You are on page 1of 1

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sungai Nyior Butterworth ini telah ditubuhkan pada tahun 1989. Pada mulanya
sekolah ini telah menumpang di bangunan Sekolah Rendah St. Mark Butterworth dari tahun 1989 hingga
1992. Pada 1 Julai 1992, Sekolah Kebangsaan Sungai Nyior telah bepindah ke bangunan sendiri di Jalan
Sungai Nyior, di kawasan seluas 1 ekar.

Pada mulanya iaitu pada 4 Disember 1989 terdapat 5 orang tenaga pengajar termasuk seorang guru
besar dan 2 orang tukang kebun. Sekolah ini telah mula beroperasi dengan 2 buah kelas iaitu 1 Pekerti
dan 1 Budi. Jumlah pelajar ketika itu ialah 83 orang yang terdiri dari pelajar perempuan sahaja. Kini
terdapat sebanyak 8 kelas iaitu seramai orang murid, sementara gurunya adalah seramai orang.

Sekolah Kebangsaan Sungai Nyior yang terletak di Jalan Sungai Nyior ini adalah lebih kurang 500 meter
daripada Terminal Feri Sultan Abdul Halim. Sekolah ini berkongsi pagar dengan Sekolah Kebangsaan
Convent Butterworth dan berhampiran dengan kilang Coca Cola Butterworth. Sekolah Kebangsaan
Sungai Nyior ini terdiri daripada dua blok bangunan iaitu Blok A dan Blok B. Pada sebelah petang,
bangunan sekolah ini juga telah diguna oleh Sekolah Kebangsaan Assumption yang terdiri daripada
pelajar lelaki sahaja. Mereka telah menggunakan bangunan Sekolah Kebangsaan Sungai Nyior lebih
kurang lapan tahun yang lalu.

Sekolah Kebangsaan Sunagi Nyior terdiri daripada murid-murid perempuan dan sekolah ini beroperasi
satu sesi sahaja iaitu diwaktu pagi. Mempunyai 8 kelas, 1 kelas bagi setiap tahun dan 2 kelas bagi Tahun
6. Enrolmen murid sekolah ini ialah % murid Melayu, % murid India dan % dari lain-lain bangsa. Ini telah
membentuk jumlah pelajar di sekolah iaitu seramai orang.

Jumlah guru-guru yang ditempatkan disekolah ini ialah seramai orang iaitu orang guru perempuan dan
orang guru lelaki. Terdiri daripada orang guru Melayu dan 2 orang guru berbangsa India. Pentadbiran
sekolah ini dibantu oleh seorang pembantu tadbir dan seorang pembantu am rendah. Selain itu,
pembersihan kawasan sekolah diuruskan oleh 3 orang pekerja dibawah Syarikat Pembersihan Pen Sutra
manakala kawasan keselamatan sekolah adalah dibawah sebuah syarikat swasta iaitu Syarikat Kawalan
Acher .

Keistimewaan sekolah ini ialah murid-murid di sini terdiri daripada semua murid perempuan sahaja dan
berbilang kaum yang mana semangat perpaduan sentiasa wujud dalam apa jua program yang
dilaksanakan malah dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku setiap hari.

Anugerah yang pernah diterima oleh sekolah in ialah Naib Johan Kedua Sekolah Harapan Negara 1999,
Johan Tandas Terbersih, Naib Johan Pusat Sumber Cemerlang 2001( Kategori Bandar) dan Johan Pusat
Sumber Sekolah Cemerlang 2004 (Kategori Bandar- Peringkat Negeri Pulau Pinang)

You might also like