You are on page 1of 12

TAKLIMAT PERTAMA BINA INSAN GURU (BIG) 2014

Tarikh : 17 September 2014


Hari : Rabu
Masa : 7.45 pagi 8:45 pagi
Tempat : BLOK A bilik kuliah 2.8, Insitut Pendidikan Guru Kampus Raja
Melewar.
Kehadiran : 1. En. Chin Kuang Tiu
2. Semua guru pelatih unit Bahasa Cina 1 PISMP Semester 6
2014 Ambilan Januari 2012

Agenda Mesyuarat:
1.0 Ucapan alu-aluan oleh Pensyarah Mentor
1.1 En. Chin Kuang Tiu selaku pensyarah mentor mengucapkan terima
kasih atas kedatangan guru-guru pelatih.

1.2 Beliau berharap program ini dapat membantu para guru pelatih
memperoleh pengetahuan dan pengalaman yang dikongsi oleh guru
cemerlang dalam sekolah . Beliau juga berharap para guru pelatih
memberikan kerjasama dalam merangka dan menjayakan program ini.

1.3 Pengenalan tentang Bina Insan Guru.

2.0 Taklimat dan perlantikan ahli jawatankuasa BIG


2.1 En. Chin Kuang Tiu selaku pensyarah mentor memberi taklimat
ringkas mengenai aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam program Bina
Insan Guru ini. Beliau berharap semua guru pelatih melibatkan diri
dalam program ini kerana program ini adalah wajib.

2.2 Beliau telah melantik Hew Ling Sing dari unit Bahasa Cina 1 sebagai
Pengerusi bagi program BIG kali ini. Pengerusi telah melantik ketua
untuk setiap jawatan kuasa dan ketua diarahkan untuk
menyenaraikan ahli jawatan kuasa masing-masing. Setiap guru
pelatih wajib memegang jawatan sebagai ahli jawatan kuasa.
2.3 En. Chin Kuang Tiu telah memberi penerangan ringkas tentang
bidang tugas yang perlu dijalankan oleh setiap jawatan kuasa. Beliau
berharap setiap ahli jawatan kuasa dapat melaksanakan tugasan
masing-masing dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.

3.0 Hal-hal lain


3.1 Tiada hal-hal lain

4.0 Hal-hal berbangkit


4.1 Tiada hal-hal berbangkit.

5.0 Penutup
5.1 Pensyarah mentor mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua
guru pelatih yang telah menghadiri mesyuarat kali ini.

6.0 Penangguhan
Mesyuarat ditangguhkan pada 8:45 pagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

______________________________ ________________________
(KOH TING ZHI) ( HEW LING SING )
Setiausaha, Pengerusi,
Bina Insan Guru Fasa 6 Bina InsanGuru Fasa 6,
IPG Kampus Raja Melewar. IPG Kampus Raja Melewar,
PISMP Ambilan Januari 2012. PISMP Ambilan Januari 2012
LAPORAN MINIT MESYUARAT BINA INSAN GURU (BIG) 2014 KALI
KEDUA
Tarikh : 23 September 2014
Masa : 9.00 am 10.30 am
Hari : Selasa
Tempat : BLOK A bilik kuliah 2.8, Insitut Pendidikan Guru Kampus Raja
Melewar.
Kehadiran : Semua hadir. (25/25)
Tidak Hadir : -

AGENDA:
1. Perutusan / ucapan alu-aluan daripada Pengerusi.
Mesyuarat dikendalikan oleh pengerusi dan dibantu oleh penolong
pengerusi.
2. Perlantikan ahli jawatan kuasa kepada setiap ketua jawatan kuasa.
(Rujuk lampiran1)
3. Perbincangan tentang bidang tugas setiap ahli jawatankuasa. (Rujuk
lampiran 2)

Hal-hal lain:
1. Pengerusi mengumumkan aktiviti yang akan dijalankan untuk BIG kali
ini. Pemilihan sekolah bagi BIG ini ialah SJK (C) Ma Hwa, KG Baru
Rasah.
2. Pengerusi menerangkan objektif utama lawatan adalah untuk
mendedahkan para guru pelatih dengan ciri kepimpinan, pengurusan,
iklim dan budaya sekolah serta melatih cara berkomunikasi yang baik
antara guru dan murid.
3. Pengerusi telah mengumumkan tarikh, tempat dan masa lawatan untuk
Program Bina Insan Guru (BIG). Butiran program adalah seperti di
bawah.
3.1 Nama program: Lawatan Interaksi Dengan Guru Cemerlang
3.2 Tarikh : 14 Oktober 2014
3.3 Tempat : SJK ( C ) Ma Hwa, Kg Baru Rasah
3.4 Masa : 7.45 pagi 11.00 pagi
4. Semua guru pelatih diminta menyediakan buku nota untuk mencatat
maklumat yang disampaikan oleh guru cemerlang. Pengerusi juga
mengingatkan guru pelatih mendengar taklimat dengan teliti dan
mencatat soalan yang hendak ditanya pada buku catatan.
5. Bendahari diminta menyenarikan jumlah belanjawan untuk lawatan
Bina Insan Guru (BIG) kali ini.
6. AJK Dokumentasi diminta menyediakan bilangan kamera yang
mencukupi untuk menangkap gambar semasa lawatan. Mereka juga
perlu mengumpul maklumat yang berkaitan dengan pengurusan dan
pentadbiran SJK (C) Ma Hwa, Kampung Baru Rasah.
7. AJK makanan diminta menyediakan roti dan mineral sebagai sarapan.
8. AJK kebajikan diminta untuk menyediakan peti keselamatan.
9. AJK pengangkutan diminta untuk mengisi borang bagi memohon
kebenaran penggunaan bas IPG Kampus Raja Melewar.
10. AJK cenderahati diminta untuk menyediakan hamper buah-buahan
sebagai tanda penghargaan kepada pihak pengurusan sekolah.

4. Hal-hal berbangkit:
Tiada.

5. Penutup
Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kesudian para guru
pelatih untuk hadir ke mesyuarat dan kerjasama yang diberikan.

6. Penangguhan
Mesyuarat ini ditangguhkan pada pukul 9.30 pagi atas
kelewatan beberapa ahli jawatankuasa.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

______________________________ ________________________
( KOH TING ZHI) ( HEW LING SING)
Setiausaha, Pengerusi,
Bina Insan Guru Fasa 6, Bina InsanGuru Fasa 6,
IPG Kampus Raja Melewar. IPG Kampus Raja Melewar,
PISMP Ambilan Januari 2012. PISMP Ambilan Januari 2012
Lampiran 1

SENARAI JAWATANKUASA BIGFASA 6


SEMESTER 6 PISMP BC/PJ/KH 1 AMBILAN JANUARI 2012

Pengerusi : Hew Ling Sing


Naib Pengerusi : Lee Zhia Chern
Setiausaha : Koh Ting Zhi
Penolong Setiausaha : Lau Yan
Bendahari : Chong Jin Kit
AJK Dokumentasi : Lee Wan Ting(Ketua)
: Chua Siew Chia
: Jocelyn Lee Chia Sin
: Loh Mei Mun
AJKPengangkutan dan Keselamatan : Lo Siew Fang (Ketua)
: Chow Fook Tai
AJKSiaraya : Yeo Chun Wai (Ketua)
: Yew Pei Jia
AJK Makanan : Tan Zhi Wei (Ketua)
: Hau Lee Shi
AJK Buku Program : Tan Kee Luan (Ketua)
: Chung Jia Ying
AJK Cenderahati : Ching Suit Li (Ketua)
: Wong Zhe Zhun
AJK Aktiviti / Coordinator : Chan Mee Ting (Ketua)
: Elaine Tan Jia Yi
: Shirley Lee Zhi Ying
: Siow Hui Wen
Pengacara Majlis : Lim Shi Ying (Ketua)
: Katherine Heng Man Lee
Lampiran 2: BIDANG TUGAS JAWATAN KUASA
Bil. Jawatankuasa Bidang Tugas
1. Setiausaha 1. Merekodkan aktiviti yang telah dijalankan.
2. Menguruskan segala dokumen (maklumat
peserta).
2. Bendahari 1. Menjalankan tugas-tugas kewangan.
2. Merekodkan aktiviti kewangan.
3. Menyediakan anggaran perbelanjaan.
3. Dokumentasi 1. Mengambil gambar semua aktiviti yang
dijalankan semasa BIG.
2. Menyediakan dokumentasi program BIG dalam
bentuk cetakan.
3. Sertakan juga laporan Post Mortem.
4. Kebersihan 1. Memastikan semua tempat yang menjalani
aktiviti bersih selepas BIG dijalankan.
5. Keselamatan 1. Menguruskan peserta yang mengalami masalah
kesihatan.
2. Mencarikan maklumat (alamat, no.tel) yang
berkaitan dengan hospital, klinik dan balai polis
yang dekat dengan sekolah.
3. Mempunyai pengetahuan asas tentang
pertolongan cemas.
4. Menyediakan bekalan ubat-ubatan serta peti
rawatan yang sempurna dan mencukupi.
5. Menyediakan peti kecemasan yang lengkap.
8. Makanan 1. Menyediakan makanan dan minuman kepada
pensyarah dan semua peserta.
9 Aktiviti 1. Menyediakan aktiviti kepada muird-murid Tahun
6
2. Menguruskan dan menyediakan soalan dan
tema interaksi bersama guru cemerlang.
LAPORAN MINIT MESYUARAT BINA INSAN GURU (BIG) 2014 KALI
KETIGA
Tarikh : 29 September 2014
Masa : 4.30 petang 6.00 petang
Tempat : BLOK B bilik kuliah 2.3, Insitut Pendidikan Guru Kampus Raja
Melewar.
Kehadiran : Semua hadir. (25/25)
Tidak Hadir : -

AGENDA
1. Perutusan / ucapan alu-aluan daripada Pengerusi
Mesyuarat dikendalikan oleh pengerusi.

2. Pengerusi menjelaskan tentatif lawatan


Masa Perkata / aktiviti
7.45 am 8.00 am Berkumpul
8.00 am 8.15 am Bertolak ke SJK ( C ) MA HWA, KG Baru Rasah
8.15 am 9.15 am Interaksi bersama guru cemerlang.
9.15 am 9.25 am Rehat
9.25 am 9.30 am Kumpulkan murid di Dewan.
9.30 am 10.00 am Tayangan video kepada murid Tahun 6.
10.00 am 10.30 am Nyanyian lagu.
10.30 am 11.00 am Permainan bersama murid Tahun 6

3. Laporan perkembangan terkini dari setiap AJK.

3.1 BENDAHARI:

Senarai belanjawan telah disediakan. Setiap guru pelatih


dikehendaki membayar RM3.00. Baki belanjawan akan
dipulangkan kepada guru pelatih. (Sila rujuk Lampiran 1)

3.2 AJK MAKANAN:


Makanan dan air telah ditempahkan. Setiap guru pelatih
akan mendapat 1 roti dan 1 botol air mineral.

3.3 AJK KESELAMATAN:


Memaklumkan bahawa beberapa peraturan akan ditetapkan.
Memberi peringatan bahawa semua peserta harus menjaga
keselamatan diri masing-masing semasa menjalankan
lawatan. Peserta dilarang meninggalkan tempat lawatan
tanpa kebenaran secara perseorangan atau berkumpulan.
Maklumat ahli keluarga peserta telah didapatkan untuk
membuat panggilan kecemasan.
Peti kecemasanyang lengkap telah disediakan.

3.4 AJK KEBERSIHAN:


Pengerusi mengingatkan tentang pembelian beg plastik
hitam untuk pembuangan sampah haruslah tebal supaya
tidak berlaku kebocoran.
Ketua AJK Kebersihan minta para peserta sentiasa menjaga
kebersihan dan membuang sampah ke dalam beg plastik
hitam yang telah disediakan.

2.5 AJK PENGANGKUTAN


Permohonan penggunaan bas IPG Kampus Raja Melewar
telah diluluskan. Sebuah bas berhawa dingin yang dapat
menampung 48 penumpang akan digunakan.
Semua peserta lawatan diminta untuk berkumpul di garaj
bas IPG Kampus Raja Melewar pada 8.00 am. Ketua unit
diminta menanda kehadiran para peserta dan memastikan
kehadiran mencukupi sebelum bertolak ke tempat lawatan.
Peserta akan bertolak ke Sekolah SJK ( C ) Ma Hwa pada
7.45 am dan dijangka pulang ke IPG pada 11.00 a.m.
Pengerusi minta para peserta memaklumkan kepada beliau
sekiranya berlaku kecemasan dan tidak dapat mengikuti
aktiviti lawatan. Peserta yang gagal mengikuti lawatan ini
harus memberi surat tunjuk sebab kepada pensyarah
mentor.

3.5 AJK CENDERAHATI


Sebuah hamper buah-buahan telah dibeli dan akan
diserahkan kepada pihak pemberi taklimat pada hari
tersebut. Pensyarah dengan iringan pengerusi akan
menyerahkan hamper tersebut kepada pihak berkenaan
sebagai tanda penghargaan.

3. Hal-hal lain:
Semua peserta diminta berpakaian baju sukan IPG berwarna
ungu dan sentiasa memakai kad matrik semasa
menjalankan lawatan. Semua peserta harus berkumpul di
garaj bas tepat pada masa yang ditetapkan, iaitu pada pukul
8.00 pagi.
Pengerusi mengingatkan semua peserta agar dapat
mematuhi arahan yang diberikan serta dapat menjaga
disiplin dan keselamatan diri sepanjang lawatan dijalankan.
Barang berharga tidak digalakkan untuk dibawa. Jika dibawa
adalah di bawah tanggungan sendiri.

4. Hal-hal berbangkit:
Tiada

5. Penutup
Ucapan terima kasih daripada pengerusi atas kerjasama
yang diberikan oleh setiap jawatan kuasa.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


__________________________ ________________________
( KOH TING ZHI ) (HEW LING SING)
Setiausaha, Pengerusi,
Bina Insan Guru Fasa 6, Bina InsanGuru Fasa 6,
IPG Kampus Raja Melewar. IPG Kampus Raja Melewar,
PISMP Ambilan Januari 2012. PISMP Ambilan Januari 2012

Lampiran 1
BELANJAWAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 6

Debit (RM) Kredit (RM)

Tunai 75.00 Roti x 25 33.60

Air mineral x 25 25.00


Hamper buah-buahan
10.00
(cenderamata)
Plastik beg 1.50

Baki 4.90

75.00 75.00

*Pengangkutan adalah disediakan oleh IPG Kampus Raja Melewar, oleh


itu tidak melibatkan kos.

You might also like