You are on page 1of 1

LAPORAN AJK MAKANAN

KETUA : TAN ZHI WEI


AHLI KUMPULAN : HAU LEE SHI

Pada 15 Oktober 2014 yang lalu, kami guru-guru pelatih dari unit PISMP Semester 6
BC/PJ/KH 1 Ambilan Jan 2012 seramai 25 orang telah melaksanakan Program Bina Insan Guru
Siri Ke-6 (BIG), iaitu menganjurkan satu lawatan ke SJK(C) Ma Hwa, Seremban dan bertemu
bual dengan guru cemerlang di sekolah tersebut. Kami menubuhkan satu Jawatankuasa sebagai
pemimpin untuk menjalankan program ini. Ahli Jawatankuasa Makanan telah dipilih untuk
menyediakan makanan semasa program dijalankan. Jawatankuasa ini terdiri daripada 2 orang,
antaranya ialah seorang ketua dan seorang ahli kumpulan. Saya, Tan Zhi Wei telah dipilih
sebagai ketua AJK makanan dan Hau Lee Shi sebagai ahli kumpulan saya dalam program ini.
Kami telah menjalankan tugas dalam penyediaan makanan kepada semua guru pelatih
yang mengikuti program BIG pada kali ini. Setelah perbincangan dalam kumpulan, kami telah
memutuskan untuk memilih sebiji roti dan sebotol air mineral sebagai makanan kami dan sehari
sebelum program, kami telah membeli 25 biji roti dan 25 botol air mineral dari kedai runcit yang
berdekatan. Sebab utama kami memilih roti dan air mineral sebagai makanan kami adalah
kerana masa untuk menjalankan program terlalu singkat dan sibuk. Oleh itu, kami pun
menyediakan makanan ringan untuk memudahkan pengambilan makanan masing-masing.
Semasa bertolak ke SJK(C) Ma Hwa, kami berkumpul pada 7.30am di garaj bus.
Sementara itu, kami menunggu ketibaan semua guru pelatih dan pensyarah untuk
membahagikan makanan (sebiji roti dan sebotol air mineral) kepada mereka. Selepas semua
guru pelatih mendapat makanan masing-masing. Kami memberi peringatan kepada mereka
supaya tidak membuang sampah merata-rata.
Kesimpulannya, kami AJK Makanan telah menimba banyak pengalaman dalam
mengendalikan makanan pada program BIG bagi semester ini. Semuanya menjadi panduan
kami dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru dalam menerima pelbagai jenis tugasan
bagi menguruskan organisasi pada masa yang akan datang.

Disediakan oleh,

_______________
( TAN ZHI WEI )
Ketua Jawatankuasa Makanan,
Program Bina Insan Guru Siri Ke-6
PISMP Sem 6 BC/PJ/KH 1 Ambilan Jan 2012.

You might also like