You are on page 1of 1

Peranan salah satu alat artikulasi

GIGI

Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gigi
terbahagi kepada dua, iaitu gigi atas yang terletak pada rahang atas dan gigi
bawah yang terletak pada rahang bawah.
Gigi berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah
aktif.
Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran
udara ( penahan, penyekat, penghalang) dalam penghasilan bunyi.
Penampan aliran inilah yang menghasilkan bunyi.
Menurut Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan,
gigi bermaksud lidah yang tidak bergerak.
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gigi
berfungsi untuk menahan udara daripada terus keluar dengan bebas melalui
rongga mulut.
Dalam penyebutan bunyi [ c ] dan [ j ], gigi turut berperanan sebagai daerah
penyebutan.

You might also like