You are on page 1of 2

Anti Pemerdagangan Orang

Panduan Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran.

1. Maksud Pemerdagangan Orang

Pemerdagangan orang bermaksud segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga
kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, memindahkan,
melindungi, menyediakan atau menerima seseorang bagi maksud eksploitasi.

Eksploitasi adalah segala bentuk eksploitasi seks, kerja atau perkhidmatan paksa, perhambaan atau amalan
yang menyerupai perhambaan, pengabdian, apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang atau
pemindahan organ manusia. (Seksyen 2, Akta Antipemerdagangan orang dan Antipenyeludupan Migran
2007).

2. Maksud Penyeludupan Migran

Penyeludupan migran ertinya mengatur, memudahkan atau merancang, secara langsung atau tidak
langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam atau melalui, atau pengeluaran seseorang secara
tidak sah dari mana-mana Negara yang orang itu bukan warganegara atau pemastautin tetap sama ada
dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan atau pengeluaran
orang itu adalah tidak sah dan merekrut, mengangkut, memindahkan, menyembunyikan, melindungi atau
menyediakan apa-apa bantuan atau perkhidmatan bagi tujuan melaksanakan perbuatan yang disebut di
atas. (Seksyen 2 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007)

klik disini untuk maklumat lanjut

3. AGENSI PENGUATKUASAAN

a. Polis DiRaja Malaysia


+603 - 2115 9999

b. Jabatan Imigresen Malaysia


+603 - 8880 1298

c. (Bilik Gerakan)
+603 - 8880 1555 / 1556

d. Jabatan Kastam DiRaja Malaysia


+603 - 8882 2101

e. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia


+603 - 8943 4001
PERKHIDMATAN UTAMA

Pegawai Dagang
Sijil Perakuan
Permit Masuk
Surat Akuan Pengenalan
Pekerja Asing
Pembantu Rumah Asing
Pas
Program Istimewa
Visa
Kad Perniagaan Perjalanan APEC
Pasport
Penguatkuasaan
Syarat Kemasukan ke Malaysia
Syarat Berlepas dari Malaysia
Dokumen Perjalanan
Pas Sempadan/ Lintas Batas
Kemudahan Pergerakan Bebas

You might also like