Professional Documents
Culture Documents
KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan sedang meneliti secara terperinci punca penurunan prestasi subjek
Sejarah, Matematik dan Pendidikan Moral dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016.
Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata laporan lengkap mengenai kajian berkenaan akan dikeluarkan
Lembaga Peperiksaan Malaysia dalam masa terdekat.
Beliau menjawab soalan Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang mahu tahu langkah pragmatik
kementerian dalam meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Matematik.
Datuk Seri Mahdzir berkata pihaknya juga akan memastikan penekanan yang lebih terhadap subjek Sejarah
memandangkan ia merupakan mata pelajaran wajib lulus dalam SPM.
((BERNAMA))
BACK TO TOP