You are on page 1of 2

Kajian ini telah dijalankan di kelas prasekolah Sk Baru Jumpa, Tenom dalam tempoh empat

minggu yang ditetapkan. Kajian yang dijalankan bagi membantu murid mengecam huruf dan

seterusnya menguasai bacaan dengan baik apabila menduduki alam persekolahan tahun satu

kelak. Bagi menyelesaikan masalah ini kajian ini akan menggunakan kaedah

nyanyian.Pengkaji menggunakan metodologi kaedah secara kuantitatif.Kaedah pemerhatian

dipilih oleh pengkaji dalam menjalankan kajian ini Dalam bidang penyelidikan tindakan,

pemerhatian dianggap sebagai salah satu kaedah yang boleh digunakan sebagai alat kajian

untuk mengumpul data atau maklumat mengenai sesuatu kajian. Teknik yang betul

membolehkan pemerhati menentukan sama ada maklumat yang dilihat itu dapat digunakan

atau tidak.

Pengkaji menggunakan pemerhatian berstruktur untuk menyokong hasil dapatan

kajian dan melihat peningkatan penguasaan kemahiran mengecam huruf dalam kalangan

murid Prasekolah 1.Pemerhatian ini dijalankan dengan menggunakan borang pemerhatian

yang menggunakan kaedah nyanyian dalam bentuk latihan bagi meningkatkan kefahaman

murid dalam mengecam dan mengenal huruf. Kaedah nyanyian dipilih bagi melihat tahap

kefahaman murid prasekolah dalam mengingati abjad yang dipelajari iaitu daripada abjad a

hingga z. pengkaji telah memilih ujian sebagai instrumen yang utama dalam mengumpul data

kajian.Antaranya ialah ujian pra dan ujian pasca yang dilaksanakan untuk mengesan

keberkesanan kaedah nyanyian yang digunakan bagi meningkatkan penguasaan murid

terhadap kemahiran mengecam dan mengenal huruf.Ia juga melibatkan ujian pra dan pasca.

Data yang diperolehi di dalam kajian telah dianalisis dengan menggunakan kaedah

kuantitatif melalui markah bagi ujian Pra dan ujian Pasca yang dijalankan di akhir kajian.

Data yang diperolehi daripada borang pemerhatian tersebut akan di analisis. Perbandingan

peratus markah pelajar yang diperolehi pada ujian pra akan dicatat dan dibandingkan dengan

penilaian pada ujian pasca yang akan dijalankan. Analisis kajian memberi tumpuan kepada
meningkatkan penguasaan dan kefahaman murid tentang kaedah nyanyian yang digunakan

bagi mengecam huruf. Ia juga dapat melihat tahap pencapaian murid-murid melalui ujian Pra

dan Pasca yang dijalankan.

Perancangan dalam kajian ini telah disusun dengan baik dengan mengambil langkah-

langkah yang mengetengahkan rekabentuk kajian tindakan yang terdiri daripada beberapa

relung kitaran.Relung kitaran merupakan salah satu model dalam rekabentuk kajian tindakan.

Pengkaji menggunakan cara pengumpulan data berasaskan satu rekabentuk model yang

dibina oleh Hafidah (2000) dan Baharudin (2002) yang digelar sebagai SODI. Pengkaji

menggunakan beberapa instrumen dalam pelaksanaan kajian ini.Instrumen yangdigunakan

oleh pengkajiialah borang pemerhatian.Borang pemerhatian digunakan untuk mengumpul

jumlah pemerhatian pengkaji terhadap huruf-huruf yang dapat dicam oleh murid dalam masa

yang ditentukan. Secara keseluruhannya, kaedah kajian yang telah digunakanialah reka

bentuk kajian, pemilihan populasi, sampel, lokasi kajian, instrumen kajian dan prosedur

pengumpulan data bagi memudahkan pengkaji melakukan kajian yang mempunyai keesahan.