Professional Documents
Culture Documents
ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM
SEK. KEB. KEM SYED SIRAJUDDIN
1
KERTAS KERJA PROGRAM
KECEMERLANGAN BOLA SEPAK 2014-2015
SK KEM SYED SIRAJUDDIN
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dihasilkan dengan tujuan untuk memperincikan keperluan tugasan
pengurusan, sumber tenaga dan kewangan bagi mengurus dan merealisasikan program
Kecemerlangan Bola Sepak dalam tempoh dua tahun, Sekolah Kebangsaan Kem Syed
Sirajuddin.
2.0 PENGENALAN
Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 2006 dan berpindah ke lokasi yang ada sekarang
pada tahun 2008. Semenjak sekolah ini beroperasi, bilangan pelajarnya semakin
bertambah seiring dengan pertambahan bilangan anggota tentera yang bertugas di Kem
Syed Sirajuddin. Berdasarkan enrolmen terkini (13 November 2013), bilangan pelajar
lelaki berjumlah 299 orang dan bilangan pelajar perempuan adalah seramai 299 orang
juga yang kesemuanya berjumlah 598 orang.
3.1 Bermula dari sekolah ini menyertai pertandingan bola sepak di peringkat MSSDT
(peringkat daerah Tampin) sehingga ke tahun ini, belum ada kejayaan yang boleh
dibanggakan.
3.2 Penyertaan pasukan ini kebanyakannya hanya tersekat di peringkat kumpulan
sahaja. Hanya sekali (2011) pasukan ini berjaya melepasi peringkat kumpulan
tetapi tersekat di peringkat suku akhir.
2
3.3 Berdasarkan kepada tenaga jurulatih pula, sekolah ini tidak kekurangan guru
yang berkemahiran dalam permainan bola sepak. Cuma dari segi teknik melatih
dan membentuk pasukan, guru-guru ini perlu diberi bimbingan yang sepatutnya.
3.4 Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN dapat memberi peluang secara menyeluruh
kepada semua murid agar melibatkan diri dalam sukan secara terurus dan
terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan modal
insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing
tinggi.
4.1 Melatih satu kumpulan murid yang dapat meningkatkan kemahiran dan teknik
permainan bola sepak untuk pertandingan.
4.2 Melalui sistem latihan yang sistematik, satu pasukan bola sepak dapat
diwujudkan dan seterusnya mencapai sasaran johan daerah Tampin dalam
tempoh dua tahun.
4.3 Murid dapat menjalani aktiviti latihan dalam suasana yang menyeronokkan di
samping meningkatkan keyakinan diri terhadap potensi diri bahawa mereka
boleh berjaya.
4.4 Menambah keyakinan jurulatih-jurulatih yang terlibat semasa mengendalikan
sesi latihan melalui peralatan yang ada dan lengkap.
4.5 Matlamat yang paling utama melalui program ini, pasukan yang dibentuk akan
mencapai Johan dalam pertandingan di peringkat MSSDT pada 2015 dan
seterusnya sebilangan pemain dapat mewakili daerah Tampin ke peringkat
MSSMNS.
3
6.0 MAKLUMAT PROGRAM
SIRAJUDDN
JANGKAMASA : 1 TAHUN
73400 GEMAS,
NEGERI SEMBILAN.
4
8.0 JADUAL PROGRAM KECEMERLANGAN BOLA SEPAK
5
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
10.0 PERUNTUKAN
11.0 PENUTUP
Adalah diharapkan dengan sumbangan dari Yang Berhormat ini, dapat memberi
motivasi yang bermanfaat dan berkesan dalam melahirkan pasukan bola sepak SK Kem
Syed Sirajuddin yang lebih mantap dan berjaya.
Disediakan Oleh,
..
(JASMIN BIN HUSSAIN)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Kem Syed Sirajuddin.
6
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA
Sebelum kem
i. Membantu merancang, menyelaras dan menyelia aktiviti program.
ii. Menyediakan jadual tentatif.
iii. Menyelia urusan logistik.
iv. Membantu mengurus:
a. Surat-menyurat, sijil, perlantikan.
b. Menyenaraikan nombor talian kecemasan (Polis,Hospital atau klinik
kesihatan yang berdekatan).
c. Memberi taklimat setiap sesi aktiviti.
d. Melantik ketua peserta lelaki dan perempuan.
e. Menjalankan aktiviti-aktiviti pagi iaitu nyanyian lagu patriotic dan senaman
pagi.
v. Menyediakan carta analisis kehadiran.
vi. Menjadi AJK perhubungan kecemasan.
vii. Menyediakan semua nombor talian bagi tujuan kecemasan.
viii. Mencatat segala keputusan mesyuarat.
Semasa kem
i. Mengadakan Program Suaikenal bagi peserta.
ii. Membantu melaksana dan memantau aktiviti.
iii. Melaporkan segala aktiviti yang telah dijalankan.
iv. Bertanggungjawab ke atas kebajikan setiap peserta.