You are on page 1of 1

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pemindahan pembelajaran dari aplikasi


trigonometri kepada konsep keseimbangan daya dan dari konsep keseimbangan daya kepada
aplikasi keseimbangan daya. Kajian ini turut mengenal pasti hubungan antara aplikasi
trigonometri dan konsep keseimbangan daya dan konsep keseimbangan daya dan aplikasi
keseimbangan daya. Terdapat dua kaedah yang digunakan bagi mencapai tujuan kajian ini
iaitu kaedah ujian dan temubual. Kaedah ujian dilaksanakan bagi mengenal pasti hubungan
bagi setiap pemboleh ubah, manakala kaedah temubual adalah untuk mengenal pasti masalah
yang responden hadapi semasa melakukan pemindahan. Terdapat tiga ujian yang dijalankan
bagi mengenal pasti tahap penguasaan responden dalam aplikasi trigonometri, konsep
keseimbangan daya dan aplikasi keseimbangan daya. Ujian yang dibina adalah UTrigo bagi
mengenal pasti tahap penguasaan aplikasi trigonometri responden, UKKD adalah untuk
mengenal pasti tahap penguasaan konsep keseimbangan daya dan UAKD pula untuk
mengenal pasti tahap penguasaan aplikasi keseimbangan daya dalam kehidupan seharian.
Kajian ini melibatkan seramai 60 orang responden yang terdiri daripada responden tingkatan
empat yang mengambil mata respondenan fizik. Responden ini dipilih berdasarkan
pencapaian A bagi mata respondenan sains dan matematik di peringkat Peperiksaan
Menengah Rendah. Data ujian dianalisis bagi mengenal pasti tahap penguasaan responden
melalui nilai purata peratusan dan juga mengenal pasti hubungan antara dengan
menggunakan korelasi Pearson. Daripada 60 orang responden seramai 6 orang akan dipilih
berdasarkan pencapaian mereka untuk ditemubual bagi mengenal pasti masalah semasa
pemindahan pembelajaran. Data temubual dianalisis dengan menggunakan model interaktif
analisis data kualitatif yang diperkenalkan oleh Miles dan Huberman (1994). Dapatan dari
kajian ini menunjukkan terdapat hubungan antara tahap penguasaan aplikasi trigonometri dan
konsep keseimbangan daya dan konsep keseimbangan daya dan aplikasi keseimbangan daya
dalam kehidupan seharian. Dicadangkan agar para guru haruslah mengayakan latihan para
pelajar dengan latihan yang melibatkan aplikasi dalam kehidupan seharian sama ada bagi
tajuk trigonometri atau keseimbangan daya. Seterusnya ia dapat membuka luas pengalaman
pelajar dalam menghayati mata pelajaran yang diambil.

You might also like