You are on page 1of 6

Masa Aktiviti Butiran mengajar Organisasi Catatan

5 Memanaskan 1. Regangan. Tempat: Padang


minit
badan 2. Berlari perlahan.

Padang

10 Permainan Cara permainan: Tempat:


minit Pasukan A
kecil 1 1. Murid-murid dibahagikan kepada Padang.
dua pasukan, iaitu pasukan A dan B Alatan sukan:
di mana setiap pasukan terdiri 1) 1 wisel
daripada tujuh orang murid. 2) 2 bakul
3) 6 kon
2. Dalam pasukan A, tiga orang 4) 12 biji bola
murid diminta berdiri di dalam 5) 6 gelung
gelung rotan masing-masing. rotan
Pasukan B

3. Tiga orang murid sepasukan -Kon digunakan


perlu berdiri di hadapan ketiga-tiga sebagai
orang murid yang berdiri di dalam penanda tempat
gelung roton dengan jarak sejauh 4 untuk murid
meter. berdiri.

4. Murid-murid membuat hantaran


dengan menanduk bola ke arah
rakan sepasukan yang berdiri di
dalam gelung rotan mengikut
giliran.

5. Setiap pasukan diberi enam biji


bola sepak. Seorang dapat
menanduk bola dua kali.

6. Murid-murid yang berdiri di dalam


gelung rotan perlu menangkap bola
yang ditanduk oleh rakan
sepasukan sebanyak yang mungkin
lalu meletakkan bola ke dalam
bakul yang disediakan untuk
mendapatkan mata.

7. Ketua pasukan pihak lawan pula


akan cuba menepis atau
menangkap bola daripada
ditangkap oleh murid yang berada
di dalam gelung rotan.

8. Pasukan yang dapat menangkap


bola paling banyak dikira menang.

9. Setelah tamat pusingan pertama,


murid-murid yang berdiri di dalam
gelung rotan perlu bertukar tempat
kedudukan dengan rakan
sepasukan yang berdiri di luar.

Syarat permainan:
1. Murid yang berdiri di tepi kon
hanya boleh membuat hantaran
dengan cara menanduk bola sahaja
ke arah murid sepasukan yang
berdiri di dalam gelung rotan.

2. Murid perlu menanduk bola


dengan menggunakan bahagian
dahi sahaja.

3. Setiap murid diberi dua kali


peluang untuk melakukan tandukan
bola mengikut giliran.

4. Murid perlu berdiri di dalam


gelung rotan semasa menangkap
atau menerima bola.

5. Murid yang terkeluar daripada


gelung rotan semasa cuba
menangkap bola tidak akan
mendapat mata.

6. Mata maksimum ialah 6 mata.

7. Ketua pasukan pihak lawan tidak


boleh mengacau atau mengganggu
murid yang akan menanduk bola
semasa menepis bola.

8. Ketua pasukan pihak lawan boleh


bergerak ke kiri dan ke kanan
semasa menepis bola supaya bola
tidak ditangkap oleh murid yang
berdiri di dalam gelung rotan.

9. Untuk setiap pusingan, pasukan


yang dapat menangkap bola paling
banyak dikira menang.
10 Permainan Cara permainan: Tempat: Padang
minit
kecil 2 1. Murid-murid diminta untuk berdiri Alatan sukan
dalam bentuk bulatan yang besar. yang digunakan:
1) 1 Wisel
2. Dalam kedudukan masing- 2) 4 Bola sepak
masing, setiap murid akan dibahagi 3) 12 Selempang
kepada tiga kumpulan iaitu
Kumpulan A, Kumpulan B dan
Kumpulan C.

3. Murid-murrid dari Kumpulan A


akan diminta untuk berdiri di tengah
bulatan.
4. Murid-murid dari Kumpulan B dan
Kumpulan C yang berdiri dalam
bentuk bulatan akan diberi empat
biji bola.

5. Dalam kedudukan yang statik,


murid yang memegang bola perlu
membaling bola untuk diri mereka
sendiri dan perlu menanduk ke arah
murid Kumpulan A yang berdiri di
tengah bulatan.

6. Murid-murid dari kumpulan A


yang berada di tengah bulatan
boleh bergerak dan perlu
mengelakkan diri mereka daripada
terkena bola yang ditanduk oleh
murid-murid Kumpulan B dan
Kumpulan C.

7. Murid yang terkena bola dikira


mati dan perlu keluar dari bulatan.

8. Dalam pusingan kedua, murid-


murid akan bergerak satu langkah
ke belakang dan menjadikan
bulatan lebih besar untuk kumpulan
yang berada di tengah bulatan agar
mereka boleh bergerak dengan
lebih luas.

Syarat permainan:
1. Murid-murid yang berdiri dalam
bantuk bulatan perlu menanduk
bola ke arah murid-murid di tengah.
Murid-murid tidak boleh membaling
atau menendang bola.

2. Murid-murid yang berdiri dalam


bentuk bulatan perlu bertoleransi
dan perlu memastikan bahawa
semua orang dapat membuat
tandukan kea rah murid-murid di
tengah bulatan.

3. Semasa membuat tandukan,


murid-murid boleh berlompat untuk
mendapatkan daya dan
menambahkan kelajuan bola.

4. Murid-murid tidak boleh beransur


ke hadapan atau berlari ke hadapan
semasa membuat tandukan.

5. Murid-murid di tengah bulatan


boleh berlari dalam bulatan sahaja
untuk mengelakkan diri mereka dari
terkena dari bola.

6. Murid yang terkena bola dikira


mati dan perlu keluar dari bulatan.

7. Murid yang keluar bulatan tidak


boleh mengganggu murid-murid
yang membuat tandukan.

8. Guru perlu memastikan semua


kumpulan dapat membuat tandukan
dan dapat berlari di tengah.

2 Menyejukkan 1. Regangan. Tempat: Padang


minit
badan 2. Perbincangan.

You might also like