You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR SEMPENA MAJLIS PERTUKARAN GURU

PN NUR IRZAWANI

Terima kasih Pengerusi Majlis..

Yang Diraikan Pn Nur Irzawani, Warden Asrama SMK Panglima Garang Abdul

Samad,

Yang Berusaha Pengetua SMK Panglima Garang Abdul Samad Pn Hajah Rahani

Bt Abdul Kadir,

Yang Dihormati Guru Penolong Kanan Pentadbiran Encik Radzuan B Wahab,

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Cik Ruzimah Bt Mamat,

Guru Penolong Kanan Kokurikulum Encik Alias B Ibrahim

,guru-guru serta rakan-rakan sekalian.

Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa

Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama

meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini.

Para Hadirin Yang Diraikan dan Dikasihi Sekalian,


Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap

perpisahan pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika

bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat

dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu kerana kehilangan seorang guru yang

amat kami sayangi dan cintai. Pada kami, guru ini bukan sekadar guru, tetapi

ibarat ibu kami dalam sebuah keluarga besar di SMKPGAS ini.

Lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawab.

Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan mengenai Cikgu Nur Irzawani.

Sepanjang tempoh perkhidmatan di SMKPGAS, beliau telah banyak

menyumbangkan jasa dan bakti buat anak bangsa terutamanya para pelajar di

sekolah ini. Beliau bukan sahaja seorang guru yang penyayang, melakukan tugas

dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan pelajar melebihi

dirinya sendiri. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang berhati murni dan

sentiasa memberikan yang terbaik buat para pelajarnya.

Hadirin dan Hadirat sekalian, pada kesempatan ini, saya sebagai wakil

murid murid asrama SMKPGAS merakamkan setinggi-tinggi ucapan

penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Nur Irzawani yang tidak pernah
mengenal jemu mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anak- anak

muridmu.

Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan

peliharaan-Nya kepada Cikgu Nur Irzawani serta keluarga, dipanjangkan usia,

diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi

manfaat agama, bangsa dan negara.Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang

tak kata. Benar kata pepatah Melayu,patah kan tumbuh, hilang kan berganti,

namun yang hilang akan tetap kekal menjadi kenangan abadi. Saya akhiri ucapan

saya dengan Wabillahitaufik walhidayahwassalamualaikum warah matullah

hiwabarakatuh.Sekian, terima kasih.

You might also like