You are on page 1of 4

Ulasan Artikel

Oleh :Nurul Fatin Nabila Bt Md Razi


Intan Zarith Diana bt ????
Tajuk Artikel : Komitmen Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum Dan Inovasi Berkesan
Penulis Artikel : Habib Mat Som, Syed Kamuzaman Syed Ali (2011)
Bahan Ulasan : Artikel Jurnal
Penerbit : Universiti Pendidikan Sultan Idris ,Universiti Malaya

Artikel ini membincangkan tentang kepentingan peranan guru dalam


melaksanakan kurikulum dan inovasi di sekolah secara menyeluruh melibatkan
pelbagai isu yang dihadapi oleh guru semasa proses pelaksanaan kurikulum dan
pedagogi. Antara isu yang dibincangkan adalah berkaitan dengan ,pengetahuan,
kemahiran,inovasi kurikulum dan beban tugas . Dalam aspek pedagogi pula penulis
dilihat lebih tertumpu kepada isu kemahiran, sikap guru serta masalah motivasi yang
menjejaskan pengajaran dalam kelas sekaligus mengundang masalah burn-out dalam
kalangan guru. penulis juga telah memberi cadangan tentang penambahbaikan yang
boleh dilakukan oleh guru untuk melaksanakan kurikulum dan inovasi yang berkesan.
Artikel ini telah memenuhi keperluan tugasan tutorial yang diperlukan iaitu melibatkan
isu pemikiran dan pemahaman guru dalam bidang kurikulum dan pedagogi. Ia juga
dapat dijadikan bahan rujukan untuk memantapkan motivasi guru dalam melaksanakan
kurikulum dan pedagogi.

Penulis telah membincangkan isu yang berkaitan tentang latar belakang,


kemahiran, pengetahuan, pemahaman seorang guru yang memberikan kesan semasa
melaksanakan perubahan pendidikan. Menurut Nicholls (1983) menyatakan bahawa
kayu ukur kejayaan sesuatu perubahan adalah bergantung kepada sejauh mana reaksi
guru menerima dan melaksanakan perubahan dalam bilik darjah masing-masing.Hal ini
juga disokong oleh (Fullan,1993) iaitu perbezaan antara seseorang guru dengan guru
yang lain akan menjadi faktor pendorong atau penghalang dalam melaksanakan
perubahan pendidikan. Penulis telah membuat rumusan berdasarkan 4 faktor
kesediaan guru yang dinyatakan oleh (Guskey,1988) iaitu faktor motivasi,faktor sikap,
faktor kemahiran dan pengetahuan guru. Walaubagaimanapun kami telah
membahagikan faktor kesediaaan guru kepada dua bahagian yang merujuk kepada
kurikulum dan pedagogi. Secara umumnya dalam pelaksanaan kurikulum faktor
kemahiran dan pengetahuan guru merupakan aspek penting yang menjadi penggerak
utama bidang pendidikan. Manakala faktor motivasi dan sikap guru pula menjadi asas
penting dalam kontkes pedagogi.

Dalam bidang kurikulum , isu pengetahuan dan kemahiran memberi impak


terhadap komitmen dan kesediaan guru dalam melaksanakan perubahan dan
pendidikan di sekolah. (Zohar,Degani dan Vaakin, 2001) menyatakan bahawa
pengetahuan dan kemahiran guru adalah faktor krtitikal dan menjadi pemangkin dalam
proses pelaksanaan perubahan kurikulum. Kami bersetuju dengan pendapat ini kerana
guru yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam sesuatu
matapelajaran mampu mengubah corak pemikiran pelajar untuk menguasai sesuatu
subjek yang ingin disampiakan . Hal ini juga disokong oleh (EffandI zakarian
,Norhidayah Addenan,2001) pemahaman konsep dan penguasaan kemahiran
matematik perlu dikuasai oleh guru.

Penulis juga turut menyatakan( Fullen et al. 1989) telah menggariskan 3 faktor
utama yang mempengaruhi komitmen guru dalam pelaksanaan kurikulum iaiatu bahan-
bahan kurikulum, strategi pelaksanaan, dan kepercayaan guru.Walaubagaimanapun
faktor bahan kurikulum dan strategi pelaksanaan merupakan aspek yang mudah untuk
dicapai kerana dapat diimplementasikan melalui sokongan kewangan dan modul
modul tetapi bagi aspek kepercayaan guru ia merupkanan perkara yang merumitkan
kerana melibatkan pemikiran dan persepsi guru terhadap sesuatu inovasi yang ingin
dilaksanakan.

Justeru melalui isu yang telah dibincangkan iaitu pemikiran dan pemahaman
guru dalam bidang kurikulum dapatlah kami rumuskan bahawa, faktor pengetahuan dan
kemahiran guru memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan kualiti sistem
pendidikan negara . Selain itu penekanan kepada pemahaman konsep sesuatu topik
amat penting ini bertujuan untuk membantu pelajar menguasai sesuatu kandungan
dengan jelas. Guru juga bertanggungjawab memastikan pelajar memahami
sepenuhnya isi kandungan supaya mereka mampu menyelesaikan masalah yang
berkaitan disamping mengelak daripada berlakunya kesilapan konsep.

Isu seterusnya yang dibincangkan oleh penulis melibatkan pemikiran dan


pemahaman guru terhadap pedagogi. Menurut penulis isu berkaitan kemahiran guru
sangat memberi impak dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Menurutnya, guru
perlu memanifestasikan pengetahuan dalam bentuk tingkah-laku agar dapat
dipraktikkan dalam kelas.
Brown et.al dalam Rossie Turner Bisset (2004) menyatakan bahawa kepercayaan
terhadap sifat mata pelajaran ditinjau dalam tulisan (Ernest,1989),Lerman (1990) dan
Carre (1993 )tetapi masih belum terbukti ia sama penting dengan kepercayaan
pedagogi dalam diri seseorang guru. Ini turut disokong oleh Shahabuddin Hashim,
Rohizani Yaakub.Mohd Zohir Ahmad (2007) yang menyatakan bahawa pengajaran
yang baik melibatkan kemahiran guru memadankan kaedah mengajar dengan objektif
pembelajaran pelajar dan juga gaya pembelajaran mereka.

Isu kemahiran pedagogi guru juga dilihat berkait rapat dengan penguasaan ilmu
kurikulum yang diajar. Penulis turut menjelaskan tentang masalah guru yang sukar
bertindakbalas dengan pantas dan proaktif terhadap sesuatu perubahan pendidikan di
sekolah terutamanya apabila melibatkan implimentasi kurikulum baharu. Guru dilihat
tidak mesra perubahan terutamanya melibatkan amalan pengajaran yang masih berada
di takuk lama. Kekangan masa dan juga bebanan tugas mengadaptasi kurikulum
baharu dalam melaksanakan pengajaran menyebabkan guru berasa tertekan kerana
inovasi kurikulum menambah masa guru untuk menghadiri taklimat, membuat laporan,
memantau kemajuan pelajar dan sebagainya.

Isu motivasi turut mempengaruhi kesediaan guru untuk menggalas komitmen


melaksanakan pedagogi yang berkesan terhadap murid. Menurut Milanowski,(2000)
motivasi mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkah laku dalam
melaksanakan perubahan dan tugas di sekolah. Motivasi disebut sebagai pusat
kawalan kepada emosi dan dorongan seseorang guru untuk melaksanakan sesuatu
tugas dengan bersungguh-sungguh.
Motivasi yang rendah menyebabkan sikap guru juga terkesan dalam
melaksanakan perubahan kurikulum di sekolah. Hal ini disokong oleh Tobin dan
McRobbie (1996) yang menyatakan bahawa sikap guru terhasil daripada persepsi dan
kepercayaan guru samada boleh menerima atau menolak sesuatu inovasi. Menurutnya,
sikap guru sangat mempengaruhi komitmen guru untuk melaksanakan kurikulum
merangkumi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Kesimpulannya, isu terpenting dalam pemikiran guru secara profesional ialah


tuntutan kehendak, tuntutan tugas, dan persepsi guru itu sendiri dalam menggalas
tanggungjawab dan tugas yang diberikan. Pemikiran guru terhadap kurikulum dan juga
pedagogi dilihat sangat kompleks terutamanya berkaitan refleksi pemikiran guru dalam
melaksanakan kurikulum yang dihasratkan.

You might also like