkan Khalifah Yazid kerana Khalifah Yazid tidak menerima 'ahlul
bait' sedangkan mereka adalah ahli keluarga Rasulullah. Pertempuran ini dianggap antara titik
perpisahan antara Syiah dan Sunnah.
o Orientalis Barat mengambil kesempatan dari ketidakpuashatian orang Syiah ini untuk memburuk-
burukkan Khalifah Yazid sebagai kejam dan zalim. Kononnya Husain bin Ali telah disembelih oleh
Yazid. Sedangkan ramai sejarawan sendiri mendapati Husain dibunuh oleh orang Syiah dari Kufah
sendiri , bukan oleh tentera Khalifah Yazid.
o Pertempuran ini dikenang setiap tahun oleh orang Islam Syiah dan sebahagian oleh orang Islam
Sunnah. Hari tersebut dikenali sebagai Hari Asyura, iaitu pada hari ke-10 setiap bulan Muharam. Di
Malaysia dan banyak tempat di dunia bubur asyura dimasak dan dijamu kepada orang ramai.
Sumbangan Khalifah Harun al-Rashid 786-890M/170-193H

Dalam jangka masa 23 tahun Khalifah Harun al-Rashid memeintah negara dan umat Islam, perbagai dasar
pemeintahan dan pembahauan telah dirancang. Pembaharuan Khalifah Harun meliputi aspek politik, ekonomi
dan sosial.

a)Dasar pemerintahan dan pentadbiran

Siasah dalam negeri

Harun al-Rashid melantik wazir yang bijak daipada keluaga Barmaki dalam pemerintahan beliau. Yahya bin
Khalid dilantik sebagai menterinya. Yahya telah memberi khidmat yang cemerlang kepada kerajaan Harun al-
Rashid.Yahya telah diberikan kuasa eksekutif dan mentadbir kerajaan Abbasiyah selama 17 tahun dengan penuh
ikhlas dan jujur. Anak-anak beliau Jaafar, Al-Fadhl, Muhammad dan Musa juga terlibat dalam urusan
pentadbiran negara. Pentadbiran yang dijalankan membawa kekayaan kepada perbendahraan, tetapi tidak
kepada rakyat.[2] Namun prestasi mereka yang cemerlang telah menimbulkan perasaan dengki pegawai-
pegawai lain tehadap mereka.Fitnah dilembarkan kepada keluaga Barmaki sebagai golongan yang lebih
condong kepada fahaman syiah dan membelakangkan ahli sunnah. Mereka dikatakan membina istana yang
sama taraf dengan istana khalifah.Mereka dituduh menggunakan wang negara dan membekukan wang negara.

Lantaran itu, Khalifah Harun bertindak keras memberkas tokoh-tokoh al-Barmaki termasuk Yahya bin
Khalid, Jaafar dan Fadhli bin Yahya. Jaafar telah dihukum bunuh sementara Fadhl dipenjara seumur
hidup.Dengan itu lenyaplah peranan keluaga al-Barmaki dalam kerajaan Abbasiyah.Khalifah Harun juga
membanteras segala kekacauan dan pemberontakan di dalam negara dengan berhikmah tanpa pertumpahan
darah.[3] Antara perubahan yang dilakukan semasa peringkat kedua pentadbirannya ialah memindahkan kuasa
daripada orang Parsi kepada orang Arab dan mengekalkan dasar permusuhan dengan golongan Syiah.[4]

b)Hubungan diplomatik.
Dalam bidang politik pula, baginda telah mengadakan hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa asing. Pada
ketika itu, selain kerajaanAbbasiyah di Baghdad, terdapat tiga buah kerajaan besar lain, iaitu kerajaan Byzantine
di Constantinople,kerajaan Umayyah di Andalus. Dan Perancis di Eropah.

Hubungan dengan Byzantine pada amnya adalah tidak baik dan semakin buruk semasa pemerintahan Khalifah
Harun al-Rasyid.

Hal ini berbeza dengan Perancis. Hubungan antara baginda dengan Raja Charlamagne (raja Perancis) adalah
baik. Ini mungkin disebabkan mereka mempunyai musuh yang sama, iaitu kerajaan Umayyah di Andalus.
Hubungan baik ini terbukti apabila kedua-dua kerajaan sering bertukar-tukar duta serta cenderamata.[5]

c)Memajukan bidang pendidikan dan intelektual.

Khalifah Harun al-Rasyid memainkan peranan yang besar dalam mengembangkan ilmu pengetahuan.
Perkembangan dan kegiatan intelektualisme ini berlaku dalam beberapa peringkat, iaitu pembukuan,
penyusunan semula ilmu pengetahuan dan penterjemahan.

Baitul Hikmah (Perpustakaan Agung) telah diasaskan sebagai institusi kebudayaan dan pusat keilmuan yang
kemudiannya berkembang dan mencapai zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Khalifah al-Makmun.
Melalui penubuhan Baitul Hikmah sebagai institusi penterjemahan, kerja-kerja penterjemahan menjadi lebih
sistematik. Banyak karya-karya asing dalam bahasa Sanskrit, Suriani dan khususnya ilmu falsafah dan sains
Yunani

telah diterjemahkan bagi dimanfaatkan oleh para cendekiawan Islam.

Bagi menyebarkan ilmu pengetahuan kepada rakyat, baginda telah mendirikan pusat pengajian seperti
sekolah, maktab dan universiti. Keadaan ini juga menyebabkan kegiatan penyelidikan dapat dipertingkatkan.
Contohnya, sumbangan al-Khwarizmi dalam bidang matematik dan astronomi. Sesungguhnya, hasil kajian
sarjana-sarjana Islam ini kemudiannya telah tersebar ke Eropah sekali gus memberi sumbangan yang besar
kepada perkembangan keilmuan hingga melahirkan zaman Renaisans di Eropah.[6]

d)Memperkukuhkan angkatan tentera.

Untuk mengekalkan kestabilan negara, Khalifah Harun al-Rashid menyusun semula pasukan tenteranya agar
menjadi sebuah pasukan tentera yang berdiplin dan teratur. Beliau amat mengambil berat terhadap kredibiliti
tentera-tenteranya dan memberi perlindungan serta keselamatan untuk kesejahteraan rakyatnya.[7] Pasukan
tentera disusun semula dan membuat kawalan rapi di laut dan pelabuhan bagi menjamin keselamatan kapal-
kapal dagang yang berlabuh di Pelabuhan Basrah.

e)Memajukan bidang ekonomi khasnya perdagangan.[8]

Dalam bidang ekonomi, Khalifah Harun al-Rasyid telah menjadikan kota Baghdad sebagai pusat perdagangan
Timur dan Barat yang terbesar dan tersibuk di dunia. Banyak aktiviti perdagangan dijalankan di situ dan ini
menarik kedatangan ramai pedagang asing untuk berdagang di kota tersebut. Contohnya - pedagang dari India
membawa kain dan rempah-ratus, pedagang dari China pula membawa teh dan sutera serta pelbagai barangan
dagangan lain seperti dari Mesir, Turki, Afrika dan Syria.

Selain kegiatan perdagangan, pertanian juga diutamakan. Untuk itu, baginda membuka banyak tanah-tanah
pertanian yang baharu serta memberikan benih tanaman kepada para petani.[9]Khalifah Haun al-Rasyid
membahagikan tanah kerajaan dan ampasan perang kepada tentera yang bersara. Dan oang miskin untuk
diusahakan dengan kegiatan pertanian.

Islam Hadhari (Arab: ) atau "Islam yang bertamadun" merupakan teori kerajaan Malaysia
pimpinan Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam dari al-Quran. Ia bukanlah agama baru, bukan ajaran baru
dan bukan mazhab baru. Ia adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut
yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam.

Tujuan[sunting | sunting sumber]

Visi: Menjadikan Malaysia sebagai sebuah contoh negara Islam.

Misi: Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang
universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.

Objektif: Melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai


kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke
hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa
secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

Prinsip[sunting | sunting sumber]

1. Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah s.w.t.


2. Kerajaan Adil dan Beramanah.
3. Rakyat Berjiwa Merdeka.
4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan.
5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif.
6. Kehidupan Berkualiti.
7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita.
8. Keutuhan Budaya dan Moral.
9. Pemeliharaan Alam Semulajadi.
10. Kekuatan Pertahanan.

Malaysia sering dijadikan contoh oleh negara lain di dunia sebagai sebuah negara Islam moden dan sederhana.
Perdana menteri, Dato Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dalam satu ucapannya, menyatakan bahawa Presiden
Amerika Syarikat, Barack Obama memuji Malaysia atas keunikan dan keunggulan yang dimiliki oleh Malaysia.
Pujian Barack Obama tersebut disampaikan kepada perdana menteri melalui satu perbualan telefon antara
kedua-dua pemimpin tersebut. Menurut Presiden Amerika Syarikat, dalam perbualan tersebut, pemimpin dan
rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana Malaysia sebuah negara moden, progresif dan mampu hidup
dengan teratur biarpun mempunyai latar belakang masyarakat yang multietnik dan agama.

Sehubungan dengan itu, dalam Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu di New York, pada September 2010,
perdana menteri telah mencadangkan kepada masyarakat dunia supaya mencontohi kesederhanaan masyarakat
Malaysia. Cadangan tersebut berasas kerana sikap kesederhanaan masyarakat Malaysia yang membolehkan
Malaysia menduduki tempat ke-19, iaitu negara paling aman dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2011.
Daripada 150 buah negara yang dibuat kaji selidik, kedudukan Malaysia naik tiga anak tangga berbanding
dengan kedudukan pada tahun sebelumnya.

Keputusan indeks tersebut dikeluarkan oleh Institusi Ekonomi dan Keamanan Sedunia yang berpangkalan di
Sydney, Australia. Menurut menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, ketika mengulas
hasil kaji selidik tersebut, Malaysia dapat mencapai kedudukan sedemikian kerana hasil daripada sikap
kesederhanaan rakyat Malaysia yang berpandukan konsep wasatiyah bagi penganut Islam dan konsep
kesederhanaan dalam pelbagai penganut agama lain.

Tawaran perdana menteri supaya menjadikan Malaysia sebagai contoh sebuah negara yang mengamalkan
konsep wasatiyah amat bertepatan dengan perkembangan krisis global pada masa kini. Hal ini dikatakan
demikian kerana dunia terus bergolak dengan pelbagai krisis terutamanya tentang Islamofobia. Islamofobia
merujuk ketakutan dalam kalangan orang bukan Islam terhadap orang Islam atau budaya Islam dengan
anggapan bahawa Islam cenderung kepada keganasan, fanatik agama dan menolak konsep kesamaan, toleransi
dan demokrasi.

Fenomena Islamofobia ini dilaporkan berlaku dengan meluas di negara Eropah dan Amerika Syarikat.
Manakala, konsep wasatiyah pula merujuk kesederhanaan dengan perlakuan tidak melampau, terlalu mendesak
atau menekan dan tegar dengan pendirian peribadi. Berdasarkan konsep tersebut, secara jelasnya wasatiyah
menolak sikap melampau tetapi bukan dalam konteks penerokaan ilmu, mencari rezeki dan beribadat.

Menurut perdana menteri lagi, konsep kesederhanaan membolehkan Malaysia membangunkan masa depan yang
lebih tenteram, aman dan adil. Bagi tujuan melaksanakan konsep wasatiyah itu, kerajaan Malaysia telah
melancarkan gagasan 1Malaysia sebagai acuan penyatuan antara kaum tanpa melihat perbezaan etnik, agama
dan kepercayaan sebagai punca permusuhan dan konflik.

Melalui usaha mempromosikan konsep wasatiyah, diharapkan dapat melenturkan sikap fanatik dalam beragama
dan bermasyarakat dalam kalangan rakyat Malaysia. Mengukuhkan lagi usaha Malaysia mempromosikan
konsep wasatiyah ke peringkat global, perdana menteri mencadangkan penubuhan sebuah yayasan yang dikenali
sebagai The Global Movement of the Moderates (GMM). Yayasan yang berperanan mempromosikan
kefahaman mengenai kesederhanaan itu akan dilancarkan semasa persidangan antarabangsa pertama GMM yang
dianjurkan oleh Alumni Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) pada bulan Januari 2012.

Sebagaimana negara bekas tanah jajahan kolonial, seperti India, Pakistan, Afrika Selatan dan negara Afrika lain,
Malaysia tidak terkecuali mengalami pelbagai konflik akibat perbezaan kelas sosial dan agama. Dasar Aparteid
di Afrika Selatan sebagai contoh, telah mengasingkan kehidupan antara mereka yang berkulit hitam dan putih.
Akibat daripada dasar tersebut, perasaan syak wasangka masih menebal dalam kalangan penduduk negara itu,
biarpun dasar tersebut telah lama dihapuskan oleh rejim pemerintah. Hal yang sama turut berlaku di India
apabila perbezaan agama dan kasta secara keterlaluan akibat dasar kolonial menjadikan India bagaikan sebiji
bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa sahaja.

Di Malaysia, dasar kolonial bukan sahaja meninggalkan kesan dari segi fizikal tetapi turut meracuni pemikiran
dan ideologi yang menjadi sumber kepada pelbagai konflik dalam masyarakat. Pengenalan empat aliran
persekolahan di Tanah Melayu oleh kerajaan kolonial bertujuan untuk memecahkan perpaduan antara kaum.
Para mubaligh yang dibawa masuk oleh kerajaan kolonial telah membuka sekolah dengan tujuan untuk
mengembangkan agama mereka.

Biarpun sekolah ini dibuka kepada semua kaum, tetapi jumlah penyertaan orang Melayu terutamanya, sangat
sedikit kerana kadar yuran persekolahan yang dikenakan adalah mahal. Oleh itu, orang Melayu kekal dengan
sekolah aliran Melayu, orang Cina dengan aliran Cina serta orang India dengan aliran Tamil. Akibat daripada
pemisahan aliran pendidikan ini menyebabkan ketiga-tiga kaum terbesar di Tanah Melayu mempunyai
ketaasuban kepada kepentingan kaum dan etnik masing-masing.

Menyedari wujudnya ketaasuban menebal dalam kalangan ketiga-tiga kaum terbesar di Tanah Melayu, kerajaan
Malaysia sejak merdeka telah berusaha sedaya upaya untuk mengecilkan jurang perbezaan antara ketiga-tiga
kaum tersebut. Bermula daripada lapangan ekonomi, sosial hinggalah kepada politik, kerajaan menerusi agensi
di bawah kementerian tertentu telah memperkenalkan pelbagai dasar dan program. Antara dasar ekonomi
terkenal, ialah Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Wawasan 2020. Manakala dari
segi sosial pula, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Perpaduan Negara khususnya untuk memberikan
perhatian kepada soal perpaduan negara.

Dari segi politik pula, pada tahun 1974, kerajaan telah menubuhkan sebuah parti komponen, iaitu Barisan
Nasional (BN) yang dianggotai oleh tiga buah parti mewakili tiga kaum terbesar di Malaysia. Kini, keanggotaan
Barisan Nasional telah membesar dengan penambahan beberapa buah parti dari Sabah dan Sarawak.

Kemakmuran kehidupan rakyat Malaysia merupakan hasil daripada usaha yang dilakukan oleh pemimpin dan
rakyat terdahulu. Kemakmuran ini tidak akan dinikmati tanpa adanya sikap tolak ansur, sederhana dan timbang
rasa antara pemimpin yang mewakili kaum terbesar di Malaysia. Ringkasnya, konsep wasatiyah dalam
kepelbagaian hidup masyarakat Malaysia telah lama menjadi amalan di negara ini. Oleh itu, tidak hairanlah pada
masa kini, pelbagai program yang menggabungkan penyertaan semua rakyat seperti rumah terbuka, perayaan
bersama dan sebagainya mendapat sambutan luar biasa rakyat. Oleh itu, cadangan menjadikan Malaysia sebagai
contoh sebuah negara Islam yang sederhana bukanlah satu idea yang ganjil.

Walaupun Malaysia terbukti sudah mencapai kemakmuran yang secara relatifnya lebih baik daripada beberapa
buah negara jiran, cabaran mengekalkan kemakmuran itu tetap ada. Perkembangan arus globalisasi bukan sahaja
menjadikan dunia semakin kecil tetapi turut membawa nilai baharu kepada masyarakat Malaysia. Idea Barat,
seperti kesamaan, kebebasan dan hak individu disebarkan secara meluas melalui alat komunikasi terbaharu,
seperti Internet, telefon bimbit, televisyen satelit dan komputer mudah alih.

Kini, nilai asal seperti toleransi, sabar, amanah, jujur dan bertimbang rasa terutama dalam hal melibatkan
hubungan antara kaum, sudah bercampur dengan nilai baharu yang dibawa dari Barat melalui alat canggih
komunikasi itu tadi. Lebih malang lagi apabila idea baharu ini diperoleh secara langsung tanpa adanya nasihat
atau pendapat daripada guru di sekolah, pensyarah di universiti ataupun ibu bapa di rumah. Akibatnya idea
Barat itu diterima secara terus tanpa disulam dengan konsep agama, bahasa dan bangsa sesuai dengan
masyarakat di Malaysia. Oleh itu, dalam usaha kita menjadikan Malaysia sebagai contoh sebuah negara
mengamalkan konsep wasatiyah, kita harus sentiasa berwaspada dengan kedatangan ancaman terutama dari luar
negara.

You might also like